Aku seperti mendengar suara seseorang memanggil namaku. Begitu dekat dengan telingaku. Dan aku ketika itu berasakan seperti berada di dalam alam mimpi apabila mendengar suara tersebut yang memanggil ku "sayang". Nada suara tersebut bagaikan aluan lagu romantic di telingaku sampaikan membuat aku tersenyum. Aku mengalihkan posisi tubuhku kearah kiriku.
"Sayang, bangun la", kata suara itu lagi. Kali ini betul-betul dekat dengan ku dan aku merasa pipiku di sentuh lembut. Semakin aku amati suara tersebut, semakin aku merasa yang aku seperti pernah dengar. Jangan-jangan dia. Dengan serta merta aku membuka mataku. Memang sah Noah Harvin. Mukanya dengan aku hanya sejengkal sahaja. Tambah lagi dengan posisi dia yang bersandar pada tepi katil tersebut.
"Hei..awak coba nak buat apa nie?", kataku sambil menolaknya dengan kaki ku. Tindakkan aku itu membuat dia terduduk di lantai. Aku terus bangun dan menyelimutkan badan ku. Dapat aku merasa panas di muka ku dan darah mula naik ke semua muka kuketika itu. Agaknya, muka aku ketika ini mesti tengah merah.
"Tak boleh ke tolak dengan lembut sikit? Sakit la. Tak padan dengan diri," kata Noah Harvin yang masih mengosok punggungnya. Kuat sangat ke aku tolak dia tadi. Riak muka seperti menunjukkan dia macam betul-betul sakit.
"Awak ingat boleh minta discount ke kalau dalam keadaaan awak yang macam itu tadi", kataku dengan geram yang membuat Noah Harvin ketawa. Aku melihat dia menyentuh perutnya dengan saki baki ketawanya. Macam lah benda yang aku cakap lucu sangat.
Aku melihat sekelilingku. Mana semua orang. Tadi bilik ini bertaburan dengan beg. Tapi sekarang semua beg-beg itu dah tak ada lagi.
"Mana yang lain? Saya salah bilik ke?", tanya aku dekat Noah Harvin dengan gelabah. Selimut masih membaluti badanku.
"Dia orang dah balik dan tinggalkan kita berdua dekat sini. Semua ini salah you yang suka sangat tidur dekat mana-mana", kata Noah Harvin memandangku dengan senyuman nakal dia. Dengan sponton aku terus bangun apabila mendengar kata-katanya itu. Aku melangkah ke luar pintu melihat number pintu. Bilik yang sama. Kemudian aku masuk balik dan berlari ke bangku mencari backpack yang aku bawa pagi tadi. Tetapi malangnya dah tak ada lagi dekat situ. Noah Harvin sudah pun duduk di hujung katil sambil melihat aksi ku yang masih tak percaya. Aku cuba mengingat kembali apa yang terjadi, selepas makan tadi aku balik ke bilik nak tidur sekejap. Tapi tak sangak tidur sampai begitu lama. Takkan semua orang tinggal aku. Berdua pula dengan Noah Harvin di situ.
"Beg saya mana? Saya dah letak dekat sini", kataku dengan memandangnya. Rasanya macam nak mengalir air mataku sekarang ini. Dah lah kena tinggal, backpack pula kena bawa.
"Tak tahu. Mungkin dia orang lain dah bawa balik," kata Noah Harvin dengan muka slumber dia.
Aku teringat balik apa yang telah terjadi sebelum aku melabuh tidur. Apa yang aku ingat aku meletakkan handbeg ku dekat sebelah katil waktu ku tidur. Aku menuju ke arah Noah Harvin dan mencari beg tersebut di persorok katil. Noah Harvin sudah pun berdiri dan hanya memerhatikan ku.
"You cari apa lagi?" tanyanya dengan nada yang agak serius. Rimas kali dengan perangai ku yang tiba-tiba begitu. "Boleh tak you duduk dulu. Tarik nafas. Dan lepas itu cari benda yang you nak cari itu", katanya lagi.
" Saya tak boleh. Saya nak telefon Alin", kataku seperti menahan sebak.
"Backpack you dah kena bawa. You nak cari apa lagi", kata Noah Harvin. Kemudian dia meninggalkan aku yang masih mencari barang dan duduk di sofa. Aku tahu dia memerhati ku dari jauh.
Aku mengangkat selimut tebal tersebut dan mencari di bawah katil pula. Daripada bawah kanan katil tersebut aku melihat handbag ku berada dibawah sebelah kiri katil tersebut. Aku mengambilnya dan mengeluar semua benda yang ada dekat situ. Yang ada hanya alat make up dan leather. Aku membuka leather tersebut dengan harapan tinggi ada duit yang tertinggal ataupun ada ATM or Kad Kredit tapi yang aku jumpa hanyalah Passport dan pengenalan diriku. Macam mana nak balik kalau begini, desis hatiku. Nak menelefon orang lain untuk minta pertolongan, lagi lah tak dapat. Telefon dan walletku aku pasti aku letakkan dekat backpackku yang telah di bawa pergi. Mataku kini di penuhi air mata dan satu persatu jatuh.
"Heey heeey. Kenapa nie?" kata Noah Harvin yang aku tak pasti kehadirannya, duduk bersamaku di atas katil. Aku tak sedar bila dia menghampiriku. Aku memandang wajahnya dengan air mata yang jatuh. Aku menyapu dengan kedua-dua belah tanganku. Tapi makin banyak pula yang mengalir daripada mataku.
"How we gonna back after this? My entire money and cell phone in my back pack," kataku pelahan dan menundukkan kepalaku. Air mataku masih lagi jatuh.
"Lah pasal itu ke?", kata Noah Harvin sebelah ku sambil mengusap rambutku. Apabila dia berbuat begitu, aku jadi berdebar sejenak. Kemudian, saki baki air mataku di sapunya dengan kedua belah tangannya perlahan. Dan aku tak tahu kenapa aku membiarkan dia berbual begitu
"You have me and that already enough," katanya lagi. Kali ini ada berbau nakal nada suaranya. Aku memandang wajahnya yang tengah tersenyum. Memang di akui Noah Harvin seorang yang kacak dan memiliki senyuman yang boleh buat semua gadis jatuh cinta dan tidur tak lena. Apabila aku melihat muka Noah Harvin daripada dekat, aku merasakan dia iras-iras seperti wajah pelakon. Aku sendiri pun boleh berdebar dengan keadaan jarak kami yang begitu dekat. Sepanjang sehari ini aku begitu dekat dengan dia, tetapi yang dekat ini membuat aku gemuruh. Aku menjarakkan diri.
"Kenapa tenung I? Ke dah jatuh hati? Ke your types already change toward me? But you just have to remember that you're not my types", kata Noah Harvin dengan tersengih yang membuat debaran ku terhenti begitu. Tadi bukan main dia pujuk aku dengan lembut tapi sekarang boleh pula dia bercakap seperti macam begitu yang membuat aku. Aku menarik nafasku dalam-dalam.
Aku memandang ke arah sebelah tepi ku dan Noah Harvin di depan ku di abaikan. Kalau nak aku layan sangat perangai dia, aku memang malas. Kepala ku ini berserabut dengan fikir macam mana balik. Dengan di luar dah pekat gelap yang menunjukkan dah malam. Nak menelefon Marilyn pun tak tahu nak macam mana. Pakai telefon resort karang kena service balik. Aku mengusap mukaku.
"Haa. Dia dah buat muka itu balik. Nak nanggis lagi lah itu." Aku hanya mampu diam mendengar kata-kata Noah Harvin. Tak tahu nak balas apa. Karang kalau aku balas ada sahaja dia nak kenakan aku walaupun dalam keadaan begini.
"Saya ada telefon dan wallet", kata dia dengan nada main-main secara tiba-tiba. Wallet dan telefon nya di letakkannya betul di depan ku. Aku memandangnya meminta perjelasan. Yang aku dapat, hanya lah senyuman dari dia. Rasa nak marah di dalam hatiku tiba-tiba meluap. Dengan pantas tangan ku mengampai bantal yang ada di sebelah ku. Dan bantal tersebut hinggap di kepala Noah Harvin. Walaupun dia mengelek tetap juga aku memukulnya.
"Okay. I'm sorry dan let me explain", katanya dengan memegang erat batal tersebut sehingga ku tak dapat menarik kembali. Aku hanya menanti perjelesannya.
"Sebenarnya kita memang kena tinggal oleh feri. Tadi you betul-betul tertinggal dekat sini. Waktu kita orang dah sampai dekat jeti, kita orang perasan yang you tak ada bersama yang lain. Masa kita orang check out, Marilyn dan Elden ingat you dengan yang lain tunggu dekat jeti. Sampai sahaja dekat jeti, baru tahu you tak ada dan kita orang suspect you tertinggal dekat resort. Jadi kita orang datang balik resort dan minta check bilik. Lepas itu jumpa lah you tengah tidur dekat katil .Semua orang tak sedar pun yang you ada dekat katil sebab berbalut dengan selimut ini. Lepas itu dia orang lain call bagitahu yang feri dah nak gerak dah waktu itu. And that one is the last ferry gerak. So, you, I, Alin and Elden terkandas dekat sini malam ini. Tak pernah di buat orang tau perangai you ini. Jarang di jumpai sekarang" Kata Noah Harvin dengan panjang lebar dengan nada sedikit sinis dihujungnya. Aku menutup muka dengan kedua belah tanganku. Malunya. Makna ini salah aku lah, desis hatiku. Tadi dia cakap Marilyn dan Elden ada sekali. Tapi tak nampak mereka berdua dari tadi.
"Alin dan Elden?", tanya ku separuh kedengaran.
"Oh. Dia orang pergi ke pasar malam berdekatan. Tadi dekat lobi ada orang bagithu ada pasar malam berdekatan. Dia orang nak beli baju sebab beg kita semua dah kena bawa dah. Yang tinggal wallet dengan telefon. Lepas itu dia orang jalan-jalan. Alang-alang dah terkandas", katanya dengan senyum dibibir. Aku hanya mengangguk. Kemudian aku memandang ke kearahnya.
"I? kenapa tak ikut ke?" katanya dan aku hanya mengangguk. " I kena jaga budak manja depan I nie. Takut nanti hilang or kena kidnap pula", katanya lagi dengan nada gurauan. Kemudian dia mengambil telefonnya.
" Nah. Tadi Alin cakap suruh call dia kalau you dah bangun", kata Noah Harvin memberi telefon nya dekat aku. Number Marilyn sudah pun di dailnya. Bila mendengar suara Marilyn, aku macam nak menanggis sekali lagi. Aku mendengar suara Marilyn yang ceria dan rasa bersalah mula menyelubungi aku. Kalau tak kerna aku tertidur mesti kami orang dah berada dekat resort Ayana sekarang. Aku siap minta maaf dekat dia dan Elden. Yang aku dengar daripada suara Elden, "It's okay". Siap cakap dia orang tengah happy berjalan. Sebelum menutup telefon, Marilyn bagitahu ku yang dia orang akan balik tak lama lagi dekat resort. Dan dia sempat lagi mengusikku kalau aku boring dekat dalam bilik, dia suruh aku mengajak Noah Harvin pergi ke pantai. Berdating melihat bintang di pantai katanya. Lepas itu ada deraian ketawa dia dan perbualan kami terhenti dekat situ.
"Thank you", kataku sambil memberi telefon Noah Harvin kembali. Dia hanya tersenyum memandangku. "And I'm so sorry. I should not fall sleeps like that. Dan saya menyusahkan awak semua", kata ku lagi dan ada nada menyesal di sebalik suaraku.
"It's always happen in this world. But orang yang tertidur dekat bilik resort apabila orang lain nak balik sampaikan kena tinggal itu, I tak pasti pernah terjadi ke tak", kata Noah Harvin sambil ketawa. Aku membuat muka menyampah ku mendengar katanya itu. Dan dia telah pun turun dari katil dan berdiri di depanku.
"Untuk membalas apa yang terjadi hari ini, you kena temankan I pergi pantai. I rasa boring dekat dalam bilik ini", katanya lagi. Tangannya di hulurkan untuk membantuku bangun dari katil. Tanpa teragak-agak aku menyambut tangannya itu.
"Okay. Hanya kali ini. Lagipun ada orang cakap kalau nak tengok bintang pergi ke pantai", kataku dan berjalan mendahuluinya ke luar. Dan tanpa aku sedar dia sudah pun berada di sebelah ku.
Share this novel