Bab 17

Drama Series 2228

Petang itu, Jun gelisah sendirian di dalam bilik pejabatnya. Fail-fail kerjanya yang bertimbunan seperti bukit langsung tidak disentuhnya. Sekejap-sekejap skrin telefon pintarnya dikerling.

“Mana dia ni? Orang call pun tak reti jawab.” Jarinya diketuk-ketuk di meja untuk menghilangkan rasa gelisah.

Clara, pembantu peribadi Jun menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam pejabat dengan membawa sedulang teko yang berisi kopi kegemaran Jun. “Serabut nampak.” Tegur Clara bersahaja. Senyuman manis terhias di wajahnya.

Jun tidak mengendahkan teguran Clara, dia memutuskan untuk menelefon Iris. Tidak sampai seminit, taliannya sudah disambungkan kepada Iris.

“Kau dah kenapa call aku ni?” Tanya Iris yang naik hairan dengan perangai Jun sejak dua menjak ni.

“Kau ada jenguk Syaf tak?” Tanpa berdolak-dalih, terus Jun bertanya tentang Syaf. Makin berdebar jantungnya memikirkan Syaf yang berada berjauhan.
 
“Kau tak tahu ke Mokhtar terlibat dalam kemalangan?” Tanya Iris kepada Jun. Wajah Jun kelihatan sedikit terperanjat dengan berita yang baru disampaikan oleh Iris.

“Teruk sangat ke?” Tanya Jun pula.

Terdengar keluhan kecil dari Iris, “Mokhtar meninggal dekat tempat kejadian sebab tangki minyak bocor, kereta meletup. Cuma...” ayat Iris tergantung seketika, tidak tahu nak beritahu atau tidak tentang kehilangan Syaf kepada Jun.

“Cuma apa?” Nada Jun kedengaran seperti mendesak Iris untuk menceritakan keadaan selanjutnya.

“Pihak polis gagal kesan jejak Syaf. Barang-barang dia ada je dalam kereta, dia je yang hilang.” Sambung Iris.

Kedengaran suara wanita samar-samar di hujung talian sedang memanggil Iris, “Got to go. Boss nak jumpa.” Terus Iris menamatkan panggilan.

Wajah Jun jelas kelihatan tertekan. Dia menyerabaikan rambutnya. Clara yang sedang menuangkan kopi kepadanya memandangnya dengan pandangan hairan.“Junnie okay tak ni?” Tanya Clara prihatin. Clara dipulaukan oleh Jun buat kali kedua.

‘Orang tengah berserabut ni lah dia nak panggil orang Junnie. Dah kata tak suka dengan nama tu, tukar jelah dengan panggilan lain.’ Gerutu hati kecil Jun.

Moses menguak daun pintu dan melangkah masuk dengan terburu-buru ke arah Jun, “Iron nak jumpa, katanya ada emergency.” Kata Moses cemas.

Jun terus mencapai blazzernya yang tersangkut di almari lalu menapak keluar dari pejabatnya. Air kopi yang disediakan oleh Clara tadi langsung tidak disentuhnya.

Clara mengeluh kecil, perangai Jun semenjak pulang dari tanah airnya sudah berubah. Sebelum ini, tak pernah pula dia memulaukan Clara. Perubahannya secara mendadak sedikit sebanyak telah membuatkan Clara terasa hati.

.
 
Pergaduhan antara dua puak yang sudah lama tidak sebulu telah menyebabkan kecederaan yang berat kepada anggota mereka mahupun orang luar yang cuba untuk menghentikan mereka.

Kehadiran Jun membuatkan perbalahan di antara mereka terhenti seketika, “Korang ni takde kerja lain ke? Asyik nak bergaduh je bila berjumpa.” Marah Jun.

Jun mendekati ketua kedua-dua kumpulan tersebut, Zhuai dan Hui Zi. Parang yang digunakan oleh mereka dirampas olehnya. Dia mencampakkan kedua-dua parang tadi ke atas lantai.

“Kan aku dah pesan, jangan bergaduh! Cubalah berbaik, bukannya aku suruh korang makan tahi pun!” Marah Jun, dia mencengkam rambut mereka berdua lalu dihantuk kepala mereka berdua bersama.

“Aduh aduh sakitlah!” Aduh Zhuai yang sedikit pelat dengan Bahasa Melayu.

Jun mengisyaratkan Moses untuk membawa orang awam yang tercedera segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Tanpa banyak kata, terus Moses membawa dua orang awam yang tercedera menuju ke klinik.

Jun mengerling ke arah ahli bawahan mereka, “Parang tu letak dekat lantai.” Arah Jun. Terus mereka semua mencampakkan parang mereka ke lantai. “Duduk.” Arah Jun kepada mereka semua, mereka menurut sahaja perintah Jun, begitu juga dengan Zhuai dan Hui Zi.

Setelah mereka semua melutut di lantai, Jun mengeluarkan rotannya yang diperbuat dari buluh. Jun menapak ke arah anak buah Zhuai dan Hui Zi, “Hulur tangan.” Kata Jun mendatar.

Mereka menghulurkan tangan dengan teragak-agak, “Aku cakap hulur tu hulur jelah!”gertak Jun, terus mereka semua menghulurkan tangan ke depan.

“Haritu aku pesan apa?” Tanya Jun kepada lelaki pertama dan kedua yang bakal dihukum olehnya.

“Jangan bergaduh sesama sendiri.” Balas mereka berdua serentak.

Jun menunduk lalu mengusap kepala mereka berdua, “Ingat pun anak abah ni. Habistu nak gaduh jugak kenapa?” Jun meninggikan suaranya. Hui Zi dan Zhuai menelan air liur mereka pahit.

Zhuai menunding jari ke arah Hui Zi, “D.. dia ganggu tempat aku.” Kata Zhuai tergagap-gagap. Tergamam Hui Zi mendengar tuduhan tersebut.

Hui Zi menarik telinga Zhuai, “Bila masa pulak aku ganggu tempat kau? Kau tu yang ajak aku gaduh.” Kata Hui Zi dengan nada tidak berpuas hati.

Jun mengetuk-ngetuk tangan Hui Zi dengan hujung rotannya, “Tangan tu, letak bawah.” Arah Jun. Terus Hui Zi melepaskan telinga Zhuai.

“Kau berdua ni, benda remeh pun nak gaduh. Kalau macam ni la perangai korang berdua, lepasni dah tak payah jadi ketua diorang.” Jun menunding rotannya ke arah anak buah mereka berdua.

Pantas mereka berdua menggelengkan kepala, “Mana boleh!” Bantah Zhuai, begitu juga dengan Hui Zi.

“Nak tak nak kau tetap kena buat benda tu. Lepas ni kau semua jadi budak bawahan aku.” Kata Jun kepada anak buah mereka berdua.

Wajah mereka semua kelihatan lega. Baguslah kalau Jun yang mengetuai mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak perlu bergaduh kerana hal remeh-temeh seperti begini.

“Kau dengan kau pulak...” ayat Jun tergantung seketika, wajahnya kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Nanti kita bincangkan dekat pejabat aku.” Jun membuat kata putus apabila orang ramai mula mengerumuni mereka dan menangkap gambar mereka.

“Bersurai.” Arah Jun. Mereka semua bersurai, Hui Zi dan Zhuai pula mengikuti langkah Jun yang menuju ke klinik.
 
.

Wajah Syaf yang dibasahi peluh dilap oleh Jazmin. Setelah mereka tiba di Itali, mereka terus bergegas ke hospital swasta untuk memeriksa keadaan Syaf.

Nasib baiklah di atas kapal terbang peribadi mereka terdapat seorang doktor peribadi yang telah dihubungi oleh Fack untuk segera bergegas ke sama.

Luka di dahi Syaf juga sudah ditutup oleh Fack menggunakan caranya tersendiri. Langsung tiada parut yang kelihatan di wajah Syaf. Syaf yang terlena tiba-tiba bangun dari perbaringannya, matanya terbuka luas, nafasnya naik turun dengan laju.

Jazmin menahan Syaf dari bangun, “Awak kena banyakkan berehat, tubuh awak belum sembuh sepenuhnya.” Nasihat Jazmin.

Syaf menoleh ke arah Jazmin, “Saya dekat mana ni?” Tanya Syaf dengan nada cemas dan gelisah. Jangan-jangan dia sudah diculik oleh penjahat?

“Itali. Rumah akak.” Balas Jazmin. Syaf kelihatan lega dengan respon yang diberikan oleh Jazmin namun dia kembali cemas apabila teringatkan perkara yang sudah berlaku ke atasnya.

Fack menapak masuk dengan membawa secawan teh yang dibancuhnya tadi, “Baru bangun?” Tanya Fack sekadar berbahasa.

Syaf tidak membalas pertanyaan Fack, ‘Dia ni ke yang menyebabkan kemalangan aku tu?’soal hati Syaf penuh tanda tanya.

Fack menyerahkan teh tadi kepada Jazmin untuk diletakkan di atas meja. Dia menatap wajah Syaf pelik, ‘Pelik, kenapa aku tak boleh dengar suara hati dia?’ Gumam hati Fack. Tak pernah lagi sebelum-sebelum ni dia menghadapi situasi begini.

Jazmin menyentuh bahu Syaf, “Akak dah sediakan baju untuk kamu, akak letak dekat dalam bilik mandi tu. Nanti kamu pergi bersihkan diri ya?” Kata Jazmin.

Syaf menganggukkan kepalanya, “Saya lapar.” Bunyi Perut Syaf yang sedang berkeroncong didengari jelas oleh Jazmin.

Jazmin tergelak kecil, “Kamu mandi dulu, nanti kejap lagi turun bawah.” Kata Jazmin. Dia bangun dari duduknya dan menapak ke arah pintu untuk keluar. Fack juga turut mengikuti langkah Jazmin lalu keluar meninggalkan Syaf sendirian di dalam bilik tersebut.

Syaf bangkit dari katil lalu menuju ke bilik air. Badannya terasa lenguh, mungkin kerana kesan ubat penenang yang belum habis. Syaf cuba mengingati kembali nombor plat milik kereta yang menghimpit kenderaannya semalam, namun semakin diingati olehnya, semakin sakit kepalanya.

Akhirnya, Syaf memilih untuk melupakan sahaja perkara tersebut terdahulu. Mungkin juga mereka itu ialah orang yang telah diupah oleh ayahnya untuk menjejakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience