Terukir senyuman mesra di bibir Hayqal tatkala dia melangkah masuk ke dalam syarikat miliknya. “Yow good morning Liyana.” Hayqal menyapa Liyana yang sedang menjaga kaunter.
‘Boss aku ni dah kenapa? Takkan lah enam bulan tak datang pejabat, dah berubah sampai macam ni? Kena sampuk dengan hantu ke?’ Tertanya-tanya Liyana mengapakah majikannya tiba-tiba berubah dengan drastik.
Hayqal menekan butang lift VIP, ‘Rasa malas la pula nak naik lift VIP harini.’ Omel hatinya. Dia menekan butang lift yang digunakan oleh pekerjanya, pintu lift VIP yang sudah terbuka luas dibiarkannya sahaja.
“Hay, kau kena culture shock ke?” Tanya Luca, lain betul perangai Hayqal harini. Sapa pekerja, naik lift biasa, memang dah kena sampuk dengan hantu ke? Bahaya ni, dia kena bawa Hayqal pergi jumpa pakar perubatan Islam nanti.
Hayqal menoleh ke arah Luca, “Nope. Saja nak beramah mesra dengan pekerja sendiri. Salah ke?” Soal Hayqal kepada Luca. Luca kematian kata, mulutnya ternganga luas, nasib baik giginya dicengkam oleh gusi. Kalau tidak, rasanya giginya sudah berterabur jatuh ke lantai.
Pabila pintu lift terbuka, staf yang berada di dalam perut lift tergamam. “Morning ladies and gentleman.” Sapa Hayqal, staf-staf semua menundukkan kepala mereka lalu beransur-ansur keluar dari perut lift.
Hayqal memandang mereka dengan pandangan aneh, “Diorang memang pelik macam ni ke?” Soalnya kepada Luca sambil kaki diatur ke dalam perut lift.
Luca menggaru keningnya yang sedikit gatal, “Bukan diorang yang pelik. Kau tu yang pelik. Macam dah kena sampuk dah aku tengok.” Kata Luca dengan jujur.
Staf mana je tak terkejut kalau majikannya yang selama ini pendiam dan dingin tiba-tiba berubah menjadi mesra, kan?
Hayqal hanya mampu tersenyum, ‘Tegur pun salah. Kalau tak tegur, orang kata sombong. Dah tegur ni kena pulau pula.’ Hayqal mengguman dalam hatinya. Macam-macam lah pekerja dia ni. Orang nak beramah mesra, dia pandang kita macam pandang makhluk asing. Kalau orang jadi singa, dia takut pulak dengan kita. Maleih aku.
Pintu lift terbuka apabila mereka tiba di tingkat 15, Hayqal dan Luca menapak keluar dari lift. Kaki Hayqal diatur ke pejabatnya. Daun pintu dikuaknya. Biliknya gelap-gelita.
‘Aik? Kata Ed ganti aku, ni kelibat dia pun takde. Gelap-gelita bagai ni, takkanlah takde duit nak bayar bil elektrik?’ Bebel hati kecil Hayqal. Pelik ni pelik, dunia ini yang terbalik atau dia yang terbalik ni?
“Suprise!” Pejabatnya yang tadi gelap-gelita berubah menjadi terang-berderang.
“Welcome back!” Jerit kawan-kawannya. Lah, patutlah gelap! Diorang nak buat kejutan rupanya! Nasib baik dia tak sempat membebel lagi dekat Luca, kalau tak memang bernanah lah telinga Luca nanti.
Jazmin berdiri di belakang Hayqal, dia berjengket sedikit lalu mata Hayqal ditutup dengan telapak tangannya. “Cuba teka siapa ni.” Kata Ziqal kepada abang sepupunya.
“Haziq Alfredo, jangan main-main.” Kata Hayqal, tangan Jazmin terus direntapnya kasar.
“Sakitlah abang.” Jazmin mengaduh kesakitan. Terus Hayqal menoleh ke arahnya sebaik mendengar suara itu.
“Sa... Sayang?” Seperti mimpi, isterinya sedang berdiri di hadapannya. Mata Hayqal tertancap di perut Jazmin. ‘Mengandung?’ Hayqal terkejut, sejak bilakah isterinya mengandung? Jadi, selama ini isterinya menghilang ialah kerana kandungan itu? Hatinya mula meragui siapakah bapa kepada kandungan tersebut.
Jazmin tersenyum lebar, “Abang dah nak jadi ayah.” Kata Jazmin, perutnya diusap-usap dengan lembut. Matanya tak lekang dari menatap wajah suaminya.
“Anak siapa yang kau kandung ni?” Tanya Hayqal. Mata mereka semua tertancap ke arahnya. Apa kejadahnya ni? Dah sah-sah lah itu anak dia, takkan lah anak syaitan pula?
Senyuman Jazmin mati, “Anak abang lah.” Jawab Jazmin. Ya Allah, tolong jangan bagitahu yang suami aku meragui bapa kepada kandungan aku ni, mohon hatinya.
Hayqal berpeluk tubuh, “Bukan anak aku. Baik kau cakap, ni anak jantan mana atau aku sendiri yang pergi cari jantan tu dan seret dia datang sini.” Ugut Hayqal. Percakapannya sudah berubah menjadi kasar.
Tak mungkin itu benihnya, sedangkan dia hanya pernah melakukan hubungan intim dengan isterinya sekali sahaja. Jangan-jangan, isterinya ada lelaki lain?
Jazmin memegang tangan Hayqal, “Apa abang cakap ni? Ni memang anak kita lah abang, benih abang, zuriat abang!” Tegas Jazmin. Sanggup dia menuduh Jazmin ada hubungan dengan lelaki lain.
Hayqal menarik tangannya, “Kau jangan pegang aku lah! Aku jijik!” Jerkah Hayqal. Terhenjut bahu Jazmin dibuatnya.
Faaeqa yang sedang berdiri di sebelah Fack terus melangkah ke arah Hayqal untuk mempertahankan Jazmin. “Apa yang kau merepek ni Hayqal? Anak yang dia kandung ni memang anak kau lah!” Jerkah Faaeqa. Dadanya berombak laju, ini dah melampau! Hayqal memang dah melampau!
Hayqal mendengus sinis, “Mana kau tahu tu anak aku? Kau ada bukti ke? Jangan-jangan motif utama dia menghilang selama 6 bulan ni sebab pergi jumpa scandal dia tu.”
Pap! Terus satu tamparan hinggap di pipi Hayqal, “You’ve crossed the line Muhammad Naqib bin Sulaiman!” Tahap kesabaran Faaeqa dah sampai ke titik maksimanya, berani Hayqal menyerkap jarang isterinya tanpa menyelidik dulu kebenaran.
“Shoot. Adik kau tak lama ni Fack.” Bisik Rayqal kepada Fack. Terbuntang luas mata Hayqal melihat Faaeqa.
“Apa? Kau tak puas hati? Kau ingat aku takut ke dengan kau hah? Kau ingat kau siapa?” Faaeqa mencabar keimanan Hayqal. Huh, Hayqal fikir dia siapa? Walaupun dia ketua mafia sekalipun, dia tetap tak ada hak untuk menuduh Jazmin.
Hayqal menggerak-gerakkan rahangnya ke kiri dan ke kanan. Dia mengerling ke arah Fack, nasib baik Faaeqa ni adik Fack. Kalau tak... Dah lama dia menghantar Faaeqa tu untuk berjumpa dengan malaikat Izrail.
Jari telujuk Faaeqa lurus ke arah perut Jazmin, “Ni, benih ni adalah benih kau. Bayi dalam kandungan dia ni boleh wujud atas jasa baik adik tiri kau yang dah bagi kau makan pil perangsang tu. Kau sepatutnya bersyukur tau sebab Allah kurniakan zuriat kepada kau. Tapi apa yang kau buat? Kau meragui siapakah bapa kepada kandungan ni. Suami jenis apa kau ni Hayqal?” Tanya Faaeqa, makin membara pula api kemarahannya.
Jazmin menarik lengan baju Faaeqa, “Dah dah la tu.” Jazmin dah malas nak tengok mereka berdua bertengkar demi kandungannya. Sedar tak sedar, air matanya gugur. Isteri mana je yang tak sedih dan kecewa bila suaminya menuduh dia mempunyai lelaki lain?
Faaeqa memegang tangan Jazmin, “Don’t worry. Eqa tahu apa yang Eqa tengah buat ni.” Faaeqa tidak mahu mengalah begitu sahaja, dia tetap akan meruskan pertengkaran ini.
Faaeqa menoleh ke arah abangnya, “Angah, kau datang sini.” Arah Faaeqa. Terus Fack tercegat di hadapannya.
“Benda ni angah yang mulakan, baik angah yang terangkan dekat dia.” Kata Faaeqa. Itulah tu, dari awal lagi Faaeqa dah tak berkenan dengan rancangan yang dibuat oleh abangnya, tapi abangnya tetap nak laksanakan juga. Si Jun dengan kekasih hati dia tu, Si Morio tu pun dua kali lima je. Sama-sama bongak tak reti nak fikir kesudahan apakah yang akan terjadi jika mereka berbuat demikian.
Fack memegang bahu Hayqal, “This is not a joke. Aku minta maaf sebab dah buat perancangan bodoh ni. Aku tahu aku salah, tapi aku memang tak berniat nak mengeruhkan keadaan kau dengan Jazmin.” Orang suruh dia terangkan rancangan bodoh dia, boleh pula dia minta maaf.
‘Ada jugak yang makan pelempang aku ni.’ Bisik hati Faaeqa. Abang dia jangan cabar dia, kalau Hayqal pun dia berani nak tampar, inikan lagi abang dia.
Hayqal kelihatan keliru, “Tak, kau ni dah kenapa sebenarnya? Anak yang dia kandung tu benih kau ke?” Ya Allah, soalan jenis apa yang diajukan oleh Hayqal ni? Masakan kawannya sanggup nak terkam isterinya?
Hampir sahaja Fack melepaskan tumbukan ke wajah Hayqal, namun kemunculan Ed telah membatalkan niatnya. Ed menguak daun pintu, “Aku dah bawa diorang.” Kata Ed. Kelihatan Jun dan Morio sedang menyusul di belakangnya.
Kepala Jazmin terasa berat, pandangannya berpinar. Dia memegang bahu Faaeqa untuk membantunya berdiri.
Faaeqa yang baru menyedari wajah pucat Jazmin itu terus cemas. “Akak ok tak ni?” Tanya Faaeqa cuak. Mereka yang lain semua menoleh ke arahnya. Jazmin menganggukkan kepalanya tanda dia tidak mengapa. Tipu sunat itu tak salah kan?
Hayqal mencengkam pipi Fack, “Tell me Fadzlin Cascel Kelvin! Anak yang dia kandung tu anak kau kan?” Tanya Hayqal yang sudah mula kehilangan kesabaran. Kalau itu memang anak Fack, dia akan ceraikan Jazmin dan nikahkan Fack dengannya sekarang jua.
Berderau darah Jun apabila Hayqal menuduh anak yang dikandungkan oleh kakaknya itu ialah benih Fack. “Kau memang dayus Hayqal!” Jun melepaskan tumbukan ke wajah Hayqal. Tangan Hayqal dengan spontannya melepaskan Fack dan dia jatuh terjelopok di lantai.
“Abang!” Jazmin mendapatkan suaminya walaupun tubuhnya merasa tidak enak.
Hayqal menepis tangan Jazmin, “Kau jangan sentuh aku lah! Aku jijik!” Makin berkecai hati Jazmin dibuatnya.
Jazmin mengusap kandungannya, “Sampai hati abang tuduh saya macam tu. Demi Allah abang, anak yang saya kandung ni benih abang.” Jazmin mengangkat sumpah untuk membuktikan bahawa benih itu memang benih Hayqal.
“Tuduh? Aku cakap benda betul lah. Kau tak payah lah nak bersumpah bagai. Aku takut nanti kau termakan sumpah tu.” Kata Hayqal, senyuman sinis disertakan. Dalam sekelip mata, Hayqal atau Muhammad Naqib yang dikenali oleh Jazmin berubah serta merta.
Kecewa, Jazmin kecewa melihat perangai suaminya. Sampai hati suaminya meraguinya sampai tahap itu.
“Tak guna!” Jun menyerang Hayqal. Tumbukan dilepaskan ke wajah Hayqal bertubi-tubi. Jun sendiri pun tak pernah melukakan hati Jazmin walaupun Jazmin hanya kakak angkatnya, tapi berani lelaki itu menghina kakaknya. Ini memang dah melampaui batas!
“Jun, jangan.” Jazmin cuba menghalang Jun dengan memegang tangan Jun. Namun tangan Jun masih juga tidak berhenti dari menumbuk wajah Hayqal.
“Kau dayus Hayqal! Kau tak layak untuk kakak aku!” Jun melepaskan tumbukan terakhirnya. Namun malang tidak berbau, tatkala dia menarik tangannya, sikunya terhentam perut Jazmin.
Wajah Jazmin berkerut menahan sakit, “F*ck Jun! Kau terpukul dia!” Morio terus mendukung Jazmin lalu dibawa ke sofa yang berada tidak jauh dari mereka.
“Sakit!” Jazmin mengetap bibir menahan sakit. Perutnya terasa seperti dicucuk-cucuk oleh jarum, bukan satu namun beratus-ratus.
“Kau boleh tahan kan?” Tanya Morio.
“Tak.. boleh...” wajah Jazmin sudah menjadi pucat seperti mayat.
“Damn! Fack, open the door!” Arah Morio. Tanpa melengahkan masa, Fack terus membuka pintu. Morio mendukung Jazmin lalu berlari ke arah lift.
Fack dan Faaeqa turut menyusul. Jun memandang Hayqal tajam, “Ini semua salah kau!” Jun memarahi Hayqal. Kalau lelaki itu tidak melemparkan fitnah kepada kakaknya tadi, dia tidak akan menggunakan kekerasan langsung.
Hayqal mengangkat jari tengahnya, “Kau yang tumbuk-tumbuk aku, lepastu kau nak salahkan aku pulak?” Soal Hayqal dengan nada tidak berpuas hati. Jangan sampai pecah kepala adik angkat Jazmin ni dikerjakannya.
“Enough.” Ed menghentikan mereka berdua. Kalau pertelingkahan masih berterusan, masalah mereka tak akan selesai.
“Kalau kau masih sayangkan isteri kau, kau pergi kejar dia sekarang juga.” Kata Ed kepada Hayqal. Pada awalnya, Hayqal membisu. Namun setelah beberapa minit berlalu, dia memilih untuk mengejar langkah mereka. Sesalan mula menjelma di dalam dirinya.
Share this novel