Bab 4

Drama Series 2228

Dentuman musik yang kuat menghiasi suasana kelab malam milik Ed, Nish Club yang dipenuhi dengan manusia-manusia yang memperajakan nafsu mereka.

Hayqal yang duduk di kaunter menyisip jus buah yang baru dihidangkan oleh pelayan yang bernama Vincy tadi. Matanya leka memerhatikan seorang lelaki yang sedang dikerumuni oleh wanita-wanita yang berpakaian seperti telanjang.

Joshua, penolong kanan Ed melabuhkan punggungnya di sebelah Hayqal, tangannya diletakkan di bahu Hayqal, “Buang tabiat ke datang sini?” Tanya Joshua, senyuman sumbing disertakan.

Hayqal menjuihkan bibirnya ke arah lelaki tadi, “Selalu ke dia datang sini?” Tanya Hayqal bersahaja.

Joshua menganggukkan kepalanya, “Seminggu 5 kali.” Kata Joshua.

Mereka berdua terus memerhatikan lelaki itu sehinggalah Ed muncul di hadapan mereka, “Ralik nampak.” Tegur Ed, matanya memandang lelaki yang sedang diperhatikan oleh mereka.

“Tu suami adik tiri aku kan?” Tanya Hayqal. Ed menganggukkan kepalanya, dia menyandar di meja, “Teruk sial mamat tu.”komen Ed.

Hayqal menjongketkan kening sebelah kanannya, “Asal?” Tanya Hayqal mendatar. Dia tak heran pun kalau Ed berkata demikian. Pasangan ialah cerminan kepada diri kita sendiri. Jika sikap adik tirinya pun sudah mengalahkan syaitan, inikan pula sikap suaminya?

“Anak-anak ayam aku ramai yang takut dengan dia. Ada tu sampai koyak bhai.” Balas Ed. Vincy menghulurkan secawan minuman beralkohol kepada Ed.

Ed menolak cawan itu, “Budak baru?” Tanya Ed ringkas. Vincy menganggukkan kepalanya.

“I don’t drink alcoholic drinks.” Kata Ed ringkas, sebuah senyuman disertakan. Wajah Vincy bertukar merah apabila melihat senyuman daripada lelaki kacak itu.

“So.. sorry.” Vincy menundukkan kepalanya. Ed mengangkat tangannya tanda tidak mengapa.

Hayqal menyisip jus buah tadi, “Kau dah jumpa orang yang aku nak cari tu?” Tanya Hayqal mendatar kepada Ed.

“Tuan punya badan belum. Tapi aku dah jumpa darah daging dia.” Balas Ed, iphonenya berdering menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama ‘Jun’ di skrin, dia tidak menjawab panggilan tersebut, sebaliknya dia membalas dengan satu pesanan ringkas, ‘Kau dah boleh masuk.’

Jun melangkah masuk ke dalam Nish Club dengan penuh bergaya, ‘Hayqal Gabriela Matteo, Muhammad Naqib. Akhirnya, aku dah boleh tengok siapa yang dah menangi hati kakak kandung aku.’ Bisik hati Jun dengan senang, senyumannya sengaja dimatikan.

Sejurus dia memasuki kelab tersebut, semua mata memandang ke arahnya. Para pelayan mula mengerumuni dia. Jun langsung tidak melayani mereka, pandangannya focus ke arah Ed.

“Siapa tu?” Tanya Hayqal, hairan pula dia melihat ramai yang mengerumuni lelaki itu.

“Bakal adik ipar kau tu.” Balas Ed, senyumannya mekar hingga ke telinga.

Jun berdiri di hadapan mereka, “Manusia dalam kelab kau ni menakutkan la Ed.” Komen Jun, hampir terkoyak bajunya tadi dek ditarik oleh salah seorang anak ayam Ed.

Ed menghenjut bahunya, “Siapa suruh kau jadi kacak sangat?” Ed membuat wajah nak muntahnya.

Jun tergelak kecil, “Khinzir betul la kau ni.” Terus ketawa mereka berdua terhambur.

Jun menghulurkan tangannya kepada Hayqal, “Nice to meet you.” Jun menghulurkan salam perkenalan.

Hayqal menyambut tangan tersebut, “Nice to meet you too,” balas Hayqal sekadar berbahasa.

“Kau ke yang cari kakak aku tu?” Tanya Jun mendatar. Hayqal menganggukkan kepalanya, senyumannya melebar.

Jun tergelak kecil, “Lupakan jelah niat kau tu. Kakak aku dah jadi bini orang dah.” Tipu Jun. Sengaja dia nak sakitkan hati lelaki yang berada di hadapannya ini.

Seperti jangkaannya, wajah Hayqal bertukar merah dek menahan marah. “Kau tipu kan?” Tanya Hayqal, nadanya cuba untuk dikawal sebaik mungkin.

Jun terdiam seketika, “Ya aku tipu je. Tahniah, anda selamat diprank.” Sempat lagi Jun membuat lawak hambar, Ed dan Joshua sengaja gelak dengan kuat untuk menyelamatkan keadaan mereka daripada menjadi janggal.

Jun memesan minumannya sebelum meneruskan perbualannya dengan Hayqal. “Kau memang nak sangat ke dekat kakak aku?” Tanya Jun dengan nada serius.

Hayqal menganggukkan kepalanya. Ed menyampuk, “Kau tau tak Jun? Hayqal ni sanggup tak kahwin demi tunggu kakak kau tu.” celah Ed.

Wajah Hayqal bertukar merah. Lengan Ed disikunya, “Tak payah la cakap benda tu bodoh.” Marah Hayqal. Wajah Hayqal berona merah dek segan.

Jun tersengih melihat gelagat Hayqal. Kalau dilihat dari luarannya, boleh dikatakan yang lelaki itu memang ikhlas nak kan kakaknya, namun hati... masih perlu dinilai lagi.

“Kalau kau nak, kau kena bagi aku masa. Bukan semua orang boleh berjumpa dengan kakak aku. Tapi kalau kau nak halalkan dia, aku tak pasti boleh ke tak. Sebab setahu aku, tunang dia baru meninggal.” Terang Jun.

Wajah Hayqal berubah apabila mendengar perkataan ‘tunang’, namun perkataan ‘meninggal’, telah melegakan hatinya.

Senyuman Hayqal mekar, “Kau ambil lah seberapa banyak masa yang kau perlukan. Aku tak kisah sebulan, setahun, dua tahun atau sepuluh tahun sekalipun. Yang pentingnya, dia akan jadi hak milik aku.” Matanya bersinar-sinar. Wah dah teruja sangat dah Hayqal ni.

Ed berdehem untuk menamatkan perbualan di antara Jun dan Hayqal apabila melihat reaksi janggal yang diberikan oleh Jun. Bukan janggal sahaja, tapi dah bercampur-baur dengan terkejut dan terpana.

‘Biar betul mamat ni ketua mafia? Macam tak boleh percaya je. Lain macam dia punya kemaruk cinta ni.’ Desis hati Jun.

Ed memeluk bahu Hayqal, “Alang-alang kau jarang datang sini, tak nak have fun dulu ke Hay?” Tanya Ed dengan nada nakal, senyuman nakal juga turut terbit di wajahnya.

Hayqal menggelengkan kepalanya, “Geli aku.” Hayqal menayangkan wajah geli-gelemannya. Hati Jun tercuit dengan reaksi Hayqal. Boleh dikatakan masuk air jugalah lelaki yang ditakuti oleh mereka yang terlibat dalam dunia gelap ni.

“Hai you. Free tak?” Seorang perempuan muncul di hadapan Hayqal. Tangannya naik ke peha Hayqal, Jun dan Ed tidak pula menghalang perempuan itu. Sengaja mereka berdua nak lihat reaksi Hayqal.

Hayqal menayangkan wajah dingin, “Aku mahal dan tak ternilai. Kalau kau, aku rasa memang free kot.” Hayqal menghadiahkan ‘buah tangan’ kepada perempuan itu.

Terus wajahnya merah menahan malu, “Kalau tak nak tu cakap jela! Tak payah lah nak sindir-sindir orang!” Bentak perempuan itu.

Hayqal membetulkan tali lehernya, “Aku tak menyindir la. Kenapa? Kau terasa ke?” Tanya Hayqal mendatar, tidak pula perempuan itu membalas pertanyaan Hayqal.

“Diam itu tanda setuju.” Joshua yang dari tadi lagi berdiam diri mencelah perbualan mereka.

Hayqal menadah tangan lalu dirautkan di wajahnya, “Alhamdulillah, masih ada iman lagi dalam diri kau.” Hayqal terus menerus menyakitkan hati perempuan itu. Senang hati pula dia malam ni.

Jun dan Ed menahan tawa mereka apabila melihat perempuan itu. ‘Alahaiii, baru diusik Hayqal sikit pun dah nangis. Tak menarik langsung la dia ni.’ Kata hati Joshua yang hanya memerhatikan gelagat mereka bertiga. Bukan main diorang rancak sampai dah lupa kewujudan Joshua

“Bajet hot. Mak jemah lagi lawa la.” Gumam Hayqal dengan senyum kemenangan. Puas hatinya melihat anak ayam yang baru berjaya diusirnya tadi. Pakai pun macam tak cukup kain, ada hati nak mengorat dia. ‘Bagi free pun aku tak nak.’ Tambah hati kecil Hayqal lagi. Senang hati pula Jun dengan perangai Hayqal ni.

‘Nampaknya dia bukan jenis yang cepat goyah.’ Baguslah kalau begitu, hati Jun lega sikit untuk melepaskan kakaknya kepada orang macam Hayqal ni. Risau juga dia kalau nanti kakaknya dah mendirikan rumah tangga dengan Hayqal, tiba-tiba Hayqal berpaling tadah.

“Abang Hayqal...” bulu roma Hayqal berdiri tegak apabila suara itu menyapa gegendang telinganya.

“Macam mana dia boleh ada dekat sini?” Bisik Ed keras kepada Joshua.
Joshua menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

“Kau umpan dia pergi tempat lain sebelum Hayqal mengamuk.” Arah Ed, nadanya kedengaran cemas. Pantas Joshua menganggukkan kepalanya.

Lengan adik tiri Hayqal, Rania dipaut oleh Joshua. “Eh Rania! Dah lama tak nampak you dekat sini! Harini ada staf baru, jom I bawa you usha staf baru tu.” Sangka Joshua, Rania akan mengikut sahaja arahannya, tapi siapa sangka Rania menepis tangannya.

“Kau ni sibuklah! Tak payah la lelong kau punya bapak ayam dekat aku!” Rania menjerkah Joshua.

Joshua mengepal buku limanya, “Kau nak ikut ke tak nak?” Tanya Joshua mendatar namun keras.

Rania menghadiahkan jelingan tajam kepada Joshua, “Wei anak haram. Aku dah cakap kan tak nak, yang kau nak memaksa sangat ni apa hal?” Soal Rania penuh dengan kebiadaban. Joshua menatapnya seperti menatap mangsa yang bakal diratah olehnya nanti.

Ed berdiri di hadapan Hayqal untuk melindunginya daripada Rania, “Kau nak apa?” Tanya Ed mendatar.
Pandangannya cukup tajam sehingga boleh merobek isi Rania. Nasib baik mata dia tu bukan pisau, kalau tak rasanya dah lama Rania jadi arwah.

Rania menghulurkan tangannya ke arah Hayqal, dia cuba untuk menyentuh Hayqal, berkali-kali Hayqal mengelak.

Jun yang pada awalnya tidak memahami situasi yang dihadapi oleh mereka, namun dia tahu, pasti ada konflik yang sedang berlaku diantara Hayqal dan adik tirinya.

Jun bangun dari duduknya, “Kau nak apa sebenarnya?” Tanya Jun kepada Rania.

Rania bercekak pinggang, “Kau ni buta ke? Tak reti ke nampak aku nak abang aku?” Jerkah Rania.

Kau nak abang kau? Nak buat apa?” Soal Ed, senyuman seram terukir di wajahnya. Rania menendang perut Ed dengan high heels nya, aduh senak perut Ed menahan sakit.

Jun mencengkam leher Rania, “Bitch, if you are horny, go fuck yourself up. Don’t disturb my friend.” Keras kedengaran nada Jun. Wajah Rania sudah pucat kerana tak dapat bernafas.

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila semua mata memandang ke arah mereka.

Suami Rania hanya melihat sahaja isterinya dikasari oleh Jun, bukannya dia betul-betul cintakan Rania pun. Kahwin pun demi harta dan nafsu semata-mata.

Hayqal memegang tangan Jun, “Let her go.” Kata Hayqal.

Jun meleraikan cengkamannya. Disaat Rania nak memeluk Hayqal, terus satu tamparan singgah di pipinya.

“Dulu kau berjaya perangkap aku sebab masa tu aku anggap kau macam adik kandung aku. Tapi selepas apa yang kau dah plan dengan mak kau, dan lepas apa yang kau dah buat dengan mak kau dekat aku, sorry to say la. Kau boleh masuk neraka.” Seusai menghabiskan kata-katanya, tamparan kedua singgah di pipi Rania. Terteleng kepala Rania dibuatnya.

Bahu Ed ditepuk Hayqal, “Aku balik dulu, ada hal nak kena settle dekat rumah.” Hayqal mengaturkan langkahnya keluar dari Nish Club, malas dia nak berlama di situ.

Ketika memasuki perut kereta, dia baru perasan akan tangannya yang menggigil dan mulutnya yang kering.

Dia menumbuk stereng keretanya, “Kalau boleh bunuh kau, dah lama aku bunuh kau. Dasar betina jalang!” Hayqal melepaskan kemarahannya kepada stereng kereta yang tidak bersalah.

Penyesalan terbesar dalam dirinya ialah mempercayai ibu tirinya dan juga adik-adik tirinya. Ayah kandungnya pun apa kurangnya, perangai macam binatang. Haruan makan anak.
 
.

Joshua menyeret Rania keluar dari kelab malam mereka lalu Rania dicampaknya di tepi tong sampah, “Kau duduklah situ sampai lori sampah datang ambil kau.” Kata Joshua sebelum meninggalkan Rania bersendirian di situ.

Jun memeluk bahu Ed, “Nak tanya sikit boleh?” Pinta Jun.

Ed menjongketkan kening kanannya, “Pasal Hayqal ke?” Teka Ed. Siapa je tak pelik kalau lihat kejadian tadi. Kalau Ed baru mengenali Hayqal pun, dia akan hairan.

Jun menganggukkan kepalanya, “Hayqal tu kaki pukul ke?” Tanya Jun, risau dia kalau Hayqal tu kaki pukul. Mau terseksa kakaknya kalau dipukul setiap hari oleh Hayqal.

Ed tersenyum tipis, “Tak ramai tahu sejarah hitam Hayqal. Tapi kalau tentang kaki pukul tu, Hayqal bukan. Dia takkan pukul perempuan tanpa sebab.” Jawab Ed bersahaja.

“Boleh aku tahu apa dah terjadi antara dia dengan adik dia tu?” Tanya Jun yang diselubungi soalan.

Ed menggelengkan kepalanya, “Tunggu masa yang sesuai nanti, dia akan ceritakan sendiri dekat kau. Tak silap aku, kakak kau dah tahu pasal ni. Tapi ada baiknya kau tunggu Hayqal cerita sendiri dekat kau tentang apa yang dah terjadi dekat dia.” Panjang lebar nasihat Ed.

Jun yang memahami hanya mampu akur dengan kata-kata Ed. Masakan dia nak memaksa Ed untuk bercerita pula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience