Chapter 12

Romance Series 49576

Sepanjang perjalanan ke Bali Beno Harbour, Noah Harvin mendiamkan diri. Dia lebih bercakap dengan Elden. Sesekali aku memandangnya, dia seperti termenung. Entah apa yang merunsingkan fikirannya. Takkan kerana baju itu kot. Kadang-kadang dia melihat telefon. Mungkin gaduh dengan girlfriend dia kali.

Angin sempoi bahasa menyentuh mukaku. Bunyinya seperti ada orang berbisik dekat telingaku. Aku menghayati permandang sekelilingku. Ini lah peluang yang aku ada nak rest. Besok dah start kerja balik. Lagipun kita orang bergerak dengan flight malam ini.sampai di Bali nanti, Marilyn memberitahu mungkin terus shopping beli barang nak bawa balik. Aku duduk kembali di kerusi yang didepan Marilyn dan Elden. Malas nak kacau pasang belangkas itu.Noah Harvin tidak tahu ke mana pergi.

Tiba-tiba aku rasa mengantuk. Aku menutup mata sekejap dan 45 minit berlalu begitu sahaja. Aku merasa bahuku di tepuk dan aku membuka mata sambil menguap. Kemudian stretch badanku.

"You kan, boleh tidur di mana sahaja!?", kata sesorang di sebelah ku. Alangkah terkejut aku melihat Noah Harvin telah pun bangun untuk berjalan keluar dari feri. Terkaku aku seketika.

Aku tidur dekat bahu dia ke? desis hatiku.

Aku mengikut dia daripada belakang. Marilyn dan Elden telah pun di hadapan bersama penumpang feri yang lain.

"Nanti I nak tagih bayaran untuk bahu I nie yang jadi bantal you", katanya lagi memandang ku. Aku menunjukkan muka tak puas hati.

"Saya tak suruh pun awak jadi bantal", kataku separuh di dengar.

"Yang you buat terhantuk-hantuk macam nak jatuh, siapa suruh,"balasnya lagi.

"Awak boleh sahaja suruh saya itu jatuh or biarkan sahaja", balasku dengan nada tak puas hati. Kali ini aku berhenti melangkah. Nak gaduh sangat kan.

Meh kita gaduh, desis hatiku. Aku dah sedia dengan ayat-ayat seterusnya untuk membalas serangan.

"I'm gentlemen guy okay. Takkan I nak biar you jatuh. Dah, cepat," kata Noah Harvin dengan muka tersengihnya. Mungkin dia tahu aku dah nak marah kali. Dan tanpa aku sedar tangan ku di pegangnya di dalam kami tengah bergelut dengan penumpang lain. Aku coba menarik tanganku tetapi tapak tanganku di genggamnya kemas. Kemudian dia memandangku, "I tak nak you hilang nanti". Itu lah yang aku dengar. Aku hanya mengikut sahaja pergerakkannya.

Sampai lah di dataran, kami berdua melihat Marilyn dan Elden sedang menunggu kami. Waktu itu aku menarik tanganku dan dia melepaskan juga. Elden dan Marilyn memberitahu yang mereka nak cari teksi. Noah Harvin pula memberitahu yang dia nak duduk dekat tempat duduk berdekatan dan offer nak jaga barang. Dan aku terfikir nak mengikut mereka berdua sebab nak beli makanan ringan.

Setelah membeli makanan ringan, aku kembali ke tempat Noah Harvin menunggu. Elden dan Marilyn pula meneruskan pencarian teksi. Dari jauh aku melihat Noah Harvin sedang duduk dan bercakap dengan seseorang di dalam telefon. Dari reaksi mukanya seperti ada benda serius.

Aku menghadiahkan sebuah senyuman apabila berjalan menghampirinya dan dia memandangku dengan mukanya yang serius dengan dia masih lagi bercakap di telefon. Mukanya yang putih tiba2 jadi merah. Marah ke dia? Sampai sahaja aku didepan Noah Harvin, dia menghabiskan perbualannya.

Aku duduk di sebelah Noah Harvin. Dan kemudian memberinya minuman.

"Air kepala dan keropok goreng sahaja yang ada di jual", kataku dan memberi air kelapa kepada Noah Harvin. Dia mengambil dan meminum air tersebut. Haus kali. Dia masih diam dan taka da sepatah kata yang keluar. Dia mengambil keropok yang ada di tanganku.

"Awak okay ke?", tanya ku sambil memandangnya.

"Okay." Balas Noah Harvin sambil mengangguk. Air ditangan di minumnya. Tapi aku disebelah di hiraukannya. Dia marah ke, desis hatiku.

"Awak marah pasal tadi ke?", tanyaku lagi dan dia hanya mengelengkan kepala. 

"Ke sebab saya ketawa pasal baju tadi", kataku lagi. Noah Harvin hanya memdiamkan diri. Aku mendengar dia menarik nafas. Apasal mamat ini, desisku.

"Okay, Macam mana kalau sampai Dormount Capital nanti saya balanja awak?!" kataku coba untuk menceriakan Noah Harvin. Dia hanya tersenyum sinis mendengar kata2ku. 

"Okay apa baju nie. Walaupun macam Pak Jowok tapi you pakai stylish dan handsome. Tak macam Pak Jowok pun", kataku lagi. Kali ni aku sedaya upaya memapar senyum paling manis dan paling mengoda.

Entah kenapa aku mencoba lagi untuk menceriakannya walaupun aku tahu tak ada salahpun.

Lirikan garisan senyuman kelihatan di pipinya ketika itu. Senang betul nak pujuk mamat sorang ini, sebut handsome terus senyum. Kalau dah dasar lelaki, begitu lah dia, desis hati.

"Dah okay kan?' tanya ku untuk meminta kepastian. Dia memandangku dengan penuh pandangan penuh lembut.

"I tak merajuk dan marah pun dengan you. Tapi I nak lihat sejauh mana you nak pujuk i. Sejauh mana you nak berpegang dekat I. Sejauh mana you not types. My curiosity . Tapi ingat janji you tadi itu. I akan tagih balik nanti", kata Noah Harvin dengan senyuman lebar dan nakal.

Aku terkaku dan menelan saki baki air di lidah. Kering tiba2 di dalam mulutku.Aku terkena lagi lah ini, desis hatiku.

Semua itu terhenti dekat situ kerana ketika itu, Elden dan Marilyn datang memberitahu yang dia orang dah dapat teksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience