Hampir sahaja jantung Jazmin berhenti dari berdetak apabila mendapat berita buruk daripada Loly. Matanya sembab, air matanya langsung tidak dapat dibendung.
Dalam satu masa yang sama, dia kehilangan dua orang yang berharga baginya. Ayah angkatnya disahkan meninggal dunia kerana ditikam oleh ibu angkatnya berkali-kali. Ibu angkatnya pula masih tidak menyedarkan diri dari koma. Dunianya terasa kelam. Kalau dulu, ibu dan ayah kandungnya yang pergi meninggalkannya. Sekarang, orang tua angkatnya pula.
‘Dugaan apa ni Ya Allah?’ Rintih hati Jazmin. Dia langsung tidak dapat mengawal emosinya. Hayqal merangkul Jazmin ke dalam pelukannya.
“Astaughfirullahaladzim.” Suaminya tidak berhenti dari mengucapkan istighfar di telinganya.
“Allah dah tak sayangkan saya ke? Sampai dia nak tarik nyawa papa dengan mama?” Tanya Jazmin. Astaughfirullahaladzim, sampai tahap itu Jazmin menyalahkan takdir.
Hayqal memegang wajah Jazmin, “Allah uji sebab Allah sayang. Allah takkan uji kalau benda tu diluar kemampuan kita.” Kata Hayqal dengan nada lembut. Dia tidak boleh meninggikan suaranya, kalau tidak emosi isterinya boleh menjadi semakin teruk.
“Tapi kenapa mesti papa dengan mama? Kenapa tak ambil nyawa saya je?” Soal Jazmin lagi. Hayqal melepaskan keluhan kecil.
“Sayang, bukan kah lebih baik kalau papa dengan mama ke Rahmatullah? Lagipun, mati itu kan wajib terhadap setiap manusia yang masih bernyawa.” Nasihat Hayqal. Ini kalau isterinya tanya soalan bukan-bukan lagi, memang mati kata lah dia nanti.
Jazmin mengelap air matanya, “Maaf.” Kata Jazmin. Dia tahu dia salah. Dia tidak sepatutnya mempersoalkan takdir Allah.
Hayqal mengusap kepalanya, “Jangan minta maaf dengan abang. Nanti minta maaf dengan Allah.” Kata Hayqal, senyuman disertakan untuk melembutkan hati isterinya. Alhamdulillah, isterinya sudah tenang walaupun hanya sedikit.
.
Jun mengenggam erat tangan ibunya, “Mama, bangunlah.” Rintih Jun. Dia meletakkan tangan ibunya di wajahnya. Rasa kesal timbul di hatinya kerana tidak sempat memohon ampun dari ibunya tempoh hari.
Mata Puan Sri Psychlia tiba-tiba terbuka dengan luasnya, dadanya berombak laju. Mesin Defibrillator mula kehilangan rentak. Badan Puan Sri Psychlia seperti hilang kawalan.
“Mama! Kenapa ni?” Tanya Jun cemas. Tangannya menekan butang yang berada di kepala katil berkali-kali. Doktor yang merawat ibunya terus tiba.
Jun dapat merasai roh ibunya sedang bertarung dengan sakaratul maut. Jun dapat merasai keperitan yang sedang dialami oleh ibunya apabila melihat mata ibunya yang terbuka luas itu.
Mesin Defibrillator mengeluarkan bunyi ‘Tit’ yang panjang, mata Puan Sri Psychlia tidak tertutup. Ia terbuka dan wajahnya amat mengerikan. Doktor lelaki itu menarik kain selimut untuk menutupi wajah Puan Sri Psychlia. Fikiran Jun kosong buat seketika, otaknya gagal berfungsi. Kenapa? Kenapa kedua orang tuanya diambil pada masa yang sama? Kenapa?
.
Petang itu, Jazmin tiba di Itali bersama dengan yang lain. Makin berkecai hatinya apabila mengetahui papa dan mamanya sudah dikebumikan.
Jun memeluk erat tubuh kecil kakaknya, “Maaf. Kawan Jun cakap, tak elok tangguh lama-lama urusan pengebumian ni.” Kata Jun. Jazmin menghamburkan tangisannya di bahu Jun.
“Can you leave us alone for a while?” Pinta Jun kepada abang iparnya. Hayqal tersenyum mesra, dia terus meninggalkan mereka berdua di situ.
Jun meleraikan pelukannya, “Kakak, Jun nak minta maaf sebab Jun terpaksa bagitahu akak semua ni.” Jun meminta maaf terlebih dahulu sebelum memulakan ceritanya. Jazmin hanya mengangguk, dia sudah tidak bermaya nak membalas dengan kata-kata.
Berat pula hati Jun nak menceritakan perkara yang disembunyikan olehnya, namun dia tetap harus menceritakan tentang rahsia itu.
Jun mengambil nafas sebelum memulakan ceritanya, “Sebenarnya, yang ganggu akak selama ni bukan saka keturunan akak. Tapi sihir. Mama yang hantar.” Kata Jun dengan nada serba salah.
Seperti jangkaan Jun, Jazmin tergamam. “Tapi kenapa?” Tanya Jazmin dengan nada tidak percaya.
Jun mengeluarkan sekeping gambar lalu dihulurkan kepada Jazmin. Di gambar itu, terdapat arwah ibu Jazmin dan juga arwah ibu Jun bersama dengan seorang lelaki, lelaki itu ialah arwah ayah Jazmin.
“Sebenarnya, mama dah lama simpan perasaan dekat arwah ayah akak. Tapi arwah ayah akak tolak perasaan mama sebab dia cintakan arwah ibu akak. Sebab itulah, mama berdendam dengan arwah ibu akak. Dan sebab itu jugaklah, akak yang jadi mangsa keadaan.” Jelas Jun. Dia sendiri juga baru tahu cerita itu dari sebuah diari yang telah lama disimpan ibunya di dalam almari baju biliknya.
Jazmin bangun dari duduknya, “Apa benda ni? Akak tak faham lah!” Jazmin mula melenting. Kalau betul arwah ibu Jun berdendam dengan arwah ibunya, kenapa dia nak menuntut hak penjagaan Jazmin? Habistu, takkan selama ini kasih sayang yang diberikan kepadanya adalah lakonan semata-mata?
“Mama ada bela saka.” Riak muka Jun berubah apabila menyebut tentang saka ibunya, begitu juga Jazmin. Kalau ibu Jun ada membela saka, maksudnya saka itu akan diwarisi oleh Jun. Jazmin sudah terlepas kerana dia bukan anak kandung mereka.
“Jun nak buang ke tak benda tu?” Tanya Jazmin yang risau dengan adik angkatnya. Dia bimbang jika benda itu membawa keburukan kepada Jun. Dendam sudah tidak penting baginya, keselamatan adik angkat lelakinya lebih penting daripada dendam yang belum dilunaskan.
Wajah Jun tidak pula kelihatan cemas mahupun risau, “Jun bukan anak mama.” Kata Jun mendatar dan bersahaja. Makin serabut pula kepala Jazmin apabila terdengarkan ayat itu. Apa benda semua ni? Kalau nak cakap Jazmin bukan anak diorang, memang dah terang-terangan la bukan. Tapi takkanlah Jun pun bukan anak kandung? Habistu, Jun tu anak siapa?
“Jun anak papa dengan isteri pertama dia, sebelum papa masuk islam. Sebab tu Jun non-muslim.” Terang Jun apabila melihat wajah Jazmin yang sudah keliru itu. Hampir juga dia tergelak dengan reaksi kakak angkatnya itu.
Sel-sel otak Jazmin bergabung seketika, “Jadi, Jun ni anak tiri lah?” Tanya Jazmin lagi. Jun menganggukkan kepalanya. Ooo, baru sekarang Jazmin faham akan apa yang sedang berlaku di dalam keluarga ini.
Kedengaran bunyi pintu diketuk, “Jun! Ada orang nak jumpa kau!” Jerit Fack dari luar. Jun menepuk-nepuk tangan Jazmin sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut. Hayqal melangkah masuk setelah Jun menapak keluar.
Hayqal duduk di sebelah Jazmin, “Sayang ok tak ni? Pucat je abang tengok.” Tegur Hayqal. Wajah Jazmin kelihatan seperti mayat hidup, putih melepak. Jazmin menganggukkan kepalanya lalu tersenyum biasa.
Jazmin melentokkan kepalanya di bahu Hayqal. “Jangan sedih-sedih dah ok? Abang ada dekat sini selalu untuk sayang.” Pujuk Hayqal, rambut Jazmin dibelainya lembut. Berat betul ujian yang Tuhan berikan buat isterinya. ‘No matter what happened, I’ll always by your side.’ Rambut Jazmin dikucupnya lembut.
.
Ed menghentikan kenderaan mewahnya di hadapan sebuah warung, dia keluar dari perut kereta lalu menapak ke arah sekumpulan warga emas yang sedang rancak berborak.
“Assalamualaikum, maaf menganggu. Boleh saya tanya sikit?” Ed menghulurkan salam terlebih dahulu, dia menggunakan bahasa yang elok supaya tidak biadab sangat apabila bercakap dengan warga yang sudah berusia.
“Waalaikummussalam. Nak tanya apa tu?” Salam dijawab, terus pertanyaan diajukan oleh salah seorang dari mereka.
“Pak cik tahu tak rumah kanak-kanak yang bernama Arif Syah dekat mana?” Tanya Ed mendatar. Dia menayangkan senyuman agar warga emas itu merasa selesa apabila berkomunikasi dengannya.
Pak cik itu terdiam seketika, mungkin sedang berusaha mengingati lokasi kediaman Arif Syah. Kawan pak cik itu mencelah, “Rumah Arif Syah ada dekat hujung kampung ni. Kau jalan je straight, nanti kau jumpa lah rumah kayu.” Katanya dengan terperimci.
“Baiklah. Terima kasih.” Ucap Ed. Dia menghulurkan tangan lalu menyalami tangan mereka semua dulu sebelum bergegas ke rumah Arif Syah.
Setelah tiba di rumah Arif Syah, dia terus mematikan enjin kenderaannya. Ed berdiri di luar rumah, “Assalamualaikum.” Ed memberi salam namun tiada sahutan.
“Assalamualaikum.” Ed memberi salam buat kali kedua namun tetap tiada sahutan.
‘Kalau aku masuk je takpa kan?’ Soal Ed kepada dirinya. Tanpa ragu-ragu, dia menanggalkan kasutnya lalu kakinya mencecah lantai kayu yang sudah hampir reput itu. Bau busuk dan hanyir menusuk hidung Ed. Dia menutup hidungnya sambil menjenguk ke setiap bilik yang ada di dalam rumah itu.
‘Pelik. Kalau Arif takde dekat dalam bilik, dia pergi mana?’ Tiba-tiba, hatinya terdetik untuk turun ke dapur.
“Astaughfirullahaladzim Arif!” Terus Ed mendapatkan Arif Syah yang terbaring lemah di lantai. Tangannya diikat dengan tali yang disambungkan ke bilik stor. Terus Ed membuka ikatan tersebut.
Ed meletakkan jarinya di hidung Arif, nafas kanak-kanak itu semakin perlahan. Dia mengangkat Arif dan terus berlalu ke kenderaannya dengan kelam-kabut. Enjin kereta terus dihidupkan, dia memecut kenderaannya dengan laju menuju ke klinik yang berdekatan.
Arif Syah membuka matanya, dia menoleh perlahan-lahan ke arah Ed yang sedang memandu. “A.. bang Ed ke ni?” Tanya Arif Syah dengan lemah.
Ed mengusap kepala Arif Syah lembut, “Arif tahan ya? Kita dah nak sampai klinik.” Kata Ed. Arif tidak memberi sebarang respon, badannya terlalu lemah. Luka di badannya makin bertambah kerana didera oleh ayahnya.
Ed akan tuntut hak penjagaan Arif Syah walaupun dia tak layak sekalipun. Manusia manakah yang tak berhati perut? Sampai sanggup mendera kanak-kanak itu begitu. Dia takkan lepaskan orang yang dah mendera Arif Syah, dia pasti akan membawa kes ini ke makhamah.
Share this novel