Aku dan Marilyn bangun pagi itu agak lewat. Kita orang bangun pun sebab Elden call suruh bangun.semua barang telah pun kemas. Marilyn sudah pun siap mandi dan tengah berkemas. Sekejap lagi mesti Elden dan Noah Harvin datang menjemput kita orang untuk sarapan dulu sebelum bergerak pulang. Marilyn membuka lagu di telefon. Sambil itu di menari-menari kecil sambil mengosok rambut yang masih basah.
"Alin. Nak request lagu photograph by Ed Shereen, lepas itu repeat 2 kali please," kata ku sambil menyapu bedak dekat mukaku.
"Okay. Kejap ye", katanya sambil mengambil telefonnya dan kelihatan mencari lagu tersebut. Tidak lama kemudian, lagu itu pun berkumandang di bilik kami berdua. aku pun mula menyanyi dan begitu juga dengan Marilyn. Dia menghampiri ku dan menari di depan ku sambil menyanyi dengan penuh menghayati.
Tiba-tiba kedengaran bunyi lecong di luar bilik. Menyebabkan konsert kami berdua terhenti. Aku memandangMarilyn dan dia tersenyum sambil berlari ke luar pintu.Aku melihat Marilyn berlaga pipi dengan Elden bila Elden dan Noah Harvin masuk bilik. Mereka berdua telah pun siap sepenuhnya. Tapi yang membuat ku nak ketawa bila melihat mereka memakai baju alah batik dari Lembong itu.
"Wow. Handsome. You two so kacak. My choice always good if I buy something, right sayang?", kata Marilyn dengan senyuman kepada Elden dan memeluk lengan Elden. Dia kemudian memandang ku meminta pendapatku. Aku hanya memberi signal okay dan duduk di tepi katil dan aku tanpa sedar aku ketawa.
"Tengok. Dah agak dah anak kucing itu ketawa" , kata Noah Harvin dengan tidak puas hati sambil menunjuk kearah ku. Seperti dia di paksa memakai baju tersebut. Agak2 lah kalau tak puas hati pun takkan nak panggil orang anak kucing , desis hatiku "Baju apa yang you pilih ini Alin. Eii..macam nak buka sahaja kalau nak kucing itu masih ketawa", katanya lagi sambil memandang Marilyn dan kemudian aku. Marilyn memberi isyarat supaya aku diam dan tak ketawa.
"Sayang tunggu I nak keringkan rambut I dengan Hair dryer kejap okay", kata Marilyn sambil menyuruh kedua orang itu duduk dan menerus kerjanya. Aku melihat Noah Harvin telah pun duduk di sofa dan begitu dengan Elden. Aku bangun dari katil dan dekat single sofa yang bersebelah dengan Noah Harvin. Noah Harvin seperti sibuk dengan telefon dan begitu juga dengan Elden. Aku mengampai remote tv yang di atas meja dan mata ku mula focus dengan rancang yang ada di depanku
"Lagu apa yang kamu berdua main ini dan dari tadi lagu yang sama je repeat", kata Elden dengan tiba-tiba. Kemudian dia menghampiri telefon Marilyn yang berada dekat penjuru katil. "Ed Shereen. Sejak bila you minat ini sayang? Tak pernah I dengar you nyanyi", kata nya lagi menghampiri Marilyn yang menyapu bedak di muka.
"Illa yang minat lagu itu sayang. Favorite song dia itu dari dulu" kata Marilyn dan aku pura-pura tak mendengar.
"Anak kucing memang minat lagu jiwang begitu. Buat dia feeling," kata Noah Harvin yang di sebelahku. Aku memandangnya yang masih dengan telefonnya. Dari tadi dia panggil aku anak kucing. Ini mesti sebab semalam lah ini. Sakit betul hati ini mendengarnya. Tapi aku menahan.
"Malas nak layan," kataku separuh kedengaran dan mataku terus focus dekat tv.
"She's really not my types", kata Noah Harvin separuh kedengaran tapi jelas di telingaku.
"Pak Jowok pun bukan juga types dan taste saya", kataku dengan nada sinis dan mataku masih focus dekat tv di depanku.
"You guys heard that!? She called me Pak Jowok," kata Noah Harvin dengan berdiri memandangku dan tangannya menunjuk kea rah ku. "What kinds of this baju you guys buy. And right now I'm really lost my confident infront of this kitten", katanya lagi kali ini dia memandang kea rah Marilyn dan Elden seperti nak bergaduh lagaknya. Aku yang mendengar kata2nya itu terus ketawa. Apa lagi bila aku memandangnya yang menunjukkan muka tidak puas hati. Makin menjadi aku ketawa.
"Illa. Stop la", kata Marilyn seperti menahan ketawanya juga menghampiri aku.
"I cannot stop", kataku dengan saki baki ketawaku. Patut lah dari tadi dia tak memandangku dan melihat telefonnya. Rupanya dia malu. Lost confident lah. Lucu pula aku fikiran perangai dia itu.
Noah Harvin telah pun berada bersebelah dengan Elden. Kelihatan Elden menepuk2 bahu Noah coba untuk menenangkan nya.
"I don't know why you have to follow your fiancée choice to buy this kind of cloth even though yourself fell weird to using this cloth", kata Noah Harvin yang masih tidak puas hati. Aku sedaya upaya untuk menahan ketawa.
"You just wait until you fall so hard and deeps to that kitten", kata Elden sambil menunjuk ke arahku. Noah Harvin mengaru kepalanya. Marilyn yang di sebelah ku memberi isyarat supaya aku tak bersuara. Aku hanya senyum sinis. Lagi2 aku yang kena.Marilyn di sebelah ku memberi playing kiss dekat Elden apabila mendengar kata2 Elden tersebut.
"She is not my type. Even she can't reach to that type", balas Noah Harvin dan berlalu ke pintu. Elden mengikutnya dari belakang. Dan Marilyn menarik tangan ku mengikut mereka berdua pergi ke restorant untuk serapan.
Share this novel