Bab 46

Drama Series 2228

Langkah Jazmin diaturkan ke tong sampah yang berada di luar pagar rumahnya, “Kau tetap ada walaupun diri ku tak sempurna~” dia menyanyi dengan girangnya. Otaknya pula sedang memikirkan lauk-pauk apakah yang bakal dimasak olehnya untuk makan malam nanti.

Jazmin membuka penutup tong sampah lalu meletakkan sampah ke dalam, seiring dengan itu, sebuah kereta proton ezora premium berwarna hitam berhenti di hadapannya. Beberapa lelaki yang memakai topeng muka turun dari perut kereta lalu terus menekup melutnya.

Jazmin meronta-ronta untuk dilepaskan namun apakan daya, kesan dari ubat penenang itu terlalu awal, dia jatuh terkulai di atas lantai.

“Seriuslah boss suruh kita culik ibu mengandung?” Tanya lelaki yang memakai baju berwarna hijau kepada kawannya.

“Aku tak tahu. Dahlah, lantak jelah. Yang penting, kita dapat duit.” Balas temannya acuh tak acuh. Mereka mengusung Jazmin ke dalam kereta lalu si pemandu memecut dengan laju meninggalkan perkarangan rumah Jazmin. Pintu pagar dibiarkan terbuka begitu sahaja.

Encik Sulaiman yang duduk di sebelah pemandu menoleh ke arah mereka berdua, dia tersenyum jahat apabila melihat figura menantunya. “Bagus. Ni bayaran kau berdua. Sepuluh ribu.” Encik Sulaiman menghulurkan sampul surat yang berisi wang kertas kepada mereka.

Terus mereka berdua mengambil wang tersebut, topeng muka ditanggalkan. Reaksi gembira jelas terukir di wajah. Mereka mencium duit haram yang baru diperolehi mereka tadi.

“Berhenti dekat rumah lama aku.” Arah Encik Sulaiman kepada si pemandu. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.

Encik Sulaiman tersenyum dengan bangga, kali ini tiada sesiapa pun yang mampu merosakkan rancangannya, mahu anaknya atau isterinya. Hayqal dan Rayqal tidak akan dapat menjejaki keberadaannya kerana mereka berdua pun tidak sanggup pulang ke kediaman lama. Nampaknya, menantunya akan tewas di tangannya harini.

‘Kisah apa aku kau mengandung ke tak. Yang penting, apa yang anak aku rasa, aku pun wajib rasa juga.’ Bisik hati Encik Sulaiman dengan jahat. Astaughfirullahaladzim, tergamak dia nak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap menantunya sendiri. Dahlah menantunya, sedang mengandung lagi. Nafsu mengalahkan nafsu binatang.

.
 
Pintu pejabat Fack dihempas kuat oleh Hayqal, nafasnya naik turun dengan laju. “Fadzlin Cascel Kelvin! Mana isteri aku?” Lantang Hayqal bertanya. Matanya tajam menikam wajah Fack.

Kebetulan pula Jun turut ada di dalam pejabat Fack, “Bukan ke akak ada dekat rumah? Kau kan yang suruh dia duduk dekat rumah.” Kata Jun. Hairan pula dia dengan perangai Hayqal ni. Sejak dua menjak ni, dia mudah naik angin. Entah syaitan apa yang dah merasuki dia.

Hayqal menikam pisaunya di meja Fack, “Kalau ada, aku tak akan tanya kau. Tapi masalahnya takde! Kau suruh Faaeqa bawak lari bini aku lagi ke?” Tanya Hayqal tanpa melakukan sebarang penyelidikan dulu.

Berkerut wajah Fack apabila mendengar pertanyaan dari Hayqal itu, dia mengangkat kedua-dua tangannya ke udara. “Apa yang kau cakap ni? Faaeqa elok-elok ada dekat hospital Morio, bila masa pula dia pergi rumah kau?” Giliran Fack pula menujukan soalan kepada Hayqal.

Hayqal tertekan. Siapa pula yang rajin nak buat prank dekat dia ni? Isteri dia dah lah sedang sarat mengandung, lepas tu buat prank macam ni pula. Tiada akal ke?

Fack bangkit dari kerusi, “Ok kau tenang dulu, kau duduk dulu. Aku call Ray, biar dia jejak keberadaan Jazmin.” Dia keluar dari pejabatnya untuk membuat panggilan kepada Rayqal.

“Ray, kau dekat mana tu?” Tanya Fack setelah talian disambungkan kepada Rayqal.

“Kau buang tabiat ke call aku waktu pejabat ni? Kan elok je aku berdiri dekat sebelah kau ni.” Kata Rayqal, terus Fack menoleh ke sisinya. La ilaha illallah, bila masa pula Rayqal berdiri di sebelahnya.

Rayqal menamatkan panggilan, “Nak apa?” Tanya Rayqal mendatar.

“Ok macam ni. Hayqal mengamuk sebab Jazmin hilang lagi. Tapi kali ni memang takde kaitan dengan aku. Aku nak kau jejaki keberadaan Jazmin sekarang juga.” Terang Fack. Jazmin harus dijejaki secepat mungkin sebelum ada sebarang perkara buruk atau kemalangan yang menimpanya.

Terus Rayqal kembali ke pejabatnya, MacBook Air dan iPhone Xr yang berada di dalam beg sandangnya dikeluarkan. Gajet-gajet itu merupakan gajet yang hanya digunakan apabila dia perlu mengesan lokasi sasarannya.

Rayqal mengetuk-ngetuk jarinya di meja, “Apa dah Apple ID Jazmin?” Soal dia kepada dirinya. Dia pernah melihat sekilas Apple ID dan kata laluan Jazmin, namun ianya adalah 8 bulan yang lepas, tak mungkin dia dapat mengingatinya lagi.

Rayqal memetik jarinya dan tersenyum lebar, “Dah ingat!” Rayqal menekan ikon Find Phone lalu melog masuk ke akaun Jazmin. Sebaik sahaja dilog masuk, tersenarailah peranti Jazmin di situ.

“Nasib baik ada satu je, kalau tak lelah aku nak jejak satu-satu.” Komen Rayqal. Terdapat satu titik besar yang menunjukkan keberadaan Jazmin, dia terus mengezum masuk untuk meneliti lokasi tersebut.

“Damn it.” Kata Rayqal setelah dapat memastikan lokasi itu. Itu ialah kediaman lama mereka, tempat tinggal mereka sewaktu mereka masih kecil dan sewaktu arwah ibu mereka masih bernyawa.

Rayqal terus membawa telefon pintarnya lalu menerjah pejabat Fack. ‘Boleh runtuh pejabat aku ni kalau asyik kena terjah dengan orang.’ Bisik hati Fack. Nasib baiklah pejabat dia ni diperbuat dari batu-bata. Kalau dibuat dengan kayu, memang sudah lama runtuh.

“Dah dapat ke?” Tanya abang kembarnya dengan cemas.

Rayqal menganggukkan kepalanya, “Tapi...” Rayqal membiarkan ayatnya tergantung sepi. Kalau dia cakap lokasinya, abangnya mesti tak akan pergi ke sana.

“Tapi apa?” Herdik Hayqal. Terhenjut bahu Rayqal seketika. Garang bebenor bapak singa ni, komen hati Rayqal.

“Tapi lokasi dia tu rumah lama kita!” Balas Rayqal dengan terkejut. Sebenarnya bukan balas juga, mungkin boleh dikateogorikan sebagai melatah kerana diherdik abangnya tadi,

“Sh*t!” Carut Hayqal. Dia terus mencapai kunci keretanya, langkah diaturkan ke lift dengan tergesa-gesa. Rumah lama ke rumah baru ke, yang penting isterinya selamat. Ini pasti angkara ayahnya. Memang tak lain dan tak bukan lagi, memang sah orang tua tak guna tu yang buat semua ni!

“Lambat la pulak lift ni!” Bentak Hayqal. Lift VIP sedang dalam proses baik pulih kerana mengalami masalah teknikal pada beberapa hari lepas.

Rayqal, Fack dan Jun muncul di belakang Hayqal. “Jangan cemas, aku dah suruh Ed kesana.” Kata Fack kepada Hayqal.

Hayqal memang langsung tidak dapat menenangkan dirinya. Kalau betul itu ialah angkara ayahnya, dia akan pastikan kepala ayahnya terpisah dengan badannya hari ini. Dasar orang tua tak guna! Hayqal memaki hamun Encik Sulaiman di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience