AKU memandag sekilas wajah Noah Harvin yang sedang memandu. Mukanya kelihatkan tenang memerhati jalan. Handsome sangat dia, desis ku di dalam hati. Hari ini kenapa aku betul-betul merasakan yang dia handsome. Berapa kali ayat handsome itu telah bermain difikiran aku. Kalau lah dia dapat mendengar bisikan hati ku ketika ini, mesti dia akan berlagak dan bangga dengan dirinya. Dan senyuman semestinya tidak lekang di bibir dia. Bila difikirkan balik kata-kata Felipe tadi, jangan-jangan aku yang gila bayang dengan Noah Harvin. Tanpa aku sedar aku tersenyum memandang muka lelaki yang ada di sebelah ku. Kulit dia yang bersih dan putih membuatkan dia seperti sempurna dengan kekacakkannya itu. Mesti girlfriend-girlfriend masa lalu dia menghayati kekacakan dia seperti aku sekarang. Siapa yang tidak jatuh cinta dengan wajah kacak dia itu.
Tetapi aku pasti dia juga sedar tentang hakikat yang dia memang handsome. Entah-entah dia selalu mendengar pujian yang dia kacak. Berapa banyak gadis yang memuja dan mendambakan kekacakan dia itu. Dan mestinya dia bangga dengan kekacakan yang dia miliki itu. Aku pasti dia boleh memilih salah seorang pemuja dia, tapi kenapa dia tetap nak kejar aku pula.
“Kenapa tenung I macam itu?” soal Noah Harvin yang membuatkan aku tersedar daripada lamunan. Aku melihat dia memandang muka ku sekilas kemudian menumpukan perhatikan dekat permanduannya.
“ Kenapa? Tak boleh ke?” soalku dan kemudian mendekatkan sikit diriku ke arahnya dengan tapak tanganku ku menyandar di daguku. Entah dari mana aku beroleh ideas nakal nak kenakan dia. Aku melihat senyuman terukir di wajahnya. Kemudian kereta tersebut berhenti disebabkan ada traffic light di hadapan.
“Boleh. Siapa cakap tak boleh. Tapi I takut nanti you jatuh cinta dekat I” kata Noah Harvin sambil memandang ku dan tangan nya menyentuh muka ku lembut. Tindakkannya itu membuatku terkaku seketika. Dia tersenyum dan ketika itu aku mula menjarakkan diri daripadanya. Aku menghembus nafas dan merasa muka ku panas dengan tindakkan Noah Harvin tersebut.
“ Kan dah kena. Ingat nak kenakan dia, tapi diri yang kena”, kata ku separuh berbisik dan memandang ke luar tingkap sambil tangan ku mengipas seperti kepanasan. Walaupun aircond ada di depan ku tapi panas itu tetap ada. Perlukah dia nak sentuh wajah ku begitu. Ini lah permainan dia nak buat orang tak keruan, desis hatiku.
“Apa dia!? Kena!? Apa yang kena?”, bersahaja Noah Harvin menyoalkan. Dia menahan dirinya untuk ketawa. Aku menunjukannya muka tidak puas hati dan kemudian memandang ke luar tingkap. Tindakkan ku itu membuat Noah Harvin pecah ketawa. Gembira lah itu sebab kenakan orang, desis hatiku.
“Jangan lah buat muka merajuk anak kucing. I gurau je. Nanti tak cute lagi muka anak kucing I nie”, kata Noah Harvin cuba memujuk ku. Tanpa ku sedar tangannya mengusap rambutku lembut. Tahu pula nak pujuk orang, desis hatiku. Walaupun geram aku masih merasa getaran di dadaku. Aku membetul posisi duduk ku memandang ke depan ku dan Noah Harvin mula focus kepada pemanduan dia.
“Oh ya..awak belum lagi bagitahu kenapa awak boleh berada di The Daydream Garden tadi?
“Nak jumpa you lah, sayang. Apa lagi!? Nak lepaskan rindu I. You tak rindu dekat I ke?”, soal Noah Harvin dengan nada yang agak manja tapi daripada lirikkan mataku dapat melihat dia tersenyum nakal.
“Rindu.. tapi saya tetap tak percaya yang rindu awak itu bawa awak ke The Daydream Garden cari saya. Sebab saya tahu, awak akan call or massage saya kalau merindui saya”
Wajah ku direnungnya sebelum tersenyum.
“ Gerrald.. dia nak berbincang dengan Elden pasal hal kerja dia orang.. kebetulan waktu Elden call itu I keluar makan dengan dia orang, sebab yer lah ada orang itu cancel date dengan I. So, I hiburan hati I keluar dengan geng-geng I. And Elden bagitahu I, you akan datang ke The DayDream Garden. So, I join lah Gerrald sebab memang nak jumpa dengan you sekejap. You kan tahu I rindukan you. Tapi tetap you pilih kerja you daripada I”, ujar Noah Harvin panjang lebar tanda masih rasa tidak puas hati dengan kes semalam aku batalkan dating dengan dia.
“Sebab itu harini you merajuk tak message and call I macam biasa?”
Pecah ketawa dia. “Separuh betul and separuh lagi sebab I nak you cari I. Seperti I selalu cari you. Rindukan I macam mana I rindukan dekat you”.
“Dah cakap kan rindu tadi…”, ujarku lebih kepada diri sendiri.
“I tahu…”, rupanya dia mendengar apa yang aku kata. “Tapi tetap juga you guna coupon kalau I nak keluar date dengan you”, ujar Noah Harvin lagi yang membuat aku senyum. Teringat aku tadi ketika di The Daydream Garden, aku mengutarakan pasal coupon kalau dia menghantarkan aku balik rumah. Mungkin dia masih tidak puas hati dengan apa yang aku cadangkan. Teringin pula hati ini menyakat dia.
“Ada ke? Saya tak ingat pun saya pernah cakap begitu”.
“So, tak perlu guna coupon la nie? Like a real couple kita boleh date tanpa coupon semua.”
“Saya tak cakap juga begitu.”
“So, what’s you really want? You selalu sangat menyeksa jiwa dan hati I.” Dia seperti menarik nafas. Sekilas dia memandangku sebelum matanya fokus dengan jalan raya. “I love you. Takkan you tak rasa apa yang I rasa?!”
Aku terdiam. Kalau boleh ingin sekali aku mengakui yang aku turut merasa apa yang dia rasa. Tapi aku takut dengan perasaan yang terlalu cepat ini. Aku tidak tahu sama ada perasaan dia ikhlas dan tulus ataupun perasaan dia hanya sekadar main-main. Aku takut segala akan mengecewakan aku. Aku takut kalau aku memberikan hatiku, dia akan mengoyakkan seperti sehelai kertas. Sebab aku dapat merasakan orang seperti dia, setelah memiliki apa yang dia hendak, dia akan mensia-siakan perasaan itu. Ketika ini aku tidak berani mengambil risiko dengan perasaan yang dia damparkan untuk aku. Aku tidak berani untuk ambil risiko merasa kekecewaan kalau perasaan putus di tengah jalan.
Pandangan di luar tingkap kereta yang mulai mengelap membuatku teringat kembali kata-kata kawanku, Nadia yang sewaktu universiti dulu. True love is taking the risk that it won’t be happily-ever-after, katanya. Siapa yang takut bercinta jangan bermain dengan cinta. Tapi rugilah siapa yang tidak bercinta, sebab dia tidak dapat merasa kemanisan ketika bercinta itu. Dia sangat happy ketika di alam percintaan itu. Tapi waktu Nadia putus cinta, aku masih terbayang dan ingat lagi betapa dia sangat serabut. Dia menyatakan dia tidak menyesal bercinta dengan ex boyfriend sebab disebalik kekecewaan itu dia dapat pengelaman. Dan itu akan membuat dia tidak akan melakukan kesilapan yang sama untuk cinta akan datang. Tapi process untuk move on dan melupakan itu mengambil masa yang lama. Nadia kehilangan diri dia semasa process itu. Setiap malam dia mengalir air mata apabila teringat dan merindui ex boyfriend dia itu. Dia bukan lagi Nadia yang penuh kuat dan sentiasa ceria yang aku kenal. Saat itu aku tahu, ditinggalkan, dikecewaan dan putus cinta itu sakit. Terutama apabila kita telah memberi sepenuhnya hati dan perasaan kita dekat seseorang. Dan aku seorang yang penakut untuk menghadapi keadaan itu.
“You termenung lagi”, tangan Noah Harvin mengusap kepala ku yang mengejutkan lamunan ku. Perlahan aku mengalihkan tangannya. “Ada masalah kerja ke?” tanganku di genggamnya pula kali ini. Aku mengelengkan kepala.
“Awak guna coupon kalau awak yang ajak saya keluar. Tapi awak tak perlu guna coupon kalau saya yang ajak awak keluar”, aku menunjukkan senyuman lebar kepada Noah Harvin. Lain yang dia tanya lain yang aku jawab. Seperti aku ingin menukar topic perbualan kami yang berkaitan dengan perasaan.
“Boleh pula begitu?!”, kata Noah Harvin. Dalam keadaan samar-samar dengan hanya bercahaya lampu jalan, dapat aku melihat lirikkan senyuman dia. Dalam aku tidak sedar sekali lagi kepala ku di usapnya
.
“Mestilah..hanya Illa saja yang boleh buat begitu”, ujarku dengan tertawa kecil.
“Yer lah kan…anak kucing I sahaja yang boleh fikirkan date secara begitu”, ucap Noah Harvin. Kata-kata yang dilontar daripada mulutnya itu mendatar seperti dia mengalah dengan permintaan ku. Adakah tindakan aku itu seperti tanda aku menolak dia? Aku sendiri masih tak yakin dengan perasaan diri. Kadang-kadang memang aku dapat merasakan apa yang dia rasa. Tetapi adakah perasaan ini sekadar singgahan. Adakah aku sekadar meminati dia dan menjadi pemuja wajah dia seperti wanita lain yang dia kenal. Aku masih tercari erti perasaan ini sebenarnya.
Sepanjang perjalanan, aku lebih melayani perasaan diri. Bermain dengan jari-jemari ku sambil merenung ke luar tingkap kereta. Aku sedar Noah Harvin mengalih lamunan ku dengan bertanya tentang client yang aku jumpa pagi tadi. Mungkin dia mengingat tanda diamku disebabkan ada masalah dengan client. Aku menceritakan kepadanya serba sedikit apa yang aku bincangkan dengan client pagi tadi.
“Ingat lagi awak jalan.” ujarku apabila Noah Harvin telah memasuki simpang ke rumah ku.
“Mesti lah..jalan rumah you sekali saja telah I hafal dan tahu nak masuk. Tapi jalan menuju ke hati you susah sangat I nak hafal dan masuk. Tapi I pasti pemilik hati itu akan tunjukkan jalan untuk I juga nanti”.
Melopong aku mendengar kata-kata Noah Harvin. Dia mula dengan permainan dia kembali. Saat itu keretaku yang dipandu oleh Noah Harvin berhenti pekarangan rumah sewa ku. Dapat ku lihat ruang tamu rumah sewaku gelap. Mungkin Nonny belum balik daripada keluar berjalan. Sebab waktu aku keluar daripada rumah pagi tadi, dia tengah sarapan. Sempat dia memberitahu aku hari ini dia plan nak keluar. Dan Andrianne balik kampung semalam dengan kereta dia. Tinggal aku dengan Nonny sahaja hujung minggu ini.
“Housemate you tak ada ke? Gelap je dalam rumah?”soal Noah Harvin. Dia membuka dome light kereta.
“Ya.. Nonny dia keluar dengan boyfriend. Katanya pagi tadi hendak tengok sunset dekat pantai. Dia ada ajak Illa juga pagi tadi. Tapi ya lah…Illa busy dengan kerja.. Sorang lagi, Andrianne, dia balik kampung semalam. Besok baru balik”, ujarku menerangkan keadaan dibalik kegelapan itu dekat Noah Harvin. Entah pernah ke tak aku menceritakan pasal housemate aku dekat dia. Tapi dia mengetahui aku ada dua orang housemate perempuan.
Aku melihat Noah Harvin mengangguk. Beg kertas di belakang kereta telah dia gapai. Beg kertas tersebut mengandungi makanan yang dia tapau untuk kami berdua. Noah Harvin menapau makanan tersebut dekat restaurant tidak jauh dari The DayDream Garden. Dia tidak bagitahu aku yang dia hendak menapau makanan. Alasan berhenti dekat restaurant tersebut kerana dia hendak ke tandas. Balik semula ke kereta, bau semerbak makanan memenuhi ruang kereta. Barulah dia bagitahu yang dia membungkus makanan untuk kami berdua. Ujar Noah Harvin, makanan tersebut snack sementara menunggu teksi dia sampai.
“oh..patut lah gelap. Kita makan dulu sementara menunggu ‘teksi’ I sampai”. Bungkusan kertas makanan ditangannya diserahkan oleh Noah Harvin kepadaku.
“Your favorite snack, grill burger with a lot of cheezy”, ujar Noah Harvin lagi apabila aku menghidu bau daripada bungkusan tersebut. Daripada bentuk bungkusan itu aku tahu itu adalah burger. Aku memerhatikan dia meletakkan air minuman di tempat cup holder sebelahku.
“Nanti saya buat sendiri. Awak makan dulu makanan awak”, ujarku apabila kali ini dia memasuk straw minuman ku. Tangan ku bergerak-gerak menghalang. Tapi Noah Harvin lebih cepat. Lepas semua selesai di mata dia, barulah dia menjamah makanan yang dia bungkus untuk dirinya.
Aku mendengar telefon Noah Harvin seperti bergetar. Aku memerhati dia mengambil telefonnya dan unclok telefon tersebut. “Nampaknya teksi I on the way ke sini. Nak suruh dia supaya slow sikit supaya bagi I privacy dengan you dulu”,ujarnya dengan tangannya menekan-nekan screen telefon.
Aku tersenyum mendengar permintaan dia kepada pemandu teksi tersebut. Boleh kah requested macam itu, desis hatiku.
Aku melihat dia tersenyum nipis ketika memandang telefonnya. Entah siapa dengan dia bermessage sekarang ini. Aku memerhati sahaja sambil menikmati burger di tangan.
“Felipe cakap dia minta maaf.”
“Kenapa?”
“Pasal dia dengan Gerrald macam terlebih bergurau tadi. Takut you sakit hati sampai tidak mahu jadi future sister in-law dia orang”.
Aku tertawa kecil mendengar kata-kata usikkan Noah Harvin. “Saya takkan ambil hati lah pasal benda macam itu. Bagitahu dia orang, future sister in-law dia orang ini takkan ambik hati. I’m still their beautiful and gorgeous future sister in-law ”. Kata-kataku itu membuat Noah Harvin terbatuk-batuk. Aku tersengih apabila dia memandang ku seperti tidak percaya.
Di kesempatan itu, aku menanyakan pasal Felipe dan Gerrald. Noah Harvin memberitahu ku yang mereka bertiga berkawan daripada zaman primary school lagi sampailah sekarang. Dia memberitahu Felipe berkerja sebagai pakar psikiatri dan Gerrald resident engineer dekat company Elden. Dia juga memberitahu yang mereka berdua adalah kawan dia yang paling rapat. Masing-masing menyimpan rahsia satu sama lain. Dengan itu, aku tahu bertapa rapatnya mereka bertiga.
“So, awak dengan Gerrald kerja dekat company yang sama lah?”
“aaahaa..sama…”, jawab Noah Harvin seperti teragak-agak.
“Mesti best kan…” kataku lagi dengan senyuman. Kali ini dia hanya mengangguk sahaja.
Bunyi hon kereta mengejutkan aku mahupun Noah Harvin.
“Nampaknya teksi I dah sampai.” ujarsambil memandang wajah ku “Cepat betul dia orang drive. Dah suruh drive slow. Tapi cepat juga dia orang samppai”, bentak nya memandang ke arah kereta yang disebelah keretaku. Cermin kereta tersebut diturunkan oleh pemandu teksi tersebut. Alangkah terkejut aku melihat wajah Felipe dan Gerrald tersenyum lebar di balik kereta tersebut. Tangan mereka melambai-lambai ke arah kami berdua di dalam keretaku.
“Lah..dia orang ke teksi driver awak itu?”soalku tersengih. Noah Harvin turut senyum. Aku keluar daripada kereta menghampir kereta dua sahabat Noah Harvin.
Dengan malas-malas Noah Harvin keluar daripada keretaku. Lagak seperti tidak mahu balik. Apabila kawan-kawanya memberitahu dia supaya cepat masuk kereta, dia membuat muka mencebik, tidak puas hati.
“Illa jangan risau, kita orang akan pastikan Arvin selamat sampai dekat rumah”, kata Felipe di dalam kereta.
“Ya..saya amanahkan keselamatan Pak Jowok saya dekat kamu berdua. Pasti dia tidak pergi ke mana-mana dan selamat sampai di rumahnya”, balas ku yang membuat Felipe dan Gerrald tertawa kecil.
Noah Harvin mengusap rambutku penuh lembut dan menyuruhku masuk rumah cepat. Aku tersenyum dan mengangguk serta mengatur langkah ke kereta ku. Mengambil barang-barangku. Di dalam kereta, aku melihat Noah Harvin masih berdiri memerhatikan aku. Terasa segan pula aku apabila dia melayan aku begitu depan kawan-kawan dia. Tetapi pada masa yang sama aku bahagia. Cepat-cepat tangan aku mencari barangku kerana tidak mahu mereka menunggu ku lama. Sempat juga aku melambai dekat mereka bertiga sebelum masuk ke dalam rumah.
Masuk sahaja dalam rumah aku terus menuju ke tingkap ruang tamu. Daripada tingkap ruang tamuku, aku melihat kereta milik kawan sudah pun bergerak. Pantas aku mencari telefon ku. Nama Pak Jowok aku cari. Selepas aku jumpa namanya, tangan ku mula menaip.
‘Let’s eat dinner together tomorrow. Let’s spend more time together. Pick me up around 7pm.”-Aku
Share this novel