“So, apa pendapat Illa? Okay tak tempat dia?”, tanya Marilyn. Aku masih lagi memandang sekeliling dewan ballroom yang bakal digunakan untuk majlis reception dia nanti. Memang dewan itu sangat besar dan sesuai untuk majlis besar-besaran. Walaupun belum dihiasi oleh decoration apa-apa, tetap tempat itu cantik dimataku. Chandelier light yang berada di siling tengah-tengah dewan dan ada di berapa tempat dewan itu, menarik perhatian aku. Elegant dan classy sangat.
Daripada yang diterangkan oleh pihak management The Daydream Garden, dewan ballroom tersebut dapat memuatkan hampir 600-700 orang. Dan keluarga bakal pengantin, kalau aku tak salah dengar nak jemput dekat 450 orang tetamu. Banyak juga tetamu diaorang jemput. Tapi tak hairan sebab keluarga Elden mungkin banyak kenalan.
“Part management venue dah okay. Dia orang dah explain part dia orang. Part wedding planner, ya..! Dia orang explains dengan detail sekali. Konsep dah ada. Illa suka. Besok mereka dah start dengan kerja-kerja diaorang. Dia berdoa yang terbaik dan harap semuanya okay” ujarku. Walaupun mendengar keteranganku yang penuh dengan confident, tetap riak wajah Marilyn seperti risau. Ye lah, kalau aku berada di dalam situasi dia, mungkin aku akan risau juga. Siapa bakal pengantin yang tak ada kerisauan ataupun takut sebelum majlis perkahwinan dia? Dah lah kahwin itu sekali seumur hidup.
“Five days before majlis itu kita check lagi. So, sekarang jangan buat muka nenek kebayan ini”, pujukku dengan nada bergurau. Bahu Marilyn ku tepuk-tepuk. Dia mula tersenyum dan mengangguk.
“ Tapi kan, grands betul majlis Alin nanti. Jealous Illa. Mana lah nak dapat bakal husband yang kaya macam Elden? Menengok majlis orang je lah ini sampai ke tua” Marilyn ketawa mendengar kata-kataku.
“Sebenarnya kita orang nak buat sederhana sahaja. Tapi parents Elden nak yang besar-besaran. Illa tahu lah family Elden banyak yang kenal dan kenalan. Dan parents Alin itu mengikut, tak ada bantahan. Kitaorang pula terpaksa mengikut”, terang Marilyn dengan senyuman dibibir. Dia memandang kearah Elden, bakal mentuanya serta parents dia yang tidak jauh daripada situ. Barulah berseri wajah dia apabila tersenyum begitu. Tapi mungkin juga sebab seri pengantin dia. Rasanya tinggal dua minggu lebih lagi majlis dia.
Marilyn mengajak aku keluar daripada dewan ballroom tersebut. Kami berdua berjalan kearah sepohon pokok tidak jauh daripada situ. Pokok yang rendang itu dikeliling bangku kayu membulat.
“Jom! Kita duduk dekat sini dulu”, ajak Marilyn. Kami berdua duduk. Angin bertiup sempoi bahasa, mengalu-alukan kehadiran kami berdua di situ. Tenang dekat sini, desis hatiku. Aku memerhati sekelilig. Daun-daun pokok tersebut merimbun, menghalang cahaya matahari daripada tembus ditempat aku dan Marilyn berteduh.
Rasanya kalau malam mesti pokok itu cantik sebab daripada batang sampai dahan pokok tersebut dililit dengan lampu kelimantang. Boleh aku bayangkan bertapa romantiknya dating dekat situ waktu malam. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.
“Senyum apa itu? Teringat bakal husband ya?” kata Marilyn yang mengejutkan aku daripada lamunan.Tertawa hambar aku mendengar kata-katanya.
“Ermm...ingatkan baby sayang saya yang tak tahu bila dia akan muncul,” balasku selamba. Marilyn hanya tersengih mendengar.
“Betul ke tak muncul-muncul lagi? Alin rasa kan, banyak kot yang berdekatan dengan Illa. Illa itu yang memilih sangat”, usik Marilyn.
“Ishh.. tak ada lah Illa memilih. Tapi sekarang tak ada yang berkenan dihati. Plus tak ada masa. Hati ini pula terlalu ‘bernilai’ untuk seseorang miliki”, ujurku dengan ketawa kecil.
“Lagipun, Alin tengoklah yang ada di sekeliling Illa sekarang, semua bapa-bapa, dah ada bini dan tua-tua.Eeee…Tak sanggup sis!” rungutku dengan aksi kegelian yang membuat Marilyn ketawa. Aku juga turut ketawa.
“ Habis.. Noah Harvin itu?! Bukan dia masih muda lagi? Single lagi? Handsome lagi?”, kata Marilyn setelah ketawanya terhenti.
Aku terdiam sekitka. Alamak, kenapa nama Noah Harvin harus dimasukkan di dalam dialog ini?, desis hatiku.
“Tapi Illa nak bakal husband Illa yang loaded serta kaya. Ada business sendiri Terjamin masa depan I dan anak-anak I nanti”, balasku dengan senyuman menjengkelkan.
“Jangan nak mengada. Alin kenal Illa sangat-sangat. Kalau betul IIla nak bakal husband yang kaya dah lama dah Illa kahwin. Bukan ke banyak calon sekeliling Illa. Itu! Elden.. confess dia pernah tersuka dekat Illa”. Rambutku yang panjang ditariknya seperti tidak puashati. Kes jealous ke ini? Sampaikan hal lama diungkit, desis hatiku.
“Kalau dah tahu perangai Illa macam mana, kenapa tanya lagi”, kataku kemudian menarik rambutnya juga sebagai balasan. Teriak kecil dia dengan tindakkanku
“Lagi satu, Alin percaya ke dengan kata-kata Elden. Yang dia pernah tersuka dengan Illa?”
Marilyn tersenyum. Kemudian mengangguk. Pantas ku menetuk dahinya. Dia mengadu kesakitan. Jari jemarinya mengusap dahi.
“Padam muka”, kataku dengan nada geram. Nafas dihela.
“Jangan dengar kata-kata dusta your husband to be. Kalau dia tersuka dengan Illa, bukan Alin tau pengantin dia. Nie haaa..!?! beautiful women yang sebelah Alin ini pengantin dia. Tak ada tau dia memandanag Alin kalau dia tersuka dekat Illa”, kataku dengan nada gurauan. Bersahaja. Tetapi membuat Marilyn tersengih.
“Jadi.. jadi.. betul lah Illa dengan Noah Harvin sekarang?”kata Marilyn dengan nada teragak-agak. Dahi ku berkedut. Mana dia dapat gosip ini. Melencong dah permahaman dia ini, desis hatiku.
“Sampai hati tak bagitahu orang”, tambahya lagi dengan nada seperti merajuk.
“Mana ada!! Siapa buat gossip ini? Illa baru saja kenal dia. Lagipun saya bukan types dia okay?!”, ujurku.
“Habis itu keluar date dengan dia hari ini, apa pula maksud dia Illa? Tak faham sangat perangai awak berdua ini”, kata Marilyn dan kali ini aku pula yang terperanjat. Macam mana dia boleh tahu aku keluar dengan Noah Harvin hari ini. Aku memandang mukanya dengan penuh tanda tanya tanya. Seperti menanti penjelesan daripada Marilyn.
“Sebenarnya, Noah bagitahu Elden semalam. Waktu diaorang gathering dekat rumah kakak Elden. Lepas itu, Elden bagitahu saya pagi ini. Saya daripada tadi nak tanya. Tapi tak keluar-keluar ayat yang sesuai”. Aku mengangguk mendengar penjelasan Marilyn.
“Tapi kan, bukan Elden best friend dengan abang Noah ke? Kenapa pula Noah boleh ada dekat gathering itu. Dia rapat juga ke dengan family Elden?”, soalku. Seperti ada sesuatu yang tak kena disitu. Ya lah kan Elden rapat abang Noah Harvin, sepatutnya abang Noah Harvin lah yang ada dekat sana. Memang ada sesuatu yang pelik dekat situ. Seperti ada benda yang aku tak tahu dan di sembunyikan daripadaku.
“ Aaah.. itu?! Noah kan pekerja dekat company Elden. Mesti Noah mengenali semua family Elden juga. Lagipun, abang Noah kan rapat dengan Elden dari kecil dan tak mustahil juga Noah rapat dengan Elden, kan?” kata Marilyn. Nadanya seperti tidak yakin dan teragak-agak.
Aku hanya mengangguk sebab ada logic di sebalik kata-katanya. Tetapi reaksi mukanya mengatakan benda yang sebaliknya.
“Illa dan Pak Jowok hanya sekadar kawan je. Tak lebih. Lagipun, saya bukannya types dia dan dia bukan types saya”, kataku. Aku ketawa kecil. Teringat aku dekat Pak Jowok, kalau dia dengar kata-kataku mesti dia ketawa. Termenung seketik aku.
“Kita orang keluar hari ini sebab hari itu Illa ada terjanji sesuatu dengan dia”, tambahku lagi. Otakku teringat kembali kepada masa aku berjanji dengan Noah Harvin sewaktu dia pura-pura merajuk di Bali Beno Harbour tempoh hari.
“Janji apa? Apasal saya tak tahu. Oh!! Awak berdua ber’romantic’ dibelakang kami orang eh?!”, kata Marilyn dengan nada mengusikku. Mulalah itu, desis hatiku.
“Mana ada. Tak ada lah”, balasku. Tterasa panas dimukaku. Tiba-tiba aku merasa malu dengan kata-kata Marilyn tersebut. Sebab memang ada kebenarannya juga. Hari-hari bercalling itu apa namanya, kalau tak ‘ber-romantik’. Kalau Marilyn tahu kebenaran itu, memang dia terkejut. Entah apa tindak balasanya.
“Illa kan?!’ menyentuh dadaku. Coba untuk meluahkan apa yang aku rasa ketika itu.
“Illa tak tahu macam mana nak bagi description hubungan Illa dan Noah Harvin. Yang pasti Illa dengan Pak Jowok kawan”. Tulus daripada hatiku, hanya itu definasi hubungan aku dengan Noah Harvin.
“Okay.. Tapi mana tahu lepas ini. Lepas keluar nanti, relationship kawan itu boleh tukar jadi sesuatu”, usik Marilyn dengan senyuman nakalnya.
“Bolehlah kita buat majlis reception sama-sama nanti”, tambahnya lagi yang membuat ku ketawa. Sampai ke situ dia berfikir. Aku sendiri tak boleh bayangkan aku dan Noah Harvin kearah itu, desis hatiku.
“Jangan nak melalut,”kataku sambil menarik rambut Marilyn. Dia terjerit kecil.
Telefon Marilyn berbunyi seperti ada message masuk. Dia mengambil telefon tersebut di beg.
“Rasanya kekasih hati awak dah sampai. Elden hantar massage. Jom pergi”, katanya yang masih membaca massage di telefonya.
‘Pak Jowok ini memang cari pasal. Dah sampai tak inform orang, desis hatiku. Mahu saja aku buat muka tidak puas hati, tetapi tanganku telah ditarik oleh Marilyn. Kami berdua berjalan seiringan. Lenganku dirangkulnya erat.
“Kalau suatu saat Noah Harvin kecewakan BFF Alin”, nafas ditarik. “Alin, tak akan biarkan dan lepaskan dia begitu sahaja”, kata Marilyn yang membuat aku memandangnya. Dia tersenyum tapi di sebalik senyuman itu ada makna. Entah apa yang dia coba sembunyikan
“Saya dengan Noah tak ada apa-apa”tegasku lagi. “Dan tiada siapa akan kecewa. Tak akan”
“Saya kenal Illa macam Illa kenal saya. Lepas ini mungkin ada apa-apa. Jangan berharap dengan dia sangat. Dan jangan buat hati Illa kecewa. Tapi kalau hati yang mahal itu mahu mengenali dia lepas ini, terima dia siapa dia sebenarnya.” Kata-kata Marilyn membuat aku terhenti melangkah. Aku memandang wajahnya. Penuh tanda tanya. Aku tahu dia coba nak bagitahu aku sesuatu. Tetapi dia terpaksa merahsiakannya.
“Apa yang Alin coba sampaikan. Cuba bagitahu betul-betul dekat Illa”, kataku dengan muka yang serius
“Tak adalah..” Dia menggeleng kepala. “Eh.., Tengok! Itu dia kekasih hati awak dah sampai. Smart lagi”, kata Marilyn coba memberhenetikan perbualan kami berdua.
Aku memandang kearah yang di tunjuknya. Dari jauh aku melihat Noah Harvin sedang bercakap dengan parents Elden di bawah pohon pokok rendang. Kemudian, dia bersalaman dengan parents Marilyn pula. Terserlah tingkah lakunya yang peramah dengan orang. Aku melihat ibu Elden menjeleskan sesuatu dekat parents Marilyn sambil menepuk lengan Noah Harvin. Aku memandang dengan penuh tanda tanya. Entah apa yang mereka bualkan. Mungkin kah dia perkenalkan Noah Harvin sebagai pekerja dia orang yang baik? Pak Jowok handsome sangat tersenyum begitu. Walaupun daripada jauh.
Kenapa dia tak pandang ke arah sini. Pak Jowok, anak kucing awak dekat sini!, desis hatiku. Mataku bersinar memandang ke arahnya.
Entah macam mana, seperti dia mendengar suara hatiku, dia memandang kearah aku dan Marilyn yang sedang menuju kearah mereka. Tangan di angkatnya sambil melambai dan tersenyum. Senyuman yang boleh membuat hati aku tak mendengar kata-kata nasihat Marilyn mahupun tuan badannya sendiri.
Aku membalas lambaiannya dengan wajah yang ceria. Dia seperti terkaku seketika memandangku. Apabila di sentuh oleh Elden dilengan dia seperti tersedar.
Dia seperti meminta diri apabila bersalaman lagi dengan kedua-dua parents Elden dan Marilyn. Kemudian dia berjalan mendekati aku dan Marily. Elden mengikut dia daripada belakang.
Share this novel