Bau minyak petrol yang kuat membuatkan Syaf mencuba membuka matanya, kejadian yang baru berlaku tadi terimbau kembali di dalam ingatannya.
Dia sedang dalam perjalanan pulang bersama dengan pemandu peribadi Jun, Mokhtar. Tiba-tiba, dua buah kereta menghimpit kenderaan mereka.
Kenderaan yang berada di sebelah kiri memotong kenderaan yang dinaikinya dengan mengejut membuatkan Mokhtar memulas stereng ke sebelah kiri dengan mengejut lalu kenderaan mereka terhumbam ke dalam longkang.
Syaf mengetuk-ngetuk tingkap untuk meminta pertolongan. Yang menghairankannya, tiada kenderaan lain pun di jalan tersebut kecuali kenderaan mereka.
Syaf mengerahkan segala tenaganya untuk membuka pintu di sebelahnya. Nasib menyebelahinya apabila pintu terbuka. Dia merangkak keluar dari perut kereta lalu menyandar di bahu jalan.
Dia cuba untuk memikirkan cara bagaimana untuk mengeluarkan Mokhtar, dia cuba untuk bangun berdiri. Kepalanya luka, cecair merah pekat mengalir di dahinya. Mungkin luka itu terjadi kerana kepalanya terhantuk di cermin kereta tadi. Dia cuba untuk bangun berdiri dengan badannya yang terhuyung-hayang.
Tatkala dia cuba mendekati tempat pemandu, sepasang tangan menyambarnya dan menariknya untuk masuk ke dalam perut kereta yang dinaiki oleh gerangan tersebut.
Dengan laju, kenderaan dipecut oleh sang pemandu. “Parah sangat ni luka. Kita boleh singgah hospital dulu tak?” Tanya Jazmin kepada Fack, atau lebih tepat, pinta Jazmin.
Fack melirik ke arah jam tangannya, “Kita ada masa 15 minit lagi. Nak sampai KLIA pun ambil masa 10 minit, mana sempat.” Kedengaran nada Fack tidak senang.
‘Macam-macam lah dia ni. Tadi kata nak pergi KLIA. Ni tiba-tiba baik hati nak tolong orang, nak hantar pergi hospital bagai. Kau ingat kapal terbang tu bapak kau punya?’ Gumam hati Fack, dia cuba beristighfar untuk mengurangkan rasa amarahnya.
Harraz yang duduk di sebelah tempat memandu menoleh ke arah Syaf, “Dia dah tidur ke?” Tanya Harraz apabila melihat mata Syaf yang sudah tertutup rapat.
Jazmin menoleh ke arah Syaf, jarinya diletakkan di hidung Syaf untuk merasai nafasnya. “Fack, boleh tangguh dulu tak flight? Dia dah pengsan ni.” Rayu Jazmin lagi.
Fack tidak mempedulikan pujukan Jazmin, dia terus memandu menuju ke KLIA. Memang tak lah dia nak bazirkan masa dengan perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah kepada dia.
.
Hayqal memerhatikan tangan Ed yang sedang mencampur minuman beralkohol, tertarik pula perhatiannya dengan campuran alkohol itu.
“Nak cuba ke?” Tanya Ed dengan nada bergurau. Memang tak lah dia nak bagi Hayqal minum campuran tersebut, hukumnya kan Haram.
“Tak nak lah. Minum arak kan haram.” Jawapan yang diberikan oleh Hayqal sudah dapat diramal olehnya. Dia dah kenal Hayqal berbelas tahun, dia sudah masak dengan perangai Hayqal, mahu baik ataupun perangai buruk.
“Sejak dua menjak ni rajin pula kau datang melepak dekat tempat aku.” Kata Ed dengan jujur. Sebelum ini, kalau diajak Hayqal datang ke kelab malamnya, memang Hayqal akan menolak ajakannya. Ini rajin pula nak datang melepak di tempatnya. Tak sihat agaknya.
Hayqal meneguk jus buah oren yang disediakan oleh Ed khas untuknya, “Aku serabutlah.” Hayqal memberitahu perasaan yang sedang dirasainya.
Ed berhenti melakukan perkerjaannya, dia mengelap tangannya lalu mengambil sebuah kerusi dan duduk bertentangan dengan Hayqal, “Serabut kenapa?” Tanya Ed. Seperti hari-hari sebelum ini, apabila Hayqal serabut je, Ed akan ada untuk mendengar curahan hati Hayqal.
“Masa aku koma, aku ada termimpi pasal Jazmin.” Hayqal memulakan ceritanya. Kelihatan wajah Ed berkerut, “Jazmin mana ni?” Tanya Ed keliru.
“Budak yang Fack bawak balik tu.” Balas Hayqal mendatar. Rasanya haritu dia dah permah beritahu Ed tentang Jazmin, takkanlah semudah abc je Ed dah lupakan tentang Jazmin?
Ed memetik jarinya, “Ouh yang tu. Dah ingat dah, haa kenapa dengan dia?” Tanya Ed yang bermaksud menyuruh Hayqal untuk meneruskan ceritanya.
“Dalam mimpi tu, nama dia bukan Jazmin. Tapi Nafisah, Syahida Nafisah.” Hayqal tiba-tiba memghentikan ceritanya.
Ini yang Ed geram ni, “Nyah. Kau nak cerita tu ceritalah sampai habis, janganlah sampai separuh.” Bebel Ed. Kalau dia campak Hayqal dalam sungai amazon ni memang tak sia-sia.
Hayqal menjeling tajam ke arahnya, “Sabarlah anak haram. Ni phone aku berbunyi, Ray call.” Hayqal memarahi Ed balik sebelum dia menjawab panggilan telefon dari adiknya.
“Kau nak apa?” Tanya Hayqal mendatar kepada Rayqal yang sudah disambungkan ke taliannya.
“Nak pergi Itali boleh?” Tanya Rayqal dengan nada mengada. Dia sudah tersengih seperti kerang busuk, macamlah Hayqal boleh nampak senyuman dia tu.
“Hah? Kau nak buat apa pergi sana?” Kedengaran nada Hayqal seperti tidak puas hati dengan permintaan adik kembarnya.
“Aaa aku nak pergi merisik Jazmin.” Ternganga luas mulut Hayqal setelah mendengar permintaan Rayqal itu. Seriuslah? Nak masuk merisik Jazmin?
“Kau dah kenapa ni tiba-tiba je nak masuk meminang anak orang?” Soal Hayqal, nadanya kedengaran sedikit berang. Mata Ed tertancap ke arahnya.
‘Aik? Nak masuk meminang pun salah ke?’ Desis hati Ed, hairan pula dia dengan baran Hayqal yang tiba-tiba berkunjung ni.
“La, haritu kan kau yang suruh aku kahwin dengan dia. Ni aku nak masuk merisik dia, macam-macam pulak kau soal. Kau ni dah kenapa sebenarnya long?” Soal Rayqal, dia pula yang naik angin dengan perangai abangnya ni.
Hayqal terdiam seketika, sentaplah tu kena tegur dengan Rayqal. Ed merampas telefon Hayqal dari tangannya, “Aku ada hal penting nak bincang dengan abang kau. Nanti kau call dia balik.” Terus panggilan ditamatkan oleh Ed.
Ed meletakkan telefon pintar Hayqal di atas meja, “Kau ni dah kenapa Hay?” Soal Ed apabila melihat Hayqal sudah menggelamun jauh.
Kedengaran keluhan kecil di bibir Hayqal. Tidak pernah lagi Ed mendengar Hayqal mengeluh. Makin risau pula dia dengan Hayqal ni.
“Kalau kau diam je, mana aku tahu apa masalah kau.”
Hayqal meraup rambutnya, “Aku buntu lah. Aku mimpi Jazmin tu Nafisah, orang yang aku suruh kau cari tu.” Hayqal menceritakan sipnosis mimpinya kepada Ed.
“Kau dah tanya tuan punya badan ke belum?” Soal Ed. Seharusnya jika Hayqal ingin mendapatkan jawapan, dia sepatutnya bertanya terus kepada Jazmin.
Hayqal menggelengkan kepalanya tanda tidak, Ed tersenyum dalam kedukaan. “Dah kenapa kau tak tanya bongok? Haduh masalah betul la kau ni.” Ed pula yang menggaru kepalanya.
“Bukan aku tak nak tanya, tapi aku tak berani nak tanya.” Jawapan dari Hayqal itu kedengaran lawak di telinga Ed, sejak bila ketua mafia ni mempunyai sifat takut.
Joshua menapak ke arah mereka. Kemunculannya membuatkan Hayqal dan Ed terdiam. “Aik senyap je. Malaikat maut lalu ke?” Tanya Joshua dengan nada gurauan.
Ed tergelak hambar, “Taklah. Bapak kau lalu.” Wajah Ed kembali serius. Joshua menayangkan derk facenya.
“Habistu, apa kaitan Ray nak meminang anak orang dengan perempuan tu?” Ed kembali bertanya tentang topik asal mereka.
Joshua menyimpan beg galasnya di dalam kabinet lalu menapak keluar meninggalkan mereka berdua untuk membincangkan hal mereka.
“Sebelum aku dapat mimpi tu, aku pernah rancang nak kahwinkan Ray dengan dia. Masatu Ray tak setuju, ni tiba-tiba setuju pulak.” Jelas Hayqal. Serabut pula otaknya memikirkan masalah ni.
Ed mencapai sebotol mineral lalu diteguknya untuk menghilangkan haus, “Ni sekadar pendapat aku lah. Ada baiknya kalau kau kahwinkan je Ray dengan dia macam perancangan kau tu. Lagipun kau tu ketua, aku tak rasa kau perlu korbankan masa kau untuk cari Nafisah tu. Silap-silap dia sendiri pun dah tak ingat tentang kau.” Nasihat Ed. Nasihatnya bukan semakin menambahkan semangat Hayqal, namun semakin menambah beban ke dalam fikiran Hayqal.
“Kau tahu kan betapa dalamnya cinta aku dekat Nafisah?” Tanya Hayqal kepada Ed. Nasihat jenis apa yang dia bagi tu? Bukannya nak menyokong dia, tapi semakin menjatuhkannya.
“Cinta atau tak, kalau dah ditakdirkan kau dengan dia takkan bersama, benda tu tetap tak akan terjadi. Terima jelah Qada dan Qadar ni, dia tercipta bukan untuk kau.” Ed masih tidak berhenti mencuba untuk menasihati Hayqal supaya melupakan cinta pertamanya.
“Kalau tak mungkin sekalipun, sekurang-kurangnya bagi aku tengok dia bahagia dengan orang lain walaupun orang tu bukan aku!” Hayqal menghentak meja untuk melepaskan kemarahannya.
Geleng kepala Ed melihat perangai Hayqal, “Kau tengoklah diri kau ni. Kalau Nafisah tengok perangai kau macam ni, kau rasa dia nak ke lagi dekat kau?” Soalan yang dilontarkan oleh Ed membuatkan Hayqal terdiam sepi.
Share this novel