Chapter 39

Romance Series 49576

AKU mengalih pandangan ku yang tertumpu pada laptop tadi ke arah Rose dan Orkid yang sedang mewarna di coloring book mereka berdua. Aku tersenyum melihat apa yang mereka warna. Hampir keseluruhan coloring book itu di warna. Tidak nampak rupa lagi lakaran yang di dalam buku tersebut. Terutama buku Orkid. Orkid muda setahun daripada Rose yang berusia 4 tahun. Namun segala benda yang kakak dia Rose lakukan, Orkid akan mengikut. Malahan mainan Rose kadang-kadang dia boleh tiba-tiba inginkan. Rampas waktu si kakak tengah seronok bermain. Matang dan tolak ansurnya Rose, walaupun baru berusia 4 tahun dia sedar diri dia seorang kakak, dia akan mengalah. Dia akan memberi dengan rela mainan dia untuk memujuk adiknya bila Orkid merengek inginkan mainan dia. Disebabkan itu, Kak Jac selalu membeli mainan sepasang untuk mereka berdua. Untuk mengelakkan pergaduhan dan Rose tidak merasa tersisih.

Aku meletakkan laptop ku di atas katil dan mendekatkan diri dengan mereka berdua. Rambut mereka berdua aku belai. Penuh lembut. Dan mereka tersenyum dengan kelakukan aku. Mungkin merasa di sayangi. Anak kecil begitu akan dapat merasa kasih sayang kita dengan belaian manja begitu. Aku membalas senyuman mereka.

Selepas bermain di luar sekejap, untuk melarikan diri dari krisis, aku mengajak mereka berdua bermain di bilik ku. Tidak pula mereka berdua merungut bila memerap di dalam bilik dengan ku. Tidak pula mereka ingin keluar daripada bilik ku. Malah diam sahaja mereka berdua dengan mewarna. Cuma sesekali mereka memanggil namaku untuk menarik perhatian ku melihat apa yang warna.

Melayan karenah mereka membuat aku terhibur. Hilang rasa merusuk jiwa sebab drama sejenak pagi tadi. Mulut popcorn mereka berdua memberitahu ku apa yang mereka warna, menyebabkan ku tersenyum. Ingin sahaja aku omel pipi pau comel putih gebu mereka berdua puas-puas. Tapi di tahan. Takut trauma pula anak saudara aku ini dengan perangai geram aku. Bila rasanya nak ada anak sendiri ini.

“Rose and Orkid sayang…daddy panggil. Aiskrim time..!”ujar Kak Jac apabila pintu bilik ku dikuak. Aku memandang Kak Jac membawa dulung.

“Yeah..!” Rose dan Orkid menjerit kegembiraan. Mereka bangun dan mendapatkan Kak Jac. Melompat-lompat ingin melihat apa yang ada di dulang yang di bawa oleh ibu mereka. Aku hanya mampu tersenyum.

“Bukan yang ini sayang… Ini untuk Auntie.. Pergi dekat daddy..aiskrim ada dekat daddy..” arah Kak Jac kepada mereka berdua. Wajah mereka sedikit kecewa.
“Cepat sayang.. daddy tunggu. Bawa your color book sekali..” pujuk Kak Jac bila kedua anak kecil duduk kembali.

“Tak mahu.. I still want to do coloring with Auntie here” Rose telah mengambil crayon di atas lantai. Ingin memulakan project dia kembali. “Auntie, am colors this beautiful, right? I’m so good in coloring right?..”

Aku mengangguk bila mendengar pertanyaan bertalu-talu si ‘kakak’ kecil. Lagaknya seperti ingin menukar topik perbualan. Mungkin juga dia ingin mengelakkan diri daripada mummy untuk membawanya keluar dari bilikku.

“Ya... me too..I want to plays with Auntie..” ujar si kecil Orkid yang telah duduk bersila di sebelah ku. Tercuit hati ku melihat perangai mereka berdua.

“Mari sayang.. Auntie nak buat kerja dia. Rose and Orkid main dengan daddy pula..”, pujuk Kak Jac lembut. Tapi dua-dua budak kecil itu tidak menghilaukan pujukkan mummy dia orang. Malahan pura-pura tidak mendengar dengan lagak sibuk melakukan kerja mereka berdua, mewarna.

“Tak apa lah Akak. Biarkan dia orang sahaja dengan Illa dekat sini” ujar ku dengan mengusap rambut Orkid kemudian Rose. Wajah kecil berdua itu memandang wajahku kesukaan.

Ku lihat Kak Jac meletakkan dulang yang di bawanya di atas meja.

“Nanti Illa makan ya..Tadi Illa tak berapa nak sarapan..takut nanti perut Illa masuk angin..” kata Kak Jac penuh prihatin. Dia memandang ku sekilas. Aku tahu mesti mama yang menyuruh Kak Jac menghantar makanan tersebut. Bukan aku tak tahu mama, mesti dia risau aku tak makan makanan aku habis.
Kalau aku di rumah memang pantang kalau makanan ku tak habis. Pantang juga kalau aku makan sikit. Mama akan memastikan aku makan sekenyang-kenyangnya. Kalau aku merungut aku akan gemuk kalau makan banyak, mama akan menyalahkan Dormount Capital mungkin tidak menjual makanan sebab tubuh aku seperti orang tidak cukup makan. Mula lah dia membebel menyuruhku mencari teman lelaki. Kalau tak, ada lah orang membawa ku makan.

“Thank you kak..” ucap ku.

Kak Jac tersenyum dan mengangguk. Kak ipar itu yang sorang saja ini memang baik hati. Malahan mendengar kata ibu mentua dia. Tak pernah membantah. Suatu ketika dulu, mama dan bapa pernah tidak menyetujui hubungan abang Gabriel dengan Kak Jac. Disebabkan abang Gabriel masih belajar di universiti. Mama mahupun bapa mahu abang tamatkan pengajian dia dulu baru berkahwin. Tapi abang tetap gatal nak berkahwin sampai berkahwin sembunyi. Bila bapa dan mama tahu, bapa tidak memberi abang duit belanja. Nasib baik Kak Jac dah bekerja. Waktu mereka berkahwin Kak Jac dah memegang jawatan dia sekarang, cikgu sekolah menengah. Jadi Kak Jac yang mencari sumber pendapatan mereka berdua.

Bapa memang sakit hati dengan abang bila dia buat perangai begitu. Bapa langsung, tidak mahu ambil kisah pasal abang. Tapi mama sembunyi-sembunyi mengirumkan abang duit belanja. Hati seorang ibu mana yang sanggup melihat anak dia menderita. Malah mama memujuk abang balik. Ya, abang balik setiap Christmas. Walaupun layanan bapa seperti ais batu ketika itu tapi abang dan Kak Jac tak mengambil hati. Tetap juga mereka mengambil hati bapa. Tamat pengajian, abang memohon polis. Dengan kelulusan yang dia ada, dapat jawatan inspector. Bapa mula mengubah sikap dingin dia terhadap abang dan Kak Jac bila dua ‘ketul’ berdua itu lahir. Dengan Rose yang petah bercakap dan wajah dia iras baby doll, siapa yang tak cair hati. Lahir pula Orkid, sama petah macam kakak dia. Memang duo yang sempurna bila bercakap. Aku anggap duo berdua itu pencair hati ais batu bapa menjadi cecair.

Aku ada juga bertanya serba sedikit pasal hubungan mereka, bagaimana mereka boleh bercouple. Kata abang Kak Jac senior dia dua tahun di sekolah menengah. Kiranya waktu sekolah menengah abang Gabriel memang ada hati, crush orang katakan. Kak Jac bagitahu waktu re-union budak satu sekolah, abang yang approach Kak Jac dulu. Sebab tak sanggup kehilanga cinta hati dekat orang lain, abang inggar kata bapa dan mama.

“Rose and Orkid sayang..kita color dekat luar nak..jangan ganggu Auntie. Auntie nak buat kerja dia” pujukkan Kak Jac melenyapkan lamunan ku. Kak Jac sudah duduk di hadapan Rose dan Orkid.

“Tak mahu…” serentak budak dua ketul itu menolak perlawaan mummy dia orang. Aku tersenyum. Kak Jac sudah mengeleng kepala dengan perangai dua orang anak gadis kecilnya itu.

“ Akak nak bagi dia orang tidur sekejap... Takut nanti dia orang alang-alang tidur.. pandai moody mereka nanti kalau tidur tak cukup..”, kata Kak Jac seperti mengerti aku mahu menyatakan biarkan sahaja mereka bersama aku.

“Bagi Illa cuba pujuk..” ujar ku dengan mengegit mata. Kak Jac mengangguk dan tersenyum.

“Princess Rose and Princess Orkid.. sayang Auntie tak?!” Rambut mereka berdua ku usap lembut. Mereka memandangku dan mengangguk. “Auntie ada kerja nak buat.. So, Rose and Orkid ikut mummy makan aiskrim dulu, boleh..? Habis makan aiskrim, kesayangan Auntie berdua ini kena tidur tau.. lepas itu, baru lah Auntie nak bermain dengan Rose dan Orkid..”

Wajah anak kecil berdua itu seperti berfikir. Cuba menghadam apa yang terangkan ku. Seperti pujukkan aku telah telah termakan.

“Mummy pun nak bermain dengan Auntie juga.. Tapi kami nak kena tidur kan Auntie…?! Auntie janji kan mahu bermain dengan Rose dan Orkid lepas mereka tidur..” kata Kak Jac dengan nada budak-budak. Kali dia pula dikenyit kepada ku.

“Auntie janji selepas Rose dan Orkid bangun daripada tidur nanti, kita bermain sama-sama. Pinky promise..”

“Yeah..” Kak Jac menjerit kecil. Menarik minat anak-anaknya.

Rose dan Orkid mengangguk juga tanda setuju. Nampak termakan umpan juga mereka berdua. Jari kelingking aku hulurkan kepada mereka berdua. Wajah yang tidak tahu apa-apa itu tetap menyambut jari kelingking ku dengan wajah gembira. Aku di peluk oleh mereka berdua dan ciuman hinggap di pipiku.

Selepas budak dua ketul itu keluar bersama mummy mereka, aku meneruskan kerja ku. Makanan yang dibawa oleh Kak Jac tadi aku jamah sambil membuat kerja.


DERINGAN telefon ku membuatkan aku berhenti berhenti curling rambutku dengan hair curler. Rambut ku yang masih messy, aku biarlah begitu sahaja tanpa mengatur kemas bila melihat nama Noah Harvin di skrin telefon. Cepat aku menekan butang membawa tanpa sedar yang sebenarnya Noah Harvin buat video call dengan ku. Bila aku sedar semua sudah terlambat.

“Wow…” ayat itu yang keluar daripada mulut dia bila aku wajah terpapar di skrin telah. Dia sedikit tak terurus. Seperti baru mandi. Rambut dia basah.

“Wow..?! Hi lah…” balas ku dengan senyuman ceria. Si dia tersengih. Malu kali dengan teguran ku. Mesti lah nak sedar sikit. Ada ke patut tiba-tiba ‘wow’ bila orang sambut telefon dia. Tak sapaan hi or hello seperti orang normal.

Orang message dia daripada tadi, baru sekarang ada respon. Nasib baik dia terus video call. Hilang rasa rindu. Tadi aku bukan main semangat nak buat sesi curahan perasaan dengan Noah Harvin. Tapi sekarang, hilang dah mood aku nak bercerita lebih-lebih tentang hal yang berlaku pagi tadi. Walaupun aku ada menceritakan hal tersebut dalam message yang aku kirumkan. Tapi itu lah satu tick yang aku dapat. Terasa macam aku buat diari pula hantar message panjang-panjang tapi tiada respon. Nak sakit hati, ermm tak sampai di lubuk hati lagi sakit hati itu.

Mungkin ku pernah mengalami benda yang sama berapa kali. Send message tapi dapat satu tick daripada dia. Hati mula tak tentu arah. Hari ini aku, tak mahu buat jiwa merana, aku buat kerja sahaja. Relax dan santai. Tak mahu lagi menunggu balasan message daripada dia seperti selalu kalau satu tick di telefon ku. Aku sememangnya patut belajar tanam perasaan positif tentang dia. Nanti melarat pula kepasa penyakit cemburu buta. Itu yang boleh merosakan hubungan. Terutama sekali hubungan cinta aku dan Noah Harvin yang baru nak berputik ini. Jadi aku buat kesimpulan, mungkin saat dia dapat message tersebut ada hal yang dia buat. Disebabkan itu dia lambat baca dan juga reply massage ku.

Wajah orang di skrin telefon ku sekarang ini seperti meneliti wajah ku. Entah apa yang tak kena di wajah ku sampai dia meneliti ku begitu. Adakah aku terover makeup? Tapi makeup aku ini simple sahaja. Normal makeup yang aku lakukan kalau ada majlis yang simple. Skrin telefon ku tekan. Kini aku pula meneliti wajahku di skrin telefon tersebut. Cantik pula wajah ku. Desis hati ku memuji diri. Sempurna pula makeup aku. Tak ada bercapuk sana sini bedak foundation yang aku pakai.

“ Kenapa anak kucing I buat muka macam itu?” soal Noah Harvin. Dia kehairanan dengan kelakuan ku sangat itu.

“ Awak lah..” balas ku bila tersedar dengan melakukan diri yang sedang mengerut dahi.
“ Kenapa dengan I?” Wajah sedikit pelik dengan jawab ku.

“ Teliti dan menenung wajah saya.. Takut pula saya kalau-kalau awak boleh nampak liang pori saya..” ujar ku bersahaja.

Noah Harvin tertawa mendengar kata-kata ku. Dia mengeleng-geleng kepala.

“Sebab you cantik sayang.. sebab I rindu..sebab itu I teliti wajah you..” kata Noah Harvin seperti tawanya reda. Kata-kata pujian dia membuat ku malu. Terasa debaran pula bila di masih merenungku. Aku menyentuh pipi.

“ Mana la tahu kot-kot liang pori saya besar sangat, sampai boleh menarik minat awak untuk meneliti wajah saya..”ujar ku sedikit bergurau. Menutup perasaan malu dan debaran di dada. Aku melihat Noah Harvin tersengih.

“ Sayang dah okay tak ini?”

“ Dah okay..?” soal ku kembali. Kening ku angkat tanda aku tidak faham. Aku saat itu aku melihat senyuman Noah Harvin.

“Kan sayang hantar message…nampak macam sakit hati betul daripada ayat message sayang itu. Panjang betul isi-isi karangan yang sayang hantar..” ujar Noah Harvin seperti mengusik ku.

“ Dan juga banyak.. tapi dapat respon daripada orang itu 3 jam kemudian…” kata ku, menjauh. Aku mencubir bibir. Mengeluh kemudiannya. Pura-pura kecewa dan merajuk dengan tindakkan dia.

“ I’m sorry anak kucing. I masih tidur tadi…” Noah Harvin seperti rasa bersalah kini. Aku masih menunjukkan muka merajuk. “I’m sorry okay..Next time I try reply message sayang cepat-cepat.. sayang bagitahu apa yang sayang nak untuk tebus apa I buat ..Ataupun bila sayang balik nanti kita makan dinner sama-sama..,” pujuk dia dengan nada lembut. Tapi sedikit gelabah. Tahu pula dia gelabah.

“Hish.. saya gurau lah.. Keluar ke malam tadi sampai lambat bangun?” Yerlah semalam kan Friday-night. Memang sah orang macam dia keluar. Bukan tak pernah dia call aku Friday-night, sebelum aku jadi kekasih dia. Masa itu dia ada gathering dengan kawan-kawan dia. Jadi aku tak hairan kalau dia mengakui dia keluar.

Aku melihat Noah Harvin seperti takut-takut menjawab soalanku. Tapi senyuman dia membukti segalanya. Seperti dia mengiakan pertanyaan ku. Tak terlintas pula aku ingin bertanya lebih lanjut tentang apa yang dia semalam. Jadi, aku sekadar mengangguk, faham.

“You marah?” Tergagap suara Noah Harvin bertanya. Gugup pun ada. Dia takut aku marah ke? Desis hati ku.

“Tak ada lah…buat apa saya nak halang awak kalau nak awak keluar dengan kawan-kawan awak…itu hak awak, Pak Jowok. Sampai bila-bila saya takkan kacau hak awak itu.

Don’t worry okay. Saya bukan jenis girlfriend yang halang boyfriend dia keluar melepak dengan geng-geng dia..” kata ku. Ya itu bukan aku. Aku takkan halang dia melepak dengan kawan-kawan dia. Sebab aku tahu kawan-kawan dia wujud dulu dalam kehidupan dia sebelum aku. Aku melihat Noah Harvin tersenyum.

“Tapi.. kalau boleh, kalau awak keluar malam saya nak awak bagitahu saya. Supaya takkan kacau masa hangout awak dengan kawan-kawan awak. Ataupun saya tertunggu reply message awak.. and I will do benda yang sama..”

“Okay sayang. Next time I akan inform you…” janji Noah Harvin. Tangan diangkat seperti berikar pula. Aku tertawa melihat aksi dia begitu.

“So, you cantik-cantik ini nak keluar ke? Nak jumpa anak Uncle Michael?” Walaupun kelihatan tenang dia bertanya tapi di balik suara Noah Harvin itu seperti sedikit cemburu. Wajah pun dah menunjukkan. Hendak sahaja aku ketawa masa ini. Tapi aku tahan.

Cepat juga dia menerapkan perjanjian yang aku usulkan dalam perbualan kami berdua sekarang ini. Yang mengejutkan ku, ‘anak Uncle Michael’ sengaja ditekankan dekat situ. Dalam banyak message yang aku hantar anak Uncle Michael yang dia ingat.

Sebenarnya aku ceritakan dekat dia apa yang terjadi pagi tadi. Termasuk juga perihal ibubapa aku ingin jodohkan aku dengan anak Uncle Michael. Siap lagi aku bagitahu Auntie Sally nyatakan anak Uncle Michael full package. Namun aku tidak bagitahu Noah Harvin yang semua yang Auntie Sally katakan kepada ku. Terutama part aku tolak tuah.

“Jealous?” Tersengih ku memandang wajah Noah Harvin. Cuba mencari kebenaran betul ke dia cemburu dengan anak Uncle Michael. Ataupun sekadar main-main.

“Mesti lah.. I tak full package seperti anak Uncle Michael. I Serba kekurangan..” bersahaja dia menjawab. Dia membuat muka kasihan.

“Mengada…tapi di mata saya, Pak Jowok saya full package..” kata ku dengan mengenyitkan mata dekat Noah Harvin.

“Tolong lah…”

“Apa?!” kata ku yang tidak faham.

“Jangan goda I…” ujar dia bersahaja dengan kenyitan mata.

Berderai pecah ketawa aku saat itu. Aku tahu dia mengusik ku. Tapi usikkan itu membuat aku berdebar. Dengan pula renungan dia sekarang.

“ Ah..I miss you…I miss your laugh..tak sabar nak tunggu you balik..nak dating..” luah Noah Harvin itu membuat hati ini berdetak tak seirama. Tambah lagi dengan senyuman di bibir dia itu. Dia kata aku mengoda dia tapi sekarang ini siapa yang mengoda siapa. Dan siapa yang telah tergoda sekarang ini.

“Mengada lagi…” kata ku cuba mengawal perasaan di dalam hati. “Oh..berbalik dengan kenapa saya cantik-cantik ini, nanti saya mungkin tak dapat reply massage awak..”

“Kenapa?! Nak jumpa anak Uncle Michael ke?” soalan itu membuatkan aku terlopong. Ingat dah berkubur dah topik anak Uncle Michael tadi. Tapi rupanya tak.

“Tak habis lagi ke topik anak Uncle Michael ini.. Awak tak percaya dekat saya ke? Ee..menyesal tau saya cerita dekat awak pasal anak Uncle Michael ini..” nada suara ku sedikit tak puas hati.

“Okay…Ok…I tak sebut lagi. Jangan lah marah…”

“Bukan marah…cuma tak puas hati..”

“Marah lah itu..”

“Bukan lah… marah dan tak puas hati itu ada beza tau…”

“Ada-ada sahaja you anak kucing.. So, apa lah beza dia anak kucing. Itu pun kalau you sudi nak explain dekat boyfriend you yang tak seberapa pandai ini..”ujar Noah Harvin, nada merendah diri.

Dia mula lagi dengan merendahkan diri dia. Memang menyesal aku ceritakan pasal anak Uncle Michael ini tadi. Kalau tahu benda ini akan terjadi. Tak habis lagi dia nak bandingkan diri dengan anak Uncle Michael itu. Aku ini jumpa anak Uncle Michael pun belum pernah. Entah betul ke tak anak Uncle Michael itu serba full package seperti yang dikatakan Auntie Sally. Belum dapat kesahihan dengan mata kepala aku sendiri kebenarannya.

“Ok..dengar ya, marah itu tak ada rasa sayang.. Tak suka dan geram tambah rasa sakit hati… tapi tidak puas hati itu, dia ada rasa sayang… Itu lah yang saya rasa dekat awak, saya sayang dekat awak. .bukan anak Uncle Michael..” ujar ku dengan sedekit geram.

Muka ku mula terasa panas bila mendengar Noah Harvin terbatuk-batuk. Aku melihat senyuman nakal di bibir dia pula. Aku yang aku kata ini, desis hati ku. Rasa mahu melarikan diri pula saat ini. Dia memang sengaja nak dengar ayat itu keluar daripada mulut ku kali.

Ketukkan pintu bertalu-talu mengejutkan aku. Mata ku memandang ke arah pintu bilik ku bila kedengaran suara budak kecil meminta pintu dibuka.

“ Kenapa?” soal Noah Harvin melihat ku sedikit tak keruan melihat ke arah pintu. Dia mungkin mendengar ketukkan pintu yang sedikit kuat.

“ Anak buah saya panggil saya..Nampaknya kita kena berhenti dekat sini.. Nanti saya pergi rumah Mak Long saya, tau. Sebab Kak Long saya nak bertunang harini. Kalau saya reply message awak mungkin lambat sikit..”

“Oh! Okay.. tapi you tak kenalkan anak buah you dekat I ke?” soal Noah Harvin tiba-tiba. Senyuman dibibir seperti sengaja nak mengusik ku. Sengaja nak suruh aku gelabah. Orang nak cepat nak buka pintu, dia pula main-main nak panjangkan perbualan kami berdua.

“Next time, Pak Jowok..”

“Kalau begitu, you sampai besok kita keluar dinner..” soal Noah Harvin. Aku sekadar mengangguk setuju. Pintu masih bertalu diketuk membuatkan aku tak tentu arah. Tak lama lagi boleh runtuh pintu bilik ku ini. Wajah wajah Noah Harvin ku pandang sekilas. Aku bangun dan menuju ke pintu. Aku mengucapkan selamat tinggal dekat kekasih hati yang di skrin telefonku.Tapi belum sempat Noah Harvin membalas ucapan ku, talian telah ku menutup. Aku pasti dia terpinga-pinga dengan tindakkan ku. Biar lah, nanti aku pujuk dan jelaskan dekat dia. Desis hati ku.

Tombol pintu ku pegang dan di buka. Wajah Rose dan Orkid tersenyum kegembiraan melihat ku di depan pintu.

Dilema untuk memilih baju yang ingin pakai ke majlis pertunangan kakak sepupu ku terhenti, bila aku putuskan untuk memakai blouse bercorak lavender flower berbentuk garis leher sweetheart dan lengan puff. Aku gayakan dengan jean sahaja. Malas rasanya nak peningkan kepala memilih pakaian yang lain lebih sesuai untuk aku pakai untuk ke majlis pertunangan tersebut.

Kenapa lah aku tak minta pendapat Noah Harvin tadi. Agak-agak kalau aku menanya Noah Harvin tadi, entah baju apa yang dia cadangkan untuk aku pakai. Ingin juga aku dengar pendapat dia tentang penampilan pakaian yang aku pakai. Walaupun aku tahu dia akan memuji aku cantik. My beautiful anak kucing. Itu yang aku akan dengar dari mulut manis Noah Harvin.

Selepas siap bertukar, aku menemani Rose dan Orkid di ruang tamu menonton movie Frozen. Rupanya tadi mereka mengetuk pintu sebab ingin mengajak aku menemani mereka berdua menonton movie Frozen. Sekarang ini, aku memerhati karenah yang tengah khusyuk menonton movie di TV.

Kak Jac masih bersiap di dalam bilik. Masa dia menghantar adik beradik itu di depan pintu, dia masih berpakai pagi tadi. Aku pasti dia menyiapkan Rose dan Orkid berpakaian cantik sebelum dirinya. Abang Gabriel entah ke mana. Tadi aku melihat dia di dapur sedang memasukkan sesuatu di dalam bakul. Seperti botol susu milik Rose dan Orkid. Tapi lepas itu tak pula aku melihat kelibat dia.

Orkid memangil namaku. Menyuruh ku melihat mereka berdua yang sedang menari. Saat itu lagu ‘Let it go’ sedang berkumbang di TV tersebut. Bukan main semangat mereka berdua menari. Siap lagi dengan nyanyian comel mereka berdua. Aku melihat tidak mahu melepas peluang. Terus sahaja aku menekan video camera. Dan aksi mereka berdua aku rakam. Untuk memori mereka berdua. Bila dah besar nanti aku nak tunjuk kecomelan kegedikan mereka berdua masa kecil. Aku pasti dua-dua akan malu dengan aksi comel mereka itu bila dah dewasa nanti. Aku juga akan menyuruh boyfriend, suami dan anak-anak mereka berdua melihat video tersenyum. Biar mereka berdua rasa menjengkelkan dengan perangai auntie dia orang ini. Aku tersenyum sendiri meningatkan bila hal itu terjadi nanti.

SELEPAS memastikan Grill pintu di kunci, aku memasuki kereta Toyota MPV milik abang Gabriel. Aku duduk di sebelah mama. Sekilas aku memandang Aunty Sally dan Meghan di tempat duduk belakang sekali.

Kereta Abang Gabriel mulai bergerak keluar daripadda perkarangan rumah. Aku tersenyum melihat telatah Rose yang sedang bermain dengan anak patungnya. Rambut Rose ku usap. Rose yang di pangku oleh mama mendekati aku. Ingin aku memangku nya. Berada sahaja di dalam pangkuan ku, pipi yang mulus dan gebu itu ku cubit lembut.

“ Illa, maaf kalau Auntie tanya?” soal Auntie Sally dengan menyentuh bahu ku.

“ Kenapa Auntie?” tanya ku kembali.

“ Kamu tak ada baju lain ke selain baju yang kamu pakai sekarang. Tak berkenan pula Auntie tengok..” kata Auntie Sally, dengan nada sinis.

Auntie Sally ini dah kenapa? Dia nak mulakan lagi ke. Desis hati ku. Wajah mama aku pandang. Tangan ku mama pegang. Seperti menyuruh ku bersabar. Aku menarik nafas di dalam-dalam.

“Illa jenis malas nak peningkan kepala pilih. Jadi Illa pakai apa je yang ada. Yang berkenan di mata Illa bukan di mata orang lain..,” belas ku, bersahaja penuh lembut. Kata-kata ku itu mungkin boleh menyebakan Auntie Sally duduk tak diam. Dia berdeham. Kalau dia terasa biarkan sahaja. Cukup lah setakat ini, desis hatiku.

Walaupun aku tak tahu tujuan sebenar Auntie Sally bertanya begitu dengan ku. Tapi itu lah hakikatnya. Itulah sebab aku dalam dilema tadi. Kalau boleh ingin sahaja aku gayakan T-shirt dengan jean.
Bapa yang duduk di sebelah Abang Gabriel memandang ke belakang sekilas. Matanya merenung anak mataku sebelum dia cuba tersenyum. Mungkin dia menyokong kata-kata ku.

“ Kita orang perempuan ini Illa nak kena cantik sentiasa, Baju kena cantik, make up memesti menyerlah sikit. Supaya orang pandang kita. Cuba kamu tengok Meg…sesekali melaramlah lebih. Kalau kamu tak pandai makeup, belajar lah dari Meg.. kalau tengok penampilan Meg ini cantik lagi berbanding dengan kamu yang bergaji besar dan hidup di kota besar…macam orang yang tidak apa-apa..” ujar Auntie Sally lagi. Pedas. Dengan dia membandingkan anaknya dengan aku. Mungkin itu tujuan dia. Ingin membandingkan Meghan dengan aku.

Semua di dalam kereta terdiam. Semakin erat genggaman tangan mama. Dan bapa berdengus di depan. Marahkah bapa bila anak diperlekehkan orang sebegitu? Tapi tiada suara yang keluar daripada mulutnya untuk menegur tindakkan Auntie Sally tersebut.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba berbuat tak kisah dengan omelan Auntie Sally. Membayangkan omelan itu seperti angin bayu yang berbisik di telingaku. Aku memandang ke luar tingkap. Mengalih perasaan ku.

Kalau diikutkan hati yang membara seperti api yang telah di simpah dengan minyak, ingin sahaja aku katakan aku memiliki banyak baju-baju, dress dan skirt berjenama. Yang berbagai style mengikut mengikut trend semasa. Tapi aku lebih senang dengan T-shirt dan blouse digaya dengan jean begini. Di fikirkan balik tak ada berfaedah bagi ku apa yang Autie Sally katakan itu. Malas rasanya nak mengeluarkan suara untuk membalas balik serangan balik tersebut. Buat membazir air liur sahaja melawan balik. Baik mendiamkan diri sahaja.

Tangan kecil Rose yang tiba-tiba menyentuh pipi ku memadam segala ‘panas’ yang aku rasa. Tubuh kecil Rose ku peluk erat. Menenangkan perasaan yang aku rasa ketika ini.

“ Tapi Auntie, saya tak setuju dengan pendapat Auntie tentang penampilan Illa. Orang cantik macam Illa, pakai apa-apa sahaja dan makeup simple sekalipun akan tetap cantik. Tak perlu makeup lebih mahupun pakai baju seksi.. Dedah sana sini untuk menunjukkan dia cantik…” kata Kak Jac, tegas dan penuh sinis.

Tanganku di tepuk-tepuk oleh Kak Jac. Aku sekadar tersenyum. Tindakkan Kak Jac menyuarakan pendapatnya dan pada masa yang sama memujiku membuatkan ku tersentuh. Suara yang keluar dari mulut Kak Jac penuh ikhlas menyokong ku. Dan itu membuatkan Auntie Sally terdiam. Sungguh itu yang aku perlukan. Seseorang yang ada di belakang ku ketika aku tidak dapat menyuara apa yang aku rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience