Chapter 19

Romance Series 49576

“Are you sure want to eats here?” Noah Harvin memandang aku seperti tidak percaya. Pantas aku mengangguk dan senyuman manis terukir dibibirku. Aku memang menyukai Blue Eye Lake sebab itu aku cadangkan dekat Noah Harvin mahu makan dekat sini. Aku tahu tidak semua orang tahu yang makanan yang dijual food truck dekat sini sedap-sedap. Hanya orang ada hobi makan macam aku sahaja tahu tempat makanan sedap macam ini wujud.

“Ya. Betul. Muktamat. Pasti!” bersahaja aku menjawab. Tetapi lagak nadaku seperti nada peserta yang menjawab rancangan kuiz ‘Who Want Be Millionaire’ yang disiarkan dekat TV zaman tahun 90’an. Waktu itu, aku masih lagi belasan tahun, tapi terikut-ikut menengok rancangan tersebut disebabkan itu favorite tv series bapaku.

Dahi Noah Harvin berkerut-kerut. Apa lagi dia tak faham ini, desis hatiku.

“You tak nak ke tempat yang lebih class dan mahal?? Five star Restaurant? You tak nak try and pergi.” Mata Noah Harvin masih terliar mencari tempat makan yang aku maksudkan. Kemudian mataku ditatapnya. Masih tidak percaya dengan apa yang aku katakan.

Aku cuba menenangkan diri. Mencuba menghadam persoalan yang di tanya oleh Noah Harvin tadi. Muka aku ini ada tertulis hanya makan makanan dekat tempat mahal-mahal ke? Kenapa, dia ingat aku tak ada alah makan makanan dekat tempat macam ini!? Memang pantang datuk nenek moyang keturunan family aku, kalau aku tak di ajar makan makanan kedai-kedai biasa. Family aku daripada kalangan sederhana bermampuan. Jadi lidah aku lebih terbiasa makan makanan ikut kemampuan aku, bukan yang mewah-mewah seperti yang dia sangka. Mungkin juga dia tidak tahu sebab aku tidak pernah bercerita tentang diri aku seperti mana dia juga.

“Tak nak. Saya nak makan dekat sini. Makanan sini lagi sedap. Burger drill dekat sini sama taraf rasa dia dengan makanan yang dijual dekat restaurant mahal-mahal itu. Illa pernah cuba makan dekat sini. Memanag enak”.

“Sebab I bawa scooter ke you tak nak pergi? Mesti you malu, kan? Ataupun you takut I tak ada duit nak bayar makanan kita nanti”, ujar Noah Harvis penuh sinis. Kali ini, meluap-luap dihatiku ingin membidas kata-katanya. Bukan kah tadi dia yang tanya aku mahu makan dekat mana? Apabila aku yang tentukan, boleh pula dia cakap begitu dekat aku. Menilai aku lagi? Merendahkan diri sendiri sedangkan aku tidak berfikir begitu tentang dirinya.

“Kenapa awak merendahkan diri awak? And kenapa awak menilai saya begitu?” aku menghela nafas. Wajah Noah Harvin aku tenung. Tajam. Aku paling pantang orang yang merendahkan dirinya sendiri dan menilai orang lain berdasarkan apa yang dia rasa. Memang pantang datuk nenek moyang keturunan family aku.

“Kalau itu pandangan awak tentang saya, malu naik scooter dengan awak or saya hanya makan dekat restaurant mahal-mahal itu. Awak salah. Tetapi saya tak boleh ubah pandangan awak. Sebab awak yang menilai bukan diri saya. Dan saya tahu siapa diri saya. Tetapi saya tak tahu sama ada tahu diri awak” ucapku. Noah Harvin mendiam. Aku rasa sudah sampai ‘limit’ juga dia buat pernilaian begitu tentang dirinya dan juga aku pada masa yang sama. Aku tidak pernah memandang dirinya sebegitu seperti yang apa dia fikirkan.

Helmet yang ku pegang dihentakku di tempat duduk scooter. Tanda aku marah dengan ‘statement’ yang dikeluarkan daripada mulut Noah Harvin tentang aku. Aku melangkah ingin meninggalkan Noah Harvin. Tapi pantas tangan ku ditarik Noah Harvin. Tindakkan dia yang cuba menghalangku membuatkan aku mendakap ke dadanya. Nasib baik tangan kiriku dapat menahan. Kalau tidak pasti aku terpeluk tubuhnya.

Aku mendongok wajahku. Mukanya betul-betul dekat denganku. Berdekatan begitu dengannya membuatkan aku tiba-tiba gatal ingin meneliti raut wajah Noah Harvin. Tidak dinafikan dia sangat kacak. Bibirnya merah menunjukkan dia tidak merokok. Dia memiliki alis matanya yang lebat dan bulu mata panjang, mata Noah Harvin berwarna coklat yang mendalam. Dengan rambut dia lurus dan tebal dipotong smart style. Dia sangat kacak di mataku saat ini. Daripada bibir sampai ke rambut aku teliti. Kulit dia putih…

“ ahem..! Jangan tenung I macam itu. I takut types you bertukar nanti”, kata Noah Harvin dengan nada mengusik. “Tapi anak kucing I sangat cantik daripada jarak dekat begini. Cantik mata, cantik kening, cantik hidung and bibir. Tapi semua tentang anak kucing I sangat cantik”, ujar Noah Harvin sambil senyuman meleret.

Sungguh Noah Harvin terpesona dengan wanita di depannya itu. Kalau orang didepannya itu wanita lain, mungkin sudah lama wanita itu jadi ‘bahan mainan’nya. Memikirkan wanita itu kawan baik kepada bakal isteri kawan abangnya, dia mengawal diri. Ataupun sebenarnya dia tidak mengawal dirinya, tetapi sebaliknya. Wanita itu yang mengawal dirinya. Jauh di sudut hatinya dia tahu wanita didepannya itu, sangat berlainan dengan wanita lain. Wanita itu seperti senang didekati, tapi sebenarnya tidak.

Apabila aku tersedar dengan tindakkan nakalku, aku jadi gugup. Dan aku juga sedar bertapa dekatnya aku dengan dia ketika itu. Berdebar menguasai perasaan hati. Perlahan aku menjarakkan diri. Aku menunduk kepala, terasa malu dengan tindakkan diri sendiri. Gatal sungguh kau mata. Hampir keseluruhan wajahnya kau teliti, marahku pada diri sendiri.

Aku memberanikan diri memandangnya dengan senyuman nipis. Keadaan ketika itu hening. Aku dan dia mendiamkan diri. Entah kenapa? Ya, kulit wajah dia yang putih, memerah. Dia malu ke? Player macam itu pandai malu ke? Dengar sahaja ayat-ayatnya dia tadi memang player tahap gaban.

“Haaa.. jom! Burger dan ABC dekat situ sedap tau”, ujarku tiba-tiba, sambil menunjuk ke arah Food Truck yang tidak jauh daripada situ. Aku coba membuatkan diriku tidak berasa janggal dengannya setelah apa yang aku lakukan. Aku dapat rasakan dia cuba untuk berjalan seiringan denganku.

Kami berdua duduk berdekatan dengan food truck yang diberi nama Sapphire Food Truck. Pekerja Saphhire food truck datang membawa menu. Ambil masa 10 minit makanan tersebut dihidangkan dihadapan kami berdua. Aku menunjukkan muka kegembiraan apabila melihat burger yang meleleh oleh cheese yang ada di depanku.

Aku menyuruh Noah Harvin merasa makanannya. Dia seperti was-was aku perhatikan. Entah kenapa. Mungkin dia tidak suka makan begitu. Aku sendiri tidak mengerti dengan tindakannya. Tetapi, selepas makanan itu di masuk ke dalam mulut. Dia tersenyum. Seperti dia menyukai makanan itu pula.

“ I am sorry”, kata Noah Harvin tiba-tiba yang membuatkan aku berhenti seketika menyuap makanan.
“Humm..?”, kataku yang sedikit terkejut dengan apa yang aku dengar. Aku memandang lelaki yang berada di depanku itu dengan penuh tanda tanya. Aku menanti apa yang ingin dia katakan. Dia tersenyum manis. Dan tiba-tiba tangan Noah Harvin menyentuh tepi bibirku. Dilapnya lembut, seperti membuang kotoran dekat situ. Sekali lagi aku terkaku dengan tindakkan Noah Harvin. Tetapi, pantas itu juga, aku mengambil tisu yang ada di depan. Melihat tindakan pantasku, dia menarik tangannya dan membiarkan aku mengelap bibirku sendiri.

“I’m sorry for what I says to you earlier. What you stated is indeed right. The foods is so good. The surrounding is nice and beautiful. And more better than five star restaurant and hotel,” Pengakuan Noah Harvin membuat aku tersenyum senang. Sebab dia sedar dan mengaku kesalahan dirinya. Bertapa sikapnya itu menyenangkan hatiku. Cutenya, my Pak Jowok, desis hatiku.

“Kan…!? Saya tahu taste Pak Jowok saya. Awak yang tak percaya. Saya tahu awak akan suka kalau telah mencuba makanan dekat sini. Rugi lah kan, kalau awak bawa saya pergi ke tempat lain tadi” kataku yang membuat Noah Harvin tersengih. Dia mengangguk seperti menyokong kata-kataku.

“And more than anything, I’m sorry sebab menilai you yang bukan-bukan. I tak bermaksud begitu”, ujar Noah Harvin. Terserlah rasa bersalah diwajahnya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menilai wanita didepannya begitu.

“It’s okay. So, sekurang-kurangnya awak dah jumpa tempat makan yang enak. Tapi kalau boleh jangan terlalu pandang rendah dengan diri sendiri. Dan jangan cepat menilai orang. Tak bagus. Saya tak suka Pak Jowok saya begitu”.

“And you know, you so really species. Indeed! ”

“Apa?” high pitch suaraku ketika itu. Dahi ku kerut kerana tidak pasti dengar apa yang aku daripada mulut Noah Harvin. Apasal lah dia buat suara merdu sangat tiba-tiba. Hilang keayuan ku, desis hatiku

“Nothing”, Noah Harvin mengeleng kepalanya. Dia tersengih apabila melihat riak wajah aku ketika itu. Lucu baginya kali. “Next time I bawa you pergi satu place. You pasti suka dengan tempat itu.” Aku hanya mengangguk.

“Tapi kan, boleh tak awak repeat balik yang apa awak cakap tadi”, pintaku yang masih ingin mengetahui apa yang diluahkan oleh Noah Harvin.

“Tak mahu. Tak ada repeat-repeat lagi. Siapa suruh tidak dengar betul-betul”, ujar Noah Harvin. Terkehek-kehek dia terketawa apabila aku mula mencebir bibir tanda tidak puas hati. Suka lah dapat buat orang tidak keruan. Dia memang suka menyiksa hatiku ini.

Aku tetap juga memeras otakku, coba rewind balik kata-katanya daripada Noah Harvin yang aku tak dengar tadi. Kenapa lah aku hanya dengar ‘you & indeed’. Apa yang indeed lagi, desis hatiku yang tidak puas hati. Noah Harvin yang berada di hadapanku sedang menikmati makanannya dengan senyuman lebar dibibir. Aku hanya mampu menghela nafas. Dan akhirnya aku putus asa, malas aku ingin memikirkan lagi. Sakitkan kepala dan hatiku sahaja.

Share this novel

hafizan 1412
2020-05-28 05:22:46 

plzzz sambunggg

hafizan 1412
2020-05-28 05:22:46 

plzzz sambunggg

hafizan 1412
2020-05-28 05:22:43 

plzzz sambunggg


NovelPlus Premium

The best ads free experience