Bab 24

Drama Series 2228

Sebuah penumbuk singgah di wajah Rayqal, “Senang-senang je kau tinggalkan dia lepas kau dapat apa yang kau nak!” Hayqal memarahi adik kembarnya.

Tak guna! Dengan bangganya adik kembarnya mengatakan dia telah meragut makhota Jazmin lalu menuntut cerai, jenis lelaki apa ni? Dia tak pernah mendidik adiknya untuk menjadi lelaki tak guna seperti begini.

Rayqal memegang rahangnya, “What? Tak salah pun kan? Lagipun, memang aku berhak tuntut hak batin. Ke salah?” tanya Rayqal dengan muka tak bersalahnya.

Hampir sahaja Hayqal melepaskan tumbukan kedua, namun tangannya pantas ditahan oleh Morio, “Adik kau ni Hay.” Kata Morio dengan risau. Mana tak risaunya kalau Hayqal sudah masuk ke mod singanya.

“Kau dayus Ray! Dayus!” jerkah Hayqal sebelum dia meninggalkan mereka semua. Dia menapak ke dalam biliknya, tumbukan dilepaskan ke dinding untuk melepaskan kemarahannya.

“Inútil!” Hayqal memaki adik kembarnya. Memang tak patut dia melepaskan Jazmin kepada Rayqal.

“Kau pasti ke nak teruskan rancangan kau ni?” tanya Fack kepada Rayqal yang tersandar di sofa. Rayqal menganggukkan kepalanya.

“Tak kisah ke kena maki dengan Hayqal?” Ziqal mencelah perbualan mereka.

Rayqal tersenyum sinis, “Aku buat ni demi kebaikan dia jugak.” Kata Rayqal dengan bangga.

“Tapi kan...” Ziqal duduk di sebelah Rayqal, bahu Rayqal dipeluknya. “Betul ke kau dah merasa?” tanya Ziqal, dia tidak menyatakan apakah yang telah ‘dirasai' oleh Rayqal itu.

Rayqal tergelak kecil, “Aku belum kemaruk nak merasa la.” Rayqal menumbuk perut sepupunya. Ke situ pula dia, orang baru sampai dekat Malaysia, dia dah terbang ke Jepun. Ish ish ish.

“Oh ya, mana Harraz?” tanya Rayqal, hairan juga dia. Dari semalam lagi dia pulang, kelibat Harraz langsung tidak kelihatan. Jangankan kelibat, suara pun tidak kedengaran.

“Kau tak tahu ke?” Luca menyoal Rayqal kembali.

Rayqal menjongketkan kening kirinya, “Tahu apa?” tanya Rayqal yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang penghuni kediaman ini.

Luca mengeluh kecil, “Hay hantar Harraz dekat parents Ed sebab tak nak pisang berbuah dua kali.” Terang Luca.

“Ooo patutlah.” Balas Rayqal mendatar. Dia sedia maklum bahawa Harraz pernah diserang Jazmin ketika Jazmin tidak dapat mengawal dirinya, bukan sekali namun dua kali.

“Perempuan tu ada dekat mana?” tanya Rayqal mendatar. Perempuan yang dimaksudkan disini ialah Iris. Setelah Iris ditangkap, mereka langsung tidak sempat menyoal selidiknya.

“Ada je dekat penjara bawah tanah. Aku dah ikat dengan rantai, takut dia lari.” Jawab Lucas yang sedang asyik mengunyah epal hijaunya.

“Jom.” Rayqal mengajak mereka semua untuk berkumpul di penjara bawah tanah. Ada banyak perkara yang harus dia soal selidik tentang Iris. Dan mungkin juga, dia dapat menyelesaikan pertanyaan yang sedang bermain di benak fikirannya.

.

“Apa motif kau datang jumpa Hayqal?” Soal Rayqal kepada Iris yang sedang tergantung di dinding, kaki dan tangannya sudah dirantai oleh Lucas. Fack dan Morio yang berdiri di belakang Rayqal hanya memerhatikan sahaja sesi soal jawabnya.

Diam. Iris tidak memberi jawapan untuk pertanyaan Rayqal tadi. Dia hanya menghadiahkan pandangan tajam kepada Rayqal.

Rayqal bangun dari kerusi lalu menapak ke arah Iris, rambut Iris ditariknya kasar. “Sakitlah bodoh!” Jerit Iris dengan wajah menahan sakit.

“Kalau aku tanya tu jawablah!” Tengking Rayqal. Bengang pula dia dengan perangai Iris ni.

Morio berdiri di sebelah Iris, “Kau nak bagitahu ke tak?” Tanya Morio dengan wajah sedingin salju.

“Tak.” Balas Iris ringkas.

Rayqal menghulur tangannya kepada Fack, “Bagi benda yang aku suruh kau sediakan tu.” Kata Rayqal.

Fack terus menghulurkan dua utas wayar elektrik kepada Rayqal. Setelah Rayqal menyambut wayar tersebut, Fack menekan suis lalu arus elektrik mengalir keluar.

“K.. kau nak buat apa ni?” Tanya Iris tergagap-gagap. Dia sudah dapat membayangkan apakah yang bakal dilakukan oleh lelaki itu. Wayar itu berkemungkinan sahaja akan diletakkan di kepalanya, atau di mana-mana anggota tubuh badannya. Pasti lelaki itu akan menyeksanya sehingga dia memberitahu apa yang lelaki itu ingin tahu.

Ziqal yang baru tiba menutup suis lalu menghalang Rayqal, “Kita cuba cara elok dulu.” Kata Ziqal, senyuman innocent terukir di wajahnya.

Rayqal menoleh ke arah Fack, Fack menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan perancangan Ziqal. Rayqal berundur diri untuk memberi ruang kepada Ziqal untuk menjalankan perancangannya, Morio juga turut mengikuti langkah Rayqal.

Sarung tangan getah disarungkan ke tangan Ziqal, senyumannya yang comel tadi sudah bertukar menjadi senyuman syaitan. Iris menelan air liurnya apabila melihat senyuman jahat Ziqal.

Ziqal menarik keluar sehelai bulu ayam dari poketnya, “Geletek dia!”. Ziqal menanggalkan kasut Iris lalu menggeletek tapak kaki Iris.

“Hahahaha geli lah! Hahaha.” Iris tergelak kuat tanpa henti. Perutnya terasa senak kerana gelak berlebihan, air matanya juga sudah mengalir keluar.

Rayqal memandang Fack dengan wajah yang sukar ditafsir, “Seriuslah?” Tanya Rayqal. Fack menghenjut bahu tanda malas nak ambil tahu.

Rayqal sedia maklum dengan perangai Ziqal yang tidak semenggah itu, tapi takkanlah dia nak jadi bengap masa orang tengah serius?

Morio sudah menepuk dahinya, “Apa punya perangai la dia ni. Dah macam orang tak berakal.” Omel Morio. Buat seumur hidupnya, belum pernah lagi dia melihat mana-mana ahli kongsi gelap menjalankan hukuman dengan menggeletek orang.

Ziqal berhenti seketika, “Kau nak bagitahu ke tak? Kalau kau tak nak, aku geletek kau sampai kau mati.” Kata Ziqal atau lebih tepat, ugut Ziqal.

Iris berhenti tertawa, “Tak nak lah! Aduh, sakit perut aku.” Kata Iris dengan wajah yang sudah membahang merah dek tertawa.

Morio mencapai pisau yang berada di atas meja lalu menapak ke arah Iris. “Kau nak bagitahu atau tak?” Soal Morio. Pisau tadi diletakkan di pipi Iris.

Iris menelan air liurnya pahit, kerongkongya terasa kering. “Ja.. janganlah main muka, mahal tau aku bayar untuk buat plastic surgery.” Kata Iris tergagap-gagap. Bibirnya mula kekeringan.

“Kau nak bagitahu atau tak?” Morio mengulang pertanyaannya buat kali kedua. Iris masih tetap dengan pendiriannya yang tidak mahu membongkarkan punca dia berada di sini.

Morio tersenyum lebar, “Bagus.” Pisau tadi ditekan di pipi Iris lalu ditarik oleh Morio dengan laju, darah mengalir dengan laju dari pipi Iris. Lukanya kelihatan dalam, namun masih tidak mampu menembusi pipinya.

Jeritan dari Iris langsung tidak dihiraukan oleh mereka, “Lucas, selesaikan.” Kata Morio kepada Lucas yang sedang berpeluk tubuh di penjuru. Lucas menapak ke arah Iris, tangannya diselukkan ke dalam poketnya lalu pisau rambo miliknya dikeluarkan.

“Biar aku teka jawapan kau...” Lucas bermain-main dengan pisau rambonya untuk menakutkan Iris, Iris menatapnya seperti seekor singa yang sedang menatap mangsanya.

“Tak nak, kan?” tanya Lucas, senyuman sinis terbit di bibirnya.

“B*bi!” Iris meludah ke arah Lucas, dia tersenyum puas. “Kan aku dah cakap tak nak, janganlah paksa.” Kata Iris dengan senyuman kepuasan. Dia tidak sedar, di hadapannya ada satu bom yang bakal meletup pada bila-bila masa sahaja.

“Bodoh!” Luca ingin menuju ke arah adiknya namun dia ditahan oleh Rayqal. Rayqal menggelengkan kepalanya, mengisyaratkan Luca untuk melihat sahaja apa yang bakal berlaku.

Luca mengeluh berat, dia akan pastikan gadis itu mati di tangannya kerana berani meludah ke arah adik kembarnya!

Lucas mengelap air liur Iris yang menempel di wajah kacaknya, “Kau memang cari maut.” Kata Lucas mendatar.

Iris tergelak kecil mendengar kata-kata dari Lucas, namun gelakannya bertukar menjadi jeritan pabila Lucas menusuk pehanya berkali-kali menggunakan pisau rambo tadi.

“Berhenti.” Arah Morio. Lucas menoleh ke arah Morio dengan wajah yang sedikit kecewa. Baru sahaja dia nak melepaskan nafsunya yang sudah lama membuak-buak kerana inginkan darah.

Iris menatap Morio dengan pandangan redup tatkala mata mereka bertentangan. Morio tidak memberi sebarang reaksi, dia merampas pisau yang berada di tangan Lucas lalu lengan baju Iris dicarikkan olehnya.

“Kau nak rogol anak orang ke?” tanya Lucas dengan reaksi wajah terperanjat. Dia menutup matanya menggunakan kedua belah tapak tangannya, risau takut matanya tidak suci lagi lepasni.

“Dia bukan Iris.” kata-kata dari Morio membuatkan pandangan yang lain terhala ke arahnya.

“Apa yang meyakinkan kau bahawa dia bukan Iris?” Soal Rayqal, takkanlah Morio dah pernah menerokai setiap pelusuk tubuh Iris?

“Iris yang aku rawat haritu ada parut dekat sini,” ayat Morio tergantung seketika, dia mengacukan pisau di kawasan lengan Iris.

Ingatan Fack mula segar kembali. Seingatnya, sememangnya Iris akan mempunyai parut yang berabjad ‘A’ di bahagian itu kerana ditoreh oleh orang yang menceroboh rumah sewa dia dan Jazmin tempoh hari. Kalau nak manipulasikan kesimpulan yang dibuat oleh mereka, tak mungkin dapat kerana torehan itu amat dalam. Jika luka itu sembuh sekalipun, tetap akan meninggalkan parut di sana. Melainkan...

“Bunuh atau tak?” tanya Lucas kepada mereka semua. Fack yang dari tadi memerhatikan setiap inci tubuh Iris mula menyedari sesuatu.

“Kau tahu apa-apa pasal pil hormon tak?” tanya Fack kepada Morio, kakinya sudah diaturkan ke arah Iris.

Morio berfikir sejenak, “Aku kenal satu jenis pil hormon ni, pil hormon Cina. Pil ni boleh bertahan selama 7 hingga 10 hari.” Balas Morio mendatar. Sebenarnya, dia pun ingat ingat lupa tentang pil itu kerana dia tidak pernah lagi menggunakan pil itu ke atas mana-mana pesakitnya.

“Harini dah hari keberapa dia ada dekat sini?” tanya Fack kepada Lucas.

Lucas mula menghitung hari, “Seven I guess.” Balas Lucas dengan ragu-ragu.

Tiba-tiba, misai tumbuh di wajah Iris. Bulu juga tumbuh dengan lebatnya di lengannya, “Kantoi!” jelas kedengaran suara kejantanan miliknya.

“Kau nak sorok jantina kau ke? Nanti masa kau nak dikebumikan esok lusa nanti terbongkar jugalah jantina sebenar kau.” Kata Fack mendatar.

Hati Iris mula membengkak, ‘Kurang ajar!’ jerit hatinya. Iris sudah mengumpul air liur untuk meludah ke arah Fack, namun tatkala itu, Rayqal tiba-tiba menapak ke arahnya lalu berdiri di hadapan Fack. Air liur yang sepatutnya diludahkan kepada Fack tersasul mengenai baju Rayqal.

Rayqal mengerling bajunya yang sudah kotor, “Kurang asam!” Rayqal mencapai air perahan limau yang dibawa olehnya tadi lalu dia melumurkan ia di luka-luka Iris.

Iris meraung kesakitan, dia meronta-ronta menahan rasa perit dan pedih yang sedang menyerangnya. Jeritan darinya amat menyakitkan telinga mereka kerana suaranya amatlah garau, lagi garau dari suara Michele Morrone.

“Let’s go.” Rayqal menghabiskan air perahannya dengan menjirusnya ke tubuh Iris. Mereka semua berlalu keluar dari penjara itu dan meninggalkan Iris yang sedang menanggung sakit bersendirian di dalam. Padan muka kau! Dahlah pondan, main ludah-ludah dekat orang pulak. Otak udang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience