Daripada jauh terpapar papan tanda besar menunjukkan “MOMENTABLE AMUSEMENT PARK”. Hati ku mula teruja. Tapi aku cuba mengawal perasaan tersebut. Lama tak pergi amusement park. Waktu kecil bapaku selalu membawa kami adik-beradik berlibur ke ‘amusement park’ yang berdekatan dengan rumah kami. Apabila masuk universiti, ‘amusement park’ adalah tempat aku hilangkan stress sebab berlajar. Puas bermain, lepas itu balik. Memang hilang terus stress.
“ Kita masuk sini ke?”
“Ah.. kenapa you tak suka ke?”
Aku terdiam. Gila tak suka tempat macam ini, Walaupun umur semakin meningkat. Tetapi dalam hati itu tetap ada perasaan kanak-kanak yang suka bermain. Terutama bila kita berkerja di tempat high pressure environment. Sekali sekala memang nak kembali ke zaman kanak-kanak yang tidak banyak berfikir dan tidak dibebani kehidupan alam dewasa.
“Betul you tak nak masuk? Kalau tak nak kita balik”, tanya Noah Harvin apabila dia sudah menghentikan scooter dekat tempat parking.
Aku turun dari scooter tersebut sambil memandang sekeliling aku. Agak banyak orang datang ke situ walaupun hari dah pun nak petang. Dan lampu sudah pun dibuka juga di sekeliling.
Noah Harvin di depanku aku pandang. Dan perlahan-lahan aku mengelengkan kepala.
“So, you nak masuk tak?” tanya Noah Harvin lagi dengan senyuman manis dibibirnya. Aku mengangguk perlahan. Terasa malu. Ingin saja aku bagitahu dia yang aku memang teringin sangat nak masuk. Tapi sebab nak control ayu punya pasal ayat itu tak keluar. Hanya mampu berada di tekakku. Dah tua-tua masih lagi ada keinginan bermain di amusement park. Apa pula difikirnya. Mesti dia ketawa dan mengusik aku pula nanti.
“Kalau macam itu kita masuk dan bermain, okay? Sebab tadi kita dah makan big-big burger dekat tempat kegemaran awak, tepi tasik. Dan sekarang kita main pula. Buang tambahan lemak-lemak daripada junk food yang you ajak I makan tadi ”, ujar Noah Harvin dengan senyuman sampai ke telinga.
“Ada orang bagitahu Pak Jowok you ini, dekat sini tempat yang paling sesuai nak create memories yang indah-indah dan gembira. I nak create memory itu untuk kita”. Hampir mahu tertawa ku mendengar dia membahasa dirinya Pak Jowok. Tetapi aku tahan. Takut dia merasa malu.
“Tetapi bukan kita dah main kayak, memandu kereta kereta air juga kah tadi,” kataku sekilas memandangnya sebelum mataku tertumpu dekat pengunjung-pengunjung yang masuk ke amusement park tersebut. Noah Harvin yang masih duduk di scooter memandangku dengan senyum. Tangannya membuka helmetku yang aku sendiri tak sedar aku belum buka. Walau macam mana pun aku coba menghalang, dia tetap juga nak membuka untukku. Dan aku hanya biarkan sahaja.
“ Tadi macam hendak tak hendak nak masuk. Tapi sekarang, helmet pun boleh lupa nak buka sebab excited. Muka you macam nak lari sahaja masuk dalam itu tinggalkan I sorang dekat sini”, kata Noah Harvin dengan tersenyum memandangku.
Dia membetulkan rambutnya apabila helmetnya dibuka. Setiap gerakkannya hari ini buat aku gementar, tapi macam biasa apabila dia dah mula mengusikku, aku jadi menyampah pula. Dengan memakai jacket hitam, t-shirt putih dan seluar jean hitam membuatnya sangat tampan dan kacak. Dan aku perasan sesetengah gadis yang lalu dekat Blue Eye Lake tadi memandangnya dan berinya senyuman. Tapi dia memang kacak pun tambah lagi apabila dia tersenyum. Dan bila dia cuba buat aku special dengan layananya. Apa yang aku fikifkan ini. Aku patut kawal diri daripada jauh cinta dengan dia, desis hati ku sendiri.
“Ehh.. I dah bagi warningkan pandang I macam itu. Takut nanti you jatuh cinta?” katanya yang mengejutkan lamunan ku. Dia mula tersengih. Buat lagi muka macam itu, siapa yang tak mahu menenung wajah dia itu. Tanya sahaja wanita dekat Blue Eye Lake tadi. Pasti ada yang beratur yang ingin menenung wajah dia itu. Bukan salah aku pun, mata ini yang gatal, desis hatiku.
“Pak Jowok bukan types saya macam mana nak jatuh cinta. Masih bertahan dengan penuh teguh bah Burj Khalifa lagi hati saya ini”, ujarku dengan muka yang bersahaja. Sekali lagi ketawa Noah Harvin pecah apabila aku memberi reaksi begitu. Sebelum sempat dia membalas kata-kataku, aku menarik tangannya. Noah Harvin hanya mengikut langkahku daripada belakang masuk ke amusement park tesebut.
“Babe.” Kata Noah Harvin dengan tiba2 yang membuat aku memandangnya. Dan ketika itu dia bunyian klik daripada kamera yang dia bawa. “Sahaja nak ambil gambar anak kucing I yang cute”. Aku tak tahu berapa banyak wajah aku dekat dalam camera tersebut. Daripada Blue Eye Lake dia sudah start mengambil gambar. Sampailah dekat sini pula.
“Saya nak tengok gambar itu”, kataku coba untuk melihat gambar ku tadi yang dia ambil. Tapi malangnya dia telah menyebunyikan camera tersebut ke belakangnya. “Jahat.”
“Gambar ini untuk I sorang saja tengok. Untuk pengubat ridnu apabila I rindu anak kucing I ”, ujar Noah Harvin dengan mengusik aku. Apahal pula, gambar sendiri pun tak boleh tengok, desis hati ku. Aku melepaskan tanganku yang digenggamnya. Pantas kakiku meninggalkan Noah Harvin.
“Okay. Nanti dah I bagi you tengok. Jangan lah merajuk”, kata Noah Harvin cuba mujukku saat dia mengejarku. Tanganku digapainya. Aku coba menarik tanganku tapi tidak terdaya. Kerana Noah Harvin menggengam tanganku erat. Dia mengajakku berlari anak kearah tempat membeli tiket. Selepas mendapatkan tiket kami masuk ke dalam amusement park tersebut.
Aku rasa hari ini, disebabkan dapat masuk amusement park, aku betul-betul gembira Sampaikan kalau boleh semua permainan di dalam park itu aku nak coba. . Entah kenapa aku merasa diri seperti kuda yang baru lepas daripada kandang hari ini. Dan Noah Harvin pula seperti kerbau dicucuk hidung mengikut sahaja kemahuan aku tanpa bantahan.
Tetap pukul lapan setengah malam, kami melihat kereta berhias. Aku begitu terpesona dengan kecantikkan hiasan kereta besar yang lalu di depan kami. Dan aku ingin melihat reaksi Noah Harvin yang di sebelahku seketika, tapi waktu itu aku tertangkap dia menenungku dengan senyuman. Dengan kelam kabut dia pura-pura mengambil gambar kereta yang lalu untuk melindung tindakkannya. Aku tersenyum sendiri. Aku melihat dia kemudian menghayati kereta berhias yang lalu dengan senyum sambil melambai gadis-gadis di atas kereta tersebut. Sekali lagi aku tersenyum. Apabila dia menjatuhkan tangannya. Tangan kami berdua bersentuhan dan perlahan aku mengenggam tangannya. Aku tahu dia terkejut dan memandang kearah aku. Tapi aku pura-pura fokus dengan apa yang ada dihadapanku.
Aku nak abadikan saat ini dekat “MOMENTABLE AMUSEMENT PART”. Dan aku nak dia ingat sangat ini juga. Memang seronok kalau memiliki boyfriend macam dia. Tapi bak kata dia, dia bukan types aku dan aku bukan types dia. Namun biarlah aku merasa bagaimana dating dengan orang yang buka types aku, yang dari dulu aku selalu elakkan setiap kali berjumpa lelaki sebegitu. Dan orang macam dia takkan suka orang macam aku. Aku mungkin sekadar untuk dia buang masa dia yang terluang sahaja. Sebab dari awal aku tahu dia player dan mulut manis dan banyak orang meminati dia. Lagipun selepas ini, aku mungkin tidak akan keluar dengan dia lagi. Aku hanya berjanji keluar dengan dia sekali sahaja. Aku tidak ingin jatuh cinta dengan dia. Dan aku betul-betul mengawal segenap sudut hatiku. Walaupun kadang-kadang hatiku tidak mengikut kata tuannya. Dan juga tindakkanku tidak serupa dengan apa yang akal warasku.
Mungkin, disebabkan itu aku selalu mengingatkan diriku ini yang dia bukan types aku seperti mana dia bagitahu aku yang aku bukan types dia. Tetapi biarlah saat ini aku buang egoku, prinsip ku dan ikut kata hatiku.
Ketika itu, pertunjukan bunga api pun bermula. Dan aku menghayati warna warni percikkan bunga api di depanku. Cahaya tersebut bagai apa yang ada di dalam hatiku. Penuh warna-warni. Walaupun hanya seketika. Aku memandang Noah Harvin di sebelah ku dengan senyuman kegembiraan.
Share this novel