DI luar tingkap kereta, keadaan sekeliling mulai gelap. Jam di screen telefon ku menunjukan sudah pukul 7.10 pm. Kelipan bintang mula kelihatan. Begitu cantik sinaran bintang-bintang menghiasi langit hari ini. Seperti hatiku ini. Bersinar apabila lelaki di sebelah ku ini ada di depanku. Dia pakai apa-apa pun nampak handsome, desis hatiku. Aku memerhati dia yang sedang menyanyi kecil sambil memandu. Tercuit pula hatiku melihat gelagat dia begitu sampaikan aku tersenyum. Entah apa yang mengembirakan dia sampai sebegitu. Tadi, sebelum pukul 7 pm dia susah terpacak di depan rumah sewa ku walaupun semalam aku menyuruhnya menjemput ku pukul 7 pm.
“ Me too!”, ujar Noah Harvin tiba-tiba. Matanya masih terfokus dengan jalan raya.
“What’s?”
“ I love you too”, romantik dan mesra tutur kata dia meluahkan ayat itu. Penuh beremosi. Terasa ada getaran didalam dada ku ketika ini. Muka ku terasa panas. Seakan-akan darah ku bergerak naik ke muka.
“Bila saya ada cakap begitu”. Aku menyentuh muka ku dan mengatur aircond kereta Noah Harvin supaya aliran angin aircond tersebut lebih tertumpu ke arah mukaku.
“Cakap apa? Cakap apa anak kucing…”, nada dia seperti mendesak ku.
“Cakap itu lah”.
“ ‘ITU’ itu… apa dia, sayang?!”
“I love you” ujar ku separuh berbisik dan hampir tidak kedengaran.
“Hah?!.. rasanya I perlu beli alat pendengaran lah kalau you selalu berbisik macam ini. Kalau you nak berbisik, you perlu berbisik dekat telinga I, sayang.”
Noah Harvin mendekatkan dirinya dengan ku. Aku mengetap bibir menahan rasa geram pabila melihat dia seperti sengaja berbuat begitu.
“I love you..puas hati!?”
“See.. you say it’s. I love you too, anak kucing. Sangat puas hati,” berdekah dia ketawa. Memang dah agak dia sengaja nak mengusik dan menyakat aku. Lantas tanganku mencubit pinggang dia. Terjerit kecil dia mengadu kesakitan dengan tindakan ku.
“Tangan ini sepatutnya berbuat begitu”, ujar Noah Harvin menarik tanganku. Digenggamnya erat sejenak sebelum di bawa ke pipinya. Disitulah tangan ku itu hinggap. Sebelum dia mengucup telapak tangan ku lembut. Terpinga-pinga aku dengan tindakan dia. Perlahan aku menarik tanganku kembali.
Kami berdua mendiamkan diri. Suasana menjadi hening di dalam kereta kini. Sepi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Agaknya berapa banyak wanita dia telah berbuat begitu. Entah kenapa perasaan tidak senang ini menyapa diri ku apabila mengingat dia pernah melakukan benda yang sama dengan wanita lain. Dan wanita-wanita itu mungkin menyukai tindakan dia. Bukan aku tidak pernah melihat bertapa gedik dia orang sepupu dan kawan-kawan Marilyn ketika sesi photo pre-wedding Marilyn dan Elden dahulu di Bali. Noah Harvin juga bergurau mesra dengan dia orang dan melayan karenah dia orang. Dia biarkan sahaja apabila mereka memeluk dan memegang tangannya. Entah kenapa perasaan dalam diri ku tidak senang apabila mengingat masa itu. Mungkin kah aku cemburu?
“Awak mesti biasa kan berbuat begitu dengan perempuan lain. Awak kan banyak girlfriend”, ujarku tiba-tiba. Sinis nada suara ku dek kerana sedikit cemburu. Cemburu apabila mengingatkan dia mungkin berbuat benda yang sama dengan wanita lain.
Noah Harvin mengeleng kepala dia. “Betul I ada banyak girlfriend. Tapi itu dulu…sebelum I kenal you. Dan dia orang tidak boleh memberikan I rasa seperti mana perasaan yang I rasakan apabila bersama dengan you sekarang. You’re different Illa.”
Tangan aku digapainya. Bermain dengan jari-jemariku sebelum jari jemariku itu ada dalam genggamannya. Untuk seketika aku membiarkan kerana tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
“You’re really precious. Worth untuk I kejar, Illa. Worth untuk I tunggu sampai bila-bila. Sampai you buka hati you dekat I. I akan tunggu you”, ucap Noah Harvin lagi dengan penuh ikhlas ditelinga ku.
“Kalau saya terima awak , awak akan jaga baik-baik hati dan perasaan saya tak? ”
“ You worth untuk I taruh segala benda yang I ada Illa. I berjanji yang I akan jaga hati dan perasaan you melebihi I jaga hati dan perasaan I sendiri.”
Aku terdiam. Mencari kebenaran di balik kata-katanya. Dia sememangnya seorang yang pandai bermain dengan kata-kata pujuk rayu. Entah-entah kata-kata yang di luahkan itu sekadar permainan di mulutnya sahaja. Sekadar ingin membuai hatiku. Kata-kata cinta dan romantik seperti itu mungkin juga dia pernah luahkan dengan wanita lain. Perlahan keluhan keluar daripada mulutku. Aku cuba menarik tanganku tetapi dia mengemaskan gengggaman tanganya.
“I wait for you until you ready, Illa. Ambil seberapa lama masa yang you perlukan. I akan tetap tunggu you”, ucap Noah Harvin dengan nada sedikit serius penuh emosi.
“Saya…”
“I tahu… Mungkin you rasa apa yang I ucapkan selama ini tidak ikhlas dan sekadar permainan di mulut I. Tapi jujur I katakan I serius dengan apa yang I rasakan tentang you. The moments I saw you, I know you’re the one.”
Seperti magic, ungkapan itu begitu indah kedengaran di telinga ku. Dan begitu bermakna sampaikan perasaan ku kini berbaur. Berbaur dengan keinginan dan keegoan diri sendiri. Patut kah aku mengambil risiko dalam percintaan ini. Mungkin kata-kata Nadia dulu ada benarnya. Love is about taking a risk. Bagaimana kalau perasaan Noah Harvin hamparkan berbaloi untuk aku pertaruhkan? Berbaloi untuk diambil risiko. Aku tidak tahu makna bahagia kalau aku tidak berani berjudi dengan risiko. Mungkin juga risiko itu adalah sebuah kebahagian.
“Malam selepas majlis Alin dengan Elden saya akan bagi jawapan saya. Boleh awak tunggu sampai saat itu?!” pinta ku akhirnya. Walaupun aku tidak pasti dengan apa yang aku katakan.
“Bukan setakat sekejap itu I boleh tunggu you, anak kucing. Sampai bila-bila pun I boleh tunggu you”, balas Noah Harvin. Nada suaranya berubah sedikit girang dan ceria. Respon itu sungguh diluar jangkaan ku. Walaupun tiada kepastian dan kata putus lagi, tetapi permintaan aku sebentar tadi boleh membuat nada suara Noah Harvin teruja.
“Jauh lagi ke tempat kita nak makan ini?” soal ku tiba-tiba cuba mengalih tumpuan kepada topik lain. Sekilas aku dapat melihat terukir senyuman di bibir Noah Harvin. Walaupun dalam keadaan samar-samar.
Kemudian, aku mengalih pandangan ke sekeliling ku. Agak jauh juga tempat Noah Harvin bawaku makan. Kalau tak silap dah tiga empat kali melintasi traffic light. Di hadapan ada lagi traffic light. Tetapi tidak jauh daripada situ seperti ada taman. Dengan keadaan jalan jammed menyebabkan perjalanan kami seperti begitu lama bagi aku. Mungkin juga kesesakan ini di sebabkan ketika ini warga Dormount Capital keluar makan. Lagipu laluan yang diguna oleh Noah Harvin memang tarikan warga Dormount Capital sebab banyak restaurant dan gerai makan yang popular digemari pencinta makanan.
“Tak jauh lagi anak kucing.” balas Noah Harvin kepada pertanyaanku. “Lepas traffic light ini kita masuk simpang di depan sana, lepas itu sampai lah kita nanti. I bet you pasti suka dengan tempat kita makan nanti”, jelasnya lagi dengan memandang ku sekilas dan aku melihat lirikan senyuman dibibirnya.
Kereta yang dipandu oleh Noah Harvin masuk ke dalam simpang yang tak jauh dari taman yang aku lihat di traffic light tadi. Lampu taman menghiasi jalan masuk ke dalam tempat tersebut. Daripada kejauhan aku melihat sebuah bangunan yang gah bak istana lama. Cahaya lampu menerangi sekeliling bangunan itu.
Noah Harvin mengeluarkan kad kepada penjaga parking bangunan tersebut. Penjaga parking tersebut berlalu. Apabila dia ingin mengangkat papan tanda yang menunjukkan VVIP parking, tindakannya itu dihalang oleh Noah Harvin. Lantas dia menyuruh penjaga itu mengangkat reservation parking biasa. Aku melihat penjaga parking itu seperti teragak-agak tetapi tetap mengikut sahaja arahan Noah Harvin dengan penuh hormat. Malah memanggilnya dengan gelaran ‘tuan’. Mungkin sebab dia selalu makan dekat tempat ini, sebab itu lah penjaga tersebut mengikut arahannya. Ah, jangan banyak pikir la, IIla, desis hatiku. Mujuk diri supaya jangan terlalu banyak berprasangka yang tidak sepatutnya tentang diri Noah Harvin.
Share this novel