Moses makin hairan dengan Clara apabila dia hanya menghabiskan masanya untuk mengintip Syaf. ‘Clara ni dah kenapa sebenarnya?’ Soalan itu muncul di benak fikirannya.
Syaf memasuki satu lorong yang jarang digunakan oleh orang awam, terus Clara meluru ke arahnya. Clara mencengkam leher Syaf, “Ana Syafiqah?” Tanya Clara kepadanya.
Syaf menganggukkan kepalanya, perasaan takut mula menyelubungi dirinya. Nafasnya terasa tersekat-sekat kerana dicekik oleh Clara. Clara mengeluarkan pisau dari poketnya, dia terus menoreh wajah Syaf. Syaf menjerit menahan sakit, “Clara!” Moses menjerit nama Clara.
Clara menoleh ke arah Moses, “Ala macam mana pulak bodoh ni ada dekat sini?” Terus Clara melepaskan Syaf, dia melarikan dirinya.
Moses ingin mengejar Clara, namun teringatkan Syaf, dia melupakan niatnya. “Kau okay tak ni?” Tanya Moses kepada Syaf dengan risau dan cemas. Kalau apa-apa berlaku ke atas Syaf, dia akan dipersalahkan oleh Jun kerana gagal menjaga Syaf.
Syaf tidak menjawab pertanyaan dari Moses, dia menyentuh pipinya yang terasa pedih. Ada cecair merah pekat yang mengalir di situ. Syaf mengeluh kecil, dia menyeluk poketnya lalu sehelai sapu tangan berwarna putih dikeluarkan. Syaf menutup lukanya dengan kain itu, dia mengaturkan langkahnya pergi dari situ.
“Kau nak kemana tu?” Tanya Moses kepada Syaf, Syaf masih tidak memberi sebarang respon. Syaf terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Moses mengeluh kecil, dia terus mengeluarkan telefon pintarnya lalu memberitahu Jun tentang hal yang terjadi tadi. Nampaknya, dia terpaksa mengintip Syaf buat sementara waktu untuk memastikan keselamatan gadis itu terjamin.
.
“Tahan tau, sakit sikit je ni.” Kata teman Syaf, Khadijah. Syaf mengetap bibirnya tatkala Khadijah membersihkan lukanya.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Tanya Khadijah kepada Syaf. Patutlah berat hatinya tadi nak birkan Syaf keluar bersendirian. Rupa-rupanya hatinya sudah dapat merasai bakal ada kejadian yang tak diingini berlaku.
“Terjatuh.” Tipu Syaf. Kalau dia berterus terang, pasti Khadijah akan membuat laporan polis. Dia tidak ingin membesarkan perkara tersebut.
Moses muncul di hadapan mereka berdua, “A.. awak ni siapa?” Tanya Khadijah tergagap-gagap, badan Moses yang tegap dan sasa itu menimbulkan rasa takut di dalam dirinya.
“Kau Ana Syafiqah kan?” Tanya Moses kepada Syaf. Syaf hanya menganggukkan kepalanya, dia malas nak beramah mesra dengan lelaki itu.
“Aku Moses. Kau kenal Jun?” Syaf terus memandang wajah Moses, “Macam mana kau kenal dia?” Tanya Syaf mendatar.
“Aku orang kanan dia. Dia suruh aku perhatikan kau.” Moses menjelaskan statusnya di samping Jun dan juga tujuan sebenarnya berada di sini.
Syaf mengeluh kecil, ‘Dia ingat aku ni budak ke? Nak suruh orang tengokkan bagai.’ Gumam hati Syaf tidak suka. Sejujurnya, Jun kelihatan terlebih protective. Kadang-kadang, Syaf tidak gemar dengan perangainya itu. Syaf terasa dirinya seperti penjahat yang sedang diburu, asyik diperhatikan setiap hati.
Khadijah menampal kain pembalut luka di wajah Syaf, “Boleh tak awak jangan ganggu hidup Syaf?” Tanya Khadijah dengan nada yang sedikit meninggi.
Moses berpeluk tubuh, “Aku tak ganggu dia, aku hanya jalankan tugas aku.” Balas Moses mendatar. Dah kenapa budak perempuan ni? Nak cari gaduh ke?
Syaf memegang lengan Khadijah, “Biarkan je dia.” Kata Syaf, dia malas nak lihat Khadijah bertengkar dengan Moses.
Syaf bangkit dari duduknya, dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Khadijah menjeling tajam ke arah Moses, “Jangan ganggu Syaf lagi.” Pesan Khadijah keras sebelum dia meninggalkan Moses bersendirian.
.
Setelah mendapat khabar berita dari Moses, terus Jun mengambil penerbangan menuju ke Itali. Ini pasti kerja mamanya! Mesti mamanya dah berpakat dengan Clara untuk membunuh Syaf. Jun terpaksa menunda segala perjumpaannya tempoh hari, tugas disana dia serahkan sepenuhnya kepada Iron, orang kirinya.
Jun menerjah pintu rumahnya, dia terus menuju ke ruang tamu dengan terburu-buru. Ibunya kelihatan sedang asyik menonton rancangan televisyen, “Eh Jun? Mimpi apa balik ni?” Tanya Puan Sri Psychlia yang terperanjat dengan kemunculan Jun.
“Mama yang suruh Clara cederakan Syaf kan?” Tanya Jun dengan nada yang sudah mencecah zon jerkah kepada ibunya. Dia sudah tidak kisah tentang adab, ibunya sudah melampau!
Puan Sri Psychlia kelihatan menggelabah, “Eh haa, a.. apa Jun cakap ni?” Tanya dia, peluh dingin mula membasahi dahinya.
Tan Sri Syah Vinci yang baru selesai membersihkan diri berdiri di tangga untuk mendengar perbalahan di antara dua beranak itu.
“Mama dah kenapa nak bunuh Syaf?” Tanya Jun lagi. Berang pula dia dengan sikap ibunya.
‘Bunuh?’ Bisik hati Tan Sri Vinci Syah, bunuh apa pula ni? Takkanlah nak bunuh anak ayam?
Puan Sri Psychlia bangun dari duduknya, “Jun jangan nak tuduh mama! Mama tak pernah buat pun benda yang Jun cakap tu!” Puan Sri Psychlia cuba mempertahankan dirinya.
Jun tersenyum sinis, “Mama tak payah menipu lah, mama ingat Jun tak tahu ke mama nak satukan Jun dengan Clara?” Tanya Jun kepada ibunya.
Puan Sri Psychlia kelihatan diam tidak berkutik. Jun tersenyum sinis, “Mama bermimpi jelah. Sampai mati pun Jun takkan kahwin dengan Clara.” Habis mengungkapkan kata-katanya, Jun terus berlalu pergi dari situ.
Puan Sri Psychlia mengepal buku limanya, ‘Kurang ajar!’ bentak hatinya. Dia berlalu ke bilik stor, ‘Kalau tak dapat bunuh dia dengan cara biasa, aku bunuh dia dengan cara aku sendiri!’ Bisik hati Puan Sri Psychlia yang sudah dilitupi dengan dendam.
Tanpa sedar, Tan Sri Syah Vinci masih lagi memerhatikannya. ‘Bini aku buat apa dalam bilik stor tu?’ Tidak pernah pula dia melihat isterinya masuk ke bilik stor itu sebelum ini. Tambahan pula, kerja rumah semuanya dibuat oleh Loly. Sejak bila pula isterinya rajin?
.
Petang itu, Irsyad datang buat kesekian kali untuk merawat Jazmin. Teruk juga Jazmin meracau semasa dirawat, sehingga kaki dan tangannya terpaksa dipegang oleh yang lain agar dia tidak bertindak di luar jangkaan mereka semua.
“Apa nama kau?” Tanya Irsyad kepada makhluk yang sedang menumpang di dalam badan Jazmin.
“Aku tiada nama!” Balas makhluk itu dengan suara yang garau. Dia memandang Irsyad dengan pandangan tajam. Rasanya kalau biji mata itu tidak dicengkam oleh otot, pasti ianya sudah terjatuh ke lantai kerana mata Jazmin yang terbuka luas.
“Siapa tuan kau?” Tanya Irsyad lagi.
“Aku tak boleh bagitahu! Kalau tak nanti tuan aku tak bagi makan!” Kata makhluk itu, jelaslah bahawa makluk yang sedang menumpang badan Jazmin itu bukan saka keturunannya, namun ada orang yang sengaja menghantarnya kepada Jamzin.
“Kau nak keluar sendiri atau nak aku yang paksa kau keluar?” Soal Irsyad kepada makhluk itu dengan nada tinggi.
“Aku tak nak keluar! Dia, aku punya!” Jerit makhluk itu lalu mengilai.
Irsyad membuka sebotol air mineral lalu membacakan ayat suci Al-Quran, kemudian dia merenjis-renjis air itu ke arah Jazmin. Kedengaran jeritan nyaring dari Jazmin.
“Aku tak nak keluar dari badan perempuan ni! Aku tak nak!” Jeritnya. Dia menggelepur di lantai. Irsyad memegang kepala Jazmin, ayat Qursi dibacanya berulang kali sehingga Jazmin berhenti menjerit.
Keadaan menjadi linang kembali, Jazmin cuba mengambil nafas tercungap-cungap. Dadanya berombak laju. “Alhamdulillah, benda tu dah balik ke tuan dia.” Kata Irsyad dengan lega.
“Alhamdulillah.” Kata mereka semua serentak.
Irsyad menghulurkan segeleng air tawar yang sudah disediakan olehnya dari awal lagi. “Nanti minum.” Pesan Irsyad.
Irsyad bangun dari duduknya, “Aku gerak dulu. Assalamualaikum.” Irsyad meminta diri untuk pulang dulu.
Fack menghantar Irsyad sehingga ke muka pintu, sebelum Irsyad pergi, dia sempat memberi nasihat kepada Fack. “Anak dara orang tu, tak manis tinggal dengan lelaki beramai-ramai. Nanti hantarlah dia balik, kesian dia tu.” Kata Irsyad. Fack tersenyum lalu mengangguk.
“Long, aku nak cakap sikit.” Rayqal menarik lengan Hayqal menuju ke kolam renang.
Rayqal merendam kakinya ke dalam kolam renang, “Kau nak cakap apa?” Tanya Hayqal mendatar. Dia masih lagi marahkan adiknya kerana telah membuat tindakan tidak bermoral tempoh hari.
“Ni kau punya kan?” Tanya Rayqal, dia menghulurkan seutas rantai, terdapat perkataan ‘Na-Qib’ yang terukir di atas rantai itu.
Terus Hayqal merampas rantai itu dari tangan Rayqal, “Mana kau dapat ni?” Tanya Hayqal dengan nada yang sedikit meninggi. Rantai itu ialah rantai yang dihadiahkannya kepada Nafisah, ‘Na’ melambangkan Nafisah, dan ‘Qib’ ialah dirinya, Muhammad Naqib.
Rayqal memegang bahu abangnya, “Long, aku takkan ceraikan dia kalau bukan sebab kau.” Kata Rayqal mendatar, namun senyuman ceria menghiasi wajahnya. Sekurang-kurangnya, dia dah menjumpai cinta sejati abangnya.
“Macam mana kau tahu dia tu Nafisah?” Tanya Hayqal lagi. Dia harus mengorek rahsia ini, sedangkan dia pun tidak pernah memberitahu Rayqal tentang Jazmin. Macam mana pula adiknya boleh tahu tentang itu.
Rayqal mencelup tangannya ke dalam air, “Malam tu, dia tertidur. Masa aku nak selimutkan dia tu, aku perasan rantai ni. Aku terus teringat dekat kau. Sebabtu aku ceraikan dia.” Cerita Rayqal.
Hayqal terdiam sepi. Bersalah pula dirinya kerana menyimpan rasa marah kepada adiknya. “Dia tercipta, bukan untuk aku.” Tambah Rayqal dengan senyuman lebar. Wajahnya jelas terukir perasaan gembiranya, langsung tiada perasaan sedih di dalam dirinya. Lagipun, tiada seinci pun rasa cintanya terhadap bekas isterinya itu.
Hayqal mengusap kepala Rayqal lalu menyerabaikan rambut adik kembarnya, “Kau game aku ya? Nak kena kau ni.” Kata Hayqal dengan nada nakal.
Hayqal terus menolak Rayqal ke dalam kolam renang, “Padan muka kau.” Hayqal menjelir ke arah Rayqal sebelum dia berlalu pergi meninggalkan adiknya.
“Kurang asam betul abang aku ni.” Gumam Rayqal tidak puas hati. Orang dah carikan Nafisah untuk dia, boleh pulak dia tolak orang masuk dalam air. Nasib mood dia baik, kalau tidak, sudah lama dia tarik Hayqal masuk ke dalam kolam sekali.
Share this novel