Bab 18

Drama Series 2228

Tergamam Syaf melihat makanan yang memenuhi meja makan, ‘Banyaknya.’ Bisik hatinya. Dia sudah menelan air liur menatap makanan yang terhidang di hadapannya, mewah-mewah belaka!

“Syaf, tunggu apa lagi? Makanlah.” Tegur ibu Jazmin, Puan Sri Psychlia.

Syaf menganggukkan kepalanya, “Ba..baik Puan Sri.” Balas Syaf sebelum dia memulakan suapan pertamanya.

Puan Sri Psychlia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, “Kan aunty dah cakap, jangan panggil Puan Sri. Panggil aunty je.” Dia membetulkan cara panggilan yang digunakan oleh Syaf.

“Ba.. baik aunty.” Balas Syaf dengan senyuman janggal. Keadaan di meja makan sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah bunyi peralatan makanan yang berlaga sesama sendiri.

Puan Sri Psychlia menghentikan suapannya, dia menoleh ke arah Fack, “Sekejap lagi aunty nak berbual sekejap dengan kamu boleh?” Pinta Puan Sri Psychlia kepada Fack.

“Boleh je.” Balas Fack ringkas dengan senyuman mesranya. Puan Sri Psychlia meneruskan suapannya.

Setelah mereka berdua selesai menjamu selera, mereka berdua ke ruang tamu untuk berbual-bual. Tinggallah Jazmin, Syaf dan Harraz bertiga yang masih lagi menjamu selera mereka.

Harraz menarik tangan Jazmin, “Kakak, nak tu.” Harraz menunding jari ke arah pencuci mulut yang telah menarik perhatiannya dari tadi lagi.

Jazmin terus mencapai pudding caramel itu lalu diberikan kepada Harraz. Pandangan Jazmin terhala ke arah Syaf, Syaf kelihatan sedang menguis-nguis makanannya. “Jauh kamu menggelamun Syaf.” Tegur Jazmin yang membuatkan Syaf kembali ke alam nyata.
Syaf terus menoleh ke arah Jazmin, “Takdelah akak. Orang tak lalu la nak makan.” Kata Syaf dengan jujur. Perutnya lapar namun dia tidak mempunyai selera untuk makan.

Harraz yang berada di sebelah Syaf terus memotong sedikit puding tadi lalu disuapkan ke dalam mulut Syaf, “Sedap?” Tanya Harraz dengan wajah teruja.

Syaf kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan Harraz, namun hatinya tercuit dengan sikap Harraz. “Sedap.” Balasnya dengan senyuman lebar.

Harraz tersenyum girang, “Nganga. Harraz suapkan.” Harraz sudah menyediakan suapan keduanya, Syaf membuka mulutnya seperti yang Harraz katakan.

Harraz menyuap puding tadi, tatkala puding itu hampir tiba di mulut Syaf, Harraz memutarkan arah sudu itu dan puding itu sudah masuk ke dalam perutnya. “Blerk.” Harraz menjelirkan lidahnya ke arah Syaf.

Syaf tergelak kecil, “Oh dia usik kak Syaf ye.” Jazmin mengeletek perut Harraz. Harraz tergelak kuat, “Geli la kakak!” Jerit Harraz, dia cuba meloloskan dirinya dari Jazmin.

Prang! Kedengaran bunyi kaca pecah dari dapur dengan kuat. Jazmin kelihatan mengigil ketakutan. Lututnya diangkat olehnya lalu dipeluknya dengan kuat. Harraz menyentuh bahu Jazmin, pantas Jazmin menepisnya. Satu jelingan tajam diberikan.

.

Fack menyentuh bingkai gambar yang di dalamnya diletakkan gambar seorang gadis remaja, “Jazmin ke ni?” Tanya Fack bersahaja.

“Iya Jazmin lah tu, cantik kan dia?” Tanya Puan Sri Psychlia. Saja dia nak menduga apa reaksi Fack.

Fack tersenyum seperti biasa, “Cantik.” Balas Fack ringkas. Dia terus meneliti gambar-gambar lain, ada sesuatu yang pelik di balik gambar-gambar tersebut.

“Kenapa dalam gambar ni, Jazmin takde?” Tanya Fack yang diselimuti tanda tanya. Hanya kelihatan gambar sepasang suami isteri dan Jun yang baru berusia 5 tahun.

“Duduklah dulu.” Pelawa Puan Sri Psychlia. Fack melabuhkan punggungnya di sofa yang bertetangan arah dengan Puan Sri Psychlia.

Puan Sri Psychlia mengeluarkan sebuah album gambar lalu dihulurkan kepada Fack, “Album apa ni?” Tanya Fack mendatar.

Puan Sri Psychlia tidak menjawab, dia hanya menjuih bibir ke arah album itu. Mengisyaratkan Fack untuk melihatnya sendiri. Dari muka surat pertama sehinggalah muka surat terakhir semuanya terisi dengan gambar Jazmin. Namun yang menghairankannya ialah mengapa hanya gambar Jazmin ketika remaja sahaja yang ada di dalam album tersebut.

“Boleh saya tahu tak kenapa tiada gambar Jazmin masa kecil?” Soal Fack.

Puan Sri Psychlia tersenyum tipis, “Sebenarnya, Jazmin bukan anak kandung kami.” Pernyataan dari Puan Sri Psychlia membuatkan Fack sedikit terperanjat.

Puan Sri Psychlia menarik nafas sebelum meneruskan ceritanya. “Arwah ibu Jazmin tu kawan baik mak cik, kitorang kenal dari sekolah rendah lagi. Ibu Jazmin tu degil orangnya, orang tegur tak pernah nak dengar. Keras kepala!” Puan Sri Psychlia tergelak kecil.

Fack juga turut sama tergelak kerana tidak mahu menjanggalkan suasana di antara mereka berdua.

“Tapi…” wajah Puan Sri Psychlia kelihatan sedih dan kecewa.

“Tapi apa?” Tanya Fack. Aish ini yang tidak disukai olehnya ni. Nak cerita tu cerita jelah terus, ini nak tergantung sepi pula. Ingat ni lagu Haqiem Rosli ke? Nasib baik mak Jazmin ni sudah berusia, kalau tidak memang sudah benanah telinga emak Jazmin dek dimarahi oleh Fack.

“Rupa paras Jazmin yang sempurna selalu membuatkan Jazmin menjadi tumpuan orang ramai, sehingga orang kampung pun tidak berpuas hati dengannya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu masa dia pergi sekolah, ada orang yang dengki dengan dia pergi bakar rumah dia. Masatu ibu dengan bapa dia belum keluar, mereka mati terbakar di dalam kejadian tu.” Air mata Puan Sri Psychlia menitis mengenangkan nasib yang menimpa arwah sahabatnya.

Rasa simpati menjelma di dalam hati Fack, ‘Kesian kau Min, muda- muda lagi dah diuji dengan ujian berat macam tu.’ Bisik hati Fack penuh simpati.

Puan Sri Psychlia memegang tangan Fack, “Kamu tolong mak cik tengokkan Jazmin ya? Mak cik risau dengan keselamatan dia, lebih-lebih lagi bila dengan lelaki.” Pintanya.

Wajah Fack berkerut seribu, “Kenapa dengan lelaki?” Tanya Fack bersahaja, saja dia nak beramah mesra dengan ibu angkat Jazmin.

Puan Sri Psychlia mengeluh kecil, “Jazmin tu ada saka keturunan. Arwah nenek dia yang turunkan dekat dia. Dulu Jazmin pernah kena culik, kejadian tu hampir meragut kesucian dia. Tapi saka yang diturunkan oleh arwah nenek dia lindungi dia masa tu, nasib baiklah tiada apa-apa yang terjadi dekat dia.” Jelas Puan Sri Psychlia.

“Astaughfirullahalazim. Saka itu kan syirik.” Fack beristghfar apabila mendengar penjelasan dari Puan Sri Psychlia.

“Itulah tu, mak cik dah bawa dia pergi jumpa bomoh untuk buangkan saka tu, tapi benda tu degil. Dia tak nak tinggalkan Jazmin.” Kata Puan Sri Psychlia dengan wajah mendungnya.

Saka yang diturunkan okeh arwah nenek Jazmin kepadanya sepertinya sudah sebati dengan dirinya. Degil sangat makhluk itu, sampai disuruh tinggalkan Jazmin pun ia berkeras tidak mahu.

Fack menepuk-nepuk tangan Puan Sri Psychlia, “Takpelah mak cik. Yang tu, saya akan usahakan. Saya ada kenalan ni, dia pakar perubatan Islam. Insyaallah dia boleh tolong Jazmin.” Kata Fack dengan yakin. Wajah Puan Sri Psychlia kelihatan lega dengan jawapan yang diberikan oleh Fack.

“Tapi nama sebenar Jazmin bukan Jazmin.” Puan Sri Psychlia sudah bersedia untuk membongkarkan identiti sebenar anak angkatnya.

Tiba-tiba, kedengaran jeritan dari meja makan. “Argh!” Terus mereka berdua bergegas ke sana.

.
 
Bahu Jazmin dipegang oleh Syaf, “A.. akak okay tak ni?” Tanya Syaf kepada Jazmin.

Jazmin menoleh ke arah Syaf dengan wajah pucat, matanya bertukar menjadi hitam sepenuhnya. “Kau nak apa?” Tanya Jazmin dengan nada kasar lagi garau, seperti suara lelaki.

Harraz sudah menyorok di belakang Syaf, Jazmin menjeling tajam ke arah Harraz. “Eh adik!” Jazmin tersenyum seram memandang ke Harraz.

Syaf dapat merasai badan Harraz yang sedang mengigil ketakutan, Jazmin merangkak turun dari kerusi seperti seekor haiwan. “Assalamualaikum.” Jazmin sudah berada di sebelah Harraz, dia mencengkam bahu Harraz. Pantas Syaf menarik Harraz dari pegangan Jazmin.

“Lari Harraz, pergi cari aunty!” Syaf menghalau Harraz. Terus Harraz berlari tanpa hala tuju.

Jazmin menjeling tajam ke arah Syaf, “Kau! Berani kau ganggu rancangan aku!” Jazmin terus merangkak ke atas meja, garfu dicapainya.

Syaf berlari sepantas mungkin untuk keluar dari ruang makan, Jazmin sudah seperti seekor cicak, dapat berjalan di atas dinding. Dia terus merangkak dan menghalang laluan Syaf.

“Argh!” Jerit Syaf. Jazmin menerpa ke arahnya lalu menindih badannya. Jazmin hampir mencucuk garfu ke bola mata Syaf namun Syaf menahan tangan Jazmin dengan semua kudrat yang dia ada.

Fack dan Puan Sri Psychlia bergegas ke arah ruang makan, “Astaughfirullah Min!” Puan Sri Psychlia menutup mulutnya.

Fack menenangkan dirinya, dia mengingati perkara yang pernah diberitahu oleh kawannya, Irsyad. “Kalau kau berhadapan dengan situasi genting, kau pegang kepala orang tu, kau baca Al-fatihah, tiga Qul dengan ayatul Qursi. Insyaallah dia boleh membantu.”

Fack terus memegang kepala Jazmin yang dibaluti tudung. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Kedengaran raungan Jazmin bergema di setiap pelusuk banglo tersebut.

Harraz sudah berlari keluar dari tempat penyembunyiannya, dia memeluk kaki Puan Sri Psychlia ketakutan.

“Allahuakbar!” Fack menarik tangannya. Sejurus itu, Jazmin jatuh terkulai di atas lantai. Puan Sri Psychlia terus mendapatkannya.

Fack berlari mendapatkan Harraz, tangisan Harraz mula pecah. Fack mendukung Harraz, “Dah dah, jangan nangis. Abang Fack ada ni.” Fack mencium dahi Harraz untuk menenangkannya, rambut Harraz dirautnya ke belakang.

Syaf membantu Puan Sri Psychlia untuk melihat keadaan Jazmin. Tatkala Syaf duduk di hadapan Jazmin, matanya terbuka dan tangannya terus mencekik leher Syaf.

“Allahuakbar!” Jerit Puan Sri Psychlia terkejut.

“Tiada siapa yang mampu halang aku dari menghapuskan cucu cicit Adam!” Jerit Jazmin dengan suara garau sehingga menyebabkan gelas kaca di atas meja hancur berkecai.

Wajah Syaf bertukar biru kerana sukar bernafas, Fack meletakkan Harraz ke lantai. Dia memegang kepala Jazmin sekali lagi, ayat kursi dibaca olehnya berkali-kali.

“Aku akan hapuskan kau!” Jerit Jazmin dengan nyaring, dia mengilai seperti langsuir sebelum dia kembali tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience