Bab 53

Drama Series 2228

Mata Jazmin tertancap kepada suaminya yang sedang memberi sepatah dua kata di atas pentas. Senyumannya tidak lekang dari bibir, senyuman itu kan satu sedekah.

“Kau ni asyik tengok laki kau je, tak jemu ke?” Soal Ziqal yang sedari dari tadi asyik memerhatikan kelakuan Jazmin. Takkanlah dekat rumah tak dapat tatap wajah suami dia tu, sampaikan di majlis pun nak dipandang lagi?

Jazmin menoleh ke arah Ziqal, “Arwah baba pernah cakap. Nanti bila dah bersuami, pandang suami pun dah mampu dapat pahala.” Kata Jazmin. Oh patutlah matanya asyik melekat je dengan suami dia, rupa-rupanya sebab nakkan pahala.

Rayqal dan Ed berdiri di hujung dewan, mereka mengasingkan diri kerana malas untuk beramah mesra. “Kau dengan Alya apa ce?” Tanya Rayqal. Beberapa minggu yang lalu, Ed ada bercerita tentang Alya kepadanya. Wah maju kawan dia ini, diam-diam ubi berisi.

Tiada pula senyuman yang menghiasi wajah Ed, wajahnya tegang. “Dia dah ada yang lain ke?” teka Rayqal.

“Dia marahkan aku lagi.” Balas Ed acuh tak acuh. Semuanya kerana salah faham yang berlaku antara dia dengan Syaf tempoh hari, tak pasal-pasal Alya mengabaikannya. Walaupun sudah berulang kali dia jelaskan situasi sebenar, namun Alya tetap tidak memaafkannya. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu Ed ialah pemilik kepada Nish Club, lagilah bertambah rasa amarahnya.

Hampir sahaja telinga Ed bernanah tempoh hari kerana dibebeli oleh Alya. ‘Awak tahu kelab malam tu haram, habistu kenapa awak nak buka kelab malam jua? Awak ni lagi teruk daripada pembunuh tahu tak!’ kata-kata Alya terngiang-ngiang di dalam kepalanya.

Tempoh hari, bukan setakat kata cacian dan makian yang diberikan kepadanya, penampar juga turut diberikan.

Makin diingati balik kejadian itu, makin tawar hatinya kepada Alya. Walaupun dia sedia maklum dengan sikap Alya yang terburu-buru dan panas baran, namun baginya Alya tidak patut berbuat demikian kepadanya. Lagipun, bukannya dia yang memilih jalan hidup macam ni, tapi ayahnya yang tentukan buatnya.

Rayqal  memetik jarinya di depan  mata Ed, “Eh kau ni, orang tengah berbual dengan dia, boleh pula dia menggelamun.” Kata Rayqal yang telah mengembalikan Ed ke dunia nyata.

Ed tersenyum serong, “Maaf.” Katanya sebelum meneguk jus oren yang berada di tangannya.

Seorang wanita muncul di hadapan mereka berdua, tanpa berkata apa-apa, terus wanita itu menghadiahkan sebuah tamparan ke wajah Rayqal.

“Dayus!” katanya lalu tersenyum bangga. Terbeliak mata Ed yang melihatkan kejadian itu, hqmpir sahaja dia menyembur air ke arah wanita itu.

Rayqal memegang pipinya, dia menatap gerangan tersebut. “Nada Arina?” sudah hampir setahun mereka tidak bertemu, tiba-tiba sahaja gadis itu muncul di hadapannya. Dahlah salam pun tidak dihulurkan, boleh pula dia menghadiahkan tamparan ke wajah kacak Rayqal.

“Kurang adab betul.” Komen Ed. Dia terpaksa menundukkan pandanggannya untuk memandang Nada, pendek sangat!

Nada berpeluk tubuh, “Baguslah kalau kau ingat lagi aku.” Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi arnabnya. Tiada lagi panggilan ‘saya’ ‘awak’, tiada lagi Nada yang bersikap lemah lembut seperti tempoh hari.

Ryan pantas mendapatkan kakaknya. Waduh, gawat! Rosak reputasinya nanti jika kakaknya menimbulkan kekecohan di majlis ini. Ryan memaut pinggang kakaknya, “Maafkan saya Encik, kakak saya tersalah orang ni agaknya.” Ryan menundukkan kepalanya sebagai tanda meminta maaf.

“Kakak?” Rayqal menjongketkan kening kirinya. Adakah ini bermakna dia telah salah faham dengan peristiwa di pantai tempoh hari.

Nada menyangkal tangan adiknya, “Buat apa adik nak minta maaf dengan lelaki tak guna ni? Orang macam dia ni tak layak lah untuk dihormati!” Nada memarahi adiknya.

Huh, Rayqal ingat dia tak tahu ke tentang kes penceraiannya dengan Jamzin? Berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh temannya, setelah Rayqal meniduri isterinya, terus sahaja dia menuntut penceraian.

Dan selepas beberapa minggu itu, abangnya pula yang berkahwin dengan bekas isterinya. Bukan itu sahaja, ada ura-ura yang mengatakan selepas Rayqal menceraikan Jazmin, Jazmin mengandungkan benihnya. Memang tak bertanggungjawab langsung Rayqal ni!

Berkerut wajah Rayqal memandang Nada, “Apa maksud kau?” Tanya Rayqal. Dah tersalah makan ubat ke apa minah sengal ni?

Nada menjengketkan kakinya untuk bertentang mata dengan Rayqal, “Kau ingat aku tak tahu ke yang kau dah bercerai dengan isteri kau haritu? Kau dah tidur dengan dia, lepastu dia mengandung, kau ceraikan dia pula. Kau ni memang dayus!” Nada menunjal-nunjal kepala Rayqal.

Ed hampir tergelak apabila mengetahui punca wanita itu menampar kawannya. ‘Ni mesti ada wartawan yang hebohkan ni.’ Kata hatinya. Lawak pun ada apabila melihat kawannya dimarahi oleh gadis kecil itu.

Rayqal mengunci pergelengan tangan Nada, wajahnya didekatkan dengan wajah Nada. “Maafkan aku, tapi aku rasa kau dah salah faham  ni.” Kata Rayqal keras, wajahnya serius.

Rayqal mengerling ke arah Ryan, “Aku pinjam kakak kau kejap.” Terus tangan Nada ditariknya ke luar. Nampaknya dia harus memberi penjelasan secara terperinci kepada Nada untuk membersihkan namanya.
 
.

Gelas Jazmin yang sudah kosong digantikan dengan segelas Jus Oren oleh pelayan perempuan yang bernama ‘Sri’ itu. “Thank you.” Ujar Jazmin. Sri menganggukkan kepalanya sebagai balasan dan berlalu pergi ke meja sebelah.

‘Lambat lagi ke abang ni?’ sudah 15 minit dia menunggu suaminya. Tadi katanya nak ke tandas, ini dah 15 minit pun tak sudah-sudah lagi. Takkanlah terjatuh dalam mangkuk tandas?

Jazmin menyisip jus oren tadi, rasanya sedikit aneh kerana mempunyai rasa strawberi sedikit. Namun dia hanya mengabaikan ia sahaja. Dia dapat merasakan wajahnya membahang, matanya seperti ternampak karakter anime sedang melambai-lambai kepadanya.

“Eren.” Watak Eren Yeager dari kartun animasi Attack On Titan muncul di depan matanya. Dia mengapai-ngapai tangan cuba untuk menyentuh bayangan imaginasinya itu.

‘Dia ni dah kenapa?’ Risau pula Fack yang melihat keadaan Jazmin, terus dia melangkah ke arahnya. Fack menanggalkan blazzernya lalu diletakkan di bahu Jazmin.

“Kau ok tak ni?” tanya Fack, terdapat beberapa staf yang sedang memerhatikan mereka, terus mereka mengalihkan pandangan ke arah lain setelah dijeling tajam oleh Fack.

Jazmin mendongak melihat Fack, “Levi heichou hehehe...” jarinya lurus ke wajah Fack. Fack memandang Jazmin dengan pandangan janggal,  boleh pula disamakan dia dengan kapten Levi, astaughfirullahaladzim, mabuk ketum ni.

Hayqal menepuk bahu Fack, “Wei maaf lambat, Luca panggil kejap tadi.” Hayqal menerangkan sebab dia terlambat, matanya tertancap ke arah isterinya. Mak aih, merahnya muka. Dia terminum alkohol ke apa ni?

“Kau balik lah dulu.” Kata Fack, ada baiknya jika Hayqal berangkat pulang terlebih dahulu dengan isterinya sebelum isterinya mula meracau atau hilang kawalan.

Hayqal menampar lembut pipi isterinya, “Sayang, jom balik.” Ajak Hayqal.

“Tak nak. Kalau Eren dukung Mikasa, baru Mikasa balik.” Dia menolak ajakan suaminya lalu mencebik sebagai tanda memprotes.

‘Boleh pula disamakan dia dengan Mikasa, ini dah melarat dah ni.’ komen hati kecil Fack. Nasib baik Hayqal itu disamakan dengan Eren. Kalau dibuatnya Hayqal itu ialah abnormal titan atau colossal titan, memang tenat lah Hayqal nak melayan karenah isterinya tu.

“Gerak dulu.” Kata Hayqal kepada Fack, Jazmin yang tidak terlalu berat didukungnya. Habis semua mata terhala ke arah mereka, para staf mula bersorak dan bersiul melihat babak tersebut. Sempat juga mereka merakamkan babak tersebut. Perkara yang jarang berlaku, perlulah dirakamkan sebagai kenangan. Kan?

Fack mengambil cawan yang mengandungi jus oren yang masih tersisa tadi. Dia mendekatkan hidungnya ke mulut cawan tersebut, ‘Smell so weird.’

Pelayan yang bernama Sri tadi berdiri di belakang Fack, “Angah.” Tegurnya. Terus Fack menoleh ke arahnya.

“Along?” Sejak bilakah gadis itu berada di sini? Eh tak, macam mana dia boleh ada dekat Malaysia?

.
 
Kata laluan pintu utama dimasukkan lalu pintu terbuka secara automatik. Hayqal membawa isterinya terus ke bilik tidur mereka.

Tubuh Jazmin dibaringkan ke atas katil, Jazmin merengek manja. Hayqal menanggalkan tudung bawal isterinya lalu diletakkan di ampaian dengan penuh berhati-hati. Dengar kata, tudung ialah kelemahan terbesar kaum hawa. Jika tudung mereka berkedut atau kotor sedikit, pasti hidup kaum adam tak akan tenang. Silap-silap rumah pun boleh runtuh nanti.

“Eren...” panggil Jazmin. Hayqal menggaru kepalanya yang tidak gatal, ‘Eren, Eren, Eren. Nama suami dia ni tak pula dia nak seru!’ bisik hati Hayqal yang sudah cemburu buta. Dengan karakter animasi pun nak cemburu ke?

“Eren...” panggil Jazmin lagi, tangannya sudah terkapai-kapai di udara untuk mencari ‘Eren’ yang mendukungnya tadi. Nampak sangat kemaruk anime.

Hayqal menghela nafas panjang sebelum menginjak ke arah isterinya, “Ya Mikasa, nak apa?” Bukan selalu dia tunjukkan sifat kebudak-budakan dia, lagipun Jazmin isterinya, tidak mengapa kan?

Jazmin meletakkan tangannya di jantungnya lalu menjerit, “Shinzou wo sasageyo!” dia kemudiannya tergelak kecil, Hayqal jua turut serta.

Jazmin bangkit dari perbaringannya, dia menatap wajah Hayqal lama. “Muka abang kotor ke?” tanya Hayqal, tangannya mengelap setiap pelosok wajahnya.

Jazmin mendekatkan wajahnya dengan wajah Hayqal, dia menghantuk dahi suaminya dengan dahinya, merah dahi suaminya. “Padan muka!” Jazmin tergelak terbahak-bahak, hatinya terhibur melihat reaksi suaminya tadi.

Hayqal menggosok dahinya, ini tak adil ni, dia harus memikirkan cara untuk membalas dendam. Hayqal menarik wajah isterinya untuk memandang wajahnya. Mata mereka bertentangan selama tiga minit, Jazmin menelan air liurnya.

“Can I?” tanya Hayqal, isterinya tidak menjawab, hanya wajah tersipu malu yang terpamer di wajahnya. Hayqal mendekatkan bibirnya dengan bibir Jazmin. Malam itu, Hayqal dapat apa yang dia inginkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience