Keadaan di meja makan tegang, Luca menundukkan wajahnya. “Ray dah lari kan?” Teka Hayqal. Luca tidak membalas, dia diam tidak berkutik. Tadi ketika dia sedang sibuk menyediakan makan malam, Rayqal telah melarikan diri melalui pintu dapur. Dia pun tidak menyedari Rayqal sudah melarikan diri.
“Sejak bila kau jadi bisu ni Luca?” Tanya Hayqal mendatar.
Morio menghulurkan pinggan yang berisi stick daging yang sudah dipotong olehnya tadi. Luka di bahu Hayqal sudah dirawatnya. Nasib baik gunting itu tidak berkarat, kalau tak nanti bernanah la luka Hayqal.
Luca mengangkat wajahnya, “Aku tak perasan dia lari tadi.” Balas Luca serba salah. Dia tidak berani memandang wajah Hayqal, takut nanti Hayqal memarahi dirinya.
“Ouh.” Itu sahaja respon yang diberikan oleh Hayqal. Dia menyuapkan daging ke dalam mulutnya.
Luca memandang Hayqal, tidak pernah lagi Hayqal melepaskan salah satu dari mereka jika mereka membuat salah.
Hayqal menoleh ke arah Luca, “Kau tercegat apa lagi? Makanlah.” Kata Hayqal kepada Luca. Yang lain sudah mula menjamah makan malam mereka, hanya Luca sahaja yang termenung jauh.
Hayqal menghentikan suapannya, “Harraz mana?” Tanya Hayqal apabila kelibat Harraz tidak kelihatan di meja makan.
“Ada dekat ruang tamu, tertidur sebab penat sangat agaknya.” Jawab Lucas.
Hayqal menjuih bibirnya, “Tak payah risau la pasal Harraz. Dia okay je. Risaukan diri kau tu dulu.” Tegur Fack. Bukannya dia tidak tahu Hayqal sedang merisaukan kondisi Harraz. Selepas kejadian tadi, Harraz asyik menangis je. Setelah ditenangkan oleh Fack dan Lucas, akhirnya Harraz terlena di sofa. Dilanda kepenatan mungkin.
Hayqal menghela nafas lega, dia meneruskan suapannya. Lega hatinya jika Harraz tidak mengapa, kalau tidak nanti entah apa yang harus dikatakan olehnya kepada Ed jika sesuatu yang buruk menimpa Harraz.
Bayangan Jazmin yang ketakutan tadi singgah di kepalanya. Jazmin seperti diganggu oleh sesuatu, sesuatu yang menginginkannya. ‘Aku kena selidik latar belakang dia,’ bisik hati Hayqal. Jazmin berkemungkinan akan mengundang bahaya kepada mereka semua, lebih-lebih lagi kepada Harraz.
Teringatkan sahaja Jazmin yang cuba menikam Harraz tadi sudah membuatnya gerun. Nampaknya, dia terpaksa menghantar Harraz kembali kepada keluarganya. Mungkin Harraz akan lebih selamat jika tinggal bersama dengan keluarga kandungnya.
.
Jun menghentikan kenderaannya dihadapan sebuah rumah kayu usang, “Ini ke rumah kau?” Tanya Jun kepada Syaf.
Syaf menganggukkan kepalanya, dia menanggalkan tali pinggang keselamatan, “Terima kasih sebab lepaskan saya dan hantar saya balik. Jasa baik encik ni akan saya kenang hingga ke nafas terakhir saya.” Kata Syaf dengan penuh rasa rendah diri dan hormat terhadap Jun.
Jun membalas senyuman Syaf, “Benda kecil je. Kau masuklah dulu.” Balas Jun.
Entah kenapa, hati Juna berat dan sukar untuk melepaskan Syaf pergi begitu saja. Hatinya berat mengatakan bahawa akan ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Syaf. Syaf menganggukkan kepalanya, dia melangkahkan kaki kanannya ke perkarangan rumahnya.
Tiba-tiba ayahnya, Encik Hisyam menolak dia lalu menyebabkan dia jatuh terduduk di atas tanah. Jun yang baru nak meninggalkan perkarangan rumah Syaf terus terbantut niatnya.
"Aku dah jual kau kan! Kau buat apa lagi balik rumah?” Marah Encik Hisyam. Baru je dia menjual anak daranya itu kepada Along, boleh pula Syaf melarikan diri dan balik ke rumah.
Rambut Syaf dicengkamnya, “Kau ni tak habis-habis nak membebankan aku kan?” Dia melepaskan tamparan berkali-kali ke arah pipi Syaf. Panas barannya langsung tak dapat dibendung. Syaf hanya mampu pasrah dengan nasibnya. Nak melawan, kudratnya tidak sekuat kudrat ayahnya.
Jun keluar dari kenderaannya, dia menerpa ke arah Encik Hisyam. Tangan Encik Hisyam ditahannya, “Berhenti!” Halang Jun.
Encik Hisyam menatap Jun dengan pandangan tajam, “Kau ni siapa? Jangan nak menyibuk hal keluarga aku! Berambus kau dari sini!” Encik Hisyam menghalau Jun.
Jun mengepal penumbuk, rasa amarahnya sudah mencapai tahap maksima. Syaf memegang tangan Jun, kepalanya digelengkan dengan rakus. Dia seperti meminta agar Jun jangan mengapa-apakan ayahnya.
Walaupun lelaki di hadapannya ini ialah ayah kepada Syaf, tapi dia tidak berhak berbuat begitu terhadap Syaf.
Lagipula, tindakannya yang menjual Syaf kepada Lucas itu ialah salah.
Jun menumbuk dagu Encik Hisyam, dia terdorong ke belakang. Seorang wanita berpakaian jarang keluar dari dalam rumah, “Baby!” Wanita itu mendapatkan Encik Hisyam.
“Tina?” Jun mengenali wanita itu. Wanita yang pernah menganggu rumah tangga ibu bapa kandungnya. Wanita itu memandang Jun, lidahnya kelu. Kakinya mula terketar-ketar. Dadanya berdegup kencang.
Jun menapak ke arah Tina, “Kau tak insaf lagi ke Kartina?” Tanya Jun mendatar namun kedengaran seram di telinga Tina. Bila-bila masa sahaja lelaki muda di hadapannya itu boleh meragut nyawanya.
Tina bercadang untuk melarikan diri namun Jun bertindak dengan lebih pantas. Jun menyengkal lengan Tina menyebabkan Tina terjatuh di atas tamah.
Jun mencengkam pipi Tina, “Seronok ke ganggu rumah tangga orang?” Tanya Jun kepada perempuan murahan yang sudah menginjak usia 34 tahun itu.
Tina menggelengkan kepalanya, “A.. aku tak tahu apa yang kau tengah cakap ni.” Kata Tina terketar-ketar.
Tina cuba untuk meleraikan tangan Jun namun makin kuat cengkamannya. Kulit kepalanya terasa seperti nak tercabut dari kepalanya.
Jun tersenyum sumbing, dia mendekatkan bibirnya ke telinga Tina.“Tak tahu atau pura-pura tidak tahu?” Tanya Jun dengan nada separa berbisik. Tangan Jun dimasukkan ke dalam poket, sebilah pisau lipat dikeluarkan.
Syaf dapat menghidu bakal ada kejadian yang tidak diingini olehnya berlaku. Dia berusaha bangun dari tanah walaupun tulang belakangnya sakit kerana terhempas kuat di atas tanah tadi.
“K.. kau nak buat apa?” Tanya Tina ketakutan.
Jun meletakkan pisau tersebut di wajah Tina, “Kalau aku toreh muka kau, lawa tak?” Tanya Jun dengan nada sinis. Dia memandang Tina dengan pandangan serong, lagaknya saling tidak tumpah seperti seorang psychopath yang menginginkan darah.
Tina menggelengkan kepalanya, air matanya mengalir dengan laju, “Jangan! Aku pohon! Aku minta maaf!” Rayu Tina namun tidak dihiraukan oleh Jun.
Encik Hisyam mengambil seketul batu yang besar dan cuba untuk menyerang Jun. Jun menyepak perut Encik Hisyam sehingga dia terdorong ke arah pokok kelapa. Kepalanya terhantuk kuat di batang pokok tersebut sebelum dia tidak menyedarkan diri.
Syaf memegang tangan Jun, “Jangan!” Halang Syaf. Mata sayunya bertentangan dengan mata Jun. Jun mendengus kasar. Tina dilepaskannya.
“Sekali lagi aku nampak muka kau, pecah muka kau aku kerjakan.” Jun memberi amaran keras kepada Tina. Tina bangun dari tanah dan terus berlari masuk ke dalam rumah.
Jun memegang pipi Syaf yang sedikit bengkak, “Sakit?” Tanya Jun prihatin. Syaf menggelengkan kepalanya, “Sikit je.” Senyuman nipis disertakan untuk meyakinkan Jun.
“Kau tinggal dengan aku je. Aku tak nak pisang berbuah dua kali.” Sikap prihatin Jun kadang-kadang membuatkan Syaf hampir jatuh kepada dirinya.
Syaf menggelengkan kepalanya, “Tak boleh. Nanti siapa nak jaga ibu?” Tanya Syaf. Takkanlah dia nak tinggalkan ibunya di rumah ini bersama dengan lelaki tak guna seperti ayahnya? Nanti ayahnya melepaskan kemarahannya kepada ibunya lagi.
“Bawa ibu kau sekali.” Kata Jun. Syaf terdiam seketika. Takkanlah nak membebankan Jun lagi? Ini pun dah cukup membebankan dia. Lagipun, dia bukannya ada hubung kait pun dengan Jun.
“Arghh!” Kedengaran bunyi jeritan dari dalam rumah. “Ibu!” Pantas Syaf berlari mendapatkan ibunya.
“Allahuakbar!” Syaf menutup mulutnya disaat dia lihat Tina sedang menikam perut ibunya menggunakan pisau, habis terburai isi perut ibunya.
Jun berdiri di sebelah Syaf, “Jesus!” Hampir sahaja sisa makanan di dalam perut Jun terkeluar kembali apabila melihat Tina yang sudah hilang kewarasan itu.
Tina menoleh ke arah Jun, dia menerpa ke arahnya. “Mati kau!” Niat Tina ialah menikam jantung Jun namun pisau tersebut tersasul mengenai tulang rusuk Jun.
Jun mengeluarkan pisau kerambitnya lalu leher Tina ditorehnya. Darah segar memancut keluar dari leher Tina, Tina menggelupur di lantai.
Jun menyambar tangan Syaf, “Kita kena pergi sebelum polis datang!” Kata Jun cemas. Dia memegang dadanya sambil berlari ke arah kenderaannya.
Jun menyerahkan kunci kepada Syaf, “Kau drive. Aku dah sakit sangat ni.” Jun mengetap bibir menahan sakit.
Syaf hanya menurut, dia menghidupkan enjin kereta dan memandu ke hospital. Jun memerlukan rawatan segera sebelum darahnya kehilangan dengan lebih banyak. Air mata Syaf merembes-rembes keluar apabila teringatkan ibunya yang ditikam oleh isteri kedua ayahnya tadi.
‘Tak guna punya perempuan! Aku takkan maafkan kau sehingga akhir nafas aku!’ Bentak hati Syaf penuh dendam. Biarpun perempuan jalang itu telah meninggal sekalipun, dendamnya tetap tidak akan terlerai hingga ke akhir nafasnya.
.
Cahaya mentari yang terpantul ke dalam bilik Jazmin telah menyedarkannya dari mimpi indahnya. Tangannya terasa seperti digenggam oleh seseorang. Apabila dia menoleh ke arah gerangan tersebut, debaran di jantungnya semakin laju.
‘Apa lagi mamat miang ni buat dalam bilik aku ni?’ Jazmin cuba menarik tangannya dari genggaman Hayqal.
Hayqal melepaskan tangan Jazmin, “Dah bangun ke?” Tanya Hayqal prihatin. Dia menggeliat untuk membetulkan sendi tulangnya.
‘Dah kenapa dia ni tiba-tiba nak ambil tahu pasal aku?’ bisik hati Jazmin. Jangan cakap yang lelaki ni cuba nak ambil kesempatan ke atasnya! Dia mandulkan lelaki miang ni nanti.
Hayqal tergelak kecil, “Saya bukan Hayqal lah.” Katanya, haih terpaksalah dia mengambil alih watak Rayqal buat sementara waktu agar Jazmin jatuh cinta dengan ‘Rayqal’.
Jazmin kelihatan seperti bingung, “Saya Rayqal, adik kembar Hayqal. Hayqal takde bagitahu ke?” Tanya Hayqal, dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Jazmin.
“Eh eh awak buat apa ni? Tak manis lah haha.” Jazmin mengundur ke belakang, risau dia kalau Rayqal mencium pipinya seperti mana yang Hayqal buat tempoh hari.
Teringatkan Hayqal, kejadian semalam kembali segar di ingatannya. “Astaughfirullah!” Jazmin memegang pipinya yang membahang. Baru dia teringat yang semalam dia telah meluru ke dalam pelukan Hayqal!
Jazmin menoleh ke arah Hayqal, “Erm.. nak tanya sikit boleh?” Pinta Jazmin.
Hayqal tersenyum lebar, “Banyak pun boleh sayang.” Dengan senang hati Hayqal membalas.
‘Erk kenapa aku rasa dia ni annoying gila ek?’ Desis hati kecil Jazmin. Sayang? Belum kahwin lagi dah panggil sayang, takutlah!
“Hayqal mana?”
‘Eh kenapa kau tanya soalan tu Jazmin?’ Terus Jazmin menekup mulutnya.
Hayqal kelihatan terperanjat bila mendengar pertanyaan tersebut, “Hayqal outstation. Mungkin bulan depan baru balik.” Tipu Hayqal. Saja dia nak menduga bagaimana reaksi Jazmin.
Wajah Jazmin kelihatan sedih, ‘Buang tabiat ke?’ Hairan pula Hayqal dengan Jazmin ni. Haritu bukan main tak suka dia, ni tiba-tiba bila berjauhan je rindu.
“Ay takkanlah dah rindu dengan Hayqal? Dengar kata dia pernah cium awak, betul ke?” Usik Hayqal. Seperti sangkaannya, wajah Jazmin bertukar merah dek malu.
Jazmin cuba mengawal reaksi wajahnya, “Ma.. mana ada. A.. awak dengar dari mana ni? Mengarut jelah.” Jazmin tergelak janggal di akhir ayatnya.
‘Macam mana pula dia boleh tahu ni. Ala aib aku tu! Takkan lah mamat tu cerita dekat semua orang?’ Hati Jazmin mula gusar. Kalau semua dalam rumah itu dah tahu cerita itu, memang malulah dia tak tahu nak letak muka dekat mana nanti.
Hayqal mengusap rambut Jazmin, “Nak keluar tak? Saya ingatkan nak pergi supermarket kejap lagi. Nak beli barang dapur sikit.” Tanya Hayqal. Caranya menyerlahkan sikap budimannya yang sebelum ini hanya ditunjukkan kepada Harraz.
Barulah Jazmin menyedari tudungnya tidak tersarung di kepalanya. Terus dia mengambil kain selimut untuk menutupi rambutnya.
Hayqal bangun dari duduknya, “Awak bersiap la dulu. Saya keluar dulu tau. Maaf sebab tak bagitahu awak yang awak tak bertudung tadi. Awak cantik sangat, saya terpana.” Hayqal mengungkapkan isi hatinya.
Jazmin tersenyum janggal, kenapa sikap adik kembarnya jauh berbeza dengan Hayqal? Jangankan dari segi percakapan, perangai pun jauh berbeza macam langit dan bumi.
Tatkala Hayqal keluar, Harraz menerpa masuk ke dalam bilik. Dia terus meluru ke arah Jazmin, “Kakak! Kakak dah okay?” Tanya Harraz risau. Rasa takut Harraz terhadap Jazmin sudah tiada semenjak Jun menceritakan serba sedikit tentang Jazmin kepada Fack dan dia.
Rupa-rupanya, waris keturunan yang sepatutnya turun kepada kakaknya diwariskan kepadanya dan semenjak itu, hidup Jazmin mula berbolak-balik.
Sudah berkali-kali Jazmin berjumpa bomoh untuk membuang saka itu namun gagal. Akhirnya, dia memilih untuk mendekati dirinya dengan Sang Pencipta Yang Maha Esa.
Walaupun gangguan sudah berkurangan, namuan ianya tetap tidak mahu meninggalkan Jazmin. Gangguan akan datang kembali apabila Jazmin tertekan atau diganggu oleh lelaki.
Jazmin menatap Harraz, “Harraz tak marahkan kakak?” Tanya Jazmin. Takkanlah selepas dirinya hampir menikam Harraz semalam, Harraz masih tidak marahkan dirinya? Atau takut ke.
Tangan Harraz yang kecil seperti buah epal bersaiz sederhana itu menggengam tangan Jazmin, “Harraz tahu kakak tak sengaja. Harraz tak marah pun, takut pun tak.” Kata Harraz untuk melegakan hati Jazmin.
Harraz umpama embum di pagi hari, hadirnya sebentar namun mampu mengubah udara pagi menjadi segar dan nyaman. Dan yang penting sekali, kanak-kanak kecil itu tahu menghormati orang yang lebih tua atau berlainan jantina.
Haih, kenapalah dia tidak mempunyai anak saudara yang usianya sebaya dengan Harraz? Kalau tidak, boleh dijodohkan Harraz dengan anak saudaranya kelak.
Share this novel