Chapter 1

Romance Series 49584

Lagu Photograph yang di bawa oleh Ed Shareen berkumbang di radio membuat ku menyanyi. Aku memang pantang kalau dengar lagu Ed Shareen yang satu ini. Terutama sekali kalau tengah tunggu lampu isyarat yang bertukar warna hijau. Memang tak sah kalau aku tidak menyanyi. Bagi aku itu terapi yang paling terbaik untuk hilangan stress kerja, ceriakan mood setiap waktu dan lagipun itu K-box percuma. Tidak perlu bayar. Lagi satu, kalau suara sumbang tiada siapa akan mendengar. Lalat pun tak dapat dengar. Sebab kita menyanyi dalam kereta.

Aku sendiri tak tahu kenapa aku minat sangat lagu Photograph ini. Tiada sebab tertentu yang menyebabkan aku meminati lagu ini. Tapi mungkin sebab bahagian lirik dia yang berbunyi;

We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still

Ataupun aku suka ayat 'photograph' itu sendiri. Aku pernah terbaca yang menyatakan foto adalah tiket kepada kenangan yang kita dapat lihat kembali sekiranya kenangan itu hilang di dalam diri kita.

Ataupun mungkin juga sebab aku pernah berangan yang suatu hari nanti akan ada orang yang akan menyanyi lagu sama untuk aku. Apabila terbayangkan hal itu, membuat aku tersenyum setiap kali menyanyi lagu Photograph ini.

Aku memandang ke tepi dengan mulut ku yang kumat-kumit menyanyi. Saat itu mataku bertaut dengan seseorang. Sungguh aku tak sangka gelagatku sedang diperhati oleh seseorang. Aku memandang ke arah orang yang memakai motosikal berkuasa tinggi di sebelah aku itu dengan lirikkan yang tajam. Matanya saja yang aku nampak. Lirikkan mata seperti dia sedang tersenyum di sebalik helmetnya. Bila dia perasan dengan lirikan mataku, dia memandang ke arah depannya. Terkala itu lampu isyarat telah pun bertukar warna hijau. Aku melihat pemandu motosikal itu berlalu pergi.

"Gatal. Tak pernah nampak perempuan cantik nyanyi dalam kereta kali" ngomelku sendirian. Ini bukan angkat bakul sendiri tapi kalau aku tak cantik penunggang itu takkan pandang aku.

Aku memandu ke lebuh raya yang menuju keluar daripada kota raya. Jam di skrin kereta ku menunjukan pukul 5.15 petang, maksudnya aku nanti akan sampai di kampung mungkin pukul 8.30 malam. Kali ini aku balik tidak memberitahu ibubapa ku terdahulu. Sebab aku ingin memberi kejutan dekat dia orang. Terutamanya bapaku. Sebab hari ini birthday dia. Kek birthday di sebelah ku, aku pandang sekilas. Nasib baik dapat keluar awal hari ini dan dapat juga aku rembat kek untuk bapaku tadi. Kereta di pecutku laju menuju destinasi ku. 'Mama..bapa.. tunggu kedatangan Illa', monolog ku sendiri. Pasti dia orang terkejut melihat kedatangan ku nanti.

***

Pintu bilik ku ditetuk berkali-kali sampaikan bunyi tersebut masuk dalam mimpiku. Dalam keadaan malas aku bangun daripada katil. Perlahan aku menuju ke depan pintu. Kalau aku biarkan pintu tanpa dibuka, runtuh lah pintu bilik ku ini nanti. Mama pasti akan mengetuk pintu sampai aku membukanya. Tembol pintu ku pulas. Dan pintu bilik terbuka.

"Belum bangun lagi kamu, Illa? Bapa kamu ajak pergi ke pasar. Sarapan dekat luar. Cepat kamu mandi" ujar mama tercegah di depan pintu bilikku. Aku mengosok mata yang masih tertutup. Aku cuba menghadam apa yang dia katakan.

"Illa dah bangun lah maa..bagi Illa 20 minit. Illa mandi sekarang dan bersiap" balasku. Tanganku mengapai tuala di penyidai. Tanpa banyak fikir aku berlalu ke bilik mandi. Sempat aku mendengar omelan mama sebelum masuk ke bilik mandi. Entah apa yang dia kata, sebab kurang jelas di telinga ku. Semestimya sebab kertas kerjaku yang bertaburan di atas lantai.

Aku mengatur langkah ke ruang tamu selepas bersiap. Mama dengan bapa tentu sedang menunggu aku di situ.

"Lama betul kamu bersiap Illa. Bapa kamu dah tak sunggup lagi menunggu kamu. Kalau kamu dah kahwin nanti, mama pasti kamu akan bagi mama dengan bapa ramai cucu perempuan, " usik mama.

"Orang tak lambat pun ma. Belum lagi 20 minit", bentak ku. Mata ku melihat jam di tangan dan beralih kepada wajah bapaku. Mendung sungguh. Nampaknya memang dia tidak boleh menunggu lama. Malam semalam bukan main happy wajah itu. Tetapi hari ini pandai berubah kepada keadaan asal. Mendung memanjang. Semalam sungguh aku tidak pernah melihat bapaku segembira begitu. Semuanya sebab kek birthday yang aku bawa semalam. Dan semestinya dia orang berdua terkejut melihat ke datanganku.

"Bapa kamu sebenarnya tidak sabar nak jumpa kawan dia Ah Boon itu. Semalam dah juga makan dekat situ tetapi tetap juga rindu kawan dia itu", ujar mama mengusik bapa pula. Aku yang mendengar tertawa terkehek-kehek. Ada ke patut mama cakap tauke kedai makan Ah Boon itu, kawan bapa. Tetapi kedai makan Ah Boon memang tempat kegemaran bapa sejak daripada dulu. Daripada zaman aku kecil sampai lah sekarang kedai itu masih tempat makan kegemaran bapa. Entah-entah betul tauke kedai makan Ah Boon itu sememangnya kawan bapa seperti yang mama nyatakan.

Dengusan daripada bapa membuatkana ku terkejut. Dia bangun daripada sofa. Dan tanpa sepatah kata kunci kereta diserahkannya kepada aku. Terkebil-kebil mataku menyambut kunci tersebut. Mama mengikut bapa daripada belakang yang telah pun berada di pekarangan tempat letak kereta.

'Memang ini sebab utama aku di ajak sarapan hari ini. Jadi pemandu', desis hatiku. Dan kakiku langkah ke luar rumah. Tidak lama seperti kereta dihidupkan, aku memandu keluar daripada pekarangan rumah.

Habis sahaja kami bertiga sarapan di kedai makan Ah Boon, aku menghantar mereka berdua ke pasar tani. Dan aku menunggu di dalam kereta. Mama dengan bapa kalau ke pasar tani akan buat dua pusingan sebelum mereka membeli barang yang mereka nak beli. Bagus aku tunggu dekat kereta sahaja sambil fikirkan idea untuk kerja aku tertangguh semalam.

Hampir setengah jam aku menunggu, barulah kelihatan wajah mereka berdua. Sebelum menghampiri kereta, aku melihat bapa bersalam dengan seorang pak cik. Ceria betul wajah bapa, sambil itu menunjuk ke arah kereta. Entah apa yang mereka perbualkan sehingga bapa boleh tersenyum lebar begitu.

"Yang berbual dengan bapa tadi itu Uncle Michael. Illa ingat lagi tak?! Yang waktu kecil Illa pernah nak kahwin dengan anak lelaki dia. Sampaikan Illa menangis sebab tidak mahu balik daripada rumah Uncle Michael waktu bapa ajak balik rumah," ujar bapa tiba-tiba setelah kereta bergerak. Aku menggelengkan kepala. Sungguh aku tidak ingat. Mungkin waktu itu aku terlalu kecil. Sebab itu memori yang bapa aku nyatakan tiada dalam ingatanku.

"Umur Illa 5 tahun rasanya waktu itu, Darl. Mestilah dia dah tak ingat lagi. Bukan main gatal umur 5 tahun dah ada hati nak kahwin ", ujar mama pula bernada mengusikku

"Orang betul-betul tak ingat ma. Zaman budak-budak, mana lah orang ingat lagi" kata ku dengan sengihan.

"Anak lelaki Uncle yang Illa nak kahwin itu sekarang ini dah jadi pensyarah universiti dekat luar negara."

"Bukan dulu dia arkitek kah, Darl? Isteri Michael pernah bagitahu pasal anak dia itu ketika Darl terserempak dengan dia dekat pasar tani."

"Rasanya dia masih artiket juga. Tapi pada masa yang sama dia mengajar juga."

Aku hanya mendiamkan diri mendengar perbualan mama dan bapa. Mataku fokus dengan permanduan aku. Kalau dia orang suruh aku mengingati pasal budak lelaki yang aku pernah minat waktu umur 5 tahun. Memang tidak dapat aku korek kembali kenangan itu. Entah apa tujuan mereka berdua tiba-tiba ingin bercerita pasal budak lelaki tersebut. Mesti ada apa-apa ini.

"Ma.. minggu depan Illa holiday ke Bali. Sebab temankan Alin photoshoot pre-wedding dia."ujarku cuba untuk menukar topic perbualan kami.

"Ya juga.. tak lama lagi Marilyn dah nak kahwin. Tapi Illa, mama dengan pa mungkin tidak dapat pergi majlis dia nanti. Sebab dekat sini ada saudara kita, anak dia kahwin pada hari yang sama. Nanti Illa bagithu Alin yang mama dan bapa tidak dapat datang yer".

"Ok. Nanti Illa bagitahu Alin".

"Illa kalau dekat Bali nanti, jaga diri. Jaga maruah diri. Jaga maruah keluarga. Jangan buat benda tak elok. Dan jangan bersama dengan orang yang tak elok," nasihat bapa dengan nada yang serius.

Aku tahu arah perbualan ini nanti kalau ayat-ayat itu sudah terkeluar daripada mulut bapa. Ayat itu selalu aku dengar daripada aku mula-mula melangkah masuk ke universiti dan mula-mula aku melangkah ke alam berkerja. Sudah terpahat ayat tersebut di sanubariku

"Ya..ya.. Illa ingat dan sentiasa ingat pesanan pa.. Sebab Illa sayangkan bapa dan mama lah, sampaikan calon suami Illa.., Illa tidak kisah bapa dan mama tolong Illa carikan," kataku dengan dengan senyuman simpul tapi sinis dihujungnya.

" Tadi Uncle Michael ada tanya bapa pasal Illa. Illa ada balik ke tak?"

Aku dah nampak dah, niat bapa yang awal-awal tadi tiba-tiba bercerita pasal anak Uncle Michael dan zaman kecil aku.

"Dia ke calon menantu bapa untuk Illa? Anak Uncle Michael itu?"

"Orangnya baik. Bapa pernah berjumpa sekali".

"Bapa pernah berjumpa dia sekali. Bapa dah cakap dia baik."

"Kalau boleh pa dengan mama mahu menantu kami orang kami yang kenal. Kenalan rapat keluarga kita. Lagipun Uncle Michael kenalan lama kita. Keturunan keluarga baik-baik dan anak-anak dia semua ada kerjaya dan semua orang hormat."

"Lagi satu Uncle Michael dan isteri dia berkenan dengan Illa. Sudah berapa kali dia orang datang rumah kita bertanya pasal Illa", sampuk mama.

"Ok..." aku menarik nafas. "Tapi mama dan bapa kena ingat, apa yang Illa pernah pesan dulu. Andai kata Illa setuju dengan calon menantu mama dan bapa pilih. Dan tiba-tiba sesuatu yang buruk terjadi, jodoh Illa dan orang itu tak berpanjangan ataupun berpisah disebab ada masalah dalam hubungan kami. Illa akan salahkan bapa dan mama. Sebab bapa dan mama yang pilih dia untuk Illa," hujah ku panjang

Aku tahu apa yang keluar daripada mulut aku kurang ajar sebagai seorang anak. Tetapi aku tiada pilihan. Sebab aku sayangkan mereka. Aku takut kalau ada kesilapan dan masalah dalam hubungan yang mereka cuba cipta untuk aku, bakal menyebabkan aku menyalahkan mereka. Sungguh aku tidak mahu perkara itu terjadi.

"Kami nak yang terbaik untuk Illa sebab kami sayangkan Illa", lembut suara berbaur tegas suara bapa.

"Illa tahu... Illa juga sayang mama dan pa. Sebab itu Illa ingatkan mama dan pa keadaan yang bakal terjadi andai kata hubungan yang mama dan pa cipta untuk Illa itu tidak menjadi seperti mama dan pa rancangkan. Illa tidak mahu benda begitu terjadi".

Bapa mengeluh dan daripada lirikkan mataku, aku melihat dia memandang ke luar tingkap. Aku tersenyum sendiri melihat perangai bapa.

"Macam ini, kalau suatu saat Illa dah jumpa seseorang yang boleh menjadi menantu bapa, Illa benarkan bapa memberi dia 'test'. Ujian yang melayakkan dia boleh menjadi menantu bapa. Bapa ada kuasa untuk 'fail' dan 'pass'kan dia " kataku dengan nada berseloroh. Aku cuba untuk memujuk bapa. Siap berujian bakal menantu bapa. Entah apa-apa idea aku ini yang tak berasas.

"Kalau mama, siapapun pilihan Illa, mama akan 'pass' kan dia. Pastikan dia seperti bakal suami Marilyn. Senang kehidupan Illa nanti", ujar mama. Tangannya menepuk bahuku. Bapa hanya mendiamkan diri sehingga sampai di rumah.

Waktu makan tengah hari, mood bapa telah kembali pulih. Dia kembali tersenyum apabila aku mencadangkan hendak buat BBQ dekat rumah petang esok sebelum aku balik ke kota raya. Aku menyuruh bapa mengajak senak saudara kami yang tinggal berdekatan dan kawan-kawan rapat bapa datang ke rumah besok. Jelas sekali cadangan aku itu menggembirakan dia. Sekarang aku boleh menarik nafas lega apabila bapa seperti telah melupakan apa yang aku katakan di kereta tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience