Chapter 25

Romance Series 49584

Aku sampai di depan pintu bilik ofisku. Nafas ditarik dalam-dalam. Terasa berdebar pula. Belum sempat aku menolak pintu, Jessica terlebih dahulu membuka pinti. Macam tahu-tahu pula dia aku ada dekat luar bilikku. Dia tersenyum melihatku kedatangan. Aku memberi isyarat dekat dia supaya keluar dahulu. Tetapi bersahaja pula dia membiarkan pintu bilikku terbuka luas. Aku mengetap gigit apabila melihat dia tersengih.

“Tolong saya cari Abil and suruh dia masuk ofis saya, termasuk awak yer” arahku separuh berbisik di depan pintu tersebut. Jessica mengangguk dan berlalu.

Daripadaa pintu biliku yang terbuka, dapat aku melihat seorang wanita yang begitu elegant dan bergaya dan seorang lelaki yang smart casual gaya pakaiannya. Aku memerhati gelagat mereka berdua yang tidak menyedari kehadiran aku di depan pintu. Yang lelaki berbual dengan seseorang di telefon. Yang perempuan pula menulis sesuatu di not dia. Kedua-dua mereka tidak aku kenal. Tetapi aku pasti mereka adalah kawan Noah Harvin. Tetapi mana pula pergi Pak Jowok ini? Pagi tadi cakap nak datang sekali. Ini tak. Batang hidung dia pun tak kelihatan, desis hatiku.

Takut mereka tidak selesa, pantas pintu biliku aku tutup rapat. Mereka berdua berdiri daripada apabila melihat kehadiranku. Senyuman penuh ramah terukir dibibir mereka berdua. Aku mengagahkan diri menghampir mereka berdua. Saat itu, aku melihat sang lelaki memberi wanita tersebut handphonenya. Didekatkan handphone itu ditelinganya dan wanita itu tersenyum manis memandangku.

“She was here. Okay I give it load speaker,” ujar wanita itu kepada si pemanggil. Wanita itu menekan skrin telefon. Dan aku yang masih tak tahu apa-apa, penuh dengan tanda tanya memandang mereka berdua.

“Hey. Anak kucing. It’s me!! Your Noah”, penuh dengan ceria suara Noah Harvin di corong telefon wanita tersebut. Aku memandang dua orang di depanku dengan muka terkejut.

“What you doing outside there and where are you right now, Pak Jowok??” soalku dengan nada yang penuh kehairan.

Lelaki yang dihadapan ku itu seperti menahan ketawanya. Aku sendiri pun tak tahu sebab kenapa. Aku melihat wanita di sebelah pula memegang tangannya supaya menghalang dia daripada ketawa. Apa yang aku sangka tadi memang betul. Mereka berdua memang kawan kepada Noah Harvin. Walaupun kami bertiga belum lagi bersuai kenal.

Cuma sekarang Noah Harvin tak ada dekat situ. Itu yang pelik dan menjadi persoalan aku sekarang. Nampak gayanya, dia hantar dua orang kawannya sendirian tanpa dia. Boleh pula dia buat begitu. Waktu mesti pagi tadi buka main beria dia bagitahu dia nak datang. Lepas itu, apabila dia tidak jadi datang sekali boleh pula dia tak info aku dulu. Mamat ini memang nak kena, desis hati ku.

“Apasal panggil I Pak Jowok, di hadapan orang yang berada depan you sekarang. Jatuh confident I. Jatuh air muka I . I rasa lelaki depan you tu tengah menahan ketawa dia sekarang ini”, bentak Noah Harvin dengan nada tidak puas hati. Aku memandang ke arah lelaki di depanku. Dia telah menutup mulut. Dan wanita di sebelahnya memukul bahunya.

“You deserve it! Lagipun itu memang nama awak. Sebelum awak momel panjang lagi, saya nak suruh dia orang duduk dulu. Kita orang tengah berdiri sambil bercakap dengan awak,” ujarku sambil menyuruh pasangan di depan ku duduk. Kedengaran suara Noah Harvin tertawa daripada corong telefon.

“Apa kes awak nie, awak biarkan dia orang datang sendiri. Lepas itu tak massage saya lagi. Awak dekat mana? Cepat datang sini?”, bebelku seperti nada nak marah. Sungguh aku tak sedar pun yang di depan ku ada kawan Noah Harvn memerhati dan mendengar patah kata yang keluar daripada mulutku.

“Haaa..got you?! What you going to says Arvin?”, soal lelaki yang masih aku tak tahu namanya menyampuk. Dia tersengih. Wanita di sebelahnya hanya tersenyum. Wajahku terasa panas ketika itu. Malu dengan perangaiku sendiri.
“Shut up lah Allan”, kata Noah Harvin dengan nada ceria walaupun diusik oleh kawannya. Lelaki yang di sebutnya Allan itu hanya tersengih.

“ Anak kucing, I really can’t come. I’m sorry. I tak dapat datang sebab ada kerja yang nak kena buat. Hari ini I nak kena pergi travelling ganti kawan I. So, I nak kenalkan dua orang depan you sekarang ini sebelum you all discuss lebih detail lagi”, tambah Noah Harvin lagi.

“Arvin you don’t have to introduce us. Better kita orang introduce sendiri. Lagi senang nak berurusan nanti” sampuk wanita yang ada didepanku dengan senyuman dibibirnya. “I’m Marsha Irene and this my husband Nollan Spencer. Kawan kepada Pak Jowok you”, ujr wanita itu lagi dengan menghulur tangannya. Aku menyambut kedua-dua tangan orang yang baru aku kenal itu dengan senyuman di bibir. Kedengaran ketawa Noah Harvin dengan kegembiraan.

“Grace Adele, my anak kucing”, sampuk Noah Harvin di corong telefon sebelum aku sempat memperkenal diri. Dia pula yang memperkenalkan aku. Macam lah orang tak ada mulut, desis ku.

“Yes. Saya Grace Adele. Consultant dan Interior Designer. I hope we can work well together. Pak Jowok you better shut up sebab you tak datang dan tak ada dekat sini”, kataku dengan senyuman. Dua orang yang di depanku tersenyum lebar mendengar kata-kata yang di lemparku dekat Noah Harvin.

“So, you nak I datang lah sebab you miss dekat I kan? Admit it lah anak kucing. Yang you miss sangat-sangat dekat I?!”, ujar Noah Harvin dengan nada mengusiknya.

“Eehee. Nonsense lah awak ini. Ke situ pula. I’m not your types and you not my types ingat tak?!” omelku dengan spontan tanpa ku sedari. Aku terkaku apabila dua orang di depan ku sudah pun ketawa.

“See I told you. She was difference from others”, kata Noah Harvin dengan nada tersengih di corong telefon. Itu lah, siapa suruh dia cakap benda yang merapu, desis hatiku

“Yes. This is the first time I hear someone tell you like that. And I’m do feel relief that’s Miss Grace not fall with your sweet words,”kata Nollan Spencer yang masih dengan saki baki ketawanya. Aku memandang penuh kebinggungan. Dah bukan ke arah perbincangan untuk reka dalaman dah ini. Marsha Irene memandang suaminya dan memberi isyarat.

“Ya. Kita patut teruskan discussion ini tanpa Pak Jowok. Tapi sebelum kita meneruskan discussion. I rasa better disconnect line Pak Jowok ini. Menganggu sahaja dia dekat telefon ini dan I pasti dia akan merapu nanti,” kata Nollan Spencer dengan nada bergurau. Dia mengambil telefon isterinya di atas meja cermin officeku. Isterinya hanya mengangguk sahaja tanda setuju dan ketawa.

“ Sampai hati you Allan. Tapi okay lah. Sebelum itu, I harap you ingat pesanan dan kata-kata I. And Irene please be nice to my anak kucing. And anak kucing nanti I text you”, kata Noah Harvin seperti tidak mahu memutuskan talian. Aku hanya tersengih pula aku mendengar pesanan dia. Mengada, desis hatiku.

“Ya, I remember and we can handle this. Better you buat kerja bagus-bagus dekat sana. Behave and don’t naughty. Ingatkan anak kucing you yang you tinggal dekat sini. Bye..,” kata Nollan Spencer menutup telefon sebelum Noah Harvin sempat bercakap membalas kata-katanya. Dia tersengih memandangku. Tindakkannya itu membuat Marsha Irene menepuk lengan suaminya. Aku hanya tersenyum.

“Arvin itu memang banyak perangai pelik dia, tidak pandai behave dan naughty. So memang bagus apa yang you buat. I memang sokong tindakan you,” ujar Nollan Spencer lagi.

“Mesti dia selalu ganggu you dan kacau you kan?” tanya Marsha Irene dengan reaksi ingin tahu. Wajahnya yang suka tersenyum menampakkan dia semakin berseri dan seperti seorang yang peramah.

“Ya, selalu. Annoying juga lah dia kadang-kadang”, kataku dan kelihatan mereka menganguk dan tersenyum mendengar kata-kataku itu. Aku bangun dan mengambil file, buku-buku dan document di atas meja.

“Sekejap yer. Awak berduannak minum apa? Tea, coffee or jus orange?” tanya ku sambil menekan intercom menyuruh Jessica masuk bilik. Mereke berdua mengeleng kepala, tidak ingin minuman. Tapi apabila ku mendesak dia orang dan memberitahu discussion kami bakal akan panjang, mereka berdua bersetuju.

Jessica masuk ke dalam office ku dengan Abigail Martha sekali. Kemudian Jessica keluar semula apabila mendengar permintaanku. Tidak lama kemudian dia datang semula dengan membawa satu cawan coffee dan dua tea, dua gelas oren jus dan lima mineral water.

Setelah hampir 2 jam berbincang, bagi pendapat dan bertanya apa keinginan mereka, aku boleh nampak seperti mereka puas hati dengan input yang aku dan teamku berikan. Jeles diwajah Marsha Irene yang begitu teruja semasa perbincangan. Dia turut membincangkan apa yang ingin ada untuk rekaan dalaman dengan draf plan bangunan sekali. Sungguh dia bersedia daripada awal sebelum datang berjumpaku.

“So, when we can see the building ambik gambar untuk buat design plan? Nanti cepat I and team I buat kerja dan tunjukkkan dekat both of you design dia. Bila both of you suka design plan, baru kita mulakan kerja semua termasuk dengan decoration sekali,” ku menerangkan kepada suami isteri di depanku dengan penuh yakin.

“Bila masa you okay,” tanya Marsha Irene dan Nollan Spencer mengangguk tanda setuju dengan kata isterinya.

“Kalau nextweek Saturday, pukul 10 pagi okay tak?” kata ku dengan senyuman. “Itupun kalau tak menganggu program weekend you all. Kalau nak tukar weekday pun ok”, tambahku lagi.

“Kami okay rasanya kan, sayang? Tapi you and team you macam mana nanti. Dia orang mungkin ada plan lain waktu weekend. Dating ke? Takkan Miss Grace tak pergi dating weekend?!”, kata Marsha Irene seperti mengusikku. Terpaku aku sekejap. Aku melihat Abigail Martha dan Jessica di sebelah ku hanya tersenyum. Kalau dia sebut pasal Noah Harvin habis lah aku, desis hatiku.

“Saya..saya tak kot. Tapi tak tahu dua orang berdua ni,” tergagap-gagap ku menjawab. Abigail Martha dan Jessica pun tiada bantahan juga. Mengikut cadangan yang aku berikan. Mungkin dia orang tahu kalau ada plan lain pun kena juga cancel sebab hal kerja kena juga buat. Lagipun masyuk pula hujung bulan nanti. Siapa yang tak nak.

“Kalau begitu kami minta diri dulu. Thank you untuk hari ini. Dan nextweek kita jumpa lagi pukul 10 am area Steadfast Road. Building itu tepi jalan masuk sahaja”, kata Nollan Spencer sambil berdiri dan menerangkan location bangunan dia orang. Dia kemudiannya, menghulurkan tangannya dekat isterinya. Dan isterinya tersenyum menyambut tangan itu sambil berdiri dan mula melangkah.

Kemudian aku menghantar mereka berdua sampai ke lif luar ofis. Mereka berdua berjabat tangan dengan ku sambil mengucapka terima kasih sekali lagi. Tercapar kebahagian di wajah suami isteri itu. Sejenak difikiranku terfikir entah berapa lama pasangan yang berada didepanku berkahwin. Mereka kelihatan masih romantic dan seperti pasangan yang baru bercinta. Nampak macam orang baru kahwin apabila tengok aksi mereka. Tapi rasanya dah lama kot. Nanti lah tanya Pak Jowok, desisku. Kemudian, aku masuk semua ke dalam ofisku dan meneruskan tugas-tugasku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience