Bab 33

Drama Series 2228

Malam pertama ialah malam yang paling dinanti-nantikan oleh setiap insan yang baru bergelar suami isteri, namun bukan bagi Jazmin dan Hayqal.

Jika sebelum ini, hanya Rayqal yang merasakan debaran tatkala detik pertama dia mendirikan masjid dengan Jazmin. Kali ini, abangnya dan Jazmin bersama-sama merasakan debaran tersebut.

Malam itu, setelah Jazmin selesai membersihkan diri, dia duduk di depan meja solek untuk mengeringkan rambutnya. Hayqal yang baru selesai berbual dengan ayah mertuanya menguak daun pintu. Matanya terarah kepada Jazmin. Jazmin langsung tidak menoleh ke arahnya.

‘Pandai sangat nak mengena aku kan? Padan muka kau.’ Bisik hati Jazmin. Dia sudah nekad nak lancarkan perang dingin dengan suaminya. Biar padan muka dia!

Hayqal berdehem, “Tak baik tau tak layan suami.” Wahh baru bergelar suami kepada Jazmin tidak sampai sehari, dia sudah menggunakan tittlenya sebagai ‘suami’ untuk menyerang Jazmin ya. Ingat Jazmin goyah ke? Jangan harap!

Jazmin tetap berdiam diri. Selesai mengeringkan rambut, dia mencapai kain sejadah lalu dihamparkan di lantai. Kain telekungnya disarungkan ke badannya lalu dia mula fokus menunaikan ibadahnya.

Hayqal mengeluh kecil. Nampaknya Jazmin masih marahkannya kerana membuat kejutan yang sebegini. Pelik, bukan ke sepatutnya kaum hawa akan gembira bila dapat berkahwin dengan orang yang dicintai oleh mereka?

‘Dahlah solat pun tak tunggu orang.’ Gumam hati Hayqal. Nasib sayang, kalau tak dah lama dia ratah isterinya tu. Eh ratah? Apa-apa jelah. Hayqal mencapai tualanya lalu berlalu ke bilik mandi untuk menyegarkan diri.

“Assalamualaikum wa rahmatullah.” Jazmin memberi salam selepas selesai membaca tahiyyat akhir. Dia menadah tangannya untuk berdoa.

Selesai berdoa, dia nak melipat sejadah. Namun terkenangkan suaminya, dia membiarkan sejadah itu terbentang di situ sahaja. Jazmin menyidai kain telekungnya di ampaian sebelum merebahkan diri di atas katil.

“Sayang! Tolong kejap!” Kedengaran jeritan Hayqal dari dalam bilik air.

Jazmin mengeluh kecil, “Apa?” Tanya Jazmin dengan nada yang sedikit kuat. Takut pula kalau suaminya tidak dapat mendengar responnya.

“Abang tertinggal baju lah dekat luar. Tolong ambilkan kejap.” Kata Hayqal. Aish mengadalah dia ni! Keluar jelah ambil baju tu sendiri, tak pun pakai dekat luar je ke. Jazmin turun dari katil dengan malasnya.

Dia terus mencapai baju suaminya yang sudah tersedia di kaki katil. Jazmin mengetuk pintu bilik air, “Ni baju ni.” Kata Jazmin dengan tidak ikhlas.

Tiba-tiba sahaja Hayqal merangkulnya ke dalam pelukannya. “Eh apa ni?” Tanya Jazmin dengan nada terperanjat. Air yang menitis dari rambut Hayqal yang masih basah telah membasahi bajunya.

“Stay still. 2 minit je.” Kata Hayqal mendatar. Jazmin mengherot-herot bibirnya ke kiri dan ke kanan, dia terus menolak badan Hayqal.

“Dah. Tak payah mengada. Ambil baju ni.” Jazmin menghulurkan baju Hayqal kepadanya. Hayqal sudah menayangkan wajah inginkan perhatiannya.

“Tak payah nak jadi attention seeker la. Saya dah sediakan sejadah, nanti solat.” Terus Jazmin melangkah kembali ke katilnya.

Dia dapat merasai debaran di jantungnya. Hampir sahaja dia jatuh kepada Hayqal tadi. Nasib baik dia tidak menunjukkan sebarang reaksi, dia masih nak memprotes dengan Hayqal. Jazmin mengambil bantal dan selimut lalu diletakkan di sofa.

Jazmin menepuk-nepuk bantal terdahulu sebelum dia meletakkan kepalanya di situ. Dia menyelimuti dirinya, tidak sampai 5 minit, dia sudah terlelap.

Hayqal keluar dari bilik air, dia mengelap rambutnya yang masih basah. Matanya meliar mencari kelibat isterinya, “Mana pulak budak ni?”

Mata Hayqal menangkap figura kecil isterinya yang sedang tidur dengan enaknya di sofa, “La ilaha illallah dia ni, boleh pulak tidur dekat sofa.” Hayqal terus mengangkat tubuh kecil isterinya lalu diletakkan di atas katil.

Hayqal mencuit hidung Jazmin, “Perangai mengalahkan budak-budak betul dia ni. Nak merajuk pun janganlah sampai tidur dekat sofa.” Kata Hayqal kepada isterinya yang sudah diulit mimpi.

Hayqal menyidai tualanya lalu dia memakai kain pelikat. Hayqal mula khusyuk menunaikan solat Isyak. Jazmin mencelikkan matanya, dia tergelak tanpa suara. Ingatkan suaminya nak membiarkan sahaja dia tidur di atas sofa, boleh pula suaminya mengangkatnya lalu letak dia di atas katil. Jazmin kembali menutup matanya agar suaminya tidak tahu bahawa dia hanya berpura-pura tidur tadi.

Selesai menunaikan solat isyak, Hayqal menyidai kain sejadah di ampaian. Dia kemudiannya mengambil bantal lalu diletakkan di sofa. Hayqal mengucup dahi Jazmin terlebih dahulu sebelum berlalu ke sofa dan melelapkan matanya.

.

Tatkala bulan mengambang, Jun tiba-tiba terjaga dari lenanya. Dia cuba melelapkan matanya kembali namun tidak dapat. Jun bercadang untuk keluar mengambil udara malam.

Jun menolak sliding door biliknya, dia berdiri di luar. Hidungnya menangkap bau asap kemenyam yang kuat. Jun tidak menegur, dia hanya berlagak seperti biasa.

Mata Jun menangkap bayang hitam yang kelihatannya seperti sedang meratah seekor ayam di bawah. Terus Jun masuk kembali ke dalam, dia mengunci pintu biliknya.

Nasib baik makhluk itu tidak perasan akan kehadiran Jun di situ. Jun mula memikirkan kembali firasatnya tentang ibunya. Hatinya semakin kuat mengatakan bahawa ibunya merupakan kunci utama kepada semua ini.

Nampaknya, dia terpaksa menundakan sementara penerbangannya untuk pulang ke China. Dia harus menyiasat perkara ini terlebih dahulu, sebelum perkara ini bertukar menjadi semakin serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience