Series
2229
Apabila Hayqal sedar je dari lenanya, isterinya sudah tiada di pangkuannya. “Sayang?” Terus dia bingkas bangun dari katil, kain tuala dicapai untuk menutupi badannya yang tanpa seurat benang itu. Kakinya diaturkan ke bilik mandi.
“Sayang?” Di dalam bilik mandi juga tiada bayang isterinya. Terus Hayqal berlari turun ke bawah. Jangan-jangan isterinya dah melarikan diri?
“Sayang!” Jerit Hayqal cemas. Jazmin yang sedang memasak di dapur terus berlari keluar dengan spatula yang masih berada di tangannya. “Abang cari saya ke?” Tanya Jazmin. Dah kenapa suami dia ni? Buang tabiat ke sampai jerit-jerit dalam rumah ni?
Terus Hayqal menerpa ke arah Jazmin, tubuh kecil isterinya dirangkul erat. “Boleh tak jangan buat abang risau?” Hayqal mencebik. Dagunya ditongkatkan di bahu Jazmin.
Kening Jazmin dijengketkan, ‘Laki aku ni dah kenapa?’ Orang tengah memasak, itu pun nak dirisaukan ke? Pelik-pelik la suami dia ni.
“Risau kenapa?” Tanya Jazmin bersahaja. Nasib baik api di dapur sudah diperlahankan, kalau tak nanti keringlah gulai tempoyaknya.
“Abang ingat sayang dah tinggalkan abang sorang-sorang tau.” Kata Hayqal dengan jujur. Geli hati pula Jazmin mendengar alasan yang diberikan oleh suaminya itu. Memang tak lah Jazmin nak tinggalkan suaminya, dia tak nak menjadi isteri nusyuz.
“Ehem ehem, hormatlah orang bujang ni.” Terus Hayqal menoleh ke arah Fack yang sedang memandang adegen mereka berdua. Ewah ewah si Hayqal ni, perangai mengalahkan kucing Parsi, asyik melekat je dengan isteri dia.
Jazmin meleraikan tangan Hayqal yang melingkari pinggangnya, “Abang pergi mandi dulu. Busuklah.” Jazmin menolak badan suaminya agar menjauh dari dirinya. Dahlah bertuala separas pinggang je, lepas tu main peluk-peluk orang. Tak malu betul suami dia ni!
Fack menutup hidungnya, “Itulah tu. Dahlah pakai tuala je. Tak malu la kau ni Hay.” Fack menggunakan peluang keemasan ini untuk menyindir dan mengusik Hayqal. Peluang ini bukan selalu akan ada, dia kenalah hargai peluang ini.
Hayqal menjeling tajam ke arah Fack, “Kau ni, kacau daunlah!” Kata Hayqal dengan nada tidak senang hati. Muncungnya sudah panjang sedepa. Jazmin menahan senyum.
Fack mengerakkan jarinya ke arah sofa, sebuah bantal kecil melayang terbang lalu mengenai kepala Hayqal. “Kau ni bau longkang lah Hay. Busuk.” Fack masih mencuba untuk mengusik kawannya.
Hayqal mengutip bantal tadi, “Ooo kau main kasar ya?” Tanya Hayqal, matanya sudah terbuka luas. Nampaknya, Fack memang nak mencabar keimanan dia ni.
“Do I?” Tanya Fack, wajahnya bersahaja. Well, bukannya Hayqal berani nak mengapa-apakan dia pun. Lebih-lebih lagi kalau depan isteri dia tu. Dia kenalah jaga imej dan reputasinya, agar tidak ‘terjejas’ di pandangan isteri tersayang.
Jazmin menolak badan Hayqal menuju ke arah anak tangga, “Dah dah. Abang pergi mandi dulu. Dah nak masuk asar ni, abang belum solat zohor kan?” Tanya Jazmin.
“Belum.” Balas Hayqal ringkas.
“Abang naik mandi dulu.” Hayqal meminta diri, kakinya menjejaki anak tangga yang pertama. Derapan langkahnya semakin laju, tak elok melewat-lewatkan solat. Jazmin kembali ke dapur, dia menambahkan sedikit lagi air ke dalam gulai tempoyak tadi lalu dikacaunya.
Faaeqa berdiri di belakangnya, “Wanginya!” Kata Faaeqa dengan teruja. Perutnya sudah mula berkeroncong apabila hidungnya tercium bau gulai itu. Nafsu makannya tergoda!
Jazmin tersenyum, nasib baik dia masih ingat lagi resepi gulai tempoyak yang diajari oleh arwah ibunya beberapa belas tahun dahulu. Sekurang-kurangnya tidaklah suaminya bosan kerana asyik merasa goreng-gorengan je setiap hari.
“Akak, nak tanya boleh?” Pinta Faaeqa. Dia terlihatnya seperti malu untuk bertanyakan soalan yang bakal diajukan.
“Tanyalah.” Balas Jazmin, matanya masih tertancap di gulai tempoyaknya.
“Akak dah... ehem ehem ke dengan Hayqal?” Tanya Faaeqa. Astaughfirullahaladzim, soalan jenis apa ni? Itu amat sulit untuk diajukan kepada pasangan suami isteri, lebih-lebih lagi kalau pengantin baru.
Wajah Jazmin membahang, pipinya sudah menjadi kemerah-merahan. Fack yang berdiri di belakang Faaeqa terus mencubit perut adiknya, “Tak senonoh la kau ni dik, tanya soalan macam tu.” Kata Fack.
Faaeqa mencebik, “Ala, orang tanya je pun. Lagipun, orang dah tak sabar nak dapat anak buah ni!” Kata Faaeqa dengan teruja. Dia sudah tak sabar nak dapat anak buah dari Jazmin, nanti bolehlah dia mengasuh budak!
Hampir sahaja Jazmin tersedak, ‘Sabar Jazmin, sabar.’ Bisik hatinya. Kus, ni kalau suaminya dengar apa yang dikatakan oleh Faaeqa tadi, memang lunyai Jazmin nanti. Suaminya tu otak pun sama je dengan Faaeqa ni, sama-sama masuk air.
Faaeqa menggoncang lengan Jazmin, “Akak, orang nak anak buah... Bolelah..” Rayu Faaeqa dengan nada mengada. Jazmin hanya mampu tersenyum janggal.
Fack menjentik telinga adiknya, “Kau ingat dia ni mesin buat anak ke?” Soal Fack. Ada ke patut dia mintak anak buah dengan Jazmin? Ingat Jazmin ni kilang proses bayi ke? Mengada betul adik dia ni.
Faaeqa mencubit lengan abangnya, geram la dia dengan abang dia ni. Kojonyo asyik nak jentik dia je. “Habistu, takkan nak mengharapkan abang ngah pulak?” Soal Faaeqa. Fack terdiam sepi. Haa padan muka kau. Rasain lo!
.
“Inilah kawan saya yang saya cakap tu.” Alya memperkenalkan Syaf kepada pengurus rumah kebajikan, Adam.
Adam tersenyum mesra kepada Syaf, “Awak dah ada kediaman ke?” Tanya Adam. Bukan nak menggatal, tapi dia harus mengambil tahu dulu tentang kebajikan pseseorang itu sebelum mengambil mereka untuk bekerja dengannya.
Syaf menganggukkan kepalanya, “Dah Encik.” Balas Syaf mendatar.
“Resume ada?” Tanya Adam. Syaf menghulurkan resumenya kepada lelaki yang baru nak mencecah 30 tahun itu. Adam menyambut fail itu lalu dibelek-beleknya.
Adam menyerahkan kembali fail tadi kepada Syaf, “Good. Esok awak dah boleh masuk kerja.” Kata Adam.
Perasaan gembira jelas terukir di wajah Syaf. “Alhamdulillah, terima kasih encik!” Ujar Syaf dengan penuh rasa syukur. Tak terkira syukurnya apabila dirinya diterima untuk bekerja. Sekurang-kurangnya, dia boleh mencari sedikit rezeki di samping menjejaki keberadaan adiknya, Arif Syah.
“Kalau takde apa-apa, saya dengan Syaf keluar dulu.” Alya meminta diri dengan penuh berbudi bahasa, tangan Syaf ditariknya. Sebelum Syaf menginjak keluar dari pejabat Adam, dia memberikan salam. Adam menyahut salam itu di dalam hati.
Idris sedang berdiri di luar untuk menunggu Alya. Apabila bayang Alya kelihatan, terus Idris menerpa ke arahnya lalu kakinya dipeluk oleh Idris. “Kak Alya!” Idris sebenarnya mahu mengejutkan Alya, namun perancangannya gagal kerana rancangannya tidak terlalu strategik.
Mata Idris terkebil-kebil memandang Syaf yang sedang berdiri di sebelah Alya, “Siapa tu?” Tanya Idris. Dia menyorok di belakang Alya, takut mungkin kerana ini adalah pertemuan pertamanya dengan Syaf.
Alya menarik Idris ke depannya, “Ni kawan kakak, kak Syaf.” Alya memperkenalkan Syaf kepada Idris.
Syaf bertinggung di hadapan Idris untuk memudahkannya berinteraksi dengan kanak-kanak kecil itu. Syaf mengeluarkan sebatang gula-gula lolipop dari poketnya lalu diberikan oleh Idris, “Nama adik apa?” Tanya Syaf yang cuba untuk beramah mesra dengan Idris.
Terus gula-gula itu dirampas oleh Idris, “Idris!” Balas Idris dengan senyuman lebar, tertayanglah giginya yang sedikit rongak itu.
Syaf menyentuh pipi Idris, “Eee Idris tak gosok ek?” Tanya Syaf dengan nada jijik yang sengaja dibuat-buat. Terus Idris menutup mulutnya kerana malu. Kanak-kanak kecil itu sudah mencebik. Ala dia ni, orang nak usik sikit pun tak boleh. Sensitif betul ya budak Idris ni.
Kepala Idris diusap lembut oleh Syaf, “Akak gurau je.” Kata Syaf lalu hidung Idris dicuitnya. Senyuman kembali menghiasi wajah Idris.
Idris menggoyang lengan Alya, “Kakak, mana Arif?” Tanya Idris. Dah beberapa hari kelibat kawannya itu tidak kelihatan. Ed juga turut tidak kelihatan semenjak hari dia menanyakan tentang Arif. Dia sendiri pun dah tertanya-tanya kemanakan mereka berdua menghilang. Atau mungkin... diorang ditelan oleh abnormal titan?
Apabila terdengar sahaja nama Arif, terus Syaf teringat akan adiknya. Entah adiknya itu sihat atau tidak. Moga-moga Allah sentiasa memberkati kehidupannya dan semoga dia sentiasa dilindungi Allah daripada kejahatan.
Kereta Audi milik Ed berhenti di hadapan mereka, terus Idris berlari anak ke arah kenderaan tersebut. Alya tersenyum sipu, “Pakwe ke tu?” Tegur Syaf yang perasan akan perubahan spontan kawannya itu. Bukan main dia malu-malu apabila melihat kenderaan itu muncul di hadapan mereka.
Alya memukul manja bahu Syaf, “Ish kau ni!” Alya cuba membentak geram, namun yang ada di wajahnya hanyalah kecomelan yang dapat mencairkan hati seketul Alexander Danish.
Sebaik sahaja Ed turun dari perut kereta, mata mereka berdua terus tertancap ke arahnya. ‘Damn it!’ Macam mana lelaki tu boleh ada dekat sini? Masak! Memang masak Syaf kali ni! Dia memang dah takkan terlepas!
Ed membuka pintu penumpang, Arif Syah yang masih lagi tidak mampu berdiri dengan seimbang didukungnya. “Arif?” Syaf tergamam. Adakah Arif telah diculik oleh Ed?
Terus Syaf menyerang Ed, dia merampas Arif dari dukungan Ed. “Kenapa adik aku boleh ada dengan kau ni?” Tanya Syaf dengan nada yang sudah mencecah zon jerkah.
Alya kelihatan keliru dengan situasi mereka. Adakah Ed dan Syaf saling mengenali antara satu sama lain?
Idris yang tadinya ingin memeluk Ed terus kembali ke arah Alya, dia menyorok di belakangnya kerana takut akan Syaf yang sedang menjerkah Ed. Bayangan Rania yang menjerkahnya kembali menghantui akal fikirannya.
“Kau buat apa dekat sini?” Tanya Ed pula. Kenapa perempuan ini boleh ada disini, kenapa dia tiba-tiba merampas Arif dari dukungannya dan kenapa dia tiba-tiba menjerkahnya? Pelbagai persoalan mula bermain di benak fikirannya.
Jari telujuk Syaf lurus di depan wajah Ed, “Kau jangan ingat aku tak tau, kau mesti nak hapuskan semua keluarga aku sebab ayah aku berhutang dengan kau kan?” Tanpa soal selidik, terus sahaja Syaf menyerkap jarang Ed yang tidak bersalah.
“Apa benda kau cakap ni? Aku tak faham lah.” Balas Ed. Dah kenapa perempuan ini menuduh-nuduhnya sedangkan dia langsung tidak melakukan apa yang dikatakan oleh Syaf.
Dengan spontan, tangan Syaf naik ke pipi Ed. “Allahuakbar!” Alya menutup mata Idris agar kanak-kanak itu tidak menerima kejutan, kalau tidak nanti emosi Idris akan terganggu lagi.
Ed memegang pipinya, bukan ringan penampar yang dilepaskan oleh Syaf tadi, boleh dikatakan kuat la juga penampar itu. “Tak, apa masalah kau sebenarnya ni?” Kesabaran Ed sudah mula hilang. Dia cuba berinteraksi dengan cara yang elok dengan Syaf, namun berani Syaf melempangnya?
“Kalau sebelum ni, kau jual aku dekat kawan kau. Habis sekarang ni, kau nak jual adik aku pulak ke?” Air mata Syaf tumpah disambil dia mengungkapkan kata-katanya. Di pandangannya, Ed ialah seorang lelaki yang tak berguna dan kejam kerana andaian yang dibuat olehnya sendiri.
‘Jual? Aku tak silap dengar kan?’ Tanya Alya kepada dirinya sendiri. Ed menjual Syaf kepada temannya? Tapi kenapa? Dia melihat Ed dengan rasa kecewa yang teramat di dalam hatinya. Tak sangka lelaki itu ialah seorang penjahat.
Arif Syah yang berada di dalam dukungan Syaf membuka matanya apabila mendengar pertengkaran yang sedang berlaku. Dia menoleh ke arah Ed, “Abang Ed, nak dukung.” Dia menghulurkan tangannya ke arah Ed, meminta untuk didukung.
Ed menyambut Arif Syah lalu didukungnya, Arif Syah memeluk leher Ed agak tidak jatuh. Syaf memandang adiknya dengan pandangan yang susah untuk ditafsir, perasaannya sudah bercampur aduk.
Ed cuba melembutkan nadanya untuk menjelaskan keadaan mereka kepada Syaf, “Aku tahu, kau risau dengan adik kau. Tapi demi Allah, aku tak berniat nak apa-apakan dia. Rumah kebajikan ni milik aku. Aku dah anggap Arif macam adik aku sendiri.”
Syaf berpeluk tubuh, “Kau jangan nak buat main dengan nama Allah. Aku tak percayakan kau. Orang macam kau ni pun ingat Tuhan ke?” Sinis kata-kata yang dilemparkan Syaf kepada Ed.
Ed tersenyum biasa, “Aku rasa kita tak perlu kaitkan Tuhan dengan urusan kita ni.” Ini ialah urusan antara mereka berdua, Syaf tidak seharusnya mengaitkan dengan nama Tuhan.
Syaf tersenyum sinis, “Orang macam kau ni lah yang membuatkan agama Islam dipandang hina. Kau buka kelab malam, kau melacurkan anak orang, tapi kau mengaku kau Islam.” Syaf terus menyerang Ed. Dia melepaskan segala yang terbuku di hati.
Makin kecewa Alya mendengar pernyataan yang diberikan oleh Syaf. Rupa-rupanya, lelaki yang dicintainya selama ini ialah seorang yang teruk.
Arif Syah menoleh ke arah kakaknya, “Kak Syaf salah. Abang Ed baik! Dia bukan macam apa yang kakak cakap tu!” Arif Syah memilih untuk berpihak kepada Ed. Ed tersenyum lalu pipi Arif Syah diciumnya.
Membulat mata Syaf memandang adiknya, “Arif! Arif sedar tak orang yang Arif pertahankan ni lah yang dah porak perandakan keluarga kita?” Tanya Syaf dengan nada tinggi dan nyaring.
Arif Syah mengalirkan tangisannya, “Kak Syaf jahat! Kak Syaf tuduh abang Ed! Kak Syaf jahat!” Arif Syah menjerit-jerit kepadanya.
Ya Allah, hati Syaf terasa seperti ditusuk sembilu. Sampai hati adiknya melemparkan kata-kata itu kepadanya sedangkan adiknya langsung tidak tahu apa yang telah dilaluinya selama beberapa bulan ini.
Ed tidak membalas lagi, dia tidak ingin terus bergaduh. Matanya tertancap di segaris parut yang berada di pipi Syaf. Ed membisikkan sesuatu ke telinga Arif sebelum dia menapak ke arah Alya, Arif diserahkan kepada Alya.
“Dayus.” Kata Alya tatkala Ed menyerahkan Arif kepadanya. Ed tidak membalas, dia hanya menguntumkan sekuntum senyuman kepada Alya sebelum langkahnya diatur kembali ke arah Syaf.
“Ikut aku.” Ed menarik lengan baju Syaf agar dia tidak melakukan perbuatan yang dikateogorikan sebagai perbuatan yang tidak menghormat kaum Hawa.
Ed membuka pintu di sebelah penumpang lalu Syaf dipaksanya masuk ke dalam. Syaf hanya akur, kerana dia tahu lelaki itu mempunyai senjata yang mampu membunuhnya pada bila-bila masa sahaja.
Ed masuk ke tempat pemandu, dia menoleh ke arah Syaf, gadis itu tidak memakai tali pinggang keselamatan lagi. Dia menggelengkan kepalanya lalu sebuah senyuman terbit di bibirnya. Dia mendekati Syaf lalu tali pinggang keselamatan ditariknya.
“Eh kau buat apa ni?” Tanya Syaf, dia sudah mula cuak. Lelaki itu bukannya boleh dipercayai pun. Jangan-jangan dia nak rosakkannya?
“Aku tolong pakaikan ni. Nanti tak pasal-pasal kau melayang keluar dari kereta aku.” Sempat lagi Ed menyelitkan jenaka ke dalam penerangannya.
Ed memijak pedal minyak, dia memandu menuju ke arah restoran MC Donald’s yang berdekatan untuk membeli makanan. Perutnya kosong dari pagi lagi, dia lupa nak makan sarapan.
“Kau nak bawak aku pergi mana?” Tanya Syaf yang telah memecahkan kesunyian di antara mereka.
Ed tidak membalas pertanyaan Syaf, dia tidak boleh bercakap selagi perutnya tidak dialas. Kalau tidak, nanti moodnya tertukar menjadi mood dinosaur, masaklah seketul Ana Syafiqah ini.
Ed terus masuk ke lorong pandu lalu dan membuat pesanan, dia juga membelikan makanan buat Syaf, bolehlah gadis itu makan sambil berbincang dengannya nanti.
Selesai mengambil makanan, Ed singgah di Pantai Penarik untuk mengambil udara segar. Ed tidak turun dari kereta, dia hanya membuka pintu kereta untuk memudahkan angin pantai menyapa mereka.
“Nah.” Ed menghulurkan makanan Syaf.
Bukan sahaja tidak menyambut makanan tersebut, Syaf malahan sempat lagi menyindir Ed. “Aku tak nak. Silap-silap kau letak racun dalam tu.” Haih, apalah nasib Ed yang tidak bersalah, asyik-asyik dipersalahkan sahaja walaupun ianya bukan silapnya.
Ed tersenyum, makanan itu diletakkan di atas peha Syaf, “Aku tahu kau marahkan aku dari detik aku jual kau dekat Jun lagi. Tapi aku jual pun bersebab. Walaupun tu kali pertama aku jumpa kau, tapi aku tahu kau bukan perempuan macam tu.” Ed mengungkit kembali kisah lama, tentang kenapa dia menjual Syaf kepada Jun.
Kedengaran Syaf mendengus sinis, “Perempuan macam tu? Yang macam mana? Yang macam ni ke?” Syaf membuka butang baju kemejanya sehingga menampakkan lurah dadanya.
Ed terus memegang tangan Syaf untuk menghentikannya, “Dan aku bukan jenis orang yang sentuh anak dara orang sembarangan.” Tegas Ed. Syaf dipandangnya tajam. Sanggup pula gadis itu melakukan perbuatan sedemikian untuk mencabar keimanannya.
Syaf terpaku, seperti ada sesuatu di dalam mata Ed yang membuatkan dia terus melihat ke dalam sepasang mata itu. Ed melepaskan tangan Syaf, “Butang balik baju kau.” Arah Ed, tegas dan mendatar.
Syaf akur, dia terus membutang balik bajunya. Wajahnya sudah berona merah kerana tindakan bodoh yang diambilnya tadi.
Ed menarik keluar beberapa batang kentang goreng lalu disumbat ke dalam mulut Syaf, “Makan tu.” Kata Ed. Dari tadi lagi dia dengar perut Syaf sedang membuka konsert, disuruh makan tak nak pula.
Ed menyisip sedikit air berkarbohidrat sebelum meruskan kata-katanya. “Pasal Arif tu, aku minta maaf. Aku tak tahu Arif tu adik kau. Lagipun, aku pun tak pernah nampak kelibat kau dekat situ.” Ada baiknya jika Ed memohon maaf dulu kerana jika mereka berdua masing-masing nak menangkan ego, masalah ini takkan selesai.
Syaf terdiam, dia membuka kertas pembalut burger lalu burger itu disuakan ke dalam mulutnya. Lapar la tu.
Ed meneruskan lagi penjelasannya, “Aku memang tak berniat nak cederakan Arif, demi Allah. Tentang kelab malam tu, aku dah berhenti ambil alih. Aku serahkan dekat Lucas, lelaki yang uruskan jual beli ayah kau haritu.” Terang Ed.
Syaf menoleh ke arahnya, “Kenapa nak berhenti ambil alih kelab malam tu?” Tanya Syaf bersahaja.
Ed tersenyum biasa, “Aku tak rasa bidang tu sesuai dengan aku. Lagipun, aku dengan Jun nak cuci tangan.” Apabila nama Jun dipetik, terus wajah Jun terukir di dalam fikiran Syaf. Bagaimanakah keadaan lelaki itu sekarang? Desis hati Syaf.
“Maaf.” Tiba-tiba sahaja Ed memohon maaf kepadanya. Wajah Ed juga berubah menjadi tegang.
Syaf terasa bahu kirinya dicuit, tatkala dia menoleh ke sebelah kirinya, Jun sedang melutut di hadapannya. “Will you marry me?”
Share this novel