Bab 2

Drama Series 2228

Hayqal berpeluk tubuh melihat Fack yang sedang menggendong Jazmin, “Kau culik budak tabligh mana ni?” Tanya Hayqal mendatar. Walaupun nadanya mendatar, namun wajahnya kelihatan serius dan tegas. Dia sepertinya tidak menyenangi kewujudan Jazmin di villa mereka.

“Tabligh apa nya Hay? Aku bawak balik anak ayam untuk Ed haa, kalau kau free nanti bawa lah dia pergi jumpa Ed, mana tau masyuk ke nanti.” Ziqal berdekah selepas menghabiskan ayatnya. Sangkanya jenakanya itu disambut hangat oleh yang lain, namun mereka hanya memandang Ziqal dengan jelingan maut.

Ziqal menggaru kepalanya yang tidak gatal, “Tak lawak ek?” Tanya Ziqal. Sekali lagi, dia dipulaukan oleh mereka yang lain. Akhirnya, dia memilih untuk berdiam diri.

Hayqal mengangkat wajah Jazmin yang terhumbam di bahu Fack, darah merah pekat masih lagi mengalir dari dahi Jazmin, “Lawa tapi sayang, ada luka dekat sini. Lupakan jelah, Ed tak terima orang yang ada parut. Kau get ready kafankan dia jelah.” Perli Hayqal dengan nada yang sinis. Sebenarnya bukan dia memerli sangat pun. Cuma sayanglah, perempuan di hadapannya ini sudah cantik, dari segi aurat pun sempurna je dia jaga.

‘Manusia macam dia ni tak layak dibuat pelacur, wanita seperti dia ni layaknya disayangi oleh seseorang yang menyayanginya.’ Bisik hati Hayqal.

Tidak dinafikan, wajah polos gadis itu telah berjaya menarik perhatiannya. Namun takkan dia lupakan peristiwa hitam yang berlaku di masa lalu. Biarlah dia membujang sampai ke hari tua, ‘Well, aku akan tetap kacak walaupun dah tua. Forever young.’ Sempat je dia memuji dirinya di dalam hatinya.

Fack meneliti wajah tegang Hayqal, ‘Aik? Muka bukan main tegang, tapi hati tu dah travel ek.’ Perli hati Fack. Hayqal tu nampak je dingin seperti ais tapi hakikatnya dalam hati tu hangat je.

“Kau nak buat apa je dengan budak ni?” Tanya Hayqal.

Fack menyerahkan Jazmin kepada Luca untuk dibawa masuk ke bilik rawatan. “Nak rawat luka dia dulu, lepas tu mungkin terpaksa bagi dia tinggal dengan kita dulu.” Jelas Fack.

“Tak boleh! Lepas rawat luka dia, terus hantar dia balik.” Bangkang Hayqal. Hayqal mana boleh kalau ada kelibat perempuan dalam kediaman mereka. Tambahan pula Hayqal tidak suka dengan makhluk yang bernama perempuan.

“Aku pun tak boleh jugak kalau nak hantar dia balik. Dia dah kena buru dengan polis sebab adik kesayangan kita semua ni.” Fack melirik ke arah Harraz yang sedang menundukkan kepalanya.

Hayqal menunduk ke arah Harraz, “Harraz dah buat apa sampai dia kena buru dengan polis?” Tanya Hayqal lembut.

Harraz mengangkat wajahnya memandang Hayqal, “Ha.. Harraz tembak kawan akak tu.” Balas Harraz jujur.

“Siapa yang bagi dia pistol ni?” Tanya Hayqal kepada Fack, Fack menghenjut bahu tanda tidak tahu.

Ziqal menayangkan wajah pura-pura tidak ambil tahunya. Terus kepalanya dipukul oleh Hayqal menggunakan majalah, “Siapa suruh kau bagi Harraz pistol kau?” Marah Hayqal.

Harraz menarik tangan Hayqal, “Abang Hayqal, janganlah marah abang Haziq. Harraz yang curi-curi ambil pistol tu, bukan abang Haziq yang sengaja bagi.” Rayu Harraz dengan muka menagih simpati.

Hayqal berhenti memukul kepala Ziqal, “Kalau ada kali kedua lagi, aku mandulkan kau.” Hayqal memberi amaran keras kepada Ziqal.

Harraz menarik tangan Hayqal sekali lagi, Hayqal menjongketkan keningnya, “Boleh Harraz nak kakak tu tinggal dengan kita tak?” Pinta Harraz.

Hayqal mengerutkan dahinya, “Untuk apa?” Hairan pula dia dengan Harraz ni, selama ini tak pernah pula tengok dia berminat dengan mangsa-mangsa yang mereka bawa balik ke sini.

“Harraz... suka kakak tu.” Wajah Harraz bertukar menjadi merah bak tomato setelah menghabiskan ayatnya. Hayqal tersengih melihat muka malu-malu kucing Harraz itu, alahai comel!

Hayqal mengusap kepala Harraz, “Boleh. Harraz simpan je dia dekat sini ya? Boleh buat jadi bibik untuk tolong abang Luca memasak.” Kata Hayqal, hidung Harraz dicuitnya.

Harraz menggelengkan kepalanya, “Eh bukan untuk dijadikan bibik la abang Hayqal!” Marah Harraz. Jazmin mana boleh dijadikan bibik!

Hayqal mengherot-herotkan mulutnya ke kiri dan kanan, “Habistu, Harraz nak buat apa?” Tanya Hayqal hairan. Apa je yang boleh dibuat oleh Jazmin selain daripada jadi bibik? Takkanlah..

“Isteri abang Hayqal!” Tersedak Hayqal dek jawapan spontan Harraz itu.

Terbuntang matanya memandang Harraz, “Harraz, Harraz demam ke?” Tanya Hayqal. Risau kadang-kadang dengan adik lelaki Ed ni.

Harraz menggelengkan kepalanya, “Betullah, untuk abang Hayqal la. Nanti abang Hayqal kahwin dengan kakak tu, Harraz dapat anak saudara. Nanti Harraz dah ada kawan lah!” Beria Harraz menjawab pertanyaan Hayqal itu.

Hayqal dah terbatuk-batuk dek jawapan yang diberikan oleh Harraz itu, mereka yang lain pula masing-masing menahan tawa.

‘Takut perempuan lagi, padan muka.’ Bisik hati Ziqal, puas hatinya melihat abang sepupunya yang diusik oleh Harraz.

Hayqal memegang bahu Harraz, “Harraz kena tahu, abang tak boleh kahwin dengan perempuan tu. Abang kena tunggu seseorang.” Dengan lembut Hayqal menolak cadangan ‘bernas’ dari Harraz tadi.

Wajah Harraz kelihatan sedikit kecewa, namun pantas dia mengawal wajahnya. Dia menghulurkan jari manisnya kepada Hayqal, “Tapi, kalau orang tu tak muncul, abang janji dengan Harraz yang abang akan kahwin dengan kakak tu. Boleh?” Pinta Harraz.

Tanpa ragu-ragu, Hayqal menganggukkan kepalanya dan membuat pinky promise dengan Harraz.

Hayqal menumbuk bahu Ziqal, “Got to go. Aku ada hal sikit.” Hayqal terus masuk ke dalam perut lamborghini aventador S kuning miliknya.

Pedal minyak dipijak Hayqal, deruan ekzos kenderaannya mengaum kuat. Laju keretanya meninggalkan perkarangan kediaman mereka.

“Memang aku je ke yang rasa abang sepupu aku ni poyo?”tanya Ziqal yang sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati dengan Hayqal yang sudah memukul kepalanya tadi.

“Sebenarnya kau pun dua kali lima je.” Buat kali kedua, kepala Ziqal dipukul oleh Lucas, adik kembar Luca.

“Itu la tu. Kau kalau dekat belakang Hay bukan main kau kutuk dia, kalau depan dia pergh. Macam tikus.” Morio menyindir Ziqal dengan nada mendatar.

“Kau ni memang takde akhlak ke Morio?” Tanya Ziqal, ada jugak anak orang yang kena sunat dengan dia nanti.

Morio memalingkan wajahnya ke arah Ziqal, “Kau tengok muka aku ni macam ada akhlak ke?” Morio membalas pertanyaan Ziqal tadi dengan satu pertanyaan yang lain. Dia terus melangkah masuk ke dalam.

Ziqal mengetap bibirnya, bengang pula dia dengan perangai Morio ni. ‘Tahu nak menyakitkan hati orang je!’ Bentak hatinya bengang

Share this novel

Atirah Zakaria
2021-05-17 17:28:31 

Harraz ni adik siapa sebenarnya?


NovelPlus Premium

The best ads free experience