Chapter 33

Romance Series 49576

KELUAR sahaja daripada ofis, aku melencongkan kereta ku ke kedai door gift tidak berapa jauh daripada ofis. Sekejap sahaja aku singgah di kedia tersebut. Aku ke situ untuk membeli barang yang dipesan oleh Marilyn. Aku membuat pembayaran selepas memastikan barang-barang yang aku beli lengkap dengan berpandukan senarai yang Marilyn bagi semalam. Habis sahaja memasukan barangan itu di dalam kereta, aku terus memecut keretaku daripada situ.

Hari ini aku berkerja setengah hari. Aku mengambil keputusan begitu setelah berbincang dengan Marilyn. Walaupun aku berkeras ingin mengambil cuti satu hari tetapi Marilyn menyuruh ku mengambil setengah hari sebab besok aku akan menemani dia. Aku memilih untuk menurut katanya, lagipun hari ini memang ada kerja yang perlu aku selesaikan di ofis.

Entah kenapa perjalanan aku ke rumah Marilyn terasa panjang. Terasa jauh pula rasanya. Sesekali aku menguap. Dan sesekali aku menghembus nafas. Kalau berdasarkan jam di dashboard kereta ku, hampir 20 minit telah berlalu. Aku masih bersesak di dalam kesesakan talu lintas yang menuju ke rumah Marilyn. Kereta ku bagaikan tidak bergerak. Sekejap-kejap berhenti. Bergerak pun dalam keadaan perlahan. Dan jalan menuju ke rumah Marilyn hanya menggunakan laluan ini sahaja. Malangnya, laluan jalan ini memang sentiasa sesak. Perlahan nafasku tarik dalam-dalam.

Aku membrek keretaku apabila melihat kenderaan di hadapan ku bergerak perlahan walaupun lampu isyarat telah bertukar warna hijau. Mungkin sebab keadaan yang begitu sesak, pergerakan kenderaan di sekeliling ku seperti perlahan. Tambahan pula jam-jam begini memang pack hours. Ada yang baru nak balik ofis selepas lunch dan ada yang mahu keluar ofis untuk lunch. Mungkin itu juga menjadi faktor kesesakan lalu lintas ini.

Sambil kakiku bermain dengan pedal brek kereta, aku memandang ke arah kereta yang berada di sebelah ku. Kereta putih Sportcar jenama Audi tersebut seperti aku pernah lihat. Entah kenapa otakku teringat dekat kereta putih yang parkir bersebelahan dengan ku di The Daydream Garden tempoh hari. Teringin pula hati ini melihat siapa gerangan pemiliki kereta itu.

Perlahan aku mengerakkan keretaku ke depan. Nasib cermin kereta itu tidak berapa tinted. Daripada pandangan tepi pemilik kereta itu seorang lelaki. Dia memakai cermin mata dan malangnya aku tidak dapat melihat wajah dia sebab dia terlalu fokus dengan pandangan ke depan. Hanya mampu melihat tepi wajahnya sahaja. Tetapi wajah wanita sebelah dia dapat ku lihat dengan jelas. Wajah wanita tersebut begitu cantik persis model. Dia sedang berbicara sesuatu sambil menatap wajah lelaki disebelah itu dengan senyuman yang tidak lekang-lekang dibibir. Seperti seseorang yang dilamun cinta.

Hampir gugur jantungku apabila pemilik kereta Sportcar jenama Audi tersebut memandang ke sebelah tepi keretaku.

“Noah..”, nama Noah Harvin terlontar keluar daripada mulutku tanpa aku sedar. Rasa debaran disebabkan terkejut dengan apa yang aku lihat membuatkan aku mengalihkan pandangan ke arah lain.

Wajah dia sememangnya iras wajah Noah Harvin. Adakah aku salah melihat? Sungguh aku terasa bermimpi apabila melihat wajah pemandu kereta Sportcar putih itu. Aku mengosok kelompok mataku. Aku menarik nafas sebelum memandang kembali ke arah tepiku. Tetapi, apabila aku coba untuk mendapat kepastian, kereta tersebut telah pun memecut laju. Ingin sekali aku mengejar kerreta tersebut. Namun kereta Sportcar jenama Audi itu mengambil arah yang melainan dengan aku. Perasaan sedikit kecewa menyelubungi segenap hatiku kerana tidak dapat melihat wajah pemilik kereta itu betul-betul. Mungkin aku itu bukan dia, desis hatiku memujuk diri.

SAMPAI di perkarangan rumah Marilyn, aku perhatikan banyak kereta telah parkir tepi jalan. Mungkin ada saudara dia yang datang. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memparkirkan keretaku tidak jauh berapa jauh daripada rumah dia. Kerana disitu sahaja yang ada ruang. Aku mencari telefon. Ingin memaklumkan Marilyn kedatangan ku dan ingin meminta dia untuk menolongku mengangkat hiasan door gift yang dia pesan. Barang tersebut tidak lah berat tetapi aku sengaja nak bermanja dengannya. Supaya dia datang jemput aku di kereta. Apalagi melihat kereta yang ada banyak dekat situ, terasa malu pula di dalam diriku.

Nomber telefon Marilyn aku tekan. Kedengaran suara dia penuh gembira apabila bertanya tentang keberadaanku. Aku memberitahu yang aku telah sampai di perkarangan rumah dia dan menyuruh dia menolongku mengangkat barang. Selepas dia menyatakan yang dia akan keluar menolongku, aku menutup telefon.

Otakku masih teringat dekat pemandu kereta Audi tadi. Sesaat itu juga aku teringat dekat Noah Harvin. Lantas message perbualan kami berdua aku buka. Dari pagi tadi tiada message daripadanya. Entah kenapa hari ini dia tidak membangunkan aku seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang kurang apabila tidak mendengar suaranya. Mungkin dia busy. Illa, janganlah berprasangka yang tidak sepatutnya, ujar ku memujuk diri. Sememangnya aku cuba menindakkan pemandu kereta Audi itu bukan Noah Harvin. Tapi itu tidak dapat membuang perasaan tidak sedap hatiku. Sebab aku belum lagi mengenali diri Noah Harvin sepenuhnya.

Aku juga tidak dapat menangkis perasaan yang sedikit resah apabila tidak menerima message mahupun panggilan telefon daripada Noah Harvin. Bercampur baur perasaan ku sekarang.
Profil foto Noah Harvin di message itu aku tatap lama. Rasa rindu ingin berjumpa dengannya tiba-tiba menyapa diriku. Walaupun beberapa hari lalu aku telah berjumpa dengan dirinya, tapi bagaikan lama pula tidak berjumpa. Sejak bila agak perasaan ini bertapak di dalam hatiku. Aku sendiri tidak sedar. Tetapi perasaan ini seperti baru tersemai di dalam hatiku.

Aku berjeda. Persoalan bermain di minda ku kini siapa agak wanita yang bersama dengan dia tadi kalau pemandu kereta itu adalah Noah Harvin? Adakah aku patut bertanya di mana keberadaan dia sekarang? Hati ini ingin sangat message dia. Tetapi nanti apa pula dia fikir. Mungkin dia akan menganggap aku penyibuk dan rimas dengan tindakkan aku.

Walaupun dia meluahkan kepada ku yang dia menyukai aku beberapa kali, malahan juga memujuk rayu diri ku untuk menerimanya. Tetapi aku masih belum memberi kata putus ku dengannya. Aku masih dengan permainan ku. Tapi pada masa yang sama aku memerlukan masa untuk berfikir.

Hati ini tidak akan terusik dibelai rindu dan perasaan resah tidak menentu, kalau perasaan cinta dan sayang itu tiada dihatiku untuknya.

Telefonku yang aku pegang terlepas daripada tangan ku apabila tingkap keretaku diketuk-ketuk daripada luar. Saat itu melamunan aku terhenti. Entah berapa lama juga aku telah melamun sampaikan kehadiran Marilyn yang tersengih di luar tingkap tidak aku sedar. Entah berapa lama dia telah berada di situ. Sudah semestinya dia telah menangkap apa yang aku lakukan tadi. Merenung profil foto Noah Harvin.

Aku unlock kereta ku dan kemudian pintu kereta ku buka. Aku melihat Marilyn telah pun membuka bonet keretaku.

“Rasanya Illa beli semua yang Alin pesan tadi. Alin tengok lah takut ada yang kurang”, ujarku apabila menghampiri Marilyn yang sedang memeriksa barangnya.

“Macam semuanya cukup Illa. Tak ada juga yang kurang. And thank you Illa sebab tolong orang”. Senyuman ceria terukir diwajah Marilyn.

“No problem lah…,the most beautiful bride to be. Untuk best friend Illa, Illa sanggup lakukan apa saja.”Aku tersengihan kemudiannya,“ Tapi kan Illa nak upah..”

“Apa dia. Cakap je. Sedaya upaya Alin tunaikan”

“Illa lapar lah…Rumah Alin ada makanan tak?”soalku dengan menyentuh perut. Sememangnya, aku belum lagi sempat untuk menjamah apa-apa. Keluar saja ofis, aku tergesa-gesa ke kedai door gift. Dalam perut ku sekarang hanya ada sisa-sisa makanan sarapan aku pagi tadi.

“Tapi bau sedap cookie ini memang menyelerakan sungguh. Alin tengah bake ke?”ujar ku lagi. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menghidu bau cookie tersebut. Sungguh deria bau aku sangat sensitif. Bau tersebut membuat aku lapar.

“Bukan Alin. Dia orang mama Alin dan mummy Elden yang bake. Ada juga empat orang lagi kawan mama dan mummy Elden datang menolong dia orang. Bake cookie untuk dijadikan door gift ”.

Aku mengangguk faham. Mengerti mengapa boleh wujud bau cookie yang semerbak itu.

“Kereta yang banyak parkir dekat sini dia orang punya ke?”

“Ahaa.. tak lah. Kereta dia orang cousin Alin. Dia orang datang menolong Alin hari ini.”
Sekarang aku tahu kenapa di wajahnya sedikit tenang tidak seperti hari itu. Melihat dia perubahan dia begitu membuat aku sedikit lega. Baru lah seri pengantin dia menyerlah. Lamunan aku terhenti apabila Marilyn memanggilku.

“Illa…!” sambil menarik beg plastik yang aku pegang dengan nada yang seperti berbisik. Kehairanan aku melihat dia begitu. Entah apa yang dia ingin sampaikan. Aku menunggu dia menyambung ayat dia yang seterusnya. “Kalau rindu kan orang itu, call lah dia. Bukan boleh melepaskan rindu kalau menatap photo dia saja. Kalau call baru rindu lebih terubat”

Terpana aku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Marilyn. Ingatkan apa tadi. Perasaan malu menyapa hati. Nampaknya Marilyn memang memerhati kelakuan ku semasa menunggu kehadiran dia tadi.

“Mana ada!? Illa tengok screen telefon saja la tadi”

“ Hah! Illa dah suka dekat Noah, kan?” soal Marilyn seperti mendesak aku untuk mengaku tentang perasaan ku.

“Mana ada…pandai-pandai jer”.

“Yer lah itu... Tengok muka pun dah merah.” Aku menyentuh pipiku yang panas. Nampaknya aku tidak dapat mengelak lagi. Aku perlu mengubah topik ini. Tapi aku pasti Marilyn akan tetap akan mendesak aku. Mengaku tentang perasaan ku. Belum masanya lagi untuk aku berkongsi tentang perasaan ini dengan Marilyn.

Staffenie tiba-tiba muncul di depan pintu yang sememangnya tetap pada masanya. Dia menjerit kecil apabila melihat ku. “Kak Illa…!!”

Kemunculan Staffanie betul-betul telah menyelamatkan diri aku pada saat ini. “Eh.. Staffy pun ada dekat sini. Lama akak tak jumpa Staffy. Meh, tolong kita orang.”

Aku menyuruh Stafanie mengambil plastik daripada Marilyn kerana plastik yang aku pegang tidak begitu berat bagiku. Stafanie menurut sahaja kataku.

“Pandai sangat Illa sekarang tukar topic”.

Aku hanya mampu tersengih memandang Marilyn yang telah pun menunjukkan muka tidak puas hati. Dalam tidak puas hati, dia masih bernada lembut mengajak ku masuk ke dalam rumah. Aku mengikut Marilyn daripada belakang seirangan melangkah dengan Staffanie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience