Bab 25

Drama Series 2228

“Ting tong.” Kedengaran bunyi loceng berbunyi menandakan ada tetamu berkunjung.

“Loly! Open the door!” Laung Puan Sri Psychlia yang sedang asyik menonton rancangan televisyen kepada orang gajinya. Loly yang sedang memasak di dapur terus berlari tergopah-gapah untuk membuka pintu.

Clara terpacak di muka pintu dengan senyuman lebar, “Aunty ada?” tanya Clara kepada Loly yang tidak memahami bahasa melayu.

‘Maybe she asked if madam were at home or not.’ Bisik hati Loly, dia terus menjemput Clara untuk masuk lalu membawa Clara untuk berjumpa dengan Puan Sri Psychlia.

“Aunty!” terus Clara meluru ke arahnya, Puan Sri Psychlia didakapnya erat untuk melepaskan rindu.

“Clara! Long time no see!” Puan Sri Psychlia membalas pelukan Clara. Rindunya dia dengan pembantu peribadi Jun ini. Sudah berbulan-bulan mereka tidak bertemu, makin lama makin berseri wajah Clara di dalam pandangannya.

Mereka meleraikan pelukan, Puan Sri Psychlia memegang wajah Clara. “Makin comel ya anak dara ni.” Pujinya ikhlas. Clara tersenyum malu.

“Kamu sorang je ke? Takkan Jun tak ikut?” tanya Puan Sri Psychlia bersahaja. Selalunya, Clara akan melekat dengan Jun seperti belangkas, tak pernah berpisah

Wajah Clara kelihatan keruh, “Kamu ada masalah ke dengan Jun?” tanya Puan Sri Psychlia seperti seorang ibu yang prihatin.

“Clara... dah letak jawatan.” Kata Clara mendatar, dia menundukkan wajahnya kerana rasa bersalah.

“Apa?” Nada Puan Sri Psychlia kedengaran nyaring di telinga Clara. “Macam mana kamu boleh letak jawatan ni?” tanya Puan Sri Psychlia dengan wajah tegang.

“Se.. sebenarnya, Clara dah lama simpan perasaan dekat Jun. Clara ada bagitahu dia haritu, tapi dia tak endahkan pun. Lepastu, Clara letak jawatan sebab tak nak situasi kitorang jadi janggal.” Terang Clara dengan nada bersalah.

Mendengarkan penjelasan Clara itu, rasa amarah Puan Sri Psychlia hilang. Dia tergelak kecil, “Kalau macam tu, elok sangatlah. Kenapa kamu tak bagitahu je dekat aunty? Kan senang, aunty kahwinkan je kamu dengan Jun nanti.” Kata Puan Sri Psychlia dengan mesra.

Clara terus mengangkat wajahnya, “Aunty tak marah ke?” tanya Clara. Langsung tiada reaksi marah di wajah Puan Sri Psychlia, yang ada hanyalah perasaan gembira.

Puan Sri Psychlia menepuk bahu Clara, “Dah elok sangat dah tu kalau kamu berkenan dekat Jun. Aunty pun dah lama berkenan dekat kamu ni.” Kata Puan Sri Psychlia lalu tergelak kecil.

Clara tersenyum janggal, sepatutnya dia gembira dengan pernyataan dari Puan Sri Psychlia itu. Namun entah kenapa, dia jadi janggal apabila mendengar tawa kecil dari Puan Sri Psychlia.

“Tapi.. Jun belum berpunya ke?” soalan dari Clara itu membuatkan Puan Sri Psychlia terdiam. Dia menoleh ke arah Clara, “Aunty nak mintak tolong.” Wajahnya kelihatan serius dan tegang, begitu juga dengan nadanya.
 
.

Hayqal mematikan enjin keretanya apabila dia tiba di hadapan kediaman Jazmin. Dia keluar dari perut keretanya lalu bersandar di kenderaannya.

Matanya terus tertancap di tingkap bilik Jazmin yang masih lagi dihiasi dengan cahaya terang. Selang beberapa minit, lampu di dalam bilik itu dipadamkan oleh Jazmin.

Hayqal tersenyum sendiri, “Goodnight Princess.” Ucapnya lalu dia masuk semula ke dalam perut keretanya.

Hayqal menghidupkan enjin keretanya lalu bersedia untuk meninggalkan kawasan itu, namun niatnya terbantut apabila ternampak kelibat seorang lelaki sedang mundar-mandir di depan pintu pagar rumah Jazmin.

Hayqal terus memerhatikan lelaki itu sehinggalah lelaki itu memecah masuk ke dalam rumah Jazmin. Hayqal turun dari keretanya dan turut menyusul, namun ada bisikan halus yang kedengaran di telinganya.

“Kalau kau terjah macam tu je, nyawa dia boleh terkorban.” Hayqal terdiam sejenak, ada betul juga kata-kata dari bisikan halus itu.

Hayqal meletakkan alat pengesan lokasi di kereta Jazmin kerana hatinya kuat mengatakan bahawa sekejap lagi, lelaki itu akan menggunakan kenderaan Jazmin untuk melarikan dari kediamannya.

Hayqal kembali ke dalam kenderaannya. Selepas tiga minit, lelaki tadi membuka pintu lalu memasukkan sesuatu ke dalam kereta Jazmin. Kemudian, lelaki itu memecut laju meninggalkan perkarangan kediaman Jazmin.

Pantas Hayqal turun dari kenderaannya lalu masuk ke dalam rumah untuk memeriksa keadaan Jazmin, “Jazmin!” jerit Hayqal namun tiada sahutan. Hayqal menerjah semua bilik, juga tiada kelibat Jazmin disitu.

“Damn!” Hayqal menumbuk dinding untuk melepaskan kemarahannya apabila dia menyedari lelaki itu telah menculik Jazmin.

Terus Hayqal berlari ke arah kenderaannya lalu telefon pintarnya dikeluarkan, alat pengesan lokasi tadi memberikan lokasi terkini mereka.

Hayqal terus menghantar lokasi itu berserta satu pesanan ringkas kepada Fack. Hayqal memecut kenderaannya dengan laju. Keadaan jalan raya yang linang mempercepatkan tempoh waktunya untuk ke lokasi tersebut.

Hayqal berhenti di hadapan sebuah banglo usang, dia menatap skrin telefon pintarnya silih berganti. Lokasinya sudah tepat. Dia sepertinya pernah melihat banglo usang itu, tapi dimana ya?

‘Ah lupakan dulu. Tolong Jazmin lagi penting.’ Bisik hatinya. Hayqal menapak ke dalam banglo itu dengan penuh berhati-hati, dia harus berjaga-jaga kerana lelaki itu mungkin akan menyerangnya bila-bila masa sahaja.

“Hahahahaha!” kedengaran hilaian tawa dari tingkat atas. Itu ialah suara perempuan, bukan lelaki. Terus Hayqal memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas.

Hayqal terhenti apabila lelaki tadi sedang mengacukan parang ke arahnya, “Siapa kau?” tanya lelaki itu mendatar.

Hayqal meraba-raba poketnya untuk mencari pistolnya namun hampa, dia tertinggal pistol itu di atas keretanya.

Jazmin yang sedang diikat di atas kerusi menoleh ke arah Hayqal, “Awak buat apa dekat sini?” tanya Jazmin terkejut. Macam mana Hayqal boleh tahu dia ada disini? Adakah lelaki itu mengikutinya dari awal lagi?

Lelaki tadi menoleh ke arah Jazmin, “Kau kenal dia?” tanya dia kepada Jazmin. Jazmin menganggukkan kepalanya lalu menggelengkan kepalanya dengan laju.

Hayqal mengambil kesempatan itu untuk menyerang lelaki itu, Hayqal menyiku perutnya dan terus menerpa ke arah Jazmin. Dia membuka ikatan Jazmin dengan kelam-kabut.

“Lepasni, kau lari okay? Kau masuk dalam kereta dulu. Jangan lupa kunci pintu.” Pesan Hayqal kepada Jazmin. Jazmin menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

“Tak guna!” jerit lelaki itu. Dia memegang parangnya dengan erat lalu mencuba untuk menyerang Hayqal.

“Amir jangan!” halang Jazmin. Lelaki yang bernama Amir itu menoleh ke arahnya.

Amir mengacukan parang ke arah Hayqal, “Ini la suami kau tu kan?” tanya Amir dengan senyuman sinis. Jazmin menggelengkan kepalanya dengan laju tanda bukan. Ya Allah, jika Amir sudah mengeluarkan pertanyaan itu, nyawa Hayqal takkan dapat dilindungi olehnya. Amir tetap akan membunuh Hayqal dengan pelbagai cara.

Amir tertawa seperti orang hilang akal, dia melibas parangnya ke arah Hayqal berkali-kali namun Hayqal sempat mengelak kesemua serangannya.

“Benda yang aku tak dapat, kau jangan harap nak dapat!” kata Amir kepada Hayqal. Dia terus mencuba untuk menyerang Hayqal.

Libasan parang dari Amir sempat mengenai lengan Hayqal, cecair merah pekat mengalir keluar dari lengan Hayqal. “Tak guna.” Gumam Hayqal.

Jazmin terduduk di lantai, badannya mula mengigil. Pandangan Hayqal terarah kearah Jazmin. Hayqal mencapai kerusi yang digunakan Amir untuk mengikat Jazmin lalu dicampakkan ke arah Amir. Amir terjatuh di atas lantai.

Hayqal terus menerpa ke arah Jazmin, “Kau okay tak ni?” tanya Hayqal, dia memegang wajah Jazmin. Jazmin memandang Hayqal, dia menggelengkan kepalanya dengan laju.

Hayqal dapat merasakan wajah Jazmin yang sedingin salju. “Mati kau!” Amir yang berada di belakang Hayqal sudah bersedia untuk menghayunkan parang ke arah Hayqal.

Pantas Jazmin menolak Hayqal ke tepi, dirinya pula sudah memanjat dinding. “Kau tak guna!” jerit Jazmin kepada Amir dengan nada garau.

Hayqal tahu, itu bukan lagi Jazmin yang dikenalinya. Jazmin telah dirasuki oleh makhluk lain, makhluk yang sama yang menegurnya tatkala dia termimpikan Jazmin sewaktu dia koma beberapa bulan yang lepas.

Jazmin yang sedang melekat di dinding terus menerpa ke arah Amir, dia terduduk di atas perut Amir. “Faydasiz!” Jazmin memaki hamun Amir menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh Hayqal mahupun Amir.

Amir cuba menolak Jazmin, namun kudrat Jazmin menjadi lebih kuat dari sebelum ini. Jazmin membuka mulutnya seluas yang mungkin lalu dia menjerit tepat di wajah Amir.

Cacing-cacing tanah keluar dari mulut Jazmin tatkala dia menjerit. Cacing-cacing itu masuk ke dalam mulut Amir. Hayqal menutup mulutnya, tekaknya terasa mual, sisa makanan yang tersisa di dalam perutnya ingin keluar kembali.

Amir menggelepur di lantai. Tidak cukup dengan itu, Jazmin kemudiannya merobek isi perut Amir menggunakan parang yang digunakan oleh Amir untuk menyerang Hayqal tadi.

Yang paling menakutkan, Jazmin menarik usus Amir lalu diratah dengan rakus olehnya. Fack dan Morio yang baru tiba terus meluru ke tingkat atas, mereka masing-masing menekup mulut apabila melihat keadaan itu.

Jazmin mengambil usus yang masih tersisa lalu dihulurkan kepada Hayqal, “Nak?” tanya Jazmin dengan lembut. Hayqal menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

Tatkala Hayqal menyentuh tangan Jazmin, Jazmin jatuh terkulai di atas pehanya. "Apa benda ni?” tanya Morio yang keliru, dia melihat Amir yang sudah tidak bernyawa, keadaan tubuh Amir amat mengerikan.

Hayqal mendukung Jazmin, “Jom. Balik.” Kata Hayqal mendatar. Reaksinya kelihatan tenang dan bersahaja. Dia mengatur langkah untuk menuju ke kenderaannya.

Loya tekak Morio dan Fack melihat keadaan tadi. Babak tadi masih terbayang jelas di ingatan mereka. Takkan pernah mereka lupa akan kejadian tadi, kejadian Jazmin meratah usus Amir dengan rakus. “Kita kena berhati-hati dengan dia.” Pesan Morio kepada Fack. Fack bersetuju dengan kata-kata Morio tadi.

Mereka berdua terus mengaturkan langkah untuk keluar dari banglo itu. Hayqal sudah beredar tatkala mereka sedang berbual tadi. Ketika Morio memasukkan gear, matanya menangkap satu kelibat putih yang sedang berdiri di salah satu jendela, kelibat itu sedang melambai ke arahnya.

“F*ck!” Carut Morio. Terus dia memecut kereta dengan laju lalu meninggalkan banglo usang tersebut.

Fack yang duduk di sebelahnya ingin bertanya, namun melihatkan wajah Morio yang sudah pucat seperti mayat itu, dia memilih untuk tidak bertanya. Mungkin Morio telah ternampak sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tadi menyebabkan dia cuak dan gelisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience