Chapter 32

Romance Series 49576

AKU dan Noah Harvin berjalan seirangan masuk ke dalam restaurant. Kedatangan kami disambut oleh seorang lelaki yang serba kemas. Dia tersenyum manis menghampiri Noah Harvin. Terserlah ketampanan dia. Ketingakah laku dia sama sekali seperti dia mengenal Noah Harvin.

“Hye!! Mr Noah, Welcome!”, kata lelaki tersebut. Dia berjabat tangan dengan Noah Harvin. Kemudian tangannya beralih kepadaku. Aku menyambut tangan tersebut dengan senyuman. Kalau berdasarkan tag namanya seperti dia pengurus di situ.

“Kenalkan anak kucing, ini Calvin kawan I. Dan Calvin ini anak kucing I,” ujar Noah Harvin dengan sengihan dia. Aku disebelah menahan perasaan.

Raut wajah lelaki yang bernama tersebut Calvin penuh dengan tanda tanya. Jelas sekali dia keliru dengan perangai Noah Harvin yang memanggil aku begitu.

Anak kucing dia panggil aku depan orang yang baru aku kenal?! desis hatiku. Sekilas wajah Noah Harvin ku pandang dengan muka tidak puas hati. Pantas tanganku mencubit lembut lengan Noah Harvin. Dia terjerit kecil.

“Ouch. Sakitnya King Crab gigit”, gurau Noah Harvin dengan mengosak lengannya yang ku cubit tadi.

Calvin hanya tersenyum melihat telatah aku dengan Noah Harvin.

“Grace Adele. Nama saya Grace Adele bukan anak kucing. PAK JOWOK ini bergurau saja”, ujarku dengan nada lembut tapi aku guna high picth apabila menyebut nama Pak Jowok.

Hampir nak pecah ketawa Calvin mendengar kata-kata ku itu. Dia coba menahan. Naoh Harvin membuat muka. Membulat matanya. Tak puas hati lah itu. Siapa suruh dia mulakan dulu.

“So, come, Pak Jowok dengan anak kucing dia. Saya tunjukkan tempat” kata Calvin dengan mendahului kami berdua mengatur langkah. Noah Harvin mengangguk. Tanganku ditariknya. Dan digenggamnya kemas tanganku supaya mengikutnya.

Aku sempat mengilau memandang sekeliling restaurant tersebut. Inferior design restaurant itu menarik perhatianku. Classy and elegant. Dalam hatiku teringin sekali bertanya dengan Noah Harvin tentang restaurant tersebut. Nantilah, desis hatiku.

Rupanya ada satu portion pintu kaca yang memisah bahagian luar. Tidak jauh daripada itu, bertentang dengan pintu, tersedia dengan stage kecil yang full set dengan instrumental music. Sampai di luar, sekali lagi aku terkagum. Laluan jalan dia kayu, di hidangkan dengan pemandangan tasik. Tepi-tepi laluan itu ada tempat duduk yang ditutupi oleh glass Igloo.

Kerdipan lampu-lampu yang menghiasi di tengah tasik itu membuat tempat itu cantik di malam hari. Malahan ada berapa pondok dibina ditengah-tengah tasik tersebut. Penuh bersinar cahaya daripada setiap pondok-pondok itu. Membuatkan tempat itu sangat romantik untuk pasangan kekasih meluahkan perasaan cinta. Memadu kasih.

“Wow..Cantiknya..”ujarku separuh berbisik. Tetapi mungkin didengari oleh Noah Harvin apabila dia memandangku dengan senyuman. Nampaknya apa yang dia katakan di kereta tadi memang betul. Aku sangat menyukai restaurant ini. Interior design restaurant tersebut sangat menarik perhatianku.

Genggaman tangan Noah Harvin semakin dieratkan. Kemas. Dan aku mengikut saja kemana Noah Harvin membawaku. Kalau dia ajak aku berenang di tengah tasik itu pun aku mengikut juga kali. Yer lah, sebab aku tidak tahu apa-apa pasal tempat itu.

Kami berjalan di atas jambatan yang menghubung sebuah pondok di tengah tasik itu. Lagilah aku terpegun. Entah siapa yang begitu kreatif membina tempat ini sebegini rupa. Aku betul ingin mengetahui siapa pemilik tempat ini.

“Anak kucing I mesti suka tempat macam ini kan?”, perlahan suara Noah Harvin. Tetapi dapat aku dengar. Aku cuba menarik tanganku yang di pegangnya. Tanda protest, tidak puas hati apabila dia memanggil anak kucing.

Dia mencibir bibir dengan mengelengkan kepala. Tidak mahu melepaskan tanganku. Aku tersenyum sendiri apabila dia membuat muka kegeraman. Dek kerana aku cuba menarik tanganku untuk ke tiga kalinya. “Cute..”, ujar ku lebih kepada diri sendiri. Namun dapat didengari oleh Noah Harvin.

“Apa dia? You cakap apa tadi?!”soal Noah Harvin. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

“You’re cute” ujar aku bersahaja. Dan aku menghadiahkan dia senyuman yang penuh mengoda. Tetapi di dalam hatiku sebenarnya aku menahan debaran jiwa. Apatah lagi apbila dia tiba-tiba berhenti melangkah.

“What should I do?” Saat itu tangan Noah Harvin menyentuh pipi sebelah kiriku.

Aku tergaman dengan tindakan Noah Harvin. Calvin yang dihadapan tidak sedar kami berdua berhenti melangkah. Aku memandang dia dengan penuh tanda tanya. Wajah ku ditenung oleh Noah Harvin dengan pandangan yang penuh lembut. Wajah ku diamatinya. Berdebar pula aku apabila dia memandang aku begitu. Dengan tangannya yang masih dalam keadaan tadi. Menyentuh pipiku.

“Why? What happen? Awak okay?” soalku dalam keadaan jiwa bergetar apabila melihat dia masih mendiamkan diri. Aku menyentuh tangan yang berada di pipiku dan cuba menarik tangan tersebut. Serta merta Noah Harvin tersedar.
“ Each time you smiles like that’s to me. You make my heart flutter even though you’re not my types. ”

Sekarang aku pula yang terpinga-pinga. Adakah itu tadi satu pujian? Ataupun apakah itu luahan perasaan? Ataupun itu satu amaran? Supaya aku jangan tersenyum dan melebihi batas. Tidak sempat aku ingin membalas Noah Harvin telah pun menarik tanganku untuk mengikut langkahnya. Kalau diikutkan hati mahu saja aku menolak dia ke dalam tasik sekarang. Sudah lah dia membuat aku terkapai-kapai dalam angan-angan romantik dalam suasana yang cukup romantik yang dia cipta. Lepas itu, boleh pula dia slice angan-angan tersebut dengan kata-kata ‘you’re not my types’. Rasanya mahu saja aku balik rumah. Meninggalkan Noah Harvin dekat situ. Biar dia makan sorang-sorang. Malangnya, genggaman tangan Noah Harvin pula semakin erat seperti dia dapat mengagak apa difikiran aku ketika itu. Agaknya kalau boleh dia nak tangan dia itu melekat di telapak tangan ku. Langsung tidak mahu dilepaskan. Yang menyebabkan aku terpaksa mengikut langkah Noah Harvin.

Dari kejauhan Calvin sudah menunggu ketibaan aku dan Noah Harvin. Di wajah dia terukir senyuman. Sesampai sahaja, Calvin menarik bangku keluar untuk aku supaya dapat aku duduk. Dan memberikan buku menu.

“So, you guys tengok menu dulu nanti boleh panggil saya balik untuk order?”

Aku sedikit terkejut apabila sedar yang cover buku menu itu foto bangunan restaurant tersebut. Tersergam indah foto bangunan restaurant itu dicetak untuk dijadikan cover buku menu. Tertera juga nama restaurant itu ‘The Paradise Lighthouse’. Dalam buku menu itu dihiasi dengan gambar sekitar restaurant, selain senarai menu makanan yang mereka jual.

“Tak apa. Kita orang order sekarang,” ujar Noah Harvin. Aku melihat dia membuka setiap helaian buku menu tersebut. Apa yang dia lakukan seperti dia menghafal setiap muka surat buku menu tersebut. Seperti dia selalu datang ke restaurant tersebut.

“Tacos, vegan spaghetti for two, mini cheezy burger set 3 bagi extra cheese nanti and BBQ platters set 2. Dessert classic carrot cake.”

Aku terkejut mendengar makanan yang di order oleh Noah Harvin. Wajahnya ku pandangan seperti tidak percaya. Banyak sangat makanan yang dia order. Siapa yang nak makan makanan yang itu nanti. Aku cuma mampu makan sedikit sahaja. Kan membazir itu nanti.

“So, anak kucing kesayangan I nak minum apa?”

Aku meneliti setiap minuman yang ada dalam menu list. “Strawberry smoothie with yogurt” ujarku setelah melihat minuman yang aku suka. Aku memandang kearah Calvin yang dengan mencatat minuman aku sebelum melirik ke arah Noah Harvin yang berada di depanku. Rupanya dia sedang merenung wajah aku dengan senyuman dibibir. Mungkin tadi dia juga memerhati segala tindakan yang meneliti buku menu tersebut. Entah berapa lama dia telah memerhatikan aku begitu. Muka ku mula terasa panas dan aku cuba untuk tersenyum menyembunyikan perasaan malu yang menyelubungi diriku. Mana tak nya, sudah lah Calvin masih berdiri berdekatan kami berdua. Bimbang pula aku kalau Calvin memikirkan yang bukan-bukan.

“Erhumm.. minuman Mr Noah ?” suara Calvin dengan batuk yang dibuat-buat. Tapi bibirnya mengukir senyuman. Aku melihat Noah Harvin sedikit tersentak. Mungkin dia telah tersedar daripada kelakuan luar sedarnya.

“Macam biasa. Avacando jus. Bagi plain water juga nanti”.

Calvin mengangguk apabila mendengar kata-kata Noah Harvin. Selepas itu dia meminta diri dan meninggal aku dengan Noah Harvin bersendirian.

Mata aku memandang sekeliling ku apabila melihat Noah Harvin memeriksa telefon dia. Berapa kali aku mendengar telefon miliki Noah Harvin itu berbunyi ketika dia memandu, yang dibiarkannya begitu saja tanpa diperiksa. Tapi sekarang dia memeriksa mungkin dia takut ada hal penting.

Setiap sudut sekeliling yang ada di dalam dan di luar restaurant ini menarik minat ku. Bagaimana pemilik restaurant ini boleh berfikir sekreatif begini. Bagaimana dia boleh mencari tempat yang begitu startegik begini. Romantik di luar tapi classy and chill di dalam. Entah siapa pereka dalam restaurant ini. Sungguh aku ingin mengetahui pemilik restaurant dan pereka dalaman restaurant ini.

Mata aku sungguh tidak puas melilau sekelilingku. Sampaikan aku tersedar Noah Harvin menenung ku dengan pandangnya dia yang selalu aku tidak fahami. Yang membuat aku kurang selesa.

“What is it, Pak Jowok?! Ada sesuatu ke dekat muka saya”. Tangan ku menyentuh muka ku. Aku melihat dia tersenyum sambil mengeleng kepala dia.

“Nothing there. But it’s you. I admire you bila you amazed dengan something or appreciated your surrounding, you lose in your own world. Macam sekarang”.

“Saya suka tempat ini. Inferior design baik di dalam dan luar dia, so perfect. Thank you Pak Jowok sebab bawa saya ke sini”.

“Balik nanti I nak ucap thank you dekat informant I. Maklumat dia bagi betul-betul berkesan,” ujar Noah Harvin dengan tersengih.

“Siapa? Alin ke?”. Aku melihat dia tersenyum lebar seperti mengaikan tekaan ku. Apa lagi agaknya dia tanyakan dengan Marilyn tentang diriku. Sanggup juga dia menanya Marilyn tentang aku. Namun aku tidak pula menanya Marilyn tentang dia. Sebab aku sendiri ingin dia memberitahu aku. Dan aku sendiri akan perlahan-lahan menanya dirinya.

“You love inferior design sangat-sangat kan?!” Lamunan ku hilang apabila Noah Harvin menyoal ku.

“My passion…”, ujar aku dengan mengangguk kepala, memandang wajah Noah Harvin. “Back then, masa saya get offer untuk sambung studies dalam course inferior design, saya tidak excited sangat. Tidak seperti sekarang. Sebab inferior design bukan course yang saya minat. Saya minat course architecture, sebab cita-cita zaman kecil saya nak jadi architect. Awal-awal itu memang tiada perasaan nak datang ke kelas dan belajar. Tapi ada satu saat itu, saya tiba-tiba set dalam minda saya supaya minat interior design. Saya tengok movie, saya tengok video, saya tengok lakaran dan gambar-gambar yang berkaitan dengan inferior design. Saya buat model and draft lakaran saya sendiri kadang-kadang. Lama-lama, benda yang saya buat itu become my passion.”

Aku melihat Noah Harvin mengangguk kepala dan senyuman tidak lekang dibibirnya apabila mendengar ceritaku.

“So, kalau awak jadi boyfriend saya, awak kena berkongsi kasih dengan kerja I…Sekarang ini my jobs is my passion…awak sanggup ke berkongsi kasih?! ”

Tersengih dia mendengar kata-kata usikkan ku. Mungkin dia merasakan kata-kata agak lucu. Aku sendiri rasakan apa yang keluar daripada mulut sekarang ini lucu. Ada ke orang berkongsi kasih dengan kerja. Memang tidak akan kot lelaki yang suka diperlakukan begitu.

“Just ignore apa yang saya katakan tadi…kata-kata merepek saya…”, ujar ku dengan ketawa yang dibuat-buat. Bagi menutup perasaan malu di dalam diri, aku bermain dengan jari-jemariku.

“ehhh..siapa cakap I tak sanggup…”, tiba-tiba Noah Harvin meletakkan jari-jemarinya di atas tanganku. Dan tidak lama jari-jemari ku berada di dalam genggamannya. “Kalau kerja itu, passion you. I sanggup berkongsi kasih dengan kerja you. I akan sentiasa support you, anak kucing. Dalam setiap apa yang you ingin buat.. this things make you different. You another level daripada semua wanita yang telah date dengan I. You bercakap pasal your passion, bila you date dengan I. Compare dengan mereka meminta ini dan itu dengan I”.

“Adakah saya membosankan..?!Mesti benda yang saya cakap membosankan…”, soalku tiba-tiba.
Mendengar kata-kata Noah Harvin tadi, aku membuat andaian yang aku sorang yang membosankan. Aku keluar dengan dia penuh bersemangat pula menceritakan tentang inferior design. Bimbang pula aku kalau selama ini dia menahan perasaan bosan dia apabila aku berbicara pasal kerja-kerja aku dan juga pasal inferior design.

“No..jangan salah faham anak kucing. Keluar dan berbual dengan you benda yang paling fun dan fantastic yang pernah berlaku dalam hidup I…setiap kata-kata yang keluar daripada mulut you tidak pernah membosankan I.. buat I tak tidur malam ada lah…” Nada suara dia seperti cuak dan serba salah. Tapi dalam keadaan begitu sempat juga dia mengusik. Riak muka dia yang berubah seperti cuak itu membuat aku tercuit hati. Semakin erat genggaman tangan dia seperti ingin menyakinkan aku.

Aku menarik tanganku daripada genggaman Noah Harvin apabila melihat kelibat Calvin dan dua orang waitress menghampiri. Dengan membawa dulang makanan. Calvin dan dua orang waitress meletakkan makanan dan minuman di atas meja. Sungguh aku terkesima melihat hidangan makanan di depan mataku yang begitu banyak.

“Enjoy your meals. Kalau both of you needs anything. Just press the bell”, ujar Calvin dengan tangannya menunjukkan ke arah bawah meja. Selepas itu dia berlalu pergi dengan dua waitress tadi. Meninggalkan aku dengan Noah Harvin sendirian untuk menikmati makanan.

“I nak you tahu satu benda…” ujar Noah Harvin. Dia mengambil pinggan ku. Aku biarkan sahaja apa yang dia buat. Dia mengambil satu satu makanan di depan kami berdua dan diletakkannya di pinggan ku.

“Kehadiran you dalam hidup I membuat kehidupan I semakin berwarna-warni.. mungkin sebab I terlalu lama berada di masa lampau I. Bila you hadir, warna-warni itu datang sekali”, ucap Noah Harvin lagi.

“Saya bawa warna-warni yer?! Kadang-kadang ayat yang awak guna begitu dramatik?” Aku tertawa kecil apabila mengajuk kembali kata-katanya. Aku meminta pinggan dia pula kini.

“I’m serious, anak kucing!”,bentak Noah Harvin dengan menyerahkan pinggangnya. Dia mencebik muka tidak puas hati apabila mendengar aku tertawa tadi. Aku meletak setiap makanan yang dia ambil untuk aku tadi di pinggan Noah Harvin.

“Saya tak pun cakap you tak serius?!” Bibir aku menguntum senyum. Tercuit hati dengan perangai Noah Harvin.

“So, what’s your passion?”

Noah Harvin sedikit terkejut mendengar persoalanku.

“Tell me about your passion…Just like you support my passion, I will support you and like it..”, ujar ku lagi. Kini aku menunggu jawaban daripada dia. Keningku sengaja diangkat. Sebagai tanda aku tertanya-tanya dan ingin tahu tentang minat dia.

“Sky…” balas Noah Harvin seperti teragak-agak. Perlahan tapi jenis di telinga ku. Entah kenapa dia seperti malu-malu untuk memberitahuku.

“ohh.. sebab itu awak selalu sangat travelling kan…? dan awak selalu ambik kerja yang berada di luar kawasan Dormount Capital..”

Mulut ku laju sahaja berbicara. Dan Noah Harvin mengangguk-angguk perlahan.

“Ahh..haaa..”bergetar nada suara Noah Harvin. Aku tidak pasti kenapa. Tapi kini aku tahu dia minat travelling.

“Your family..?!”soalku. Alang-alang dah bertanya pasal dia serba sedikit baik aku tanya juga pasal keluarga dia. Kalau aku tunggu dia memberitahu aku, memang taklah agaknya. Mungkin dia menunggu aku menanya dirinya juga. Kalau tidak sekarang bertanya, bila lagi peluang yang aku ada nak menanya.

Pasal diri aku, aku pasti dia sudah tahu serba sedikit. Mungkin juga banyak. Dia kan dah pasang informant. Dan tidak patut dia tidak korek banyak-banyak tentang diriku dekat informant dia.

“Kalau awak nak jadi boyfriend saya, saya kena tahu pasal keluarga awak. Bagi saya, untuk menjalinankan sesebuah hubungan akrab dan rapat dengan seseorang, kita kena juga mengetahui serba sedikit pasal ahli keluarga orang tersebut…itu wajib..”, ucap aku bersahaja. Tetapi berlainan dengan kelakuanku yang menundukan mukaku. Tidak berani untuk menatap wajah lelaki yang berada di depanku itu.

Bila aku mengangkat wajah. Noah Harvin tersenyum nakal memandangku.

“Ok, I bagitahu..I ada 5 orang adik beradik. 4 orang lelaki dan seorang perempuan. I anak no 4. Parents I, dia orang tidak berkerja lagi. Semua abang-abang I bekerja, termasuk I lah.. kecuali adik perempuan I. Dia sekarang baru first semester degree. Apa lagi eh?! Abang-abang I semua dah berkahwin… I pula tengah nak upgradekan status hubungan i dengan anak kucing yang sangat-sangat cantik. Tapi belum lagi dengar kata putus daripada dia….Mungkin sebab dia cantik sebab itu dia malu nak terima I yang kurang sikit handsome ini….”

Melopong mulutku dan tanpa sedar aku tertawa kecil apabila mendengar hujung ayat Noah Harvin. Terasa lucu. Dia kurung sikit handsome, katanya. Tapi kalau lah dia tahu dimata aku bahawa dia banyak sangat handsome.

“Saya bukan sombong lah Pak Jowok…saya perlukan masa berfikir. Tadi cakap sanggup tunggu…”, ujar ku selepas reda ketawa.

“I tahu anak kucing. ..I tahu anak kucing I macam mana… and I gurau je. I sememang boleh tunggu you sampai bila-bila..”

“Sekarang you cerita pula pasal family you..” pinta Noah Harvin dengan mata yang penuh mengarap. Aku menyuap makanan ke mulut. Ku kunyah perlahan-lahan makanan tersebut. Sengaja membiarkan dia menanti.

“Saya bukan tak nak ceritakan, tapi awak ada informant. Saya pasti informant awak dah bagitahu serba sikit pasal saya ataupun mungkin banyak tentang saya..jadi tak mahu saya lah cerita dekat awak…”jawabku akhirnya.

Aksi aku yang bersahaja dalam mengusiknya membuat Noah Harvin tersengih. Nampaknya apa yang aku fikirkan memang betul. Sememangnya informant dia telah memberitahu dia serba sikit tentang diri aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience