Jazmin mengoles gincu berwarna soft pink ke bibir munggilnya. Dia membetulkan awning tudungnya, barangannya yang berada di atas meja solek semua dimasukkan ke dalam beg kecil. Bajunya juga sudah dikemas semalam.
Jazmin memegang patung beruang berwarna merah yang terletak di kepala katilnya, “Sudah tiba masa untuk kita berpisah, Taki.” Kata Jazmin kepadanya. Dia memeluk erat patung itu sebelum meletakkannya kembali.
Fack mengetuk pintu dari luar, “Dah siap ke belum?” Tanya Fack kepada Jazmin.
“Dah!” Balas Jazmin dengan kuat, khuatir jika Fack tidak dapat mendengari responnya.
“Aku tunggu dekat bawah.” Kata Fack lalu melangkah ke bawah.
Jazmin menarik bagasinya, dia memandang bilik itu dulu sebelum menguak daun pintu lalu meninggalkan bilik tersebut.
Kebetulan pula tatkala Jazmin sedang menuju ke arah anak tangga, dia terserempak dengan Hayqal yang baru keluar dari bilik Morio. Jazmin menghadiahkan senyuman manis kepada Hayqal. Jantung Hayqal seperti dipanah dengan senyuman itu, dia terpaku seketika.
“Dah nak balik ke?” Tanya Hayqal mendatar. Dia cuba mengawal reaksinya sebaik mungkin, dia tidak ingin Jazmin tahu tentang perasaannya terhadap Jazmin. Jazmin memberi jawapan kepada soalan Hayqal tadi dengan hanya menganggukkan kepalanya, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
Hayqal menundukkan kepalanya sedikit untuk bercakap dengan Jazmin, “Jaga diri.” Katanya lalu senyuman menghiasi wajahnya.
Wajah Jazmin pula yang membahang kerana tindakan Hayqal itu, “A.. awak jangan macam-macam.” Kata Jazmin, dia mengundurkan diri ke belakang untuk menjarakkan sikit jarak mereka.
Semakin Jazmin mengundur ke belakang, semakin Hayqal mara ke hadapan. “Macam-macam? Macam-macam jenis yang macam mana tu?” Sengaja Hayqal mengusik Jazmin sebelum gadis itu berpisah dengan mereka.
Jazmin menolak Hayqal ke tepi, “Dahlah! Pervert!” Katanya, dia menarik bagasinya dan meneruskan langkahnya ke anak tangga.
“Tunggu.” Kata Hayqal yang membuatkan langkah Jazmin terhenti seketika, Jazmin menoleh ke arah Hayqal.
Hayqal melangkah ke arahnya, “Nah. Kau punya.” Hayqal memulangkan kembali rantai milik Jazmin. Rantai yang dia hadiahkan kepada Jazmin beberapa tahun yang lepas.
“Terima kasih.” Ucap Jazmin. Hayqal membalas dengan senyuman. Jazmin terus melangkah pergi meninggalkannya.
‘Biar waktu yang tentu takdir kau dan aku.’ Bisik hati Hayqal, matanya menghantar Jazmin hingga ke pintu utama.
Jika Jazmin ialah jodohnya, insyaallah pasti terlafaz juga nama Jazmin di bibirnya tatkala akad nikah nanti. Biarlah cerita Muhammad Naqib dan Syahida Nafisah terkubur di dalam kenangan mereka berdua.
.
Mata Fack tertancap di jalan raya, “Betul ke kau nak pergi ni?” Tanya Fack. Berat hatinya nak lepaskan Jazmin pergi.
“Betul lah.” Balas Jazmin, dia masih lagi tersenyum.
Fack mengeluh kecil, “Cuba kau cakap, kau nak pergi mana je lepas ni?” Tanya Fack. Sepanjang tempoh Jazmin berada di kediaman mereka, dia sudah menganggap Jazmin sebahagian daripada mereka.
Jazmin terdiam seketika, “Hmm… jadi sukarelawan kot. Atau balik Itali, berkerja dekat syarikat papa.” Balas Jazmin acuh tak acuh. Rancangan keduanya kedengaran seperti bernas juga, boleh dia sentiasa dekat dengan keluarganya.
“Aku membantah rancangan kedua tu.” Kata Fack dengan nada tegas. Dia memang tak gemar jika Jazmin kembali ke Itali, lebih-lebih lagi jika Jazmin nak tinggal bersama keluarganya. Dia tahu dia tiada hak untuk menghalang Jazmin, namun dia tetap juga harus melakukannya.
Rayqal dan Ziqal sudah menyiasat latar belakang ibu angkat Jazmin, Ed juga turut membantu mereka. Setelah diselidik, rupa-rupanya Puan Sri Psychlia ada membela saka. Sakanya pula bukan saka yang biasa-biasa, namun sakanya amat merbahaya. Saka bomoh.
Dan yang amat mengejutkan mereka ialah gerangan yang menghantar sihir kepada Jazmin ialah ibu angkatnya sendiri. Mereka tidak sampai hati untuk memberitahu Jazmin tentang hal itu kerana tidak mahu Jazmin kecewa.
Fack menghentikan kenderaannya di bahu jalan, dia menoleh ke arah Jazmin. “Aku akan aturkan kau untuk tinggal dengan adik aku buat sementara.” Fack membuat keputusan untuk Jazmin.
Wajah Jazmin sudah mencuka, “Tapi kenapa?” Tanya Jazmin dengan nada tidak berpuas hati.
“Aku tak boleh bagitahu kau, tapi kali ni je. Tolong percayakan aku.” Pinta Fack, matanya jelas menunjukkan keikhlasan dan ketulusan dari hatinya.
Jazmin menghela nafasnya, “Baiklah.” Jazmin bersetuju dengan rancangan Fack. Jika rancangan itu membawa kebaikan dan bukan keburukan untuknya, mengapa pula dia harus menolak?
Fack kembali memandu, kenderaannya meluncur dengan kelajuan sederhana.
Keadaan di antara mereka berdua sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah dentuman lagu dari radio. Mulut Jazmin turut mengalunkan lagu tatkala lagu Demi Kita yang dinyanyikan oleh Ismail Izzani berputar di radio.
“Nak tanya sikit boleh?” Tanya Fack kepada Jazmin yang sedang asyik melayan perasaannya.
“Tanyalah.” Jazmin mengurangkan volume radio agar tidak menganggu perbualannya dengan Fack.
“Nama sebenar kau bukan Jazmin kan?” Tanya Fack, nadanya semakin lama semakin sayup.
Jazmin menoleh ke arah Fack dengan wajah pelik, “Kenapa awak cakap macam tu?”, Tanya Jazmin, dia sedang cuba menahan tawa. Bukan soalan Fack yang membuatnya ingin tergelak, tapi bagaimana Fack boleh tahu bahawa ‘Jazmin’ itu bukan nama sebenarnya yang ingin membuatkan dia tergelak.
“Naqib. Muhammad Naqib. Kau kenal kan?” Soalan Fack membuatkan Jazmin tercengang dan tergamam. Dia tidak pernah membongkarkan tentang Naqib kepada sesiapa pun, baik ibunya atau ayahnya, Jun lagilah.
“Macam mana awak boleh tahu pasal dia?” Tanya Jazmin dengan nada yang sedikit tinggi kerana terkejut. Haritu ketika Rayqal ingin menuntut cerai, dia juga ada menuliskan nama Naqib di atas nota kecil. Kali ini Fack pula. Bagaimana mereka berdua boleh kenal Naqib?
“Naqib yang kau tercari-cari tu salah satu daripada kitorang. Cuma Naqib dah tukar nama semenjak dia tinggal dengan keluarga angkat dia.” Terang Fack.
Jazmin tertawa, “Awak ni lawaklah. Pandai berul awak reka cerita.” Kata Jazmin. Serius betul dia mendengar cerita dari Fack itu, rupa-rupanya Fack sedang berjenaka dengannya.
“Ini bukan gurauan. Aku serius.” Jazmin melirik ke arah Fack, wajahnya kelihatan tegang. Ya, dia tidak bergurau.
Jazmin memegang stereng kereta, “Kalau macamtu, kita pusing balik.” Fack tidak sepatutnya memberitahu keberadaan Naqib. Hati Jazmin sudah meronta-ronta ingin segera kembali ke kediaman mereka dan mencari Muhammad Naqibnya.
Fack menepis tangan Jazmin, “Jangan peganglah! Bahaya!” Marah Fack. Jazmin menyandar kembali di tempat duduknya, wajahnya mencuka.
Lampu isyarat bertukar merah, Fack memijak brek. “Aku tahu kau dah tak sabar nak jumpa Naqib, tapi demi keselamatan kau, kau kena tinggal dengan adik aku buat sementara.” Fack berubah menjadi seorang yang budiman.
“Tapi kenapa?” Tanya Jazmin dengan nada yang sedikit meninggi.
“Rasanya Naqib pernah bagitahu kau pasal adik tiri dia kan?” Soal Fack mendatar. Jazmin menganggukkan kepalanya. Sememangnya Naqib pernah memberitahunya tentang adik tirinya.
“Kalau kau nak dapatkan Naqib, dia akan jadikan kau sebagai sasaran dia. Aku tak nak kisah kau dengan Naqib berakhir dengan tragis.” Kata Fack. Selaku seorang kawan kepada Naqib, dia tidak ingin melihat kisah cinta Naqib dan Jazmin berakhir begitu sahaja.
Jazmin menoleh ke arah Fack, “Sebenarnya… Naqib tu awak kan?” Teka Jazmin. Kenapa Fack tiba-tiba mengambil berat tentangnya? Bukan main prihatin lagi dia tengok si Fack ni. Jangan-jangan Naqib yang selama ini yang dicari olehnya ialah Fack.
Fack mengetuk kepala Jazmin dengan jarinya, “Kesitu pulak kau. Aku ni Fack tau, Fadzlin Cascel Kelvin. Muka aku ni nampak macam muka orang yang bernama Naqib ke?” Soal Fack kepada Jazmin.
‘Kita nak tolong dia dengan Naqib, boleh pulak dia salah faham kita ni Naqib. Aku campak dalam gaung kang, merana lah.’ Gumam hati Fack. Nasib baik Jazmin ini ialah Nafisah, kalau bukan Nafisah memang dah lama dia campak ke dalam gaung.
“Habistu, kalau bukan awak. Siapa?” Tanya Jazmin. Eee apa yang susah sangat nak bagitahu siapa Naqib ni? Cakap jelah, bukannya nanti dia akan kena bunuh sebab bongkarkan siapa Naqib pun.
“Tak boleh tu tak boleh la.” Fack tetap bertegas tidak mahu membongkarkan identiti sebenar Naqib.
Jazmin teringat akan kelakuan Hayqal yang aneh dengannya sejak akhir-akhir ini, “Hayqal? Naqib tu Hayqal kan?” Tanya Jazmin.
Fack terdiam seketika, “Bukan. Dah. Tak payah tanya banyak. Kita dah sampai.” Kata Fack.
Jazmin memandang ke hadapan. Sebuah banglo besar tersergam indah di hadapannya. Fack turun dari perut kereta lalu mengambil bagasi Jazmin yang berada di dalam bonet kereta.
Fack menekan loceng, tidak sampai 2 minit, terus ada seorang gadis berlari keluar. “Ya cari siapa?” Tanya gadis itu. Wajahnya terus berubah ceria apabila melihat wajah Fack muncul.
“Abang ngah!” Terus Fack dipeluknya erat untuk melepaskan rindu. Rindunya dia dengan abangnya. Kali terakhir mereka bertemu ialah enam bulan yang lepas, itu pun sekejap je mereka bertemu. Fack membalas pelukan adiknya.
“Rindu abang ngah!” Ujar gadis itu, dia meleraikan pelukannya. Matanya terhala ke arah Jazmin yang sedang berdiri di belakang Fack. Sejuk matanya melihat Jazmin.
“Siapa ni? Bakal kakak ipar adik ke?” Tanya adiknya dengan teruja. Jazmin sudah tersenyum janggal, memang lambat lagi la dia nak beripar dengan adik Fack ini. Bukan tidak suka dengan Fack, tapi dia tidak mahu.
“Eh bukan kakak ipar adik lah.” Fack menidakkan kata-kata adiknya, jadi jenazah lah dirinya nanti jika Jazmin dijadikan isterinya. Mahu berperang dengan Hayqal selama 7 keturunan nanti.
“Habistu?” Soal adiknya, adiknya tersenyum sumbing. Ala kesitu pula adik dia ni, orang belum sempat cakap lagi dah buat andaian sendiri.
“Faaeqa, kenalkan ni Jazmin, kakak Jun. Jazmin, kenalkan ni adik aku, Faaeqa.” Fack memperkenalkan mereka berdua.
“Ni ha, abang nak tinggal dia dekat sini buat sementara waktu, boleh?” Fack menyatakan tujuannya yang sebenar ke sini. Harap-harap adiknya bersetujulah. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak tahu dimana lagi boleh dia tinggalkan Jazmin.
Laju sahaja adiknya menganggukkan kepala, “Mestilah boleh!” Balas adiknya dengan teruja. Dia terus merampas bagasi Jazmin yang dipegang oleh Fack.
“Akak, jemputlah masuk!” Faaeqa menjemput Jazmin untuk masuk ke dalam.
Fack mengerutkan wajahnya, “Aik? Dia je? Habis abang ni?” Tanya Fack berbaur nada cemburu.
“Abang tak boleh. Blerk.” Faaeqa menjelir kepada Fack sebelum menutup pintu pagarnya.
“Amboi adik aku ni. Kurang asam betul.” Kata Fack, dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Dia masuk ke dalam perut keretanya kembali.
Azan zuhur berkumandang tatkala Fack melewati masjid. Dia mematah balik ke masjid tadi lalu singgah di sana untuk menunaikan solat.
Walaupun dimata manusia, Fack ialah seorang pembunuh yang kejam dan angkuh, tidak mengingati Sang Pencipta Yang Maha Esa, namun hakikatnya Fack bukanlah orang yang begitu. Dia tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, cuma kerana pekerjaannya, dia tidak dapat berhenti daripada membunuh.
Share this novel