Bab 19

Drama Series 2228

“Jun! Wait!” Clara berdiri di hadapan Jun untuk menahannya.

Jun berpeluk tubuh, “Kau nak apa lagi? Office hour dah habis kan?” Kedengaran nada tidak puas hati Jun.

Clara memegang tangan Jun, “Teman aku kejap, aku nak bawa kau pergi satu tempat ni.” Kata Clara dengan teruja.

Jun mendengus kasar, “Aku penatlah! Kau ajak jelah Moses tu.” Tolak Jun kasar. Macamlah dia peduli sangat tentang pembantu peribadinya ni, asyik nak melekat je dengan dia. Macam belangkas, naik muak Jun dibuatnya.

Wajah Clara kelihatan kecewa, “Se.. sebenarnya aku ada benda nak cakap ni.” Clara menundukkan wajahnya, dia tidak berani memandang wajah Jun.

Jun melirik ke arah jam tangannya, “Kau boleh cepat tak? Masa aku mahal tau. Kalau kau tak nak cakap, kau blah.” Kata Jun mendatar.

Makin terluka hati Clara dibuatnya, Clara terdiam sepi selama 3 minit. Tanpa banyak kata, Jun terus meninggalkan Clara di situ sendirian. ‘Membazirkan masa aku betul.’ Bentak hatinya.

“Aku suka kau!” Kedengaran jeritan Clara menyapa gegendang telinganya. Dia hanya menoleh ke arah Clara sekilas lalu meneruskan langkahnya.

Moses menepuk-nepuk bahu Clara, “Lupakan jelah. Dia takkan kisah pun tentang perasaan kau tu.” Nasihat Moses. Dia mengusap-usap kepala Clara.

‘Itulah, aku yang suka dekat kau ni tak pernah pula kau nak terkejar-kejarkan. Si Jun tu jugak yang kau nakkan.” Komen hati kecil Moses yang cemburu dengan pengakuan yang dibuat oleh Clara tadi kepada Jun.

Terasa air mata mengalir membasahi pipi Clara, “Eh kau nangis ke?” Tanya Moses cemas. Pantas dia berlari masuk ke dalam pejabatnya dan mencapai kotak tisu yang terletak di atas meja.

Moses menarik sekeping tisu lalu mengelap air mata Clara yang tumpah tadi, “Wei janganlah nangis. Aku mana pandai nak pujuk orang.” Kata Moses cuak. Mana tak cuaknya kalau rakan sekerjanya yang lain sudah memandang mereka berdua dan mula berbisik antara satu sama lain.

Clara menepis tangan Moses, “Tak payah nak pura-pura baiklah dengan aku!” Marah Clara.

Dia menarik keluar sekeping envelope yang berisi surat perletakan jawatannya dari poketnya lalu dihulurkan kepada Moses. “Esok kau bagi dekat Jun.” Clara terus berlalu ke mejanya.

Barang-barangan Clara sudah dikemasnya dari awal lagi. Dia dah tak sanggup nak terus mendampingi lelaki itu. Perasaannya terhadap Jun yang sudah disimpan selama tiga tahun diremukkan oleh Jun begitu saja.

‘You deserve better Clara.’ Clara memberi kata semangat untuk dirinya. Dia cuba tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Dari jauh, Moses memerhatikan Clara. Senyumannya pudar, wajahnya jelas tidak ceria. Sanggup Clara berhenti kerja kerana cintanya ditolak oleh Jun.

Selama ini, Clara tidak pernah pun menyedari perasaan Moses terhadapnya. Walaupun sudah berkali-kali Moses berikan petunjuk kepada Clara, namun Clara tetap membutakan matanya.
Apakan daya, cinta tak mampu dipaksa. Kalau dipaksa sekalipun, bahagia tidak akan hadir.

.

Rayqal melutut di hadapan Hayqal, “Along, tolonglah. Aku rayu sangat, bagilah aku kahwin dengan dia.” Rayqal masih tidak berhenti mencuba untuk memujuk Hayqal agar mengizinkan perkahwinannya dengan Jazmin.

Hayqal memicit-micit kepalanya yang berdenyut, “Kau ni dah kenapa sebenarnya Naqib Daniel Bin Sulaiman?” Hayqal sudah menggunakan nama sebenar Rayqal, Naqib Daniel. Nampaknya, kesabarannya sudah mencapai tahap maksima.

“Haritu kan kau yang nak aku kahwin dengan dia. Ni kenapa tiba-tiba kau halang aku dari kahwin dengan dia?” Soal Rayqal dengan nada tidak berpuas hati. Haritu bukan main beria abangnya nak jodohkan dia dengan Jazmin, sekarang tiba-tiba nak menghalang pula.

Hayqal menyilangkan kakinya, “Kau suka dia?” Tanya Hayqal mendatar. Pantas Rayqal menganggukkan kepalanya.

“Kau cintakan dia?” Tanya Hayqal lagi.

“Cinta boleh dipupuk selepas berkahwin.” Jawab Rayqal spontan dan mendatar.

“Kalau itu jawapan yang diberikan oleh kau, kau tak boleh kahwin dengan dia.” Jawapan yang diberikan oleh adiknya kedengaran tidak masuk akal langsung baginya.

Rayqal bangun berdiri dengan menahan marahnya, “Kenapa tak boleh? Bukan ke zaman dulu pun parents yang aturkan jodoh? Lepastu belajar mengenali dan mencintai pasangan selepas berkahwin. Kenapa aku tak boleh?” Soal Rayqal dengan berang.

“Bila aku cakap tak boleh tu tak boleh lah! Kau jangan banyak soal!” Hayqal memarahi adiknya dengan nada yang semakin tinggi.

Morio dan Ziqal yang berada di balik pintu keluar dari situ lalu menahan mereka berdua, “Enough. Ini ke yang kau berdua maksudkan, berbincang elok-elok?” Soal Morio dengan nada yang sudah mencecah zon jerkah.

Hayqal dan Rayqal berpandangan sesama sendiri. “Duduk.” Arah Morio kepada mereka berdua.

“Haa reti pun duduk.” Kata Morio setelah mereka berdua duduk di atas sofa.

“Cuba cakap, sebab apa korang nak bergaduh sampai perlu terjerit-jerit ni?” Kata Morio. Hayqal mengisyaratkan kepada Rayqal untuk menerangkan keadaan mereka.

Rayqal mengherot mulutnya ke kiri dan ke kanan sebelum memulakan ceritanya, “Haritu Hay cakap nak kahwinkan aku dengan Jazmin tu. Ni tiba-tiba tak bagi aku kahwin dengan dia pulak. Aku siap melutut merayu sebab nak kahwin tapi dia tetap tak nak bagi.” Jelas Rayqal jujur.

Tawa Morio hampir terhambur, dia ingatkan bergaduh sebab kawasan pengaruh, rupa-rupanya sebab seorang perempuan. “Kau suka dia ke Hay?” Tanya Morio kepada Hayqal. Hayqal menggelengkan kepalanya untuk menidakkan persoalan Morio.

Morio menoleh ke arah Rayqal, “Kau… suka Jazmin?” Soalnya. Pantas Rayqal menganggukkan kepalanya. Senyuman lebar juga turut terhias di wajahnya.

Ting tong. Kedengaran bunyi loceng rumah menandakan ada tetamu berkunjung ke rumah mereka.

“Fack dah balik ke?” Tanya Morio kepada Ziqal.

“Fack baru pergi semalam, kau biar betul dah balik? Bapak awal.” Kata Ziqal dengan nada tidak percaya.

Luca yang sedang menyediakan makan tengah hari terus keluar dari dapur dan membuka pintu untuk melihat siapa yang berkunjung ke kediaman mereka, “Kau?”

Iris tersenyum janggal melihat Luca yang sedang berdiri di hadapannya, “Erm… Hayqal ada?” Tanya Iris mendatar.

“Masuklah.” Luca mempelawa Iris untuk masuk.

Morio kelihatan terperanjat dengan kehadiran Iris di kediaman mereka, “Kau buat apa datang sini?” Soal Morio yang diselubungi tanda tanya.

Iris berdiri di hadapan Hayqal, “Saya ada sesuatu yang penting nak bagitahu awak.” Kata Iris dengan wajah serius.Hayqal tidak membalas kata-kata Iris, dia hanya menunggu Iris menceritakan ‘hal penting’ yang dibawa olehnya.

“Jazmin tu bukan orang baik. Dia tu nampak je tudung labuh, alim macam ustazah. Tapi sebenarnya, perangai dia tu mengalahkan syaitan!” Kata Iris bengang.

Rayqal bangun dari duduknya, dia menolak bahu Iris, “Apa yang kau merepek ni sial?” Marah Rayqal. Morio menarik tangannya untuk menghentikannya daripada membuat perkara yang bakal mendatangkan akibat yang buruk kepada Iris.

“Saya tak tipu awak. Demi Allah! Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, Jazmin berzina dengan bekas tunang dia!” Iris sampai mengangkat tangan kanannya untuk mengangkat sumpah.
Hayqal mengerling ke arah Rayqal, mereka sepertinya sedang membincangkan sesuatu menggunakan cara tersendiri mereka.
Hayqal menjongketkan kening kanannya, Rayqal pula menganggukkan kepalanya. Rayqal berdiri lalu menekup mulut Iris dengan sapu tangan yang sudah diletakkan ubat penenang olehnya.

Iris meronta-ronta untuk dilepaskan sebelum dia tidak sedarkan diri, Rayqal kemudiannya mengikat tangan Iris menggunakan tali lehernya.
Ziqal kelihatan buntu melihat kejadian yang sedang berlaku di depan mereka ini.  “Tak, apa semua ni?” Tanya Ziqal bingung.

“Kau rasa logik ke member dia tahu lokasi rumah kita ni?” Tanya Morio kepada Ziqal. Ziqal menggelengkan kepalanya. Memang tak logiklah sebab haritu semasa mereka menghantar Iris pulang pun, mata Iris ditutupi dengan sehelai kain hitam.

“Perangkap?” Tanya Ziqal yang baru dapat mentafsir kejadian tersebut. Mereka bertiga menganggukkan kepala.

Rayqal tersengih seperti kerang busuk, “Jadi.. boleh ke tak ni aku nak kahwin dengan Jazmin?” Tanya Rayqal, matanya bersinar dengan cahaya harapan.

Wajah Hayqal tegang, namun kemudiannya senyuman terukir di wajahnya. “Boleh, esok kita fly pergi Itali.” Kata Hayqal mendatar.

“Yeay!” Rayqal terus menjerit kegirangan, pipi abangnya dikucupnya berkali-kali. Terus Morio menarik Rayqal, “Enough. Kau dah overdose ni.” Kata Morio. Risau kadang-kadang dengan perangai Rayqal ni. Nanti tak pasal-pasal orang salah faham ingat dia tak lurus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience