Setelah berjalan di sepanjang pantai, aku dan Noah Harvin duduk di atas pasir pantai tersebut. Aku tak tahu berapa lama kami telah berjalan. Sehingga lah Noah Harvin sendiri mengajakku duduk. Penat katanya. Dengan keadaan pantai yang meriah dengan lampu dan ada gerai berdekatan membuat suasana sekeliling begitu terang-benderang. Rasa macam berdating pula, apabila aku berdua dengan Noah Harvin begini. Jangan nak perasan Grace Adele. Kejap lagi dia mesti cakap you're not my types. Kan hancur perasan kau nanti , desis hatiku.
Aku memandang langit yang di penuhi oleh bintang. Begitu cantik dan aku tak tahu nak ucapan bagaimana perasaan ku terketika itu. Seperti aku berada di dunia sendiri. Indah betul ciptaan Tuhan. Rasanya begitu dekat jarak bintang itu dengan tempat aku sekarang ini. Macam nak ambik satu dan letak dekat rumah ku.
" Kalau awak jadi bintang, yang mana satu antara bintang-bintang itu adalah awak?", kata Noah Harvin yang mengejutkan lamunanku. Dalam samar lampu dia menghadiahkan aku senyuman. Dengan dahunya di donggoknya di atas tangannya. Gara macam nak goda orang pula, desis hatiku.
"Yang paling bersinar dengan terang itu," kataku menunjuk bintang yang paling bersinar di antara bintang itu dengan semangat dan girang.
"Yang sebelah you itu I. Paling dekat dan sebelah you. Yang kecil sahaja. Tapi bila nampak you dari dekat, dah buat I happy and that make my day full of lights", katanya dengan mendonggok ke langit sambil menunjuk bintang yang kecil sebelah bersinar itu. Bintang itu memang kecil tetapi dia lah yang paling dekat dengan yang bersinar itu. Dia bersinar seiring dengan bintang yang lain juga.
"Pick up line awak itu dah basi dan pernah saya dengar. Sebab itu awak bukan types saya juga", kata ku dengan tersenyum memandangnya dan dia membalas senyumanku. Bila teringat ayat yang dia bagi itu buat aku nak ketawa pun ada juga.
"Bagi saya satu pick up line yang lain dari yang lain. Mungkin type's saya boleh tukar dekat awak", kataku sambil ketawa. Lucu pula rasanya cakap ayat yang macam itu.
"Dan kalau awak nak saya kawan dengan awak jangan bagi saya pick up line. Geli dan rimas pun ada", kata ku lagi. Kali ini aku melihat kearah langit, tidak lagi memandang kearah dia.
"Kalau macam nie pernah tak orang buat", katanya tiba-tiba mendekatkan wajahnya ke pipiku dan ketika itu aku memandang ke arahnya. Jarak muka ku dengan dia betul-betul dekat sampaikan aku boleh mendengar hembusan nafasnya. Aku boleh merasa jantungku berdebar dengan pantas. Dapat aku merasakan jantungku mengpam darah ke muka dengan begitu cepat sampaikan aku merasa pipiku panas.
"Mesti tak pernah kan? Mesti you berdebar sekarang?", kata Noah Harvin sambil memicit hidungku. Aku menolak tangannya untuk melepaskan hidungku. Dan dia menjarakkan dirinya juga. Aku mendengar dia menghembus nafas. Kemudian telefonnya berbunyi. Aku mendengar dia berbual dalam bahasa English dengan seseorang. Dan memberitahu dia di mana kami berada sambil memandang sekeliling.
Tidak lama kemudian aku mendengar seseorang memanggil namaku dan aku melihat Marilyn dan Elden berjalan seiringan kearah aku dan Noah Harvin. Tanpa berfikir panjang aku berdiri dan berlari kearah Marilyn. Dan aku memeluk nya. Rasa macam bertahun tak jumpa pula reaksi ku itu. Elden dan Marilyn ketawa melihat reaksi aku.
"Noah, dah bertukar tak type's you sekarang setelah berapa jam bersama my beautiful friend nie", tanya Marilyn tiba2 dengan Noah Harvin yang tak tahu bila dia berada dekat belakang aku. Aku meleraikan pelukanku dan berdiri di sebelah Marilyn dan melihat Noah Harvin tersenyum yang hanya berapa langkah menghampiri kearah kami bertiga.
"Nothing changes, she still not my types. But she quick interesting you knows. More than what you mention to me", katanya sambil tersengih dan kemudian bersalam dengan Elden. Elden juga turut ketawa bersama Maarilyn apabila mendengar kata-kata Noah Harvin.
"What you have told him about me?" kataku memandang Marilyn.
"Nothing. I just told him that you're cute, beautiful, pretty, kind, intellengent and super dupper my best best friend", kata Marily dengan ketawanya sambil memeluk bahuku. "Noah kalau you dengan this one, you tak perlu memilihara anak kucing lagi. This one already like a cat", kata Marilyn kepada Noah harvin separuh berbisik. Tapi tetap aku dengar.
"That was true Bro. Don't be player any more lah bro. I think your parents would be happy if you bring this one back home", kata Elden pula menyokong kata2 Marilyn. Aku menahan perasaan saja di sebelah Marilyn. Dengan lagi melihat Noah harvin yang tersengih. Entah apa maksud sengihan itu. Mengaikan tidak juga. Menindakkan pun tidak juga.
"Alin balik bilik. Saya penat lah", kataku memeluk tangan Marilyn. Marilyn mengangguk dan kami berdua berjalan di hadapan.
"Illa, saya beli banyak barang tauk. Terima kasih lah dekat Illa sebab tidur dekat bilik resort hari dan saya sempat shopping. Sebab kita dah nak balik dah malam besok." Katanya dengan tersengih kepadaku. Bukan main happy dia mainkan aku. Mesti lah puas shopping itu tadi. Berduaan pula itu. Sebab itu dia suka.
Sampai di resort, kami terus ke bilik selepas mengambil kunci. Elden menyewa satu lagi bersebelahan bilik tadi untuk aku dan Marilyn. Dan dia dengan Noah Harvin tidur dekat bilik tadi. Sampai di bilik, Marilyn menghidangkan tapau yang dia dan Elden beli.
Banyak jugak lah makanan mereka dua beli untuk kami. Rasanya macam untuk 6 orang makan. Kata Marilyn makanan itu sedap2 dan dia nak aku rasa. Sambil makan, Marilyn masih mengusik aku dengan Noah Harvin. Dia yang banyak bagitahu Noah Harvin tentang family aku ada berapa orang. Aku tinggal sendiri di Dormount Capital dengan familyku tinggal di tempat lain, Silverhaven City. Dan bagaimana cara kami berdua boleh rapat.
Aku melihat reaksi Noah Harvin hanya mengangguk sahaja bila mendengar setiap patah kata Marilyn. Kemudian, Elden menyampuk pula yang dia pernah nak tackle aku konon. Tapi aku ini terlalu sombong untuk dia dapat. Dan Marilyn sikit sahaja bawah sombong aku. Sebab itu dia boleh dapat Marilyn. Mendengar kata2 Elden itu membuat aksi pantas Marilyn mencubit paha Elden yang menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Kemudian Marilyn mengosok paha yang tunangnya yang dia cubit. Aku ketawa melihat aski mereka berdua. tersangat romantic daripada hari itu lagi. Memang patut kahwin pun dia orang berdua itu.
"Bagi number dia dekat I", kata Noah Harvin sambil mengeluarkan telefon dan memberi kepada Marilyn di dalam keriuhan itu. Aku yang sedang ketawa melihat aski manja pura2 gaduh Elden dan Marilyn tiba2 terkedu. Begitu juga Marilyn dan Elden. Marilyn memandangku kemudian kea rah Noah Harvin.
" Kalau I minta dekat dia, mesti tak dapat. Meraput I nanti menunggu dia bagi. Kalau nak I tackle dia kena lah ada number dia. Nanti macam mana nak ajak keluar", kata Noah Harvin dengan menyunyah makanan.
"Betul itu Bro. I sokong sangat. Kawan patut sokong kawan. Kalau you tak nak bagi, I bagi", kata Elden pula cuba mengambil telefon Noah Harvin dari Marilyn. Rasanya kewujudan aku di situ memang tak di kisah oleh tiga orang di depan ku ini.
Marilyn memandang ku seperti bersalah dengan senyuman di mukanya. Aku buat muka menyampah. Kalau aku halang sekali pun memang dia akan bagi juga. Aku melihat sahaja dia menekan keypad telefon Noah Harvin.
" I love you Illa, you know that.", kata Marilyn selepas memberi kembali telefon Noah Harvin. "But this guy, you needed to save him. Only you can save him", katanya lagi dengan ketawa dan Elden turut ketawa dan dia memberi high five dekat Marilyn. Noah Harvin menunjukkan muka tidak puas hati mendengar kata2 Marilyn tersebut dengan senyuman sinis.
Setelah habis makan, aku dan Marilyn balik ke bilik kami. Marilyn membawa barang yang dia beli untuk menunjukkan dekat ku. Dia juga membelikan dua helai baju dress untukku tidur dan balik besok. Setelah membersihkan diri dan melabuhkan kepala di bantal,kami berdua berbual seketika dan aku tak sedar sudah berada di dunia mimpi masing-masing.
Share this novel