AKU melihat arah jalan sambil melihat waze navigator di telefonku yang ku letak di phone holder di keretaku. Awal pagi Marsha Irene dah share address site denganku. Siap pesan andai kata aku tersesat dan tak tahu jalan, call dia dan dia boleh ambil nanti. Bertapa prihatinnya Marsha Irene, client aku yang sorang ini. Setakat ini dia lah client paling sopan yang deal dengan aku dan teamku. Tak pernah pula aku ada client yang datang nak jemput aku ke site sebelum ini.
Pagi tadi, rasanya pukul 4 pagi aku menidurkan diri. Aku ingat nak buat sikit sahaja kerja selepas berborak dengan Noah Harvin. Tapi semakin lama, banyak yang aku buat. Dan aku tak sedar jam di dinding dah pukul 4 pagi. Aku tertidur pun bukan atas katil, aku tidur dekat sofa biliku. Itu pun sebab ku dah tak tahan lagi dengan mataku yang asyik nak terpejam. Mengantuk yang amat.
Noah Harvin seperti yang dia janji semalam membangun aku daripada tidurku. Tetapi waktu dia call jam dah dekat pukul 9 pagi. Katanya, dia tahu aku tidur lewat dan mahu aku tidur lebih lama sikit. Aku tak berbual panjang seperti biasa dengan Noah Harvin, aku cakap dengan dia yang aku nak cepat dan menyuruh dia call lagi petang ataupun malam. Dan dia memahami dan cakap okay.
Agak kelam kabut juga aku keluar daripada rumah sebab temu janji aku dengan Marsha Irene hari ini pukul 10 pagi. Aku mengambil Jessica terdahulu, sebelum aku mengambil Abigail Marie. Rumah Jessica dekat sikit dengan rumahku. Jadi senang bagiku sebab satu hala saja. Masuk sahaja mereka di dalam keretaku, suasana jadi bising. Suara mereka berdua membuat aku tidak terasa mengantuk disebabkan tidak cukup tidur. Tambah lagi perangai mereka berdua yang suka mengusik.
“Kalau ikut waze ini, kita dah nak sampai dekat destinasi kita dah”, kata ku dengan melihat bangunan di sekeliling. Abigail Marie dan Jessica turut melilau ke luar kereta, menolongku mencari site building Marsha Irene.
“Miss rasanya itu dia building itu”, sergah Jessica dengan menunjukkan bangunan yang betul-betul berhapanan jalan besar. Voice waze berulang-ulang mengingatkan bahawa kami dah pun sampai destinasi. Aku tersenyum. Nasib tak sesat, desis hatiku.
“Wow, agak strategic dan cantik juga design bangunan dia Sis Grace”, kata Abigail Marie mengamati bangunan di hadapannya. Aku melihat Jessica juga mengangguk setuju apabila melihat sebuah bangunan unik dan modern reka bentuknya. Aku parkir keretaku betul-betul dihadapan bangunan tersebut. Kemudian mereka berdua mula berbual sambil memerhati sekeliling. Aku hanya mendengar perbualan Abigail Marie dan Jessica. Aku mengintai juga sekelilingku, cuba mencari kereta Marsha Irene. Mungkin dia parkir kereta dia berdekatan sebab parking lot di hadapan bangunan tersebut masih kosng. Tempat lain dah penuh. Mungkin juga dia lambat, desis hatiku.
Ketika itu sebuah Land Rover-Ranger Rover (SVR) berhenti sebelah keretaku. Cermin hinted sebelah penumpang dibuka. Kelihatan Marsha Irene melambai tangannya di dalam kereta tersebut. Aku keluar dari kereta dengan senyuman di bibir. Begitu juga dengan Abigail Marie dan Jessica. Marsha Irene menghampiri kami dengan senyuman di bibirnya. Dia yang berpakaian flower lace dresses berwarna navy menyerlahkan keanggunannya. Dia bersalaman dengan kami bertiga penuh ramah dan senyuman terukir dibibirnya.
“Dah lama ke sampai?” soal Marsha Irene. Dia mengajak ke banguan tersebut.
“Tak lah, Puan Marsha. Baru lima minit macam itu kita orang tunggu”, kata ku dengan senyuman dibibir.
“Sorry, korang terpaksa lama tunggu I. Anak-anak I tiba-tiba meragam. Tak nak ditinggalkan. Husband I tak dapat ikut sebab jaga dia orang. And please call me Irene, Illa”, tambah Marsha Irene lagi dengan reaksi di mukanya yang masih berasa bersalah. Aku terpana mendengar dia menyebut nama panggilanku. Tapi macam mana dia tahu nama panggilan aku Illa. Mesti Noah Harvin bagitahu dia desis hatiku. Entah apa lagi dia ceritakan dekat kawan-kawan dia pasal aku. Kalau difikir ballik daripada cara dia orang berbual minggu lepas seperti Noah Harvin telah lama mengenali Marsha dan suaminya. Nada suara dia orang berbual pun menunjukkan hubungan dia orang sangat rapat. Aku tidak pula bertanya tentang hal itu dengan Noah Harvin. Sebab dia sendiri pun tak membuka cerita itu dengan aku. Aku takut dia ingat aku penyibuk pula nanti kalau aku bertanya lebih pasal diri dia. Aku biarkan diri dia sendiri yang membuka cerita tentang dirinya kepada aku.
Apabila aku tersedar daripada lamunanku, pantas aku menolong Marsha Irene membuka pintu banguan tersebut yang hanya diikat dengan rantai besi dan lock kunci sederhana besar. Kami masuk ke dalam bangunan tersebut, setelah mengeluarkan kamera, Abigail meminta kebenaran untuk mengambil gambar sekeliling di dalam bangunan itu. Jessica mengikutnya. Marsha Irene pula menerangkan bangunan tersebut kepadaku. Banguan tersebut merupakan bangunan dua tingkat yang berasingan. Ada pemisah di ruang di tengah yang membuat ruang tingkat bawah nya lebih besar. Daripada bawah sampai ke atas Marsha Irene membawa kami melihat dan meneliti bangunan tersebut.
Marsha Irene mula menerangkan apa yang dia mahu dekat café dan butik dia nanti. Penerangan keinginan dia termasuk sekali dengan lampu, semua perabot, setiap ruang perlu di decoraction dengan apa, kitchen equipment dia, painting dan flooring. Aku hanya merekod setiap apa yang dia cakap. Dan saat itu, aku melihat Jessica yang tiba-tiba berada di sebelah ku yang turut mencatat keinginan client kami. Aku tersenyum melihat kesungguhan dia menulis setiap patah kata Marsha tersebut. Itulah PA dan assistant aku. Dua-dua membuat kerja tanpa di suruh. Sampai sahaja site memang tahu kerja masing-masing. Itu yang membuat aku bangga memiliki teammate seperti mereka berdua.
Hampir dekat satu setengah jam berada di bangunan tersebut, Marsah Irene mengajak kami bertiga minum dekat café yang tak jauh dari situ juga. Dia memperlawa kami menggunakan keretanya pergi ke café tersebut. Dan kereta ku ditinggalkan di situ. Katanya, nanti dia hantar kami bertiga balik ke tempat itu semula, biarpun aku berkeras menolak. Tapi aku mengalah juga apabila dia lebih berkeras memujuk. Aku mengambil laptop dan barang-barang lain yang aku sediakan untuk tunjukkan dekat Marsha Irene di dalam kereta sebelum menaiki keretanya
“Puan Marsha dah ada anak ke?”, soal Abigail Marie memecah keheningan. Mungkin sebab dia melihat baby sits dekat belakang kereta tersebut. Agaknya tadi Abigail Marie tidak mendengar Marsha Irene memberitahu dia lambat sebab anak-anaknya meragam tidak mahu ditinggalkannya.
Kedengaran deraian tawa Marsha Irene dengan penuh gembira. “Dah.. Tiga orang. Dua boy dan seorang girl. Dua orang boy itu 4 tahun dan 2 tahun. And yang girl baru masuk 7 bulan. Please panggil I Irene sahaja, Abigail,” kata Marsha Irene dengan ramah sekali. Aku tersenyum mendengarnya. Teringat semalam Noah Harvin memanggilnya dengan panggilan Irene juga. Aku tadi pun di peringatkan olehnya untuk memanggilnya Irene apabila aku memanggilnya Puan Marsha. Tetapi tidak pula Noah Harvin mencerita pasal Marsha Irene dan suaminya kepada ku. Tentang ahli keluarga pasangan itu.Salah aku lagi tidak berapa nak menyibuk bertanya kepada dia.
“Wow.. dah anak dah tiga orang, tapi body Irene masih macam anak dara. Tetap maintain. Ada tak rahsia yang boleh di share dengan kita orang, macam mana nak kekal body macam Irene bila dah ada tiga orang anak”, kata Jessica pula penuh dengan kekaguman. Aku di sebelah Marsha Irene tersenyum mendengarnya. Aku akui kebenaran kata-kata Jessica. Susuk tubuh Marsha Irene memang seperti anak dara. Rasanya kalau kalau orang yang baru mengenalnya akan berfikiran begitu. Dengan penampilan dia yang penuh terapi dan penuh anggun tiada siapa menjangka dia sudah ada anak tiga.
“Exercise dan work up je yang I buat selama ini. Rasanya dulu I lagi slim dari ini.” balas Marsha Irene dengan senyum dibibirnya. Matanya memandang arah jalan. Tetapi wajahnya tetap tenang memandu.
“Tapi I nak tanya, you all dah ada boyfriend tak? Kalau dah ada boyfriend baik kahwin awal. Jangan terlalu lama bercinta. Bagus kahwin kalau dua-dua dah sama suka,” ujar Marsha Irene lagi. Lirik matanya memandangku. Aku coba untuk tersenyum. Aku tahu kata-katanya itu ditujukan untuk ku. Dan sekarang aku tak dapat nak kata apa-apa dalam situasi sekarang. Jangan dia menyebut nama Noah Harvin depan dua orang ini sudah. Habis pecah rahsia aku.
“Saya sokong dengan kata-kata Irene itu. Dah berkahwin pun, boleh juga bercinta dengan pasangan kita kan? Bak kata orang, indah lagi bercinta lepas kahwin,” ujar Jessica yang menyokong kata-kata Marsha Irene. Tahu lah dia dah nak kahwin tak lama lagi. Tak perlulah nak sokong sangat, desis hatiku. Aku mengalih pandanganku ke luar tingkap.
“Kenapa yer Irene tiba-tiba tanya kita orang? Irene nak kenalkan kami dengan seseorang ke? Saya single but not available. Jessica dah bertunang. Tapi Sis Grace kita ini, saya tak tahu. Berahsia sangat”, kata Abigail Marie dengan nada berseloroh. Jessica di sebelahnya tertawa. Deraian ketawa mereka menghilangkan lamunanku. Aku memandang ke belakang dengan menunjukkan muka menyampah. Lagi lah mereka berdua ketawa. Suka sangat nak buli aku kalau bab yang satu ini.
“Niat I begitu lah. Nak perkenalkan seseorang dekat salah sorang daripada you all. Ada lah seorang kawan I ini single. Tapi rasanya dia dah berkenan dengan seseorang. Tak begitu Illa?!”, kata Marsha Irene dengan senyuman mengusik. Aku terkaku. Mesti dia maksudkan itu Noah Harvin. Sebelum bab ini di panjangkan dan nama Noah Harvin termasuk dalam perbualan ini patut aku hentikan topic ini. Nanti semakin melarat pula.
“Apa nie. Asyik saya yang kena”, bentak ku dengan nada memprotes. Daripada tadi aku lebih suka mendengar dan mendiamkan diri. Tapi kali ini, hendak tak hendak kena bersuara juga untuk mempertahankan diri.
“Itu lah Sis. Saya suruh sis cari boyfriend dari dulu, tak nak. Orang yang single memang selalu kena”, ujar Abigail Marie pula dengan nada mengusik aku. Makin lebar senyuman minah berdua yang duduk dekat belakang ku.
“Kalau Irene ada adik, abang or adik ipar lelaki yang single, boleh lah kenalkan dekat Sis Grace kami ini. Dia ini cantik, baik, sopan, educated, intelligent rasanya perfect lah. Tapi tak tahulah mungkin kerana dia memilih sangat, sebab itu masih single”, tambah Abigail Marie yang membuat aku memberi dia pandangan maut untuk menyuruhnya diam. Dia hanya tersengih membalas pandanganku.
“Amboi Abill, karang Sis tak hantar balik baru tahu. Balik nanti jalan kaki baru Abill tahu”, ugut ku. Mendengar kata-kataku itu, dia memohan 10 jari kemaafkan dan memberi isyarat menzipkan mulutnya tanda untuk diam. Aku tersenyum puas. Tahu takut.
“I ada adik ipar yang single. Having everything he needs. He works as a pilot. Money, cars, house and good looks, dia ada semuanya. Kalau nak I boleh recommend Illa dekat dia. I boleh aturkan blind date”, kata Marsha Irene mengusul cadangannya sambil memandang wajahku. Dia tersenyum menanti jawaban daripadaku. Terpaku aku seketika. Terkebil-kebil mataku memandang Marsha Irene. Biar betul apa yang aku dengar ini. Jessica dan Abigail Marie pula mendiamkan diri. Lagaknya seperti menanti jawapan daripada mulutku.
“Saya rasa, saya tak sesuai untuk adik ipar Irene. Keluarga saya daripada golongan biasa dan family keluarga Irene orang berada. Kalau boleh, saya nak bersama dengan orang yang simple sahaja. Sama taraf dengan saya. Adik ipar Irene patut dengan orang yang selayaknya untuk dia. Perbezaan taraf kami bagaikan langit dengan bumi. Siapa lah saya jika bersama dia”, jawabku menolak cadangan Marsha Irene bernada lembut. Abigail Marie dan Jessica yang di belakang mendengar jawapan ku terus mengeluh. Lepas ini mesti kecoh satu office sebab kata-kata aku tadi. Grace Adele menolak tuah. Mesti itu yang mereka dua akan katakan nanti.
“Mana Illa tahu, Illa tak sesuai dengan dia? But Illa I want you to remember this, taraf seseorang itu bukan halangan dua hati untuk jatuh cinta tau. Seperti mana cinta tidak mengenal paras dan rupa. Cinta juga tidak mengenal perkataan taraf or status social seseorang. Dan cinta itu boleh hadir tanpa dua hati sedar,” kata Marsha Irene penuh makna. Kali ini ayat-ayat itu betul-betul terkena di dahiku. Aku akui kata-kata dia ada betul dia. Cuma aku tidak berkenan apabila dia ingin menjodohkan aku dengan adik iparnya. Bukannya ibubapa ku tidak pernah cuba menjodohkan aku dengan anak kawan bapaku. Merajuk dan mogok setengah hari bapaku tidak mahu bercakap denganku sebab aku menolak sekerasnya cadangan mereka. Mungkin kah dia terkilan dengan apa yang aku katakan tadi.
“Betul tak mahu?” soal Marsha Irene lagi yang mengejutkan lamunan ku. Berkeras juga Marsha Irene ini nak kenalkan aku dengan adik ipar dia. Mahu sahaja aku katakan yang aku sudah memiliki kekasih hati. Tetapi itu hanya teriakkan di dalam hatiku sahaja. Tidak mungkin aku akan katakan Noah Harvin kekasih hatiku. Perlahan aku mengangguk kepala. Aku sememangnya nekad tidak mahu sesiapapun mencari pasangan untuk ku dan juga mencarikan aku jodoh.
“Okay lah.. Mungkin juga Illa dah suka dengan orang lain kan?”kata Marsha Irene mengusik ku dengan senyuman manis di bibirnya. Saat itu entah kenapa wajah Noah Harvin terlintas di fikiran ku. Mungkin apa yang Marsha Irene katakan itu betul. Hatiku kini telah ditakluki oleh dia yang bernama Noah Harvin. Pada mulanya, aku takut untuk membuka hatiku padanya. Tetapi kini aku perlahan-lahan telah membuka hati ini untuk dia. Noah Harvin, andai dia tahu dia telah menakluki hatiku. Entah apa yang dia kan buat. Mungkin baginya itu satu kemenangan. Sebab dia dapat menundukkan aku. Dan nama aku mungkin juga akan tersenarai di dalam buku list girlfriend dia suatu saat nanti. Itu yang paling aku takutkan.
“Okay, kita dah sampai dah”, kata Marsha Irene lagi memberhentikan kereta di hadapan BREAKFAST CAFE. Aku melihat Marsha Irene memandang aku dengan penuh makna. Aku tahu maksud pandangan dia itu. Tetapi aku buat tak tahu. Aku membawa beg laptopku yang termaksud lakaran semalam di dalam beg tersebut. Dan kami pun sama masuk ke café tersebut.
Share this novel