HARI ini aku terasa macam tenaga aku telah aku guna sepenuhnya. Sebab hari ini big day untuk Marilyn dan Elden. Marilyn yang berkahwin aku yang merasa gemuruh semacam daripada awal pagi Marilyn disiapkan oleh juru makeup sehingga saat menuju ke altar church. Gementar dia semacam sahaja. Tapi aku tidak menunjukkan itu dekat Marilyn, sebab takut dia terlebih gementar. Entah berapa kali Marilyn berbisik kepada aku yang dia gementar dan hati dia terasa tidak tenang. Cemas. Selesai sahaja simbolik penyatuan Marilyn dan Elden, baru lah aku merasa lega. Jauh di sudut hati, aku bersyukur sangat majlis dia di church berjalan dengan lancar seperti yang telah praktis daripada awal. Rasanya tiada cacat cela.
Sepanjang di church aku dapat mengenali saudara mara Marilyn dan Elden daripada dekat. Aku akui Marilyn mahupun Elden memiliki senak saudara yang ramai. Penuh juga ruang church oleh mereka yang hadir. Dengan aku tidak seminit pun meninggalkan Marilyn memang aku menjadi pemerhati mereka-mereka yang datang untuk meraihkan simbolik penyatuan Marilyn dan Elden. Aku turut tumpang gembira apabila melihat senyuman bahagia tidak lekang dibibir kawan baik ku itu bila dia menerima ucapan tahniah daripada senak saudaranya.
Selesai majlis di church, aku terus menemani Marilyn ke retreat room The Daydream Garden. Retreat room tersebut sememangnya berada di dalam The Daydream Garden sahaja. Di khaskan untuk pengantin bersiap. Dan di asingkan juga bilik pengantin lelaki dan perempuan. Di sediakan juga katil queen saiz, sofa dan segala kelengkapan yang ada di bilik hotel. Selepas membersihkan diri dan bersalin pakaian, aku mahupun Marilyn masing-masing mencari kesempatan membuang rasa penat.
Aku terjaga dari tidurku disebabkan alarm yang telah aku setkan. Nasib baik Marilyn tidak terjaga disebabkan bunyi alarm tersebut. Aku mengosok mukaku sebelum mengapai ku kembali telefon untuk melihat jam. Apabila aku melabuhkan kepala ku tadi, aku begitu cepat terlelap. Tidak terasa sudah di alam mimpi. Mungkin sebab aku jenis yang cepat tidur kalau terlebih penat.
Aku melihat Marilyn yang sedang nyenyak tidur di atas katil. Walaupun aku hanya mampu untuk melelapkan mataku selama 30 minit, tapi aku terasa segar kembali. Dari fizikal dan mental. Lagipun, itu sememangnya tujuan aku tadi. Tidur sekadar ingin mengambil tenaga dan menghilangkan rasa penatku sekejap.
Terlintas difikiran ku dalam ketika ini yang aku telah berjanji dengan Marilyn nak menengok ballroom. Untuk memeriksa yang setiap kerusi yang ada telah diisi dengan gift box untuk jemputan yang datang. Takut ada yang tertinggal dan terlupa diletakkan oleh pekerja The Daydream Garden. Ujar Marilyn semalam semasa aku berjumpa ketika membuat reheaser untuk majlis hari ini, The Daydream Garden ada menyediakan pekerja sambilan yang akan menguruskan daripada menyambut tetamu sampai lah ke bahagian menyusun gift box di setiap kerusi. Cuma pihak Marilyn hanya akan memantau sahaja.
Pantas tangan ku mengapai pen dan juga kertas yang berada di atas meja kaca bilik retreat tersebut. Nota ku tulis untuk Marilyn menyatakan yang aku ke ballroom untuk memeriksa gift box. Sekeping nota itu cukup untuk dia mengetahui di mana keberadaan ku apabila dia bangun daripada tidur nya. Nota itu aku letak di atas meja kaca tersebut. Selepas itu aku keluar daripada bilik tersebut.
AKU DUDUK untuk berehat setelah merasa penat. Tangan ku memeriksa plan kertas tempat duduk ditanganku. Kalau berdasarkan tanda pangkah yang aku tanda di plan kertas tersebut, masih ada sepuluh meja yang belum aku periksa. Plan tersebut aku dapatkan daripada pekerja yang sedang meletakkan gift box di kerusi ketika ku sampai di ballroom tadi. Terselit bersama dengan plan yang ada senarai nama jemputan. Mereka-mereka yang bakal datang untuk meraih hari bahagia Elden dan Marilyn malam nanti. Aku meneliti sekilas plan yang ada senarai nama jemputan.
Mata ku terliar-liar memandang pada keadaan sekeliling ballroom tersebut. Ketika ini, yang aku kira hanya aku keseorangan berada di sini. Nasib baik semua lampu ballroom itu di buka. Kalau tidak mungkin aku ketakutan keseorangan berada di ballroom yang sangat luas ini.
Menyesal pula aku buat kerja ini sorang-sorang. Kenapa lah aku tidak minta bantuan Noah Harvin sahaja tadi. Aku pasti dia sememangnya sudi dan sedia untuk membantu aku memeriksa setiap kerusi yang ada di ballroom ini kalau aku meminta pertolongan daripadanya. Tapi entah lah, aku sendiri tidak tahu kenapa diri ini. Ketika aku melihat seorang gadis begitu mesra menyapa Noah Harvin di church tadi, tambah pula gadis itu memeluk lengan dia erat ketika pasangan pengantin bergambar dengan pihak keluarga Elden, aku jadi tidak keruan. Aku dapat merasakan wanita itu buka sekadar kawan dia. Tapi lebih daripada itu. Melihat wajah wanita itu, dia sangat cantik dan seksi. Persis seorang model. Entah kenapa aku seperti pernah melihat wajah wanita itu.
Sesaat mata aku dan Noah Harvin bertemu. Aku melihat dia menenung wajah ku tenang. Dan seketika, aku melarikan pandangan mataku. Reaksi balas yang aku tunjukkan atas apa yang berlaku tidak hanya berhenti di situ sahaja, aku juga melarikan diri daripada Noah Harvin sepanjang di church. Disebabkan itu aku melekat dengan Marilyn sepanjang masa. Dan aku menyibukkan diri, walaupun Noah Harvin ingin berbicara sesuatu, aku menyatakan aku sibuk. Entah kenapa aku melarikan diri tadi. Aku sepatutnya menghadap dia sahaja. Mendengar penjelasan dia. Kenapa aku selalu mengikut perasaan diri. Keluhan keluar tanpa aku sedar.
Aku bangun daripada kerusi yang aku duduki. Daripada aku memikirkan benda yang telah terjadi. Memikirkan perangai diri yang tidak berapa matang menangani keadaan, baik aku memulakan kembali kerja ku. Lagipun, aku tidak merasa penat lagi.
“Nasib baik you betul-betul ada dekat sini. Puas I cari you”, sergah seseorang yang membuat aku terkejut. Aku mengusap dada. Dapat ku melihat susuk tubuhNoah Harvin yang berjalan menghampiriku. Terasa debaran di dalam dada ku ketika ini bila dia tiba-tiba muncul.
“Kenapa offkan handphone you. Berkali-kali I call, tak dapat masuk. Voice mail daripada tadi”, bentak Noah Harvin lagi. Sedikit meninggi seperti marah. Masam sahaja muka dia aku tengok daripada jauh.
Terkebil-kebil mata ku memandang dia yang telah berada di hadapan ku kini. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan dan bicarakan. Serius sungguh riak wajah Noah Harvin kini. Walaupun pemisah antara kami berdua adalah sebuah meja, tapi aku dapat merasakan dia tengah menahan perasaan dia. Mahu memarahi aku.
“You melarikan diri daripada I kan?”, soal Noah Harvin menatap wajah ku tajam. Menusuk sampai ke dasar hati ku anak mata Noah Harvin memandangku. “Sebab itu you offkan handphone you. Kenapa you nak melarikan diri daripada I?”. Nada suaranya sedikit mendatar.
“Handphone saya dah low bateri… Saya lupa nak cas tadi..” terang ku sedikit tergagap. Mungkin juga dek kerana mendengar serangan dia yang bertubi-tubi itu. Tidak aku menyangka begitu sekali reaksi dia apabila tidak dapat menghubungi aku. Risau kah dia apabila aku hilang sejenak daripada radas? Wajah lelaki di depan aku itu, aku teliti. Jelas terpamer raut risau dan marah di wajahnya ketika itu.
Aku mengeluarkan telefon ku daripada poket seluar jean ku. Dan aku tunjukkan dekat Noah Harvin keadaan screen telefon ku yang sudah pun mati. Sengaja ku tunjukkan supaya dia tidak menyangka aku sengaja menutup telefon. Mungkin itu boleh menenangkan dirinya.
Aku melihat Noah Harvin ingin menghampiri ku. Tapi selangkah juga aku mengundur ke belakang. Seperti ingin menjarak diri daripadanya. Entah kenapa ku bertindak begitu. Noah Harvin sedikit terkejut dengan apa yang aku lakukan.
“Tengok.. you melarikan diri…”, kedengaran keluhan daripada mulut Noah Harvin. Kesal dengan apa yang aku lakukan.
“I bagi you pilihan. I datang situ or you datang sini. Kalau I datang situ tapi you melarikan diri lagi, jangan salahkan I kalau I buat sesuatu di luar batas kesedaran I”, ujar Noah Harvin lagi seperti mengugut. Aku terkaku. Entah kenapa muka ku terasa panas apabila mendengar ayat di luar batas kesedaran yang keluar daripada mulut Noah Harvin tadi. Tambah lagi bila senyuman sudah terukir dibibirnya. Mesti disebabkan dia melihat muka ku yang merona merah. Ah..jangan nak fikir benda yang pelik-pelik lah, desis hati ku.
“Come here anak kucing!? I tak makan you.. dalam keturunan keluarga I, tak pernah makan orang.. I bukan keturunan karnivor..”, bersahaja nada usikkan Noah Harvin yang kedengaran di telinga ku ketika itu. Yang ku membuang tersenyum kecil. Dia menghulurkan tangannya. Wajah penuh dengan mengharap aku mendekati dia. Tangannya pula masih lagi begitu, menanti aku menyambutnya.
Perlahan aku mengatur langkah mendekati Noah Harvin. Tangannya yang menanti disambut, aku sambut. Terasa erat genggaman tangan Noah Harvin. Aku melihat dia tersenyum.
“Meh..Kita duduk sini dulu”, pinta Noah Harvin. Kerusi ditarik supaya aku duduk dahulu. Aku hanya mengikut rentak dia yang menyuruh ku duduk. “I bawa your favorite foods.” Dia mengangkat beg kertas di sebelah tangan kirinya. Sungguh aku tidak sedar pun yang dia membawa beg kertas itu daripada tadi. Satu persatu makanan yang ada di dalam beg kertas itu dia keluarkan.
“Wow..Bila awak beli ini? Dekat mana?”, ujar ku sedikit teruja melihat makanan di depan mata. Senyuman gembira telah terukir di bibir ku kini. Kesenangan melihat makanan yang sedap-sedap depan mata. Walaupun fast food tapi itu lah favorite aku. Nampaknya dia dah hafal citarasa makanan yang aku suka.
“Thank you, Pak Jowok. Awak macam tahu-tahu je saya belum makan.”
Noah Harvin tersenyum. “I tahu you belum jamah makanan lagi. So, I belikan ini untuk you on the way datang sini. Sebab itu, I call you berkali-kali, nak jumpa. Untuk bagi you ini. Tapi voicemail yang angkat panggilan I”
“Phone saya low bateri kan…saya dah terangkan tadi. Bukan saya sengaja tutup”.
Aku memandang dia yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah aku. Semua makanan yang dia bawa telah dia keluarkan daripada beg kertas tersebut. Dia memberikan aku bungkusan yang aku kira Grilled Chicken Burgers. Bau grill daripada bungkusan itu, aku sudah dapat mengagak. Sungguh menyelerakan.
“Ok..sekarang saya tahu”.
Aku mengunyah Grilled Chicken Burgers dilimpahi oleh cheesy yang diberikan oleh Noah Harvin tadi. Aku nikmati rasa burger tersebut dengan mengangguk kepala. Sememangnya itu lah yang aku perlukan sekarang ini. Dalam keadaan perut yang lapar. Tambah rasa letih dan penat. Tiba-tiba ada orang beli makanan kegemaran. Macam dapat reward pula.
“Illa….” Noah Harvin memanggil nama ku penuh dengan nada lembut penuh romantik. Yang membuatkan aku berhenti mengunyah dan memandang wajahnya.
“I nak you tahu orang itu tiada apa-apa dengan I. Dia hanya sekadar teman lama I…tidak lebih daripada itu.. dalam hati I sekarang hanya ada you sahaja..”, ujar Noah Harvin tiba-tiba yang membuat aku terdiam. Rasanya dia ingin menjelaskan apa terjadi di church tadi kepada ku. Macam mana ku hendak mengelak supaya dia tidak bercakap pasal kejadian di church tadi.
“Siapa yang awak cakap ini? Apa yang awak merepek ini?” soalku pula berpura-pura tidak mengerti.
“ I tahu you nampak orang itu memeluk lengan I. I tahu you cuba mengelakkan diri daripada I disebabkan itu ..?!”
“Mana ada..” pintas ku. Ketara sangat ke, kelakuan aku di church tadi. Yang cuba mengelak dan menjauhkan diri apabila dia cuba untuk mendekati aku.
“ I nampak perubahan wajah you. Riak wajah you jelas menunjukkan you jealous…?”
Terbatuk-batuk aku mendengar serkap jarang yang dilontarkan oleh Noah Harvin. Pantas latte ais yang di depan mata ku, aku minum. Untuk menghilangkan rasa tersedak. Aku merasa tangan Noah Harvin mengusap belakang ku bila aku masih lagi batuk. Lembut pergerakkan tangannya.
“Perlahan-lahan mengunyah dan menelan makanan you itu. Jangan terlalu rushing sangat bila makan..kunyah betul-betul baru lah you telan”, bebel Noah Harvin. Sempat pula dia membebel aku ketika ini. Ini semua salah dia yang tiba-tiba berbicarakan peristiwa tadi. Aku memandang dia sekilas sebelum aku meneguk air minuman ku untuk kali ke dua. Kali ini baru lah batuk ku berhenti.
“Saya tak jealous lah.. buat apa saya nak jealous. Saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak?”,
Tanpa aku sedar tangan Noah Harvin mengusap rambutku. Aku memandangnya. Di bibir Noah Harvin terukir senyuman yang penuh mengoda.
“Siapa cakap you bukan siapa-siapa dalam hidup I? You’re my world, anak kucing.”
Aku mendiamkan diri mendengar kata-kata Noah Harvin. Benar kah? Ataupun itu sekadar ayat-ayat manis dia. Sekadar ingin memujuk-rayu aku. Untuk semakin menyukai dia. Sesungguhnya dalam menahan hati ini teguh kuat untuk tidak terlalu menyukai dia, aku jadi lemah. Aku tidak mampu, tambah lagi bila mendengar kata-kata pujuk rayu dia. Waktu seperti berhenti apabila aku dan dia saling berpandang. Asingnya terasa debaran di dada ini. Ingin ku pinggirkan apa yang aku rasa namun tak terdaya Mungkinkah hati ini telah terbuka sendiri untuk menerima dia sebagai seorang kekasih.
Mengagumkan, melemah aku melihat tatap matanya. Mata yang cantik itu selalu membuat aku seperti terpukau. Aku melarikan pandangan mata ku ke arah bunga-bunga yang menjadi penyeri majlis malam nanti.
“I tak tahu macam nak cari you kalau you offkan telefon macam tadi. Serba tak kena bila I tak dapat contact you. Dan I rasa I akan hilang arah kalau you buat benda macam itu lagi,” pengakuan Noah Harvin itu membuat aku tersenyum. Ingin sahaja aku katakan itu yang aku rasakan kalau dia tidak menghubungi aku dan message untuk satu hari. Risau dan cemas di dalam hati. Dan diri ini akan mencari-cari kemana dia menghilang.
“Awak betul-betul ke sayangkan saya?”, soal ku tiba-tiba. Aku melihat Noah Harvin mengangguk.
“Awak sanggup buat apa saja untuk saya?”, soal ku lagi kepada Noah Harvin. Dia mengangguk kepala tanda untuk kedua kalinya. Sedikit pun tiada riak curiga terpancar di wajah Noah Harvin ketika mendengar persoalan daripada mulut ku. Tiada juga tanda-tanda dia menipu aku dengan perasaan dia. Yang aku lihat hanya keikhlasan dia.
“Kalau macam itu, boleh tak awak tolong saya check baki meja yang belum saya pangkah ini… Saya nak habiskan makanan yang awak beli ini”, ujar ku penuh manja. Senyuman manis terukir dibibirku.
“Untuk you apa sahaja I akan buat, anak kucing. Kalau you minta bulan dan bintang sekali pun, akan I petikkan untuk you. Setakat check meja…ermm..kacang je itu. Mana yang perlu I check?”.
Tertawa kecil aku mendengar kata-kata Noah Harvin. “Amboi, amboi..amboi.. bulan bintang pun dia sanggup petik yer untuk kita?! Itu nanti..kalau saya tiba-tiba carving bulan bintang. Nanti saya akan suruh awak petik. Tapi sekarang tolong saya check ini…”,ujar ku bersahaja yang membuatkan Noah Harvin tersengih.
Aku memberikan Noah Harvin plan kertas yang aku gunakan untuk memeriksa setiap kerusi tadi. Aku menyuruh dia pangkah setiap kerusi yang ada gift box. Dia mengangguk mengerti dengan penerangku.
Dari kejauhan aku memerhati dia melakukan kerja dengan menikmati makanan yang dia belikan untuk aku. Aku tersenyum setiap kali dia memandang ku dengan pandangan penuh kasih dan sayang. Oh..aku telah jatuh cinta dengan dia, ketika ini. Saat ini. Noah Harvin, itu lah nama yang bertakhta di hati ku sekarang.
Share this novel