“Ibu...” Jun yang terlelap di samping Jazmin mencelikkan matanya tatkala terdengar suara kakaknya.
“Kakak? Fack, panggil Morio cepat!” Jerit Jun kepada Fack. Pantas Fack bergegas keluar dari wad untuk mendapatkan Morio.
“Ibu... Ayah...”
Jun memegang tangan Jazmin, “Akak, ni Jun akak.” Kata Jun lembut.
Jazmin menoleh ke arahnya, dia memandang adik angkatnya dengan pandangan yang sukar ditafsir. “Jun... siapa?” Tanya Jazmin. Wajah lelaki itu kelihatan amat familiar di matanya, namun dia tidak mampu mengingati siapakah gerangan tersebut.
Allah! Kepala Jun terasa seperti dihempap dengan seketul batu yang besar. Adakah kakaknya sudah hilang ingatan? Tapi tak mungkin, Encik Sulaiman tak ada pukul pun bahagian leher kakaknya.
Jun membawa tangan Jazmin ke pipinya, “Akak, Jun. Jun adik akak.” Jun cuba mengingatkan kembali siapakah dirinya kepada Jazmin.
Wajah Jazmin berkerut, “Adik? Jun anak pak cik Syah dengan mak cik Psychlia tu ke?” Tanya Jazmin untuk memastikan identiti Jun. Rasanya memang betul dah tekaannya, Jun anak jiran mereka.
Jun tergamam dengan jawapan yang diberikan oleh kakaknya. Kalau mulut dia boleh dinganga sampai ke lantai, dah lama dia buat begitu. “Akak... Serius ke dah lupa?” Tanya Jun dengan wajah cuak.
Jazmin tergelak kecil, “Akak ingatlah.” Kata Jazmin, tawanya terhenti. Segaris senyuman tawar menghiasi wajahnya. Sengaja dia nak berjenaka dengan adiknya untuk melinangkan keadaan mereka.
Tangannya naik menyentuh perutnya, “Mana baby akak?” Tanya Jazmin, dia meraba-raba lagi perutnya namun kempis. Mana baby dia? Mana anak dia?
Jun memegang bahu Jazmin, “Akak, sabar ya? Jun ada dengan akak, sentiasa ada dengan akak.” Jun tidak sanggup nak mengatakan bahawa kandungan kakaknya sudah keguguran.
Jazmin merentap tangan Jun dengan kasar, “Anak akak mana? Mana?” Tanya Jazmin dengan nada separa menjerit. Air jernih mula bertakung di tubir matanya.
“Encik, tolong ke tepi. Doktor nak periksa keadaan Puan Jazmin.” jururawat yang bernama Dalila itu menolak Jun dengan lembut untuk memberi laluan kepada Morio untuk membuat pemeriksaan terhadap Jazmin.
Baru sahaja Morio berdiri di sebelahnya, terus tangan Morio dicengkamnya. “Morio, mana anak aku?” Tanya Jazmin dengan cemas.
Morio melihat wajah Jazmin, dia mengeluh kecil. “Aku minta maaf Min, aku tak mampu nak selamatkan kandungan kau.” Morio menundukkan wajahnya. Sejujurnya, dia amat bersimpati dengan nasib Jazmin.
“Kau tipu aku kan?” Tanya Jazmin dengan pandangan redup.
“Allah lebih sayangkan anak kau Jazmin.” Hanya itu yang mampu dikatakan okeh Fack, dia juga buntu apa yang harus dilakukannya.
Jazmin menggeleng rakus, “Kau tipu! Aku tak percaya! Kau jangan nak buat lawak hambar dengan aku Fack.”
Morio menepuk bahu Fack, dia menggelengkan kepalanya, mengisyaratkan supaya Fack mengunci rapat mulutnya.
Jun menarik wajah Jazmin untuk memandang wajahnya, “Jun tahu susah untuk akak terima benda ni, tapi tolong. Tolong terima kenyataan yang baby akak dah keguguran.” Pinta Jun. Air jernih mengalir di kelopak matanya.
Jazmin menangis teresak-esak, tangisannya tak mampu dibendung lagi. Jun menarik wajah Jazmin lalu dibenamkan di bahunya, “Maafkan adik sebab tak mampu tepati janji adik dekat arwah ibu akak.” Kata Jun dengan nada separa berbisik. Air matanya juga turut gugur.
Terasa hangat tubir mata Fack dan Morio. Mereka dapat merasakan kepedihan yang sedang dialami oleh Jazmin. Ibu mana je yang tak sedih apabila kehilangan anak mereka, lebih-lebih lagi anak pertama.
Telefon pintar Fack berdering, tertera nama Hayqal di skrin. Dia mengesat matanya sebelum menjawab panggilan tersebut. “Isteri aku dah sedar ke?” Kedengaran suara Hayqal yang tidak terlalu jelas di hujung talian.
“Dah.” Balas Fack ringkas.
“Aku dah ada dekat luar ni.” Terus panggilan ditamatkan. Sejurus itu, Hayqal menguak daun pintu, di tangannya terdapat sejambak bunga gypsophila.
“Assalamualaikum.” Hayqal menghulur salam kepada mereka semua. Langkahnya diaturkan ke samping isterinya.
“Waalaikummussalam.” Jawab mereka semua kecuali Jazmin. Dia masih membenamkan wajahnya di bahu Jun. Sudah basah lencun baju kemeja putih Jun dek air matanya.
Hayqal menepuk bahu Jun, mengisyaratkan dia untuk beralih dari situ. Jun mengangkat wajah Jazmin lalu mengalihkan bahunya,wajah Jazmin kembali dibenamkan di bahu Hayqal.
“Kalau takde apa-apa, aku keluar dulu.” Fack meminta diri, dia menarik tangan Jun dan Morio agar keluar dari situ. Jazmin memerlukan ruang untuk menenangkan diri.
Setelah mereka bertiga berlalu keluar, Hayqal mengangkat wajah Jazmin. Matanya dan mata isterinya bertembung, “Jangan menangis lagi ok?” Pinta Hayqal.
Jazmin tidak memberikan sebarang respon, air matanya terus mengalir tanpa henti. Hayqal mengusap air mata Jazmin dengan tangannya, “Sayang. Please don’t cry.” Rayu Hayqal. Dia tak kuat melihat ratunya menangis.
Jazmin menolak badan suaminya agar menjauh darinya, “Jangan menangis? Abang! Syakir tu anak pertama kita tau! Macam mana saya tak menangis?” Emosi Jazmin mula menguasai dirinya.
Hayqal menarik kepala Jazmin lalu dibenamkan di dadanya, “Abang tau dia anak pertama kita. Tapi benda dah berlaku sayang. Nak tak nak kita tetap kena terima kenyataan ni.” Kata Hayqal. Belakang isterinya diusap lembut.
Makin lama makin kuat tangis Jazmin, “Min tak guna sebab tak mampu nak pertahankan anak kita. Min tak guna!” Jerit Jazmin. Dia mula mempersalahkan dirinya. Kalau tempoh hari dia tidak pergi membuang sampah, dia pasti tidak akan diculik dan diapa-apakan oleh ayah mertuanya.
Hayqal mengeluh kecil, “Bukan salah sayang. Semua ni dah tertulis sayang.” Pujuk Hayqal. Jazmin menumbuk-numbuk perut Hayqal untuk melepaskan emosinya. Dia langsung tidak tahu suaminya tercedera di kawasan yang sedang ditumbuknya.
Hayqal mengetap bibirnya untuk menahan sakit, ‘Wahai luka, tolonglah jangan terbuka.’ Pinta Hayqal. Kalau lukanya terbuka kembali, darah pasti akan turut mengalir keluar. Dia tak nak isterinya risaukannya.
Jazmin berhenti daripada memukul perut Hayqal apabila dia merasa penat. Dia mengangkat wajahnya lalu memandang wajah suaminya. Pucat. “A... abang. Abang kenapa ni?” Tanya Jazmin cemas.
Hayqal tersenyum pahit sambil menggelengkan kepalanya. Mata Jazmin terarah ke perut suaminya, baju kemeja putih suaminya sudah dibasahi darah. “Allahuakbar!” Jazmin terbaring kaku di atas katil.
Hayqal menampar lembut pipi isterinya berkali-kali, “Sayang. Sayang bangun sayang.” Dia cuba membangunkan Jazmin namun tiada respon. Butang merah yang berada di atas kepala katil ditekannya berkali-kali.
Morio dan Dalila menerpa masuk ke dalam wad. Dalila terpaku, dia tidak tahu yang mana seharusnya dia bantu, Hayqal atau Jazmin?
“Kau bawa dia jumpa Doktor Adam, biar Adam yang uruskan dia.” Arah Morio. Dalila terus memapah Hayqal ke bilik Doktor Adam. Tangan Dalila ditepis oleh Hayqal, haram.
“Aku boleh jalan sendiri.” Kata Hayqal mendatar, dia memegang besi yang berada di sepanjang koridor itu, Dalila menunjukkannya arah ke bilik Doktor Adam.
‘Degil betul patient ni.’ Hati Dalila menggerutu. Nasib baik lelaki itu ialah kawan Doktor Morio, kalau tidak, sudah lama lelaki itu dijerkahnya.
Share this novel