Bunyi besi yang berlaga sesama sendiri menyedarkan Jazmin dari pengsannya, “Dah bangun?” Kedengaran suara Encik Sulaiman menyapa gegendang telinganya. Dia mencelik matanya seluas mungkin.
“Kau nak apa?” Tanya Jazmin dengan agresif. Matanya mencerlung memandang Encik Sulaiman. Lelaki itu sedang memegang sebilah pisau di tangan, dia kelihatan sedang mengasah pisau itu.
Encik Sulaiman memegang wajah menantunya, “Jangan risau, abah nak cuba kamu je.” Katanya dengan senyuman miang terhias di muka. Jazmin cuba menendang ayah mertuanya namun dia baru sedar dia digari di dinding.
Encik Sulaiman mencuit hidung Jazmin, “Alolo garangnya dia. Janganlah garang, nanti abah denda kamu.” Dia tertawa seperti seorang insan yang sudah kehilangan akal, lalu wajahnya kembali tegang.
Jazmin menolehkan wajahnya ke kanan, “Jangan sentuh aku lah bodoh!” Marah Jazmin. Dasar tua bangka tak guna, aku tengah mengandung pun dia nak buat benda bukan-bukan. Manusia macam ayah mertuanya ini takkan ada kesudahan yang baik!
Encik Sulaiman memulakan aktivitinya dengan merentap tudung Jazmin, dia menghidu bau tudung itu terdahulu. “Hmm wangi!” Dia tersengih lebar menampakkan barisan giginya yang tidak rata dan sudah kekuningan, dah macam tak gosok gigi berbulan-bulan.
“Kau nak buat apa ni bodoh?” Tanya Jazmin ketakutan. Kalau sakanya masih ada, mungkin ia dapat membantu Jazmin di waktu genting sebegini.
Encik Sulaiman menyisir rambut Jazmin dengan tangannya, “Nak berseronok dengan kamu lah.” Katanya, rambut panjang Jazmin dihidunya. ‘Wangi!’ Aroma shampoo dan sabun mandian Jazmin menghairahkannya.
Tatkala wajah Encik Sulaiman berada tepat di hadapan Jazmin, dia mengigit hidung kempis lelaki itu. “Tak guna!” Terus Encik Sulaiman menampar pipi menantunya.
Jazmin tersenyum puas, “Padan muka kau anak haram!” Jerit Jazmin. Kalau tahu perkara sebegini bakal berlaku, dia akan membunuh je ayah mertuanya dari awal.
Arwah papanya pernah pesan, ‘Jangan bagi sesiapa pijak kepala atau buli anak papa ni. Kalau diorang buat juga, papa nak kamu balas balik apa yang diorang buat tanpa belas kasihan.’ Sampai hari ini dia masih berpegang teguh pada prinsip itu.
Encik Sulaiman mencengkam leher Jazmin, “Kau jangan ingat aku tak berani nak bunuh kau!” Ugutnya, tangannya terketar-ketar kerana menahan amarah.
Jazmin mendengus sinis, “Kau cubalah. Suami aku akan bunuh kau.” Kata Jazmin. Cengkaman dilehernya seperti langsung tidak menyukarkan pernafasannya atau membebankan dia.
“Kau!” Encik Sulaiman menumbuk perut Jazmin.
Terbungkam luas mata Jazmin, “Allahuakbar!” Perutnya terasa senak.
Encik Sulaiman tergelak seperti dirasuki syaitan, “Sakit? Nak lagi?” Tanya Encik Sulaiman, reaksi wajahnya membuatkan rasa benci di dalam hati Jazmin terhadapnya semakin menebal.
“Kau.. tak.. guna!” Kata Jazmin tersekat-sekat. Dia dapat merasakan ada cecair mengalir di celah pehanya.
Encik Sulaiman tersenyum sinis, dia menumbuk lagi perut Jazmin sebanyak tiga kali. “Aku memang tak guna, sebab tu mak suami kau mampos disebabkan aku!” Habis mengatakan ayat itu, dia tergelak lagi.
Darah merah yang mengalir tadi membasahi lantai, Encik Sulaiman menyelak skirt kembang Jazmin. “Ala, abah belum mula lagi kamu dah berdarah. Meh abah cuba ya?” Dia bermain-main dengan peha gebu Jazmin.
Jazmin mengerakkan kakinya, “Jangan.. sentuh aku lah... b*bi!” Bentak Jazmin. Encik Sulaiman tergelak melihat reaksi menantunya, brutal dan ganas. Tapi dia suka, mencabar!
Encik Sulaiman berdiri tegap, wajah Jazmin disentuhnya. “Janganlah ganas sangat. Kalau kamu dengar kata, abah janji abah bagi hadiah untuk kamu.” Katanya.
Memang sah ayah mertua dia ini dah gila, memang sah! Anak yang sedang dikandungkan oleh Jazmin itu ialah cucunya namun sanggup dia buat tindakan yang mampu mengugurkan kandungan Jazmin.
Pintu ditendang oleh Hayqal. Mata Encik Sulaiman dan Jazmin terhala ke arahnya, “Amin Sulaiman bin Imran Syahir! Kau memang ayah tak guna!” Jerit Hayqal, pistol di tangannya diacukan ke arah ayahnya.
Encik Sulaiman memegang badan menantunya, “Badan bini kau ni, walaupun tengah mengandung pun tetap mantap. Abah geram lah.” Encik Sulaiman mengigit bibir bawahnya untuk menunjukkan gaya seksinya. Nak saja Jazmin muntah melihat gaya itu.
Mata Hayqal tertancap pada darah yang membasahi lantai, “Sulaiman! Kau memang binatang!” Hayqal tidak menembak ayahnya terus, sebaliknya dia mengeluarkan pisau lalu menyerang ayahnya. Dia akan menyeksa lelaki itu terlebih dahulu sebelum dia menamatkan riwayat ayahnya, biar dia merasai kesakitan yang dia lakukan kepada isterinya!
Hayqal menghayunkan pisau kerambitnya ke tubuh badan ayahnya, pisau itu dibenamkan ke perut Encik Sulaiman berulang kali.
Encik Sulaiman memegang tangan anaknya, “Kau ingat kau sorang je ke ada?” Tanya ayahnya. Di balik kesakitan yang dirasai, dia masih boleh tersenyum jahat. Dia mencapai pisaunya lalu ditusuk ke perut anak lelakinya.
Rayqal dan Ed menerpa masuk, Ed menutup mulutnya apabila melihat keadaan Jazmin. “Astaughfirullah!” Kata Ed. Gila! Tergamak ayah mertuanya melakukan perkara sebegitu kepada menantu sendiri.
Rayqal bertinggung di sebelah ayahnya, “Masa kau dah tiba.” Kata Rayqal dengan wajah beku. Dia mengeluarkan pisau rambonya yang tumpul, sengaja dia memilih pisau yang tumpul agar ayahnya dapat merasai kesakitan yang teramat sebelum nyawanya terputus.
“Kirimkan salam aku dekat Izrail.” Rayqal menghiris leher ayahnya tanpa belas kasihan.
“Maaflah, pisau aku tumpul. Kau tahan ya? Lima kali hiris lagi matilah ni.” Kata Rayqal lalu meneruskan torehannya yang kedua.
Jun menerpa ke arah kakaknya sebaik tiba di situ, “Oh sh*t!” Jun membantu Ed untuk membuka gari. Setelah berjaya, Jun terus mendukung kakaknya lalu dibawa keluar.
Fack membuka pintu kereta, Jun terus masuk ke dalam perut kereta bersama dengan kakaknya. “Fack, hospital now!” Kata Jun. Tangannya menguak anak rambut Jazmin yang terjuntai di dahi.
Mata Jazmin sudah hampir terkatup, Jun menampar lembut pipi Jazmin. “Akak, tolong jangan tidur! Please!” Pinta Jun. Air matanya merembes-rembes keluar. Dia sudah tidak mahu kehilangan orang-orang yang penting baginya.
“Sa.. kit...” kata Jazmin tersekat-sekat.
Jun memegang wajah kakaknya, “Tahan ya? Kita dah nak sampai hospital. Sekejap je lagi.” Kata Jun. Jazmin tidak membalas, perutnya terasa sangat sakit.
Tangannya cuba menyentuh perutnya, terus Jun mengambil tangan Jazmin lalu diletakkan di atas perut. “Ba.. by... akak...” kata Jazmin.
Jun menggelengkan kepalanya dengan rakus. “Baby akak akan selamat, insyaallah.” Kata Jun. Jazmin tersenyum lega.
Apabila tiba di unit kecemasan, Jun terus mendukung kakaknya ke dalam. Para jururawat pantas memberikan bantuan kepada Jun. Jazmin diletakkan ke atas katil pesakit lalu ditolak ke dalam unit icu.
‘Ya Allah. Tolonglah selamatkan kakak aku.” Jun mendoakan keselamatan kakaknya. Biarlah jika kandungannya tidak mampu diselamatkan, asalkan nyawa kakaknya dapat dipertahankan.
.
“Tak guna!” Hayqal menarik pisau yang tertusuk di perutnya. Rayqal masih lagi mengelar leher ayahnya menggunakan pisau tumpul tadi, nyawa si tua bangka itu pun satu hal, liat!
Hayqal menamatkan riwayat ayah kandungnya dengan sekali torehan, leher ayahnya terteleng ke kiri, matanya terbuka luas. “Arwah ini baik orangnya.” Kata Rayqal dengan senyuman sinis.
Hayqal meludah ke wajah ayahnya, “Dah lama aku ternanti-nantikan saat ni, kau mampos jugak dekat tangan aku.” Kata Hayqal, senyumannya mekar. Hatinya puas! Dendamnya sudah terlerai. Lelaki tak guna macam ayah dia ni memang layak mati je terus.
Kepala Hayqal dipukul oleh Lucas menggunakan sebatang kayu besbol, Hayqal jatuh terjelopok di lantai. “Hospital, now.” Rayqal membantunya untuk memapah Hayqal ke kenderaan mereka. Kalau nak ditunggukan si Hayqal tu sendiri yang ke hospital, memang bagai menunggu bulan jatuh ke riba lah.
Lucas terpaksa menggunakan kekerasan kerana dia tidak rasa kawannya akan melepaskan Encik Sulaiman begitu sahaja walaupun jasadnya sudah terkujur.
Hayqal bukan lagi Muhammad Naqib yang dulu, dia yang sekarang ialah Hayqal, Hayqal Gabriela Matteo. Hayqal yang tidak pernah mengenal erti belas kasihan terhadap mangsanya. Tidak kira itu ialah orang luar ataupun sanak-saudaranya sekalipun, dia tetap tidak akan melepaskan mereka.
Share this novel