Chapter 8

Romance Series 49086

                  Sepanjang hari photoshoot pre wedding photo Marilyn dan Elden dekat Pulau Lembong membuat aku rasa letih. Dan aku rasa tuan punya badan yang nak kahwin; Marilyn lagi lah letih. Daripada riak wajah Marilyn kelihatan dan menunjukan dia letih. Aku tahu dia menahan rasa letih dan rasa letih itu hilang sebab Elden sentiasa berada di sisi dia. Nampak sangat Elden menjaga dan mengambil berat tentang Marilyn.

                 Walaupun sibuk dengan sesi photography tersebut, aku juga sibuk melayan karenah orang yang tiba-tiba tertarik nak mendekati aku. Semuanya gara-gara baju dan make up yang aku pakai hari ini. Duduk sahaja aku nak berehat, mesti di kejar oleh cousin dan kawan Elden. Cara dia orang nak pick up line dengan aku membuatkan aku nak menyampah dan tak selesa. Kalau kau sedar yang tak nak cantik sangat di mata orang lain pada pertama kalinya, sekali datang magic, tiba-tiba orang itu nak mendekati kau, kau rasa apa? Itu la yang aku rasa ketika itu. AKu merasa tidak selesa terutama dengan kawan-kawan Marilyn yang seperti memandang aku dengan menyampah. Apabila sesi di ambil gambar berpasangan pula, di sebabkan aku berpasangan dengan Noah Harvin, mula lah dia buat perancangan nakal dia. Kalau setakat berpegangan tangan aku boleh terima. Ini siap mengangkat aku dan peluk aku dari belakang. Siapa tak menjerit dan marah. Kalau gadis lain mungkin suka kot dengan mamat yang handsome macam itu buat begitu dekat mereka tapi aku, tak lah kot. Dia memang bukan types aku. Dengan perangai dia macam itu yang memamg suka mengambil kesempatan bagiku. Menyakitkan hati ku adalah.

              Lagi satu, dia bukannya nak minta maaf apabila buat perangai begitu, siap bagitahu itu tindakkan sponton dan memang model akan buat begitu dekat pasangan perempuan dia. Lepas itu buat senyuman nakal dia dan poyo dia dengan mengusap rambut aku sebelum meninggalkan aku yang sakit hati. Masalahnya kita orang bukan model. Cuma main-main model untuk satu dua hari. Dan Marilyn pula bukan main menyokong tindakkan Noah Harvin. Malah siap mengajak Elden copy dan paste aksi Noah bergambar denganku.

             Habis sahaja sesi itu, aku terus minta diri balik ke bilik dengan Marilyn dan bridemaid yang lain. Yang tinggal hanya dia orang lelaki untuk shoot mereka. Sampai bilik sementara menunggu giliran untuk bertukar pakaian, aku telah membuang semua benda yang melekit dekat mukaku. Mata ku berasa mengantuk. Dan aku menyandarkan tanganku dekat bahu sofa sebagai tempat melabuh kepala ku. Aku menutup mataku. Sempat juga aku mendengar Miss Annie dan Marilyn serta yang lain menanya ku sama ada letih. Aku hanya mengangguk sahaja. Tidak lama lepas itu, Marilyn membangunku menyuruhku menukar baju sebab nak pergi makan dan lepas makan nak balik. Dengan keadaan mamai aku pergi ke bilik mandi.

         Selepas mencuci muka pencuci muka dan menukar baju dengan baju jumper suit yang alah skirt dress di bawahnya aku keluar dari bilik mandi. Aku melihat Marilyn duduk di katil dengan Elden di sisinya. Dan cousin dan kawan-kawan Elden duduk di kerusi yang tidak jauh daripada situ. Tidak pula aku nampak kelibat Noah Harvin. Ish, buat apa pula aku nak cari dia, desis hatiku.

          "Wow. Bare face pun masih cantik juga kawan saya nie," kata Marilyn sambil tersenyum mengusik dan memegang tanganku.

         "Mengada la Alin nie. Tapi kan saya memang neutral beauty orang kata", kata ku memandangnya dengan tersengih. Okay, orang kata kalau tunggu orang ramai memuji kita memang tidak akan. Jadi lebih kita puji diri sendiri, desis hatiku sendiri. Sebenarnya aku sendiri tak sangka boleh mengeluarkan ayat begitu.

         "Tengok sayang. Memang tak boleh di puji sikit. Terus angkat bakul sendiri dia" , kata Marilyn sambil memandang Elden yang di depan kami. Elden hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua.

         "Sama je kepala. Tak boleh layan sangat."balas Elden sambil menggeleng kepala. Aku dan Marilyn kemudian ketawa apabila mendengar komen dari Elden.

           "Sayang, kita orang tunggu dekat restoran. Awak orang semua tukar lah salinan", kata Marilyn. Elden hanya mengangguk membenarkannya kami pergi. Aku dan Marilyn keluar dari bilik tersebut meninggal dia orang lelaki bertukar pakaian. Kemudian kami berdua mencari cousin dan kawan-kawannya yang telah keluar dulu daripada kami berdua.

            Sampai di ruang menunggu resort tersebut itu, aku melihat Noah Harvin tengah berbual bridesmaid yang lain. Siap gelak-gelak pula dia orang mendengar cerita Noah Harvin. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu. Setelah melihat kehadiran aku dan Marilyn, Noah Harvin meminta kebenaran pergi ke bilik untuk tukar pakaian. Dia melambai tangan kearah aku dan Marilyn. Tapi aku mengalih muka ku kearah lain. Dan tanpa aku sedar Marilyn mengangkat tanganku membalas lambaian Noah Harvin. Dengan pantas aku memandang kearah Marilyn dengan menunjukkan muka tak puas hati. Aku hanya mampu melihat gelagat mereka berdua yang siap high five dan ketawa. Noah Harvin berbisik sesuatu dekat telinga Marilyn sebelum pergi dan hanya tersenyum.

            Kemudian Marilyn mengajak semua orang pergi ke restoran resort. Aku dan Marilyn berjalan di belakang sekali.

           "Tahu tak apa yang Noah bisik dekat saya tadi", tanya Marilyn kepadaku. Aku mengelengkan kepalaku.

            "Tak nak tahu lah", balas ku dengan muka yang tak ada perasaan.

             "Dia cakap dia suka dekat Illa." Kata Marilyn dengan senyum dibibirnya apabila aku memandangnya. Marilyn dapat mengagak reaksi mukaku yang seperti terkejut. Sebab itu lebar senyuman dibibirnya semakin lebar.

             " Mamat player itu main-main lah, Alin. Entah berapa banyak gadis yang di sebut benda yang sama", balas ku dengan nada yang berdebar yang aku sendiri tak sangka.

             "Tapi saya rasa dia serious. Untung lah Noah Harvin suka dekat orang itu", balas Marilyn lagi dengan nada mengusik. Kali ini aku merasa panas di mukaku. Rasa debaran itu makin kuat pula.

             "Malas nak layan Alin nie", kata ku membesarkan langkah ku dan meninggal Marilyn di belakang. Dia memanggil namaku dan kemudian mengejarku dan memeluk tangan. Kami berdua pun berjalan berdekatan dengan mereka yang lain yang semakin hampir dekat restoran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience