Setelah mengucapkan selamat tinggal dekat Andrianne aku berlari menuju ke kaunter check in beg. Nasib baik turn aku kejap sebab barisan tak lah begitu panjang. Otakku sempat melayang kepada pesanan Andrianne sebelum pergi tadi. Ada ke patut aku suruh aku rembat sorang best man ataupun groomen's untuk jadi calon suami. Aku bukan kenal dia orang best man ataupun groomen's. Kalau dia pihak lelaki mesti kawan-kawan Elden. Kawan Elden aku tak kenal sangat bukan setakat tak kenal memang tak kenal pun. Bridesmaid pun tak kenal juga. Kata Marilyn hari itu ada yang 3 cousin perempuan dia dan 3 kawan university dia dan Maid of Honor. Kiranya ketua lah aku nie. Jadi termasuk aku ada 7 orang bridesmaid dia. Maksudnya juga mungkin ada 7 orang groomens pihak lelaki. Dan Andrianne juga sempat pesan belikan dia ole2 banyak. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum sahaja mendengar kata-kata tadi.
Bunyi telefon di tangan ku menghilangkan segala benda yang aku fikirkan. Beg dah pun check in tapi aku sedang mencari Marilyn. Katanya dia tunggu dekat balai berlepas international. Tapi macam aku sesat pula. Aku bukannya selalu ke luar Negara. Dalam Negara selalu lah jalan balik kampong guna flight. Luar Negara agak jarang. Lagipun lapang terbang ini agak besar. Banyak pula tempat kedai. Dah boleh shopping dekat situ. Kalau tak silap selepas renovate tahun lepas airport ini ada cinema untuk pengujung yang menunggu. Tadi aku tanya dekat kaunter, cik manis depan kaunter itu kata tak jauh dari tempat aku check in. Berdekatan dengan Kedai Haven tempat beli coklot katanya. Aku mencari kedai yang bernama Haven.
"Hello, Alin. Ya dah check in dah nie. Tengah cari balai berlepas.", kataku kepada Marilyn di hujung telefon.
"Illa dekat mana sekarang?" kata Marilyn pula.
"Ah.. berdekat kedai baju Natasha namanya ini." Balas ku sambil melihat nama kedai di hadapan ku dan mataku tetap mencari kelibat Marilyn
"Tak jauh dah itu. Dah nak sampai dekat balai dah Illa. Gerak sikit lagi" kata Marily di hujung telefon. "Illa, Alin dah nampak Illa. Nampak tak tangan Alin",
Aku melihat Alin melambai dari jauh. Aku melihat 2 orang lelaki bersamanya. Seorang Elden dan seorang lagi aku tak kenal. Aku tersenyum berlari anak mendapatkan Alin. Dia memeluk ku dan kami menghampiri Elden yang hanya tersenyum melihat gelagat kami.
"Sorry Elden. Traffic jam tadi. So sorry", kata ku dengan buat muka simpati.
"Okay. I faham. Alin dah bagitahu tadi. Lagipun masih ada masa juga nie. 20 minit lagi.", kata Elden dengan senyuman dibibir. Marilyn sudah pun berada di sebelah Elden. Aku melihat tangannya sudah pun di dalam genggam tangan Elden.
" Ke sebenarnya you wake up late. Tak tahu jam", kata seorang di sebelah Elden dengan tiba2. Dia membuat aku memandangnya dari mukanya sampai lah ke bawah. Siapa pula mamat ini. Tak kenal tiba-tiba saja cakap orang macam itu, desis hatiku.
"Eh tak lah. Saya gerak awal tadi", balas ku dengan senyum di bibir menahan hati. Aku kemudian memandang Marilyn di sisi ku meminta perjelasan.
"Oh lupa nak kenalkan. Illa ini Noah Harvin. Dia berkerja sebagai.."
"Pekerja dia orang. Berkerja dekat syarikat dia orang ", kata lelaki bernama Noah Harvin sebelum Marilyn sempat habiskan kata-katanya. Dia memandang Elden seperti meminta sokongan.
"Aha. Dia perkerja dekat syarikat saya kan sayang", kata Elden pula sambil memeluk bahu Marilyn dengan erat. Aku melihat Marilyn menangguk dan tersenyum ke arah ku.
" Oh. Okay. Jom la masuk", kataku mula melangkah. Tapi tangan ku sudah pun tarik oleh Marilyn.
" Kejap la Illa. Illa tak nak tahu pasal dia lagi ke?" kata Marilyn dengan senyuman di bibir seperti mengusik ku yang membuat darah naik ke muka. Dan aku merasa panas di muka ku.
"She's not my types", kata Noah Harvin yang membuat ku memandang mukanya dengan menyampah. Aku melihat dia tersenyum sinis. Mamat perasan bagus, desis hatiku
"Neither I am", kata ku dengan membalas dengan memandangnya sambil tersenyum. Kelihatan riak wajahnya berubah sedikit dengan kata-kataku.
"But both of you are our adorable maid of honor dan best man. We're should get along together after this" kata Elden yang membuat aku dan Noah Harvin seperti mengeluh.
"Okay la bos. I have to go. Dan all of you should go in. it's 20 minute left" kata Noah Hervin meminta diri dan Elden membenarkannya. Dia bersalam dengan Elden dan melambai tangan dekat Marilyn.
"And Miss I hope we could get along after this, I mean tomorrow. Who knew, our not so ideal types could be changes into each other after this", katanya lagi dengan senyum sinis dan nakal. Aku hanya memberinya senyuman sinis. " Safe flight", katanya sebelum berlalu pergi.
Kemudian kami bertiga mencari pintu masuk, selepas check dekat kaunter imigrisen. Dekat balai menunggu aku berjumpa dengan bridesmaid dan groomen's yang lain. Nampak gayanya seperti orang lain sudah mengenali satu sama lain. Hanya aku lah yang ketinggalan dekat situ. Marilyn dan Elden memperkenalkan ku dekat bridesmaid dan groomens dia orang. Kesemuanya seperti easy going dan friendly. Marilyn sempat memberiathu aku yang Noah Harvin akan sampai dekat Bali tengah malam nanti di sebabkan ada perkara yang di uruskannya ketika itu. Di sebabkan itu dia tidak dapat naik flight yang sama. Dia juga sempat berpesan supaya aku berbaik dengan Noah Harvin. Katanya Noah Harvin adik kepada kawan Elden yang tak dapat jadi best men. Jadi menyuruh adik dia itu menjadi pengantinya. Dan Noah Harvin itu baik kata Marilyn lagi, cuma agak nakal sikit. Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Marilyn.
Tidak lama kemudian semua penumpang yang pergi ke Bali bergerak masuk ke kapal terbang. 10 minit selepas semua duduk dan kedengaran pengumum dari captain kapal terbang mengucapkan selamat datang dan memberitahu bahawa kapal itu bakal bergerak. Tidak lama selepas pengumuman itu, kapal terbang itu mula bergerak. Selepas 4 orang pramugari dan pramugara membuat safety demonstration, kapal terbang itu bergerak laju dan sekejap sahaja berada di luar udara Dormount Capital. Aku melihat ke luar tingkap, begitu cantik Dormount Capital dari atas. Welcome Bali, can't wait to see you, desis hati ku dengan penuh gembira.
Share this novel