Bab 32

Drama Series 2228

Veil yang menutupi wajah Jazmin membuatkannya tidak selesa. Sebelum ini semasa akad nikahnya dengan Rayqal, tidak pula dia memakai Veil.

Jazmin mencapai iPhonenya, dia melihat panel notifikasi. Berderet ucapan tahniah daripada Fack dan kawan-kawannya. Juga ada ucapan tahniah dari bekas suaminya, Rayqal. Namun tiada pula ucapan tahniah daripada Hayqal.

Jazmin mengeluh kecil, “Pengantin baru mana boleh mengeluh.” Kedengaran nada Puan Sri Psychlia menyapa gegendang telinganya.
Jazmin menoleh ke arah Puan Sri Psychlia, “Mama.” Panggil Jazmin, dia tersenyum tawar.

“Lawa anak mama ni.” Puji Puan Sri Psychlia, dia menilik wajah anak angkatnya. Wajahnya saling tidak tumpah seperti wajah arwah ibunya, Syifa. Terkenangkan Syifa, hatinya mendidih pula, ‘Dasar perampas kebahagiaan.’ Bisik hatinya keras.

Jun menguak daun pintu, “Kakak!” Jun terus memeluk Jazmin dari belakang. Wah tak sangka pula kakaknya akan menjadi pengantin buat kali kedua. Tapi apa yang harus dipanggilnya nanti kepada kakaknya, pengantin baru atau pengantin lapuk?

Puan Sri Psychlia melirik ke arah Jun, Jun langsung tidak memandangnya. Jun masih menyimpan perasaan marah terhadap ibunya. “Mama keluar dulu.” Puan Sri Psychlia meminta diri apabila menyedari kewujudannya seperti tidak dialu-alukan oleh anak lelaki kesayangannya.

Jun duduk di sebelah Jazmin, “Kakak, kakak ada number Syaf tak?” Tanya Jun. Jazmin menggelengkan kepalanya tanda tiada. Jun mengeluh kecil. Moses ni memang tidak boleh diharapkan langsung. Boleh pula dia tidak perasan akan kehilangan Syaf.

“Kenapa?” Tanya Jazmin hairan. Wajah Jun kelihatan tidak ceria sahaja, Jun pun tidak memberitahunya apa masalah yang sedang dihadapi olehnya. Kalau begitu, bagaimana dia nak membantu Jun untuk mencari solusi kepada masalahnya?

“Min, dah siap ke belum?” Kedengaran suara Iris dari luar. Ketika kejadian Jazmin diculik Amir buat kesekian kali, Iris menghilang seketika kerana dia pulang ke China untuk menjenguk ayahnya, Alhamdulillah sekarang masalah keluarganya sudah dapat diselesaikan. Konflik antaranya dengan ibu bapanya pun sudah selesai.

“Dah.” Balas Jazmin. Iris menapak masuk ke dalam bilik lalu menyambut tangan Jazmin.

“Jom, pengantin lelaki kau dah lama tunggu tu.” Kata Iris. Jazmin bangun dari duduknya, dia mengangkat sedikit kainnya, labuh sangat, susah dia nak berjalan.

Sebaik sahaja kaki Jazmin mencecah anak tangga yang terakhir, matanya menangkap bayangan Fack dan yang lain. ‘Haih, papa jemput dorang ke?’ Keluh hatinya. Kenapalah ayahnya rajin sangat nak jemput diorang ni.

Matanya meliar mencari kelibat Hayqal, namun gagal dijumpai. ‘Syahida Nafisah, back to your sense!’ Jazmin memarahi dirinya.

Iris meninggalkan Jazmin di sebelah Puan Sri Psychlia lalu dia duduk di belakang Jazmin. “Dah boleh mula ke?” Tanya Tan Sri Syah Vinci. Para saksi menganggukkan kepala.

“Bismillahirrahmanirrahim.” Tan Sri Syah Vinci mengenggam tangan pengantin lelaki. Jantung Jazmin sudah berdebar-debar menunggu akad dilafazkan.

“Muhammad Naqib bin Sulaiman, aku kahwinkan engkau dan aku nikahkan engkau dengan anakku, Jazmin Hazryn Vinci dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai.” Lafaz Tan Sri Syah Vinci. Sejurus itu, terus pandangan Jazmin terhala ke arah bakal suaminya.

“Aku terima nikahnya Jazmin Hazryn Vinci dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai.” Dengan lancarnya Hayqal melafazkan akadnya.

Tan Sri Syah Vinci menoleh ke arah para saksi, “Sah?” Tanya dia.

“Sah!” Jawab mereka semua serentak.

“Alhamdulillah.” Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya anak angkatnya bersatu dengan orang yang telah lama bertakhta di hatinya. Penat dia memberikan kerjasama ke atas lakonan mereka hanya demi memberi kejutan buat anak perempuannya, nampaknya mahal lah bayaran Hayqal kepadanya nanti.

Mereka semua menadah tangan untuk berdoa. Setelah selesai berdoa, Hayqal beralih ke arah Jazmin. “Assalamualaikum Ratu.” Hayqal memberi salam kepada Jazmin.

Lidah Jazmin kelu, wajahnya membahang merah tatkala Hayqal menghulurkan tangan untuk disalaminya. Dia seperti terkaku. Iris mencuit lengannya, “Salamlah tangan suami tu.” Bisik Iris.

Terketar-ketar tangan Jazmin nak menyambut tangan Hayqal. Mereka yang lain hampir tergelak melihat Jazmin, macam dilanda parkinson. Iris menolak siku Jazmin bagi membantu Jazmin, kalau nak tunggu tangan Jazmin menyambut huluran Hayqal tu haih. Rasanya sempat dia masak maggi dulu.

Setelah menyalami tangan Hayqal, terus Jazmin melepaskan tangan Hayqal. “Eh apani? Ala cepat sangat tu.” Rungut Lucas selaku jurugambar mereka berdua harini.

Faaeqa yang duduk di sebelah Iris membisik ke telinga Jazmin, ‘Akak, cium tangan suami tu lama sikit. Kesian Lucas nak ambil gambar pun tak sempat.’ Bisiknya lalu dia kembali ke posisi asalnya. Iris menarik lengan baju Faaeqa, mereka berdua bangun dari situ meninggalkan Jazmin dan Hayqal berdua untuk meneruskan sesi pergambaran.

Jazmin memandang Lucas dengan muka terpaksa, dia menyambut kembali tamgan Hayqal lalu diciumnya. “Nice shoot.”  Kata Lucas dengan puas hati.

“Hay, ciumlah dahi dia tu.” Kata Rayqal yang duduk di belakang Lucas. Terbuntang luas mata Jazmin memandangnya.

‘Mengada lah dorang ni!’ Bentak hati Jazmin. Ni memang tak lain tak bukan kalau nak mengenakan dia dengan Hayqal ni.

“Ala tak syoklah korang ni. Apa function pasang pelamin lawa-lawa kalau nak ambil gambar dekat sini?” Celah Ziqal. Bukan main lawa pelamin diorang pasang,  last-last bergambar dekat lantai je. Apala diorang ni.

Jazmin dan Hayqal terus beralih ke pelamin. Hayqal cuba untuk berinteraksi dengan Jazmin namun Jazmin memilih untuk tidak membalas kata-kata Hayqal.

‘Padan muka. Nak sangat kan mengena aku? Rasain lo.’ Bisik hati Jazmin dengan jahat. Patutlah haritu Hayqal nampak bersahaja je semasa dia menolak lamaran Hayqal, rupa-rupanya lelaki itulah gerangan yang merisiknya.

‘Takpe, kita perang dingin.’ Senyuman penuh makna terbit di bibir Jazmin. Siaplah suaminya, dia tak akan ambil tahu langsung tentangnya selama seminggu ni. Pandai sangat nak mengena dia kan? Padan muka.

.

“Tak guna!” Rania menghentam meja. Dia mengoyakkan gambar-gambar perkahwinan Hayqal dengan Jazmin. Nafasnya naik turun dengan laju.

“Kau tunggu kau Syahida Nafisah! Aku takkan lepaskan kau!” Rania menikam gambar Jazmin yang belum dikoyakkan olehnya. Berani sungguh gadis itu kembali setelah beberapa tahun dia menghilang. Berani sungguh dia cuba merampas Hayqal daripadanya!

“Arghh!” Rania menyelerakkan semua benda yang ada di atas meja soleknya. Anak lelakinya, Idris yang baru berumur 7 tahun mengintainya dari celah pintu. Dia cuba mengawal tangisannya daripada pecah agar tidak diketahui oleh ibunya bahawa dia sedang memerhatikannya.

Tanpa Idris sedari, dia tersepak tin minuman lalu menghasilkan bunyi. Terus Rania menoleh ke arahnya, “Idris!” Jerit Rania. Dia meluru ke arah Idris. Terus Idris berlari keluar dari rumahnya tanpa hala tuju.

Rania menumbuk pintu kayu rumahnya, “Anak tak guna!” Jerit dia. Rambutnya habis berserabai seperti orang yang hilang akal. Awas anak dia tu! Kalau Idris berani balik lagi, dia pukul Idris sampai Idris serik! Dasar anak luar nikah!

.
 
Idris menyorok di balik tong minyak petrol. Kedengaran bunyi nafasnya dengan kuat. Seseorang datang mencuit bahu Idris, “Maaf ibu! Lain kali Idris dah tak buat dah!” Terus Idris melutut di lantai. Sangkanya itu ibunya, namun bukan.

Kedengaran tawa dari seorang kanak-kanak lelaki, Idris mendongak memandang gerangan itu. “Kenapa awak duduk sini sorang-sorang ni?” Tanya kanak-kanak itu. Dia menghulurkan tangannya kepada Idris.

Idris menyambut hulurannya, “I.. ibu Idris. D.. dia nak pukul Idris lagi.” Kata Idris terketar-ketar. Kanak-kanak lelaki itu menilik badan Idris, luka dan lebam jelas kelihatan di badan Idris.

“Nama saya Arif, Arif Syah. Jom Arif bawak Idris jumpa kak Alya.” Arif menarik tangan Idris, Idris hanya mengikuti langkah Arif. Buat pertama kali di dalam hidup Idris, Idris merasa dirinya disayangi dan dilindungi. Mesti untung kan mereka yang mempunyai abang atau kakak?

“Umur Arif berapa?” Tanya Idris mendatar. Arif kelihatan amat matang. Walaupun ketinggian mereka hampir sama, namun sikap Arif seperti seorang abang.

“8 tahun.” Balas Arif.

Wajah Idris kelihatan teruja, “Boleh Arif jadi abang Idris?” Tanya Idris dengan nada berharap. Arif tersenyum mesra, “Boleh.” Balasnya ringkas.

“Kita dah sampai.” Kata Arif kepada Idris. Sebuah rumah anak yatim piatu tersergam di hadapan mereka dengan gahnya. Arif menarik tangan Idris ke dalam.

Seorang lelaki berlari ke arah Arif, “Arif pergi mana tadi? Jenuh abang Ed cari tau.” Kata Ed kepada Arif dengan nada prihatin.

Arif tersengih seperti kerang busuk, dia memegang bahu Idris, “Ni Idris. Kawan baru Arif. Arif jumpa dia dekat belakang tong minyak tu tadi.” Arif memperkenalkan Idris kepada Ed.

Ed menatap luka-luka di badan Idris, dia menunduk lalu tangan Idris dipegangnya. “Siapa buat Idris macam ni?” Tanya Ed, dia menyentuh lembut lebam dan luka di tangan Idris. Sesekali terdengar decitan dari Idris kerana sakit.

Arif melepaskan bahu Idris, “Arif lapar. Arif masuk dulu!” Terus Arif berlari masuk ke dalam, tinggallah Ed dan Idris berdua-duaan.

Ed mendukung Idris lalu dibawa masuk ke dalam. Dia meletakkan Idris di atas bangku, “Idris duduk sini kejap.” Pesan Ed kepadanya sebelum dia menghilang di balik pintu.

Mata Idris meliar memerhatikan keadaan rumah anak yatim piatu tersebut. Matanya tertancap ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di luar. Sesekali terdengar gelak sakan dari mereka.

‘Untungnya ada kawan.’ Bisik hati Idris. Sejujurnya, dia cemburu kerana mereka mempunyai kawan. Bukan macam dia, jangankan kawan, nak pergi sekolah pun tak boleh.

Ed kembali bersama dengan seorang wanita dewasa, “Nama adik Idris?” Tanya wanita tersebut. Idris menganggukkan kepalanya.

“Nama kakak Alya.” Kata Alya. Dia meletakkan kotak rawatan kecemasan yang dibawanya di sebelah Idris. Kotak itu dibuka lalu kapas dan povidone iodine dikeluarkan.

“Sakit sikit je ni. Akak nak sapukan ubat dekat luka Idris, kalau tak nanti kena jangkitan kuman.” Terang Alya. Idris menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

Ed menyeluk poketnya lalu mengeluarkan sebatang gula-gula lolipop, kertas pembalutnya dibuka lalu disuapkan ke dalam mulut Idris. Sekurang-kurangnya Idris dapat melupakan sakitnya dengan gula-gula itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience