Bab 20

Drama Series 2228

Bunyi rantai yang mengikat kedua-dua kaki dan tangan Jazmin kedengaran, “Mama! Kenapa kakak kena ikat ni?” Tanya Jazmin kepada Puan Sri Psychlia yang sedang berdiri di tepi katil.

Puan Sri Psychlia menyeka air matanya dari terus mengalir, “Kakak, maafkan mama. Mama terpaksa ikat kakak sebab tak nak kakak buat perkara yang dapat membahayakan nyawa orang lain lagi.” Puan Sri Psychlia berterus-terang kepada Jazmin. Puan Sri Psychlia terus berlalu keluar dengan sedu sedan yang masih tersisa meninggalkan Jazmin sendirian di dalam biliknya.

Tekak Jazmin terasa mual, seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari perutnya. “Uwerk.” Jazmin memuntahkan isi dalam perutnya, kedengaran bunyi besi berlaga sesama sendiri.

Terbungkam Jazmin melihat isi yang dimuntah keluar olehnya, paku. Dia muntah paku.

Syaf menapak masuk ke dalam bilik, dia memerhatikan jika Puan Sri Psychlia masih berada di dalam bilik atau tidak. Setelah dia memastikan tiada orang selain daripadanya dan Jazmin, dia terus mengunci pintu bilik dari dalam.

Syaf terus mengambil tempat di sebelah Jazmin, dia menutup mulutnya apabila melihat darah serta paku yang telah mengotorkan selimut Jazmin, “Astaughfirullahalazim!” Syaf beristghfar.

“Kenapa akak muntah darah? Se..selama ni tak pernah lagi akak muntah darah.” Tanya Jazmin tergagap-gagap. Syaf menoleh ke arah Jazmin, dia menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

Seingat Syaf, sebelum arwah ibunya terlantar sakit, dia juga pernah memuntahkan paku. Setelah seorang pakar perubatan Islam berkunjung ke rumahnya dan memeriksa keadaan ibunya, dia disahkan telah disantau oleh seseorang. Namun siapa yang membuat perbuatan terkutuk itu Wallahualam la.

Fack muncul di belakang Syaf, “Kenapa kau kunci pintu dari dalam?” Soal Fack dengan nada tidak puas hati.

Syaf menoleh ke belakangnya dengan terkejut, “Macam mana awak boleh ada dekat sini?” Tanya Syaf, dia memandang Fack dengan pandangan yang pelik.

‘Dia ni manusia ke syaitan ni? Boleh menjelma macam tu je dekat dalam bilik orang.’ Desis hati Syaf.

“Itu tak penting.” Fack menapak ke arah Jazmin. Nasib baik tudung masih tersarung elok di kepala Jazmin.

Fack mengambil salah satu paku yang dimuntah keluar oleh Jazmin tadi, “Kau muntah paku?” Tanya Fack mendatar. Jazmin menganggukkan kepalanya dengan lemah dan tidak bermaya.

Fack tersenyum sinis, memang tepat sangkaannya. Kalau mengharapkan saka keturunan Jazmin, ia tak mungkin akan menyerang orang yang tidak menganggu Jazmin. Masakan pula Syaf dan Harraz nak menganggu Jazmin?

“Maaf bertanya, tapi ada sesiapa yang tak puas hati dengan kau tak?” Tanya Fack mendatar. Kalau Jazmin tidak mengetahui jawapannya, kebarangkalian dia untuk menyelesaikan kes ni amat susah.

Jazmin menggelengkan kepalanya buat kali kedua. Fack menggaru kepalanya yang tidak gatal, “Susahlah kalau macam ni.” Kata Fack, terdengar keluhan kecilnya.

Syaf membisikkan sesuatu ke telinga Fack, “Kau pasti?” Tanya Fack dengan wajah yang sukar ditafsir.

Dengan yakinnya Syaf menganggukkan kepalanya, “Baiklah. Kalau macam tu kita terpaksa bagi Jazmin tinggal di sini keseorangan dulu.” Kata Fack, matanya terarah kepada Jazmin, Jazmin tersenyum tawar.

Kedengaran bunyi tombol pintu yang sedang diusahakan untuk dibuka oleh seseorang, “Ish tak boleh buka la pulak!” Kedengaran suara Puan Sri Psychlia dari luar.

Pantas Fack memegang lengan Syaf lalu mereka berdua hilang dari situ. Pintu berjaya dibuka menggunakan kunci pendua milik Puan Sri Psychlia.

Dia menatang sedulang makanan lalu menuju ke arah Jazmin. “Min kenapa ni? Pucat je mama tengok.” Tegur Puan Sri Psychlia, matanya tertancap pada paku dan darah yang telah mengotori selimut Jazmin.

“Min muntah darah ya? Biasalah tu, orang yang ada saka memang akan muntah darah.” Kata Puan Sri Psychlia bersahaja.

Dia menyuakan mee gorang yang dibawa olehnya tadi ke dalam mulut Jazmin, namun Jazmin menolak lembut tangan Puan Sri Psychlia. “Min takde selera la nak makan.” Kata Jazmin tidak bermaya.

Air muka Puan Sri Psychlia kelihatan berubah, “Sampai hati Min, mama masak pun dah tak nak makan.” Wajahnya kelihatan sedih kerana Jazmin tidak mahu mengusik mee gorengnya walaupun semulut.

Jazmin mengeluh kecil, “Maaf, Min makan ye?” Kata Jazmin yang cuba untuk memujuk mak angkatnya. Pantas senyuman Puan Sri Psychlia kembali menghiasi wajahnya, dengan teruja dia menyuakan mee goreng tadi ke dalam mulut Jazmin.
 
.

Rayqal mengeliat terlebih dahulu sebelum melangkah keluar dari pesawat peribadi mereka. “Dah lama tak datang Itali!” Katanya dengan teruja.

Hayqal menjentik telinga Rayqal, “Memanglah dah lama. Kalau aku suruh datang sini sebab ada kerja, bukan main susah kau nak ikut sekali ye.” Kata Hayqal bersahaja.

Rayqal menggosok-gosok telinganya, “Tak sakit pun.” Rayqal menjelir ke arahnya. Haih, untunglah mereka yang dapat merasai rasa sakit. Dia sudah berbelas tahun tidak dapat merasai bagaimanakah rasa sakit.

“Fack dah bagi location ke?” Tanya Hayqal kepada Morio, sambil menatap skrin telefon pintarnya, Morio menganggukan kepala. “Cuma…” ayat Morio tergantung seketika. Tidak tahu dia harus memberitahu mereka atau tidak tentang perkara yang baru disampaikan oleh Fack sebentar tadi.

“Cuma apa?” Tanya Rayqal yang sudah tidak sabar nak mengunjungi rumah keluarga Jazmin.

“Fack kata, kondisi Jazmin tak seberapa baik.” Kata Morio dengan nada bersalah.

Rayqal memeluk bahu Morio, “Takpe. Yang penting, kita masuk merisik dulu.” Katanya dengan senyuman lebar menghiasi wajahnya.

Luca dan Lucas tidak mengikuti mereka kerana kediaman di rumah tidak boleh ditinggalkan. Kalau tidak nanti akan ada pihak yang akan menceroboh kediaman mereka.

Mereka bertiga menapak ke dalam lapangan terbang, “Hay, nak pergi tandas jap.” Kata Morio dan terus berlari menuju ke arah tandas.

“Dah tak tahan sangat tu.” Tegur Rayqal lalu tergelak kecil, Hayqal juga turut tergelak kecil dengan kata-kata Rayqal.

Pandangan Rayqal terpaku seketika apabila figura seseorang yang dikenalinya muncul di hadapannya, “Nada..” dan Nada menoleh ke arahnya.

“Dia?” Ryan yang baru selesai membuang hajat terus memeluk lengan Nada, “Jom!” Kata Ryan lalu menarik Nada berlalu pergi dari situ.
Rayqal tersenyum pahit, memang kalau Nada muncul di hadapannya, hatinya pasti akan terluka.

“Siapa tu?” Tanya Hayqal mendatar. Hairan pula dia apabila melihat Rayqal yang menatap gadis itu sehingga hilang dari pandangan mereka.

“Kenalan lama.” Balas Rayqal mendatar. Morio keluar dari tandas, “Dah selesai?” Tanya Hayqal kepadanya. Morio tersengih seperti kerang busuk.

Mereka bertiga menarik bagasi lalu menuju ke arah pemandu mereka yang sudah menunggu di luar.

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke luar, mata kaum hawa tidak berhenti dari menatap mereka bertiga. Hayqal langsung tiada masa untuk melayan karenah mereka semua, baginya ini semua hiburan dunia dan melalaikan sahaja.
 
.

Tatapan yang diberikan oleh Puan Sri Psychlia kepada mereka bertiga membuatkan mereka merasa tidak selesa, “Siapa sebenarnya yang berkenan dengan anak mak cik ni?” Tanya Puan Sri Psychlia dengan nada hairan.

Sangkanya Fack, tapi tiba-tiba muncul pula 3 pemuda lain yang mengatakan mereka ialah teman Fack dan sebenarnya yang nak merisik Jazmin itu bukan Fack, tapi Rayqal. Bingung sudah otaknya memikirkan perkara yang sedang berlaku di sini.

Rayqal mengangkat tangannya, “Sa.. saya.” Kata Rayqal lalu menayangkan sengihnya yang lagi busuk dari kerang busuk.

“Ouh kamu, haa jemputlah masuk. Tak manis pula nanti dipandang orang kalau berbual di luar begini.” Puan Sri Psychlia menjemput mereka bertiga masuk.

Sejurus Hayqal melangkah masuk, terus Harraz menerpa ke arahnya. “Abang Hayqal!” Harraz terus memeluknya.

Hayqal mendukung Harraz, “Rindu ke?” Tanya Hayqal, Harraz menganggukkan kepalanya dengan laju. Hayqal dipeluknya erat.

Puan Sri Psychlia terus menatap Hayqal, nampaknya Hayqal berkemungkinan akan menjadi sasaran saka Jazmin yang kedua.

“Mak cik dah tak nak tangguh dah majlis Jazmin ni. Pelamin haritu pun mak cik belum robohkan. Kalau boleh, percepatkan lah ya perkahwinan kamu?” Pinta Puan Sri Psychlia.

Fack dan Hayqal berpandangan sesama sendiri, ‘Seriuslah mak dia ni?’ Tanya Hayqal di dalam hatinya. Fack menghenjut bahunya menandakan yang dia malas nak ambil tahu tentang itu.

“Minggu depan boleh?” Tanya Rayqal. Soalan dari Rayqal itu membuatkan Puan Sri Psychlia terperanjat. Namun pantas dia mengawal reaksi wajahnya.

“Boleh sangat! Mak cik pun dah tak sabar nak dapat menantu ni!” Puan Sri Psychlia berlakon seperti sudah tak sabar nak menyambut menantu. Hanya dengan begitu, perkahwinan Rayqal dengan Jazmin telah direstui oleh Puan Sri Psychlia.

Namun, jauh di sudut hati Rayqal. Dia mula mengesyaki bakal mertuanya sedang menyorokkan sesuatu dari mereka semua.
Semudah satu dua tiga Puan Sri Psychlia melepaskan Jazmin kepadanya, tidak mungkin.

Fack juga turut memikirkan soal tersebut. Kelakuan bakal ibu mertua Rayqal amat pelik, sepertinya dia amat senang hati untuk melepaskan anak angkatnya tanpa diselidik terlebih dahulu latar belakang bakal menantunya.

‘I have to ask Jun later about this.’ Bisik hati kecil Fack. Dia kembali berbual dengan mereka seperti biasa apabila Puan Sri Psychlia menegurnya. Sesekali terdengar gelak dan tawa antara mereka berenam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience