Bab 6

Drama Series 2228

Udara subuh yang dingin lagi menyegarkan menampar raut wajah Jazmin yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

Nada dering telefon pintarnya yang tidak henti-henti berdering telah menganggu tidurnya, lantas telefonnya dicapai, “Hello, siapa ni?” Tanya Jazmin tanpa melihat pun nama pemanggil.

“Min, min kau pergi mana min? Ru.. rumah kita kena pecah masuk min!” Jelas ketakutan terbayang di balik suara Iris.

Mata Jazmin yang pada awalnya masih layu dan kuyu terus segar, “Iris! Kenapa ni?” Tanya Jazmin dengan cemas.

“A.. aku tak tahu min! Orang tu datang cari kau, dia nakkan kau!” Bisik Iris ketakutan. Kedengaran bunyi geselan yang terhasil antara dinding dan besi.

Iris mencekup mulutnya, saat ini penyesalannya menjelma. Menyesal dia tidak hadiri kelas menembak mahupun kelas mempertahankan diri dulu.

Bunyi geselan sudah terhenti, segalanya kembali aman. Iris menghela nafas dengan lega apabila dia merasa dirinya sudah selamat.

“Assalamualaikum!” Pintu almari yang menjadi tempat menyorok Iris dibuka oleh gerangan tersebut.

“Arghhh!” Jerit Iris dengan kuat.

“Iris! Iris!” Jazmin memanggil nama Iris berulang kali namun talian telah terputus. Jazmin membuat beberapa panggilan lagi untuk menyambungkan talian kembali kepada Iris namun malangnya, yang didapatinya hanyalah voice mail box.

Jazmin menoleh ke sebelahnya, Jun sudah tiada. Pantas Jazmin menyarungkan tudungnya lalu merempuh pintu. Nasib baik pintu tidak berkunci. Terus Jazmin turun ke bawah dengan tergesa-gesa.

Fack dan Luca yang sedang menyediakan sarapan terus memandang ke arahnya, “Kau buat apa dekat sini? Kan aku dah pesan duduk dekat atas je.” Berkerut wajah Fack memandangnya namun kerutannya hilang apabila melihat wajah Jazmin yang cemas seperti ibu kehilangan anak.

“Awak kena tolong saya! Saya merayu sangat! Kali ni je!” Jazmin melutut di hadapan mereka berdua.

Fack berpeluk tubuh melihat kelakuan Jazmin, “Nak minta tolong tak payah la sampai melutut, kau bangun berdiri dan bagitahu aku elok-elok, kau perlukan bantuan apa.” Tegur Fack. Haih ada ke patut melutut dekat manusia demi nak minta bantuan? Jenis manusia apalah macam ni,bebel hati kecil Fack

“Saya kena balik rumah sekarang jugak! Kawan saya, Iris! Dia dalam bahaya! Ada orang pecah masuk rumah saya!” Terang Jazmin, air matanya hampir sahaja gugur.

‘Ya Allah, tolonglah lindungi Iris.’ Jazmin berdoa di dalam hatinya. Dia takkan maafkan dirinya jika ada hal buruk yang berlaku kepada Iris, takkan sesekali dia maafkan dirinya jika nyawa Iris tamat harini.

“Risaukan diri kau tu dulu, bodoh.” marah Fack dengan wajah bekunya. Kasihan pula Luca dengan nasib Jazmin ni.

“Kalau awak tak nak tolong tu cakap jelah. Tak payah lah maki saya!” Bengang pula Jazmin dengan lelaki ni, tadi bukan main lagi nampak baik, nampak macam boleh menghulurkan bantuan. Tapi rupa-rupanya sama je jahat macam yang lain.

Dalam sekelip mata, Fack hilang dari pandangan Jazmin dan Luca. “Eh? Mana dia pergi?” Tanya Jazmin kepada Luca.

“Dia tahu alamat rumah kau tak?” Tanya Luca bersahaja. Jazmin menganggukkan kepalanya tanda tahu.

 Seingatnya, semalam ketika dia baru bangun dari tidurnya, Fack sedang memeriksa tas tangannya. Alamat Jazmin ada di atas sekeping kertas, ianya dituliskan oleh Iris kerana Jazmin sering lupa jalan untuk pulang ke rumah mereka.

“Tunggulah, seminit dua lagi sampai lah kawan kau tu.” balas Luca,senyuman mesra disertakan.Dia meneruskan aktivitinya yang tergendala tadi,menghidang makanan untuk anak-anak haram sekalian. Ehem selain daripada Harraz, yang lain semuanya ialah anak haram.

Bahu Jazmin disentuh oleh seseorang, “Ini ke kawan kau?” Tanya Fack, Iris sedang berada di dalam dukungannya.

“Ya Allah! Letak dia dalam bilik saya cepat!” Kata Jazmin dengan cemas apabila melihat badan Iris yang dipenuhi dengan luka. Darah merah pekat masih mengalir lagi dari lukanya.
Derapan tapak kaki Morio yang sudah berpakaian lengkap untuk ke hospital kedengaran, mata mereka bertiga memandang ke arahnya. Khuatir jika itu ialah Hayqal.

“Kau pergi pungut perempuan tu dekat mana Fack?” Itulah pertanyaan pertama yang meluncur keluar dari mulut Morio setelah melihat Iris.

“Kau dah nak pergi kerja ke?” Tanya Luca kepada Morio.

Morio menggelengkan kepalanya, “Lewat sikit kot. Kau angkut minah ni letak dalam bilik aku,nanti aku settle.” Arah Morio kepada Fack.

Tanpa banyak kata, Fack terus membawa Iris ke bilik Morio yang berada di sayap kanan villa mereka. “Jangan lupa suntik ubat penenang!” Pesan Morio kepada Fack.

Tatkala Fack melalui bilik Hayqal, derapan langkahnya sengaja diringankan agar Hayqal tidak mengetahui tentang kewujudan seorang lagi kaum Hawa di dalam kediaman mereka.

Jazmin yang berada di belakangnya juga turut memperlahankan langkahnya. Nanti kalau Hayqal tahu dia keluar dari biliknya, masak dia kena goreng dengan bapak singa tu.

Seusai membaringkan Iris di atas katil, Fack meminta pertolongan Jazmin untuk menyelak lengan baju Iris lalu ubat penenang disuntikkan di lengan Iris. Akhirnya, Iris terlena.

Morio melangkah masuk, “Dah suntik ke belum?” Tanya Morio kepada Fack. Fack menganggukkan kepalanya. Morio meneluk-nepuk bahu Fack untuk menggantikan perkataan ‘goodjob’.

Morio melirik ke arah Jazmin, “Tolong aku boleh?”

Jazmin menjongketkan kedua-kedua keningnya, “Tolong apa?” Tanya Jazmin.

Morio memegang lengan baju Iris yang sudah terkoyak, “Tolong aku tanggalkan baju dia. Kalau tak susah aku nak cuci luka dia ni.” Morio menjelaskan bentuk pertolongan yang diperlukannya.

“Ooo boleh boleh.” Balas Jazmin, dia menolak Morio ke tepi dengan lembut, butang baju Iris dibukanya.

“Dah kenapa pandang sini? Nak tengok free show ke?” Tegur Jazmin apabila menyedari Morio dan Fack sedang memandang ke arah Iris.

“Ehem ehem. Aku lupa nak bagi kau tuala.” Morio menghulurkan sehelai tuala besar untuk menutupi badan Iris.

Fack dan Morio kemudiannya memalingkan kepala mereka menghadap tingkap. Telinga masing-masing mula membahang, malu la tu.

“Dah siap,” kata Jazmin, mereka berdua kembali memandang Iris. Badan Iris sudah ditutup dengan tuala tadi. Nasib baik tuala itu cukup besar untuk menutupi tubuh badan Iris. Kalau tak... kotor pemandangan mereka berdua nanti.

Luca masuk dengan menatang sebaldi air suam yang akan digunakan untuk mencuci luka Iris.

Harraz berlari anak menuju ke arah Jazmin. Terus Jazmin dipeluknya, “Kakak pergi mana? Terkejut tau Harraz pergi bilik kakak tadi, kakak takde.” Kata Harraz dengan sedikit pelat. Dia memucungkan mulutnya.

Jazmin memegang wajah Harraz yang sedang sedang dengan tapak tangannya, “Kakak ada je dekat sini.” Pipi Harraz dicuitnya, manja betul budak ni.

Morio mencapai sehelai kain bersih lalu dibasahkan dengan air suam yang ditatang oleh Luca tadi, sisa darah di tubuh Iris dilapnya.

Kerja Morio tergendala apabila dia teringatkan sesuatu, Morio menoleh ke arah Jazmin. “Alamak, aku tertinggal first aid kit. Kau tolong ambilkan kejap boleh tak?” Pintanya. Sengaja dia nak menyusahkan Jazmin harini.

“Erm.. benda tu ada dekat mana?” Jazmin bertanyakan posisi peti kecemasan tersebut. Ala doktor ni pun, macamlah Jazmin ni dah hidup bertahun-tahun dekat rumah mewah ni.
“Ada dekat ruang tamu, betul-betul dekat sebelah TV.” Morio memberitahu kedudukan peti tersebut dengan terperinci,Jazmin menganggukkan kepalanya dan berlalu ke bawah. Harraz ingin mengikutinya namun dihalang oleh Fack.

“Bagi je dia pergi sendiri.” Kata Fack.

Wajah Harraz mencuka, “Selalu je tak bagi Harraz ikut kakak Nafisah. Harraz nak merajuklah macam ni!” Harraz sudah memeluk tubuhnya.

Fack menatap Harraz dengan wajah keliru, “Kakak apa tadi? Kakak Nafisah?” Tanya Fack, sejak bila nama perempuan tu Nafisah? Setahunya, nama gadis itu ialah Jazmin Hazryn Vinci. Sejak bila pula gadis itu menukar namanya menjadi Nafisah?

Pantas Harraz menutup mulutnya, “Opss kantoi.”

Fack mendekatkan wajahnya dengan wajah Harraz, matanya dikecilkan, “Harraz sorok apa dari abang ni?” Tanya Fack. Harraz tidak menjawab, dia hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada apa.

.

Jazmin menuju ke ruang tamu, matanya sudah menangkap figura first aid kit yang berada di sebelah televisyen. Dia mencapai kotak itu dan kembali mengaturkan langkahnya ke bilik  Morio.

“Kau buat apa dekat bawah ni?” Suara Hayqal menyapa gegendang telinga Jazmin. Terus Jazmin berdiri tegap, dia memusingkan badannya. Hayqal berdiri betul-betul di belakangnya.

Hayqal menolak Jazmin ke dinding buat kali kedua, Jazmin menutup matanya dek terkejut. Hayqal merampas kotak rawatan kecemasan yang berada di tangan Jazmin, “Kau ambil benda ni nak buat apa?” Soal Hayqal.

Jazmin tidak menjawab, sebaliknya dia merampas kembali kotak tersebut. Dia cuba untuk keluar dari sebelah kiri kerana Hayqal hanya menahannya di sebelah kanan namun kemudiannya, kedua-dua tangan Hayqal naik ke dinding.

“Aku tanya tu, jawablah. Nak kena cium dulu ke baru nak jawab?” Soal Hayqal atau lebih tepat, ugut Hayqal.

Jazmin menelan air liurnya, “A.. awak ja.. jangan nak main-main. Haram tau.” Kata Jazmin terketar-ketar.

Hayqal mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Jazmin, “Bunuh orang ialah rutin harian aku. Sekadar cium kau tu, rasanya dosa dia lagi kecil dari dosa membunuh orang kan?” Bisik Hayqal dengan nadanya yang kedengaran seperti menggoda di telinga Jazmin.

Jazmin menyepak kaki Hayqal, “Pervert!” Malangnya, sepakannya itu hanya seperti gigitan semut bagi Hayqal.

Hayqal telah membuat tindakan diluar jangkaan Jazmin iaitu dengan mencium pipi Jazmin, “Ini baru sikit tau. Jangan sampai aku jual kau dekat lorong-lorong gelap.” Hayqal menghadiahkan sebuah senyuman sinis untuk Jazmin.

Dengan senang hati, Hayqal bersiul menuju ke dapur. ‘Jap, sejak bila aku cium perempuan ni?’ Langkah Hayqal terhenti untuk memikirkan jawapan bagi soalan tersebut.

‘Jadi selama ni aku anti dengan perempuan, ni tiba-tiba aku cium anak dara orang?’ Hayqal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Sejak bila dia boleh terima makhluk yang bernama perempuan ni?
 
.

Jazmin menonyoh pipinya dengan lengan bajunya, “Eee bodoh punya lelaki! Biadab gila cium aku macam tu je! Kurang ajar!” Jazmin memarahi Hayqal. Ingin sahaja dia tonyoh-tonyoh wajah mamat poyo tu dekat dinding. Dasar otak kuning! Otak udang!

Awas lelaki miang tu! Nanti kalau dia dah berjaya keluar dari rumah mewah ni, dia akan bagitahu papa dengan mamanya tentang ini. Berani dia ambil kesempatan ke atasnya, memang tersalah memilih mangsa lah! Akan dia cincang daging lelaki itu sampai lunyai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience