TEPAT pukul 5 petang, aku meminta diri untuk balik. Kerja memungah kerusi dan meja di ballroom itu juga sudah siap. Aku masih disitu disebabkan ingin menemani Marilyn. Dan kami berdua berbual sambil memerhatikan setiap pergerakkan yang ada di situ. Kerja-kerja menghiasi dewan ballroom tersebut.
Ketika aku memberitahu aku hendak balik, Elden mengajak aku makan bersama-sama. Tetapi aku menolak lembut dengan alasan aku ada benda lain yang hendak dibuat. Dengar alasan aku itu Elden terus mengusik aku yang aku ingin keluar berdating Noah Harvin. Aku menidakkan yang aku memang ada hal. Tetapi jauh di sudut hatiku, aku berharap Noah Harvin akan mengajak aku keluar makan bersama nanti. Tetapi daripada tadi aku tidak melihat bayangan wajah dia. Mungkin dia telah balik. Kali terakhir aku melihat, dia sedang berbual dengan Elden dan dua orang kawan dia. Entah apa yang mereka bualkan tapi masing-masing menunjukkan muka serius dan berkerut seperti memikirkan masalah yang besar. Tercuit hatiku melihat riak muka Noah Harvin tengah serius sebegitu. Tetap juga kacak walaupun tengah serius. Entah dari mana detik itu datang, tetapi seperti bertelepati antara satu sama lain, mataku dan Noah Harvin bertaut. Senyuman manis terukir dibibir dia untuk aku saat itu. Pantas juga aku melarikan pandangan mataku ke arah lain apabila Elden dan dua kawannya turut memandang ke arahku.
Selepas mengucapkan selamat tinggal dekat Marilyn dan Elden, aku melangkah keluar daripada dewan ballroom tersebut. Baru berapa langkah aku berada di luar dewan, aku melihat Noah Harvin berdiri di luar tersebut. Lagaknya seperti dia menanti aku di situ. Dia tersenyum senang melihat kehadiranku. Aku yang mencari dia di dalam dewan ballroom tapi tidak sangka dia berada di sini, menanti ku.
Aku sebenarnya telah plan nak massage sahaja dia apabila aku sampai dekat rumahku nanti kalau tidak bersua kembali dengan dia. Tapi tak sangka pula dia sudahpun menunggu dekat luar. Dia berbual dengan dua orang lelaki, kawan dia tadi.
“Nak balik?”, soal Noah Harvin apabila sudah menghampiriku dan meninggalkan kawan-kawannya. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. “Jom I hantar you”, ajak Noah Harvin yang membuat aku sedikit terkejut. Dengan dia telah menarik tanganku. Pantas juga aku menahan Noah Harvin daripada mengatur melangkahnya.
“Tak apa Pak Jowok. Saya bawa kereta sendiri tadi. Tak apa, saya balik sendiri”, ujarku menolak perlawaan Noah Harvin dengan nada lembut. Wajah dia tenang. Mungkin dia sudah menyangka aku akan menolak dia.
“Tak nak!? I tetap nak hantar you.” kata Noah Harvin dengan nada manja tapi daripada riak wajahnya dia berkeras nak menghantar aku.
Dah dibagitahu yang aku membawa kereta sendiri tetap juga dia dengan perangai budak-budak dia, pura-pura tidak mendengar kata-kata orang. Degil. Jelas sekali dia cuba buat perangai. Kalau masih budak-budak okay lagi. Ini umur dia sepatutnya dah boleh jadi bapa orang.
“Buat sakit hati je cakap dengan orang macam nie”, ujarku lebih kepada diri sendiri dengan nada rendah. Mulutku memuncung sebagai tanda ingin menunjukan kegeraman dengan perangai dia
“haaa..apa dia? You tahu tak mulut you seksi you buat macam itu. You sengaja kan mengoda I dengan mulut you itu,” Dibibir Noah Harvin telah terukir senyuman mengusik. Masa begini pun, dia mood nak menyakat aku. Geram pula aku.
“Kalau awak hantar saya balik, siapa nak bawa kereta saya? Awak fikir lah, takkan saya nak tinggal kereta saya itu dekat sini ”, bentakku dengan nada yang tak puas hati.
“I takkan suruh you tinggalkan kereta you dekat sini”, lembut sahaja tutur kata Noah Harvin. Wajahku dipandangnya penuh perasaan yang aku sendiri tak mengerti. Mungkin kah dia terasa dengan nada kataku tadi yang agak kasar.
Dia seperti ingin meneruskan ayatnya kembali. “Macam ini, I hantar you pakai kereta you. Lepas itu I balik pakai teksi ambik kereta I dekat sini”, ucap Noah Harvin yang masih dengan kesungguhan dia.
Dia memandangku dengan penuh mengharap. Sememangnya aku tewas dengan renungan mata lelaki di hadapanku ini. Sekarang siapa yang mengoda siapa sekarang. Tapi bila difikir balik, bukan kah tadi aku teringin dia mengajak ku keluar makan bersama? Dan sekarang Noah Harvin ingin menghantarku. Bukankah itu peluang sudah di depan mata untuk aku makan bersama dia. Dan meluangkan masa bersama dia pada masa yang sama. Kenapa aku selalu membuat benda yang berlainan dengan apa yang aku inginkan.
“Ish… Ikut awak je lah. Kalau saya kata tidak mahu tetap juga awak nak hantar kan?”, tanda mengalah aku membuat lelaki di hadapan ku ini tersenyum lebar. Gembira. “Tapi dengan syarat kalau awak hantar saya. Makna awak dah pakai satu coupon awak untuk keluar dengan saya”, ujarku. Entah kenapa aku tiba-tiba boleh teringat pasal kupon keluar antara kami dahulu.
“Eh..bukan tak ada lagi ke kita pakai coupon kalau nak keluar date?!”
“Saya tak cakap tak ada lagi pun,” aku tersenyum lebar. Kali peluang aku pula bergurau dengan dia. Comel pula aku tengok wajah Noah Harvin ketika ini. Berkerut dahinya berfikir logik kata-kataku. Mungkin tiada logik difikiran dia, tiada orang keluar date menggunakan kupon. Hanya aku kali yang menggunakan kupon untuk lelaki yang keluar date dengan aku.
“Awak ada 6 coupon sebab tolong saya dapat client hari itu dan today you use one of six coupons. So, tinggal 5 coupon lagi”.
“Mana boleh macam itu”, bentak Noah Harvin dengan nada tak berpuas hati. Mukanya mula berubah. Aku tersenyum senang dan pada masa yang sama sedikit risau. Mesti dia tak jadi hantar aku balik lepas ini, desis hatiku. Dengan itu aku telah menolak peluang untuk bersama dengan dia.
“Kalau macam itu tak payah lah hantar saya balik”, kata ku bersahaja dan mengatur langkah hendak pergi. Sekali lagi apa yang keluar daripada mulutku tidak sama dengan apa yang aku inginkan. Tapi sebaliknya, tangan Noah Harvin dulu menahan langkahku.
“Okay I hantar”, ujar Noah Harvin dengan nada mengalah. Riak wajahnya menunjukkan yang dia reda dengan apa yang aku cadangkan. Tercuit juga hatiku melihat muka Noah Harvin sebegitu. Ingin aku tersenyum tapi aku tahan. Sebab tidak mahu dia tahu yang sebenarnya aku suka dia menghantar aku. Pada masa yang sama aku tidak ingin menunjukkan keinginan hatiku yang sesungguhnya dekat Noah Harvin. Aku lebih suka bermain tarik tali dengan dia. Mengusik dia dengan permainan jual mahal aku, membuat aku terhibur. Aku suka melihat reaksi dia dengan permainan tarik taliku. Seperti mana dia suka mengusik aku dengan permainan mulut manis dia. Reaksi dan kesungguhan Noah Harvin untuk diriku, sangat berharga bagi diriku. Dan itu telah menyemai perasaan yang membahagiakan di dalam hati ini.
Tangan ku ditarik oleh Noah Harvin tanpa aku sedar. Dia mengajak aku mendekati dua orang lelaki yang rasanya daripada tadi menjadi penonton gelagat aku dan Noah Harvin. “Sebelum itu I nak kenalkan you dengan bestfriend I.”
Mereka berdua tersenyum apabila aku dengan Noah Harvin menghampiri mereka. Dua-dua kelihatan handsome dan cara berpakaian mereka berdua begitu kemas dan bergaya. Tapi kalau tengok si Noah Harvin berpakaian pun tidak kurang macam mereka berdua. Sentiasa smart dan bergaya di mata orang yang melihat dia. Sebab itu kali boleh jadi bestfriend, desis hatiku.
“Grace Adele kan?! I’m Felipe..akhirnya, dapat juga berjumpa dengan you,” kata lelaki yang bernama Felipe itu sudah pun menghulurkan tangan. Belum sempat Noah Harvin bersuara dia sudah pun memperkenalkan dirinya kepada ku. Aku menyambut tangan Felipe dan tanganku itu seperti ingin dibawa Felipe ke bibirnya. Mujur juga Noah Harvin sempat menarik tanganku. Aku terkaku dengan situasi yang terjadi. Nak tersenyum pun tak jadi. Lebih-lebih lagi bila Felipe tiba-tiba ingin mencium tanganku. Tak pernah di buat orang. Ingat ini dekat movie English dulu-dulu kala ke, main cium-cium tangan untuk berkenalan.
“Jangan nak lebih-lebih”, kata Noah Harvin memegang tangan ku kemas dan erat. Kelihatan dia seperti ingin marah dengan tindakkan kawannya tadi. Felipe hanya tersengih seperti kerang busuk. Menora merah muka Noah Harvin melihat gelagat kawannya itu. Aku di sisi dia tidak tahu hendak berbuat apa. Aku hanya mampu tersenyum geli hati, terasa lucu pula mengingatkan aksi spontan Felipe tadi. Seperti dia sengaja berbuat begitu.
“Dan ini Gerrald… You jangan nak lebih-lebih kalau nak bersalam dengan dia”, amaran Noah Harvin apabila Gerrald menghulurkan tangan. Kedengaran ketawa Gerrald dan Fellipe serentak bila mendengar kata-kata Noah Harvin. Aku yang tidak memikirkan apa-apa menyambut salam Gerrald.
“You sememangnya special sebab itu boleh buat dia tak keruan macam itu”, ujar Gerrald dengan senyuman di bibirnya. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Gerrald. Cuba untuk menelan kebenaran kata-kata itu. Sebab aku tak tahu betul ke tak Noah Harvin tak keruan dek kerana aku.
“You sememangnya gorgeous. Completely like Arvin always bragging to us when he talks about you. Sebab itu Arvin hilang diri dia yang sebenarnya. I rasa lepas ini I pun boleh tak tidur malam. Wajah you memang sukar untuk dilupakan,” luah Fellipe. Aku tidak pasti dia memuji aku ataupun mengusik aku. Tetapi dia dengan Gerrald saling bertukar pandangan sebelum tersengih.
“Ya.. dekat photo cantik. In real life lagi cantik. What is you’re blood types, Illa? I rasa you my blood types,” dengan nada mengusik Gerrald menyokong kata-kata Felipe.
“Or maybe Arvin types”, sambung Felipe.
Aku memandang wajah Gerrald serta Felipe dengan pandangan terkebil-kebil. Mencuba untuk menghadam setiap patah perkataan yang mereka berdua telah sampaikan. Pada masa yang sama aku sedar yang 3 orang sahabat baik itu sangat rapat. Mungkin tiada rahsia antara mereka bertiga. Aku dapat merasakan yang Noah Harvin mungkin pernah menceritakan tentang aku kepada mereka berdua. Entah apa yang mereka bualkan tentang aku.
Aku memerhatikan semakin galak Felipe dan Gerrald mengusik. Semakin resah pula Noah Harvin aku lihat. Mungkin kah dia takut sahabat-sahabat dia akan menbongkarkan sesuatu tentang dia yang aku tidak patut tahu. Kalau aku hendak korek pasal dia, hari ini lah masa dia. Sebab dua orang di hadapan ku ini sememang menyimpan seribu rahsia tentang Noah Harvin. Aku percaya itu.
“Both of you jangan nak lebih-lebih”, ujar Noah Harvin dengan tangannya menutup telingaku. Aku menjeling Noah Harvin. Kurang senang dengan tindakkan dia itu. Dia ini lagi satu. Apasal pula nak tutup telinga aku, desis hatiku. Entah kenapa dia seperti gelabah. Aku menarik tangan Noah Harvin di telingaku.
“Tapi kan saya bukan types Noah, dia cakap. Mungkin dia dah ada types lain yang dia suka”, sindir ku dengar spontan. Bersuara setelah mendiamkan diri. Sekilas aku memandang muka Noah Harvin untuk melihat reaksinya. Yang aku dapat lihat Noah Harvin membalas pandangan ku dengan wajah yang tenang. Tidak seperti tadi. Gelabah dan resah. Renungan lembut dia menusuk ke dalam mataku. Mata dia seperti berbicara sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti.
“ Illa, I berani sumpah! Dia tipu you. Kalau dia bagitahu you begitu, itu sebab you beyond from his ideal types.”, pengakuan Felipe mengalihkan pandanganku ke arah dia. Dia menyambung kata-katnya lagi sambil memandang ke arah Noah Harvin dengan sedikit senyuman dibibir “Contohnya sekarang, the ways he’s looks at you, kita orang boleh agak siapa yang dia suka. Mulut mungkin mengatakan lain tapi mata boleh berbicara walaupun tidak terluah”.
Wajah putih Noah Harvin merona merah. Mungkin tidak menyangka ayat sebegitu boleh keluar daripada mulut bestfriend dia. “Merepek je lebih korang berdua nie. Sudah lah, tolong hentikan.” bentak Noah Harvin. Nyata sekali dia ingin menghalang sahabatnya berkata lebih lagi tentang dirinya.
“Arvin mungkin tidak mahu mengaku. Tapi Arvin yang kita orang kenal bukan macam ini dulu. He totally different from past. You’re the one yang boleh tundukkan dia and changes him”, tambah Gerrald lagi menguatkan kata-kata Felipe. Terasa darah mula naik ke mukaku. Dan aku boleh merasakan getaran. Betul ke apa yang dia orang ceritakkan tentang Noah itu, desis hatiku.
“Untuk pengetahuan you, Arvin selalu cakap dan ceritakan pasal you dekat kita orang. Anak kucing I ini… Illa I itu… Waktu dia sober dia cakap pasal you, jangankan lagi kalau dia drunk.. kawan kita orang ini completely gila bayang dengan you, Illa”, ujar Felipe sambil menepuk-nepuk bahu Noah Harvin.
“Shut up you two”, ujar Noah Harvin sambil mengosok mukanya. Mungkin dia merasa segala tentang dia telah di pecahkan oleh kawan-kawan dia. Dan dia tidak dapat melarikan diri.
“Ye ke? Kenapa dia selalu cakap yang dia tidak sukakan saya ” kata ku mencebik muka dengan memandang Noah Harvin.
“I tak pernah cakap I tak sukakan you,” bantah Noah Harvin apabila aku habis bersuara. Dia memberikan ku pandangan lembut.
“Habis.. you’re not my types itu bukannya sama erti yang awak tidak sukakan saya” bentak ku lagi.
Aku mendengar keluhan berat daripada mulut Noah Harvin sebelum dia bersuara. “You not my types bukan bermakna I tak sukakan dekat you, sayang… You tahu juga I lo..”
“Cop..” potong ku dalam keadaan mengelabah. Pantas tangan ku menutup mulut Noah Harvin. Takkan dia mahu luahkan perasaan dia dekat sini. Depan kawan-kawan dia. Mata ku memberi isyarat dekat Noah Harvin yang dekat situ bukan aku dengan dia sahaja. Dia bukan berbicara dengan aku sorang saja tetapi masih ada dua lagi sahabat dia. Yang menjadi ‘penonton’ di antara kami berdua.
“Kita orang pun nak dengar. Alah..Illa potong!!?.. terus kan Arvin apa yang you nak luahkan”, ujar Gerrald dengan tertawa kecil. Aku melihat dia mengiku lengan Felipe.
“Ahaa.. kita orang pun nak dengar Illa.. hot topic ini apabila Arvin confess feeling dia. Rare berlaku.” Galak pula dia orang ketawa mengusik yang membuat muka aku terasa panas. Malu dia tidak tahu di mana mahu letak. Rasanya mahu sahaja aku melarikan diri masuk ke dalam kereta lepas itu balik rumah. Aku meletak kedua-dua tanganku di pipi. Kemudian mengipas mukaku. Sekilas aku melihat Noah Harvin juga turut tersengih. Boleh pula dia tersengih sekarang ini. Aku memusing badanku, geram. Kakiku telahpun mengatur langkah tapi dihalang oleh Noah Harvin.
“Okay.. Kita pergi daripada sini.. Dia orang ini kacau kita je.. Jom kita pergi jauh-jauh supaya dia orang tidak dengar bisikkan cinta kita”, ujar Noah Harvin yang membuat mataku membulat. Geram pula aku dengan perangai dia.
Noah Harvin lebih cepat bertindak tanpa membenarkan aku menunjukkan reaksi aku yang seterusnya. Dia mengatur langkah dengan menggenggam erat tanganku supaya aku mengikut dia daripada belakang. Tanda aku tiada pilihan selain mengikut dia.
Gerrald dan Felipe sempat meminta maaf kalau aku tidak suka dengan usikkan mereka sebelum aku masuk ke dalam keretaku. Mereka berdua memberitahu yang mereka sekadar ingin bergurau. Mungkin mereka merasa mereka terlebih ketika bergurau tadi. Felipe memberitahu aku separuh berbisik yang Noah Harvin betul-betul menyukai dan telah jatuh cinta dekat aku. Dia mengenyitkan mata, memberitahu itu rahsia terbesar Noah Harvin yang dia pecahkan.
Enjin kereta ku dihidupkan oleh Noah Harvin. Dipanaskan sekejap sebelum dia memandu keluar daripada kawasan The Daydream Garden.
Share this novel