Telefon bimbit ku berbunyi ketika aku nak parking di restoran asam pedas. Entah kenapa orang yang date dengan aku ini mengajak date dekat restoran asam pedas. Aku bukannya suka sangat makan makanan pedas. Tapi sebab lama tak jumpa dengan orang ini, aku ikut je la. Hujung minggu macam ini, dengan aku tak ada janji dengan orang lain aku ikut je.
"Helo, Alin. Baru sampai ini. Dekat tempat parking. Kejap lagi Illa keluar dan masuk", kata ku dekat orang menelefon ku.
Aku mencari kelibat date ku hari ini. Mataku tercari sampai lah aku melihat tangan melambai-lambai sambil tersenyum dari jauh. Aku menuju ke arah tempat duduk kawan ku itu.
"Herm..rindu sangat dekat dia" kata Marilyn Lillith sambil memeluk dan mencium pipi ku. Aku membalas pelukan Marilyn Lillith dengan erat. Rasa macam nak lepas. Kemudian kami berdua tergelak kecil dan duduk. Aku dapat rasakan orang di sekeliling memandang gelagat kami berdua. Mana tak nya, gelagat itu macam reunion berpuluh tahun tak berjumpa.
"Awak seorang je ke" kata ku sambil tersenyum dan melihat sekeliling. "Cik abang tak ikut sekali?"
"Elden?" soal Marilyn Lillith dengan gelak ketawanya kedengaran. Aku mengangguk je " Dia hantar saya je tadi. Lepas itu terus lepak dengan kawan dia yang lama dia tak jumpa jugak" kata Marilyn Lillith lagi dengan senyum di bibir.
Dari dulu Marilyn Lillith yang aku kenal happy good lucky je. Sebab itu aku senang kawan dengan dia. Selepas dia tukar tempat kerja kita orang jarang jumpa. Dua-dua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Waktu aku baru masuk kerja dulu, Marilyn lah yang banyak tolong aku. Kita orang rapat dekat lah nak setahun setengah. Sebelum dia dapat kerja lain. Tapi kita orang rapat macam orang dah kenal 5 tahun kawan, semua benda dan ke mana2 nak bersama.
" Nak makan apa cik adik cantik kita nie" kata Marilyn sambil memberi menu dekat ku. " Kita yang di sebut nye cantik. Orang yang nak kahwin lagi cantik. Sebab dia ada seri nak kahwin itu", kata ku dengan muka tersengih sambil memandang menu.
" Pandai ye. Dari mana tahu petua nie", kata Marilyn. Dia melihat ku membelek buku menu makanan itu.
" Illa kalo tengok2 menu itu jangan lupa order banyak. Ini tengok-tengok punya la lama, lepas itu satu je makanan di order. Hari ini Alin belanja, so Illa boleh pilih banyak mana nak", kata Marilyn dengan ketawa. Rasanya dia masih tahu perangai aku yang akan membelek2 menu2 dengan lama tapi order satu je.
Tidak lama kemudian kami berdua memanggil waiter. Aku melihat Marilyn memesan makanan. Agak banyak yang dia pesan. Entah siapa yang makan nanti. Last-last nanti aku juga yang kena paksa makanan. Dari dulu kalau dia cakap nak belanja memang dia akan order banyak. Selepas kami mesan makanan waiter tersebut berlalu pergi.
" Berbalik dengan perjumpaan kita hari nie. Apa cetanye. Mustahak sangat." Kata ku dengan senyuman di bibir. Walaupun aku tahu tujuan perjumpaan hari nie.
"Eeii.. mengada. Pura-pura tak tahu", dengan muka yang pura-pura menyampah Marilyn memepuk tangan ku. Aku hanya tersengih. " So, berbalik dengan discussion kita malam tadi. Awak kena minta cuti juga Jumaat nie. Kita pergi jumaat nie."
"Ha.. macam saya nak minta cuti dekat Mr. Eric. Awak tahu la dia itu macam mana", kata ku dengan muka buat-buat gelabah.
"Kan last month orang suruh minta cuti awal" kata Marilyn dengan muka yang serius. dia menarik nafas. "Kalau tak pun pujuk cik abang Eric kesayangan awak itu. Dia kan sayang sangat dekat awak", kata nya lagi. Kali kelihatan senyuman nakal di bibir.
" Awak la dia paling sayang. Sampaikan dulu waktu awak berhenti dia bad mood seminggu lebih. Frust gila dia waktu itu", kata pula mengusik Marilyn.
"Poyo la dia tu. Ada ke patut dia merayu saya kerja dekat company balik", kata Marilyn balik seperti setuju dengan kata-kataku. Tapi kali ini kami berdua sama-sama ketawa.
"Habis itu macam mana la nanti ini. Dapat tak ikut buat pre-wedding saya dekat bali nanti" kata Marilyn dengan muka serius nya balik. Aku macam nak ketawa melihat muka nya itu.
"Tak cantik Alin buat muka serius macam itu", kata ku dengan ketawa yang dah tak dapat tahan.
" Alin tak kisah. Tak cantik ke. Jadi ke tak ikut pergi ini? Awak itu bridesmaid paling penting saya. Maid of Honor saya. Jadi paling penting dan perlu ada. Noktah." Katanya dengan tangan2 lagi. Makin la aku tersengih.
"Awak ini pun poyo macam Mr. Eric itu juga." Kata ku berhenti setika sambil memandang makanan di hidang di depan mataku. Terhenti saraf otak ku sekejap apabila melihat makanan yang menyelerakan di depan mataku.
"Orang dah apply la. Cuti pun dah diluluskan oleh Mr Eric kesayangan awak itu", kata ku sambil menyambut makanan yang diberi oleh Marilyn. Aku melihat riak gembira terpapar di muka Marilyn.
"Bagus. Awak lah kawan paling saya sayang. Paling cantik. Paling pintar. Paling penting awak itu bridesmaid yang paling penting masa hari penting saya itu nanti", kata Marilyn dengan gembira. Sempat lagi dia bertepuk tangan.
"Dah makan. Jangan nak mengada lagi buat muka serius or happy sangat", kata ku sambil masuk makanan ku ke mulut. Terasa nikmatnya sebab lapar sampaikan begitu sedap makanan itu di telan ku.
"Amboi lapar sangat nampak" kata Marilyn. "Lepas ini nanti kan kita pergi ke wedding shop. Sebab saya nak try balik wedding dress yang dah ubah suai dan awak sekali perlu try and buat fitting yang patut. Sebab bridesmaid lain dia orang dah coba last week.', dia menarik nafasnya sambil menyuap makanan di mulutnya. " Itu la siapa suruh tak dapat datang pergi fitting last week." Katanya lagi.
Aku hanya tersengih mendengar kata2 Marilyn. Tambah pula apabila melihat aksi dia bercakap sambil makan. Cakap orang lebih. Dia pun lapar juga, desis hati sendiri. Sambil makan aku dan dia bercerita pasal kehidupan masing2 dan juga dia bertanya pasal rakan2 yang sama kerja dengan ku.
Setahun setengah yang lalu Marilyn dapat kerja kerana dapat offer kerja dari syarikat tunangnya sekarang. Dan syarikat tunangnya, Elden, itu memang client tetap company tempat aku kerja sekarang. Setahu aku, tunangnya itu bukannya suka sangat dekat Marilyn dan Marilyn boleh tahan benci dia dekat Elden waktu mula-mula dulu. Aku masih ingat Marilyn sampai menanggis minta tukar project dengan aku. Dan aku sempat lagi mengusik Marilyn mungkin dia akan kahwin dengan Elden itu nanti kalau terlebih benci. Dan Marilyn cakap kalau dia kahwin dengan Elden dia nak aku jadi bridesmaid dia orang. Sebab itu aku jadi salah seorang bridesmaid dia untuk majlis dia nanti. Macam mana Marilyn boleh jatuh cinta dengan tunang itu, aku rasa sebab dia orang selalu berkerjasama. Lagipun, waktu awal2 berhenti dulu dia dengan Elden memang tak ada apa2. Yang aku tahu, macam musuh ada lah.
Agak selalu la dia merungut pasal Elden; yang dia tak suka dengan tunangnya itu. Sehingga 6 bulan dia berhenti merungut. Dan kebanyakkan massage dia lepas itu lebih kepada kerja dan orang sekelilingnya. Sampai la setahun berlalu dia bagitahu yang dia couple dengan Elden secara serius. Waktu dia ajak aku berjumpa nak bagi surprise siapa bakal boyfriend dia, dia siap bawa Elden sekali. Waktu dia bagithu dia orang plan nak kahwin 6 bulan seterusnya, aku yang waktu itu hanya ketawa sambil mengucapkan tahniah dekat dia dan Elden. Kitaorang siap berpeluk depan Elden dan Elden hanya mengelengkan kepala melihat kami berdua. 6 bulan berlalu dengan cepat. Elden pun melamar dia sebulan yang lalu. Dan aku orang pertama yang dia bagitahu dan dia tunjukkan cincin 2 karat diamond, cincin tunangnya itu. Itu lah yang terjadi dengan kawan rapat aku itu.
Kadang-kadang aku jealous juga dengan kehidupan dia seperti penuh dengan luck itu. Mana tak nya, Elden itu CEO syarikat. Ataupun nama lain dia orang berada. Muka pun ada. Kalau bab muka dan intelligent dia dengan Marilyn memang setaraf. Perfect untuk satu sama lain. Aku pernah berapa kali keluar makan dengan dia orang berdua. Aku nampak satu sudut Elden yang lain dari yang aku kenal ketika waktu dia kerja. Mungkin sebab itu Marilyn jatuh cinta dekat dia. Ataupun sebenarnya dia orang memang di takdir kan untuk jatuh cinta dan bersama.
Share this novel