Perlahan aku mengatur langkah keluar daripada bilik ofisku dan menuju ke bilik mesyuarat. Aku mengukir senyuman apabila staff lain menyapaku. Walaupun masih awal, tapi ramai yang telah di dalam ofis masa ini.
Ketika sampai di pintu bilik mesyuarat, aku menarik nafas. Kemudian pintu bilik tersebut aku tolak. Terasa aura di dalam meeting room tersebut semacam sahaja walaupun hanya gangang pintu yang aku pegang. Apa agaknya yang Mr Mark ini mahu, tiba-tiba mahu berjumpa dengan aku di bilik mesyuarat. Takkan awal pagi-pagi dia nak meeting dengan aku. Musykil juga aku dengan big boss yang sorang ini.
Aku coba menguntum senyuman cukup manis apabila melihat seorang duduk di salah satu kerusi di dalam bilik mesyuarat tersebut. Memang betul firasat aku tadi, Mr Mark memang akan tercegah duduk menunggu di bilik mesyuarat, walaupun nofity baru sahaja staff dia terima.
“Mr Mark nak jumpa saya?” lembut nada aku bertanya kepada seseorang yang membelakangi aku itu. Aku hanya melihat tangannya sahaja sedang memegang handphone. Tangan putih mulus, bersih semacam. Mr Mark ke dia ini? Aku main agak-agak panggil orang ini Mr Mark.
Namun apabila pemilik tangan tersebut menunjukkan mukanya, hampir nak gugur jantungku ketika itu. Apa yang patut aku buat? Melarikan diri? Control diri Illa. Jangan ketara buat muka terkejut. Tapi apa dia buat di sini?, desis hatiku pada diriku.
“Mr Mark dia ke tandas sekejap?” jelas lelaki tersebut. Tiada senyuman dibibirnya. Tetapi aku jadi tidak selesa apabila dia meneliti aku daripada atas ke bawah. Apa kena dengan mamat ini pandang aku sampai macam itu sekali, desis hatiku.
Aku hanya mengangguk kepala. Tetapi aku sempat memandang lelaki itu sekilas sebelum mengatur langkah kakiku perlahan ke kerusi. Penuh berhati-hati. Dalam langkah ku merasakan lelaki tersebut memerhati pergerakan ku.
“By the ways, kita pernah jumpa kan?”. Tersentak aku ketika itu. Aku yang baru hendak melabuhkan punggungku, hanya mampu duduk di atas angin apabila mendengar pertanyaannya itu. Ini sama sekali seperti situasi semalam. Seperti deja vu. Tak bolehkah dia bersuara apabila aku betul-betul telah duduk.
“Ermm.. tak..tak pernah kot?” balas ku dengan menggeleng-geleng kepala apabila aku sudah selesa duduk di kerusi. Aku menundukkan wajahku. Tidak mahu bertentang mata dengannya.
“I’m sure kita pernah berjumpa. Dekat mana eh?”
“Ha..Tak mungkin lah. Ini kali pertama kita berjumpa. Saya tak kenal awak”. pintasku yang tetap tidak mahu mengaku yang aku pernah berjump dengan lelaki di depanku itu.
“Ahaa..baru I ingat. Black Aroma Cafe! Ya, it’s you. Ladies yang duduk belakang I and dengar segala perbualan I dengan ex-girlfriend I semalam. ”
Aku tahu wajah aku berubah yang teramat sangat ketika ini. Kerana aku dapat merasa panas di cuping telinga ku. Hatiku tiba-tiba menjadi gemuruh apabila dia mulai mengingatkan aku tentang peristiwa semalam.
Tetapi bagaimana dia boleh ingat wajah aku? Ingin sahaja aku mengetuk-ngetuk kepala diri di atas meja sekarang. Kenapa lah semalam mesti aku yang jadi saksi, kisah bersejarah dia? Dan paling pelikkan, bagaimana dia tahu aku bekerja dekat sini?
Aku cuba memandang wajah lelaki yang ada dihadapanku. Jelas sekali dia tersenyum tetapi renungan mata dia tajam. Apalah nasib aku ini. Tak ada gunanya juga aku mengatakan yang berasa di cafe itu bukan aku. Terang-terang sekarang dia mengingati wajahku. Patutkah aku meminta maaf atas ketidak sengaja aku yang terdengar perbualan mereka. Tetapi atas dasar kewarasan aku, itu bukan kesalahan aku? Itu tempat awam. Dia yang tak ada comman sense break up dekat tempat awam. Siap bagitahu dia curang dengan lelaki. Adakah disebabkan itu dia datang sini? Takut aku dedahkan rahsia dia.
“ Ya.. awak betul. Saya duduk di belakang awak semalam. Tapi awak jangan risau saya takkan dedahkan rahsia awak.” Nafas dihela.
“ Rahsia I yang mana?”
“ Rahsia yang awak meninggalkan girlfriend awak sebab lelaki. Dan awak gay. Jika awak datang sini sebab risau saya akan sebarkan rahsia awak itu. Awak jangan risau. Saya bukan orang begitu. Mendagang cerita tentang orang yang saya tidak kenal,” ujarku dengan panjang lebar. Lega rasanya dah meluah apa yang aku rasa.
“ I think you dah misunderstanding”, ujar lelaki tersebut. Aku melihat wajah lelaki tersebut sedikit berubah. Seperti dia tidak percaya dengan apa yang aku lontarkan.
“ Tidak… Saya dengar dengan jelas sekali semalam perbualan awak dengan ex-girlfriend awak. Tapi awak jangan risau saya takkan bagitahu sesiapa. Semalam itu saya hanya berada di tempat salah pada waktu yang salah. Jadi awak boleh pergi daripada sini”, lantang sungguh mulutku mengeluarkan kata-kata, sampaikan aku tidak sedar kata-kata itu boleh membawa kebinasaan pada diri sendiri.
“ You betul-betul dah salah faham”.
Saat itu pintu ditolak seseorang. Wajah Mr Mark terjengul di depan pintu. Aku dan lelaki tersebut mendiamkan diri. Dua-dua tersentah dan saling berpandangan.
“Eh! Grace. You dah ada dekat sini. Bagus lah”, kata Mr Mark apabila dia sudah berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Dia melemparkan senyuman. Dan menghampir lelaki tadi yang juga sedang berdiri sepertiku.
“Meh sini Grace. I nak kenalkan you dengan arkitek terkenal ini,” lembut suara Mr Mark memanggil ku supaya aku mendekat mereka berdua. Wajah Mr Mark tersenyum penuh bangga. Mr Mark kenal orang ini ke? Aku semakin keliru.
“Grace, ini Danson Patrick. He’s architects. And Dan, this Grace, our interior designer. I hope you two boleh berkerjasama untuk pastikan rumah I cantik apabila siap nanti”, ujar Mr Mark dengan menepuk-nepuk bahu lelaki yang bernama Danson Patrick tersebut.
Jadi nama lelaki yang ‘gay’ ini Danson Patrick . Dia seorang arkitek dan Mr Mark mengenali dia. Dan aku bakal berkerjasama dengan dia. Bertapa malunya aku apabila mengingatkan kelantangan ayat-ayat aku tadi. Sungguh benar ayat peribahasa, kerana mulut badan binasa.
“Nice to meet you Grace” Danson Patrick menghulurkan tangan dengan senyuman terukir dibibir. Sinis. Senyuman sinis itu cukup menyedarkan diriku yang aku betul-betul salah faham tentang tujuan dia ada situ.
Walaupun bayangan mindaku ketika itu masih di awang-awangan untuk meneka apa yang Mr Mark coba sampaikan tadi, tapi aku pasti dia mahu aku membuat rekaan dalaman rumahnya nanti.
“Boss tidak bagitahu saya pun yang Boss dah decide nak suruh saya buat rekaan dalaman rumah Boss nanti. Bukan kah hari itu Boss nak suruh Mr Eric?” soalku selepas keluar daripada awangan mindaku. Sebenarnya aku terkejut. Terkejut sebab Mr Mark memilih aku bukan Mr Eric seperti dia inginkan dahulu. Dan terkejut sebab aku bakal berkerjasama dengan lelaki yang membuat aku merasa tidak selesa. Bagaimana aku boleh berkerjasama dengan lelaki ini nanti
“Eric suggest your name dekat I. And I tahu you bagus. Sama hebat dengan Eric. Lagipun you bakal berkerjasama dengan top architect. Bagus untuk career you in future,” ujar Mr Mark dengan tangannya menepuk bahu Danson Patrick sekali lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Aku bermain dengan jari-jemariku sebab dalam dilema.
“Uncle jangan lah terlalu memuji Dan. Dan takut tak dapat buat design yang terbaik untuk rumah uncle nanti”, ujar Danson Patrick tersenyum.
Betul-betul bagus ke lelaki ini sampai Mr Mark memuji dia meninggi langit. Kalau tengok muka dia memang elok. Kacak dan segak dia berpakaian. Dia tersenyum, kelihatan lesung pipit di kedua-dua pipinya. Dia sempurna. Tetapi kenapa dia memilih kehidupan yang tidak sepatutnya. Mungkin dia betul-betul kecewa dengan ex dia itu sampaikan dia memilih kehidupan dia sekarang ini.
“Dan ini dia kawan anak I. And untuk pengetahuan Grace dia berkerja dekat top architecture di Fallham Capital. I really want you work with him. Dapatkan banyak experience”, pujuk Mr Mark yang mengejutkan aku daripada lamunanku.
“Boss bagi saya masa berfikir dulu. Saya perlukan masa untuk berfikir. Dan tengok timetable saya”, pinta ku dengan Mr Mark. Buat masa sekarang hanya itu yang aku ingin. Berfikir dengan waras. Lagipun aku takut kalau aku memberi keputusan sekarang nanti akan memberi kesan kepada project lain yang aku bakal handle.
“I betul-betul berharap you terima project ini” kata Mr Mark penuh dengan mengharap. Mataku ditatap oleh Mr Mark yang penuh dengan renungan kebapaan. Daripada hari pertama aku masuk berkerja di sini, pandangan Mr Mark tidak pernah berubah. Penuh dengan pandangan harapan dan keinginan seorang bapa yang ingin anak-anaknya memajukan diri.
“It’s okay Uncle, bagi dia masa berfikir. Lagipun i maybe akan siapkan lakaran dalam masa 6 bulan. So, dia ada masa untuk berfikir selama 6 bulan,”kata Danson Patrick. Aku melihat Mr Mark mengangguk seperti setuju dengan cadangan Danson Patrick tersebut
.
“Okay, you boleh fikirkan” ujar Mr Mark akhirnya. Aku tidak tahu aku sama ada aku patut tersenyum ataupun tidak apabila mendengar kata-kata Mr Mark tersebut.
“Grace, I bagitahu you, kalau Dan ini masih single, I akan satukan dia dengan you. Malang, dia sudah nak bertunang”, ujar Mr Mark tiba-tiba. Bahagian ini aku betul-betul lemah nak menjawab. Selalu aku yang kena sebab status single aku ini. Mana-mana situasi memang aku yang dikenakan dulu. Ingat orang single ini tak laku ke? Kalau ikutkan hati sekarang ini, ingin sahaja aku katakan ‘terima kasih Boss. Tapi kawan anak boss ini dia dah ada boyfriend.’ Ayat tersebut hanya mampu tersekat dihujung lidahku. Tidak dapatku keluarkan.
“Tidak lah Uncle. Tidak jadi. Relationship Alessia dengan I dah berakhir semalam,” balas Danson Patrick. Dia tertawa kecil. Wajahku dipandang Danson Patrick. Keningnya diangkat-angkat. Terkejut aku dengan tindakannya itu. Tetapi aku lebih terkejut dengan pengakuan dia berani mati dia itu.
“Tidak apa lah. Uncle pasti Dan akan dapat penganti tidak lama lagi. Yang lebih bagus”.
“Oh ya Uncle! Hari ini I nak kena balik ke Fallham Capital. Sebab I ada appointment penting dekat sana. So, hari ini tidak dapat lunch dengan Uncle seperti yang kita janjikan.”
“Laa.. Tak apa lah kalau Dan ada appoitment penting. Next time, Uncle belanja Dan. Tapi hari ini Uncle baru plan nak kenal-kenal Dan dengan Grace” Mr Mark sudah tersengih mengusik. Aku dengan Danson Patrick dipandangnya silih berganti. Danson Patrick tersenyum. Pipinya merona kemerahan.
“Ishh.. Boss. Saya pula yang kena”, bentakku dengan nada tidak puas hati.
“Tak apa Uncle, next time I datang, kenalkan I dengan dia. So, Grace. I harap you dapat tunggu 6 month itu and please consider cadangan Mr Mark. Uncle Mark puji sangat tentang your design. And I pun dah tengok juga. So, my opinion sama juga dengan Uncle Mark. And I thinks you one of the best interior designer di dalam company ini. And I hope we can work together.”
Aku hanya mampu tersenyum mendengar kata-katanya. Mengangguk pun tidak dan menggeleng pun tidak. Sungguh aku tidak mahu berkerjasama dengan dia sebab situasi semalam. Tetapi mendengar pujian dia aku terasa bangga. Terutama sekali apabila dia menyatakan Mr Mark pernah memuji hasil kerja aku dekat dia. Walaupun aku tidak pasti kebenaran dan keikhlasan kata-katanya memujiku, tetapi aku terpandang Mr Mark tersenyum penuh dengan bangga.
Selepas Danson Patrick bersalam dengan aku dan Mr Mark. Dia meminta diri. Aku pula kembali ke bilik ofis ku dan memulakan tugasku. Manakala Mr Mark mengiringi Danson Patrick keluar daripada ofis.
Share this novel