Bab 15

Drama Series 2228

Bukan main gembira lagi Jazmin apabila dimaklumkan yang dia dibenarkan untuk pulang oleh Hayqal. Akhirnya, boleh juga dia meloloskan diri dari rumah itu.

Fack menghentikan kenderaannya di hadapan rumah banglo dua tingkat milik Jazmin. Wajah Jazmin kelihatan kecewa setelah melihat keadaan rumahnya.

Jazmin turun dari perut kereta, Fack juga turut mematikan enjin lalu mengikuti Jazmin. “Kenapa awak tak balik je?” Soal Jazmin kepada Fack.

“Aku risau, kau tu bukannya pandai jaga diri pun.” Balas Fack, kedengaran kejam namun begitulah cara dia berinteraksi dengan orang lain. Tambahan pula, Fack tidak tahu bagaimanakah cara untuk menunjukkan sikap prihatin dan ambil beratnya semenjak dikecewakan oleh cinta pertamanya.

Jazmin memulakan langkahnya dengan kaki kanan, dia menghirup udara sedalam mungkin. Moga-moga tiada apa yang akan berlaku kepadanya.

Langkah Jazmin terhenti apabila dia teringatkan sesuatu, “Mana Iris?” Persoalan itu muncul di dalam fikirannya.

Iris tidak pernah meninggalkan kediaman mereka. Rasanya dia sudah meninggalkan rumah ini selama 13 hari, Iris pula sudah dihantar pulang oleh Morio dua hari lepas. Takkanlah rumahnya kosong je tidak berpenghuni?

Fack menolak Jazmin ke belakangnya apabila menangkap suara yang aneh dari rumah Jazmin. Pintu utama terbuka luas.

“Kau nak masuk ke?” Tanya Fack kepada Jazmin. Jazmin menganggukkan kepalanya. Dia harus masuk untuk mengambil dokumen pentingnya dan juga pakaiannya.

“Aku masuk dulu, nanti kau menyusul.” Arah Fack. Terdengar keluhan kecil dari Jazmin, Fack ingat dia ni kanak-kanak ke? Asyik-asyik nak melindungi dirinya, penatlah dia dengan perangai Fack yang over protective ni.

Tatkala Fack melangkah masuk ke dalam rumah, seorang lelaki yang memakai pelitup muka menyerangnya dari sebelah. Pantas Fack mengelak serangannya.

Lelaki itu melibas-libas parang ke arah Fack, berkali-kali Fack mengelak. Bahunya yang haritu terluka dek terkena peluru berlaja dengan dinding, bahunya mula berdenyut kuat.

Jazmin yang berada di luar pantas meluru ke arah penjahat tersebut, dia mengeluarkan pisau kerambit miliknya lalu dilibaskan ke leher penjahat tadi.

Sekali libasan, lelaki itu terus tersungkur di lantai. Darah merah memancut keluar dari lehernya, “Lembik.” Jazmin menendang perut lelaki itu.

“Okay tak?” Tanya Jazmin kepada Fack. Fack kelihatan sedikit terperanjat, “Terkejut?” Tanya Jazmin lagi. Pantas Fack menggelengkan kepalanya menidakkan kata-kata Jazmin.

“Besar dosa membunuh orang.” Tegur Fack. Setahunya, Jazmin ialah seorang yang mementingkan penerapan agama di dalam dirinya.

“Awak belum kenal siapa saya.” Kata Jazmin yang membawa seribu satu maksud yang tersirat.

Jazmin tersenyum serong, dia membetulkan awning tudungnya, pantang tujuh keturunannya jika awning tudungnya tidak menjadi. Jazmin naik ke biliknya, Fack juga turut mengikuti langkahnya. Bukan miang, tapi untuk menjaga keselamatan anak dara orang.

Mulut Jazmin terlopong apabila melihat keadaan biliknya, habis pakaiannya disepahkan. ‘Tak guna!’ Bentak hatinya kegeraman.
Habis pakaiannya bersepah dilantai, ada sesetengah sudah koyak rabak. Paling teruk, pakaian dalamnya habis diselongkar.

Fack sudah menghalakan pandangannya ke arah lain, malu pula dia melihat keadaan bersepah bilik Jazmin. Jazmin terus membuka almari dan mengambil fail-fail yang berisi dokumen pentingnya.

“Ambil fail je ke?” Tanya Fack. Tadi katanya nak ambil pakaian dan fail yang berisi dokumen penting, ni tiba-tiba ambil fail sahaja. Dia menoleh kembali ke lantai bilik Jazmin yang sudah bersepah dengan pakaian-pakaiannya, barulah dia mengerti kenapa Jazmin tidak mengambil sehelai pun pakaiannya.

“Boleh hantarkan saya ke KLIA?” Tanya Jazmin, nampaknya dia terpaksa pulang ke rumah ibu bapanya terdahulu. Malaysia bukan lagi tempat yang selamat untuknya.

“Nak buat apa?” Tanya Fack dengan dahi berkerut. Takkanlah nak pergi bina rumah dekat KLIA pula?

“Nak balik Itali la. Saya kena bagitahu papa dengan mama pasal ni.” Balas Jazmin dengan nada rimas. Jazmin mana suka disoal banyak. Dah orang cakap pergi KLIA tu pergi jela KLIA, tak payah la soal banyak.

Fack yang mula perasan bahawa Jazmin sudah rimas dengan pertanyaannya terus memandu ke destinasinya, bukan KLIA namun kediaman mereka.

“Ni bukan jalan ke KLIA ni.” Tegur Jazmin apabila perasan akan hutan-hutan tebal berada di sekelilingnya.

“Aku risau kalau kau pergi sorang. Aku dengan Harraz akan temankan kau.” Kata Fack. Dia terus memecut kenderaannya dengan laju, kecut perut Jazmin dengan tindakan Fack itu.

‘Tak panjang nyawa aku dengan mamat ni ni.’ Desis hati Jazmin. Dari had kelajuan 80 km/j, Fack sudah memecut sehingga 130km/j.

Fack tergelak kecil, “Aku pemandu berhemah la. Nyawa kau akan panjang, jangan risau.” Tegur Fack. Ala ala Jazmin ni, takut sangat dengan sakaratul maut.
 
.

Tangan Jun menarik bagasinya menuju ke arah lapangan terbang. Dia menarik nafas sedalam mungkin. Hatinya berdegup kencang. Segala hal-hal buruk yang terbayang di dalam kepalanya cuba dilupakannya.

Berat sebenarnya hatinya untuk meninggalkan Malaysia. Tambahan lagi dengan kehadiran Syaf, entah kenapa hatinya selalu risau akan gadis itu.

“Jun!” Kedengaran suara Syaf dari jauh, Jun menoleh ke arahnya, Syaf sedang berlari anak menuju ke arahnya.

‘Bila masa pula dia bangun ni?’ Padahal tadi sewaktu dia meninggalkan villa, Syaf masih nyenyak dibuai mimpi.

Syaf berdiri di depan Jun, “Awak nak pergi mana?” Tanya Syaf dengan dada yang berombak laju.

“Nak balik China la. Saya kan kerja.” Balas Jun mendatar. Teringatkan kerjanya yang berlambak di sana, terus kepalanya pusing. Penat betul nak uruskan perniagaan ayah angkatnya ni.

“Kenapa tak bagitahu saya?” Soal Syaf dengan nada tidak berpuas hati. Patutlah Syaf pelik kenapa semalam Jun tiba-tiba bawa dia jalan-jalan, pergi membeli-belah dekat KLCC. Rupa-rupanya, ada udang disebalik batu!

“La, saya balik sebab urusan kerja. Takkanlah nak bawa awak sekali?” Jun membalas pertanyaan Syaf dengan satu bentuk pertanyaan.

Syaf berpeluk tubuh, “Sekurang-kurangnya, bagitahulah saya.” Kedengaran nada merajuk di balik suara Syaf.

Waduh, serba salah pula Jun dibuatnya. Jun menggaru kepalanya yang tidak gatal, “Okay macam ni, Jun pergi sebulan je. Syaf tinggal dekat rumah, jangan pergi mana-mana okay?”  Pujuk Jun.

Syaf kelihatan masih merajuk, Jun mengeluh kecil. ‘Complicated betul la perempuan ni.’ Bisik hati kecil Jun. Wajah Syaf yang tadinya mencuka terus berubah menjadi ceria, “Okay. Take care!” Pesan Syaf.

Wajah Jun kelihatan sedikit bingung, ‘Ni dah kenapa ni? Tadi bukan main merajuk bagai. Period ke apa Syaf ni?’ Bisik hati Jun, dia kelihatan kaget dengan situasi tersebut.

Seorang wanita memaut lengan Jun, “Let’s go.” Air muka Syaf kelihatan berubah, matanya melekat di tangan wanita itu.

Jun yang perasan akan perubahan wajah Syaf itu terus meloloskan tangannya, “Erm Syaf, saya pergi dulu. Jaga diri elok-elok.” Pesan Jun. Ubun-ubun Syaf dikucup olehnya. Wanita tadi kelihatan terperanjat dengan tindakan Jun, begitu juga dengan Syaf. Wajah Syaf sudah bertukar merah bak tomato.

“Balik nanti kita kahwin.” Bisik Jun di telinga Syaf. Membulat mata Syaf memandangnya. Jun menarik bagasinya dan menuju ke balai perlepasan. Jun sempat mengenyitkan matanya kepada Syaf.
 
.

Rayqal memegang lengan Jazmin, “Betul ke awak nak balik Itali ni?” Tanya Rayqal dengan berat hati. Jazmin menarik tangannya, tidak selesa pula dia dengan perangai Rayqal ni. Selalu nak pegang-pegang.

“Sorry, saya risaukan awak je.” Rayqal meminta maaf atas kesilapannya. Dia bukan apa, dia hanya risaukan gadis itu. Kalau tiba-tiba kapal terbang mengalami masalah teknikal dan jatuh terhumbam nanti, dengan siapa dia nak kahwin? Dengan mayat?

Jazmin kelihatan tidak berminat langsung terhadap Rayqal setelah tembelangnya dan Hayqal pecah beberapa hari yang lepas. Patutlah kelakuan Hayqal kelihatan pelik je apabila terlihatnya. Rupa-rupanya selama ini, Rayqal yang selalu keluar dengannya itu ialah Hayqal.

‘Dasar miang! Dahlah miang, penipu lagi! Geram aku nak tonyoh muka dia dengan cili api!’ Bentak hati Jazmin geram.

Fack sudah menghubungi pilot peribadinya untuk menyediakan kapal terbang dan bersiap sedia untuk berlepas. Jam di dinding menunjukkan sudah masuk jam 1.30 tengah hari.

“Jom. Dah lewat ni.” Tangan kiri Fack menarik bagasinya, tangan kanannya pula memipin Harraz.

“Got to go. Assalamualaikum.” Jazmin meminta diri dan mengikuti langkah Fack menuju ke arah kenderaan berjenama BMW.

Rayqal mengeluh kecil, sejujurnya dia sendiri pun tak suka nak beria dan terhegeh-hegeh mencuri perhatian Jazmin. Namun teringatkan sahaja Nada yang sudah berpunya, dia rasa ada baiknya juga jika dia gunakan Jazmin sebagai alat untuk melupakan Nada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience