Chapter 7

Romance Series 49576

                 "Staffy it's you?", kataku apabila mendengar bunyi seseorang mencari sesuatu di ruang tamu. Aku yang berada di bilik mandi tengah masukkan baju bridesmaid yang aku akan pakai untuk photoshoot terhenti seketika.

                  Kita orang sampai di Pulau Lembong dekat nak 10.30 pagi. Elden menyewa sebuah bilik dekat resort berhamapiran untuk persalinan lelaki dan perempuan dan untuk letak barang. Jadi terpaksalah semua orang bergilir-gilir menggunakan bilik air tersebut.

                 "Ya, it's me Kak. Tengah cari barang", suara Staffannie sepupu Marilyn membalasku dari luar.

                    Baju yang aku pakai sebenarnya Marilyn yang pilih pada hari itu sebab masa fitting itu aku tak datang. Lagipun dia tahu cipta rasa aku. Aku menyuruh dia memiilih dan aturkan mana-mana yang patut. Macam vogue pula baju aku nie. Baju yang aku pakai sepatutnya tak ada lace dekat bahagian dada sampai belakang seperti baju mereka yang lain. Tetapi mungkin Marilyn menyuruh butik baju tersebut fitkan dengan bagi ada lace bahagian itu. Sebab dia takut aku tak selesa dan dia tahu aku jarang sangat pakai baju seksi nampakkan dada or belakang. Tadi waktu sesi ambik gambar pakai baju yang satu lagi paras lutut aku, tapi baju tersebut tak lah seksi belakang dan dada dia tertutup dengan lace juga, tetapi aku jadi tak selesa bila dua orang kawan Elden tiba-tiba nak menghampirku dan bercakap dengan ku. Semalam tak juga nak bercakap dengan aku.

                     Kemudian aku merungut dekat Marilyn waktu makan, dengan selamba dia ketawa lepas itu bagitu aku sebab aku seksi dan cantik sangat dengan baju itu. Aku hanya menunjukkan senyuman sinis aku. Lepas itu ada pula Miss Annie cakap aku cantik sangat dengan baju itu dan ada sikit touch up make up membuat aku sesuai untuk jadi model katanya. Mr Rex Photographer lagi lah, sempat lagi dia menjerit Miss Angel katanya. Marilyn dan Elden yang gelak sakan bila aku menunjukkan muka tak puas hati di panggil begitu.

                  Macam aku pengantin pula dengan baju ini. Perasan pula desis hati ku yang sedang membelek diri dekat cermin. Aku cuba menutup zip bajuku yang ada dekat belakang. Tapi tangan ku tak sampai ke belakang untuk menarik zip tersebut ke atas.

                  "Staffy, awak masih dekat situ ke?" kata ku membuka pintu dan terus membelakang diri dari muka pintu itu. "Boleh tolong Kak tak? Tangan Kak tak sampai nak tarik zip baju ini" tambah ku lagi dengan cuba menutup zip baju. Aku hanya merasa satu tangan menutup zip baju ku dengan pelahan sampai ke atas. "Okay dah. Thanks Staffy. Tunggu Kak kejap. Kita pergi sama-sama nanti", kata ku lagi menutup pintu tanpa memandang ke belakang.

                   Aku keluar dari bilik mandi sambil membetulkan flower wreath di rambut ku dan baju ku. Waktu itu aku betul-betul terkejut apabila melihat susuk tubuh yang sedang mengambil gambar sekeliling bilik itu sampai lah lensa kameranya berhenti dekat aku. Dan dia masih mengklik butang kamera tersebut.

               " Bagaimana awak boleh dekat sini', kata ku dengan nada yang sikit terkejut dengan kehadirannya. Dia masih berpakaian kemeja putih dengan tie cuma suit jacketnya telah di bukanya. Dia masih dalam keadaan yang sama tidak menjawab pertanyaan ku. Apa yang aku dengar hanya lah klikkan kameranya.

                 "Awak buat apa ambil gambar saya?", kataku dengan nada yang tak puas hati.

                  "I ambik gambar "Angel" yang keluar dari bilik mandi. Rupanya dia bersembunyi di bilik mandi selama ini", balasnya sambil masih memfokuskan camera lens kameranya dekat aku sambil tersenyum nakal di sebalik kameranya tersebut.

                 Aku menutup muka ku dengan tapak tangan ku agar dia tidak dapat mengambil gambarku. Tapi aku masih juga mendengar klikkan kameranya. Dengan rasa geram di hati aku cuba menghalangnya.

                "Okay stop", katanya apabila melihat ku semakin menghampirinya. Aku berhenti. "Jom pergi. Tadi you suruh I tunggu you. Dah lupa lah itu. Mesti semua orang tunggu kita", katanya lagi sambil menarik tanganku. Tetapi aku tangan ku balik.

                " Maksudnya tadi itu.. yang tolong saya itu.. awak.." kataku dengan teragak-agak sambil menunjukan muka macam yang tak percaya kemudian menyetuh belakangku. Dia memandangku dengan senyuman nakalnya dan mengangguk tanda mengaikan.

                  Rasanya macam nak sangat tangan ku sampai dekat mukanya. Kurang asam punya mamat. Kenapa tak bagitahu yang dia bukan Staffannie. Sengaja betul nak ambil kesempatan. Rasa geram di dalam hati membuat aku menarik nafas dalam-dalam.

                "Bukan salah I okay. You yang beria sangat nak minta tolong. Jadi I just tolong", katanya dengan muka tersengih menatap mukaku. Memang kurang asam mamat ini, bukannya nak minta maaf. Malah salahkan kita pula, desis hatiku sendiri

"Tapi awak tahu nama awak bukannya Staffy kan? Tetap juga awak..eii.."kata ku dengan geram dan tanpa aku sedar aku menendang kakinya. Ketika itu dia baru sahaja menyarung tali kameranya di lehernya yang menyebabkan dia tak sempat untuk mengelak tendanganku.

"Apa nie main kasar" kata Noah Harvin yang dah pun mengosok kakinya yang kesakitan.

"Pervet, untuk bayaran tadi itu", kataku mula melangkah meninggalkan dia yang masih menahan sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience