Bab 51

Drama Series 2228

Udara subuh yang segar lagi nyaman dihirup oleh Jazmin. Matanya tertancap di langit untuk menanti matahari terbit.

“Ralik nampak isteri abang ni.” Tegur Hayqal yang baru selesai menunaikan solat subuh. Isterinya tidak turut serta kerana dia sedang mengangkat bendera merah.

Jazmin tidak mengendahkan suaminya, otaknya sedang merencana cara untuk membatalkan wudhuk suaminya. “Berdosa tau tak layan suami.” Eh layan? Macam tak sesuai je perkataan tu nak digunakan dalam situasi mereka berdua ni...

Wajah Jazmin ditolehkan ke kiri, terus bibir suaminya melekat di dahinya. ‘Eh bila masa dia ada dekat sini?’ Dia langsung tidak menyedari kewujudan suaminya di tepi, dia ingatkan suaminya masih lagi berada di atas tikar sejadah.

“Ehem, nak kenakan abang ke?” Tanya Hayqal dengan nakal. Oh isteri dia ni, nak kena gomol dulu dengan dia ni baru menyesal. Nanti dia gomol isteri dia macam dia gomol Harraz dulu, biar isterinya takut dengan dia. Kojonyo asyik nok usik orang jo.

Laju Jazmin menggelengkan kepalanya, “Mana ada. Orang nak mandilah.” Tipu Jazmin. Alahai Jazmin! Kot ye pun nak menipu, biarlah logik sikit.

“Bukan ke tadi dah mandi?” Soal Hayqal, Jazmin terus termati kata. Ala bengapnya dia!

‘Kenapa aku tak cakap nak turun buat sarapan je tadi?’ Jazmin memarahi dirinya. Nak menipu tapi tak cerdik, ish ish ish.

Jazmin menolak suaminya ke tepi, “Ish dahlah! Orang nak pergi masak lah.” Katanya dengan kasar.

Tangan Jazmin disentap oleh Hayqal, Hayqal memeluknya dari belakang. “Nak ikut abang ke pejabat tak nanti?” tanya Hayqal bersahaja, dagunya ditongkatkan di bahu isterinya.

“Boleh ke?” Tanya Jazmin, dia risau jika dia menemani suaminya nanti, urusan kerja suaminya bakal tergendala.

Hayqal mencium pipi Jazmin, “Mestilah boleh.” Balasnya. Kenapa pula tak boleh? Syarikat Hayqal kan syarikat Jazmin juga. Sudah tentulah isterinya bebas untuk menjejakkan kaki ke sana.

“Kalau macam tu, Min nak ikut!” kata Jazmin dengan teruja. Mana tak terujanya kalau dia asyik terkurung di rumah je? Dah macam burung yang dikurung dah Jazmin ni, nak melihat dunia luar pun tak dapat.

Hayqal terdiam seketika, “Let me think first.” Kata Hayqal. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Jazmin meleraikan tangan suaminya, “Aish abang ni, tadi  kata boleh, ni cakap bagi abang fikir dulu. Kalau tak nak bagi Min ikut tu cakap jelah.” Jazmin berpeluk tubuh tanda memprotes.

Hayqal tersenyum nakal melihat gelagat isterinya, alahai muncung isterinya tu kalau diikat, kalah anak itik tokwi. Hayqal memegang perut Jazmin yang sudah kempis, “Kalau sayang mengandung lagi, abang bagi sayang ikut.” Eh? Apaniiii?

Jazmin bercekak pinggang, “Amboi mudah nya dia cakap. Dia tu takpelah, dia lelaki. Kita yang perempuan ni susah tau, dahlah sakit lepastu penat lagi.” Jazmin sudah memulakan bebelannya kepada suaminya. Ewah ewah, dia ingat kita ni kilang proses anak ke asyik minta anak dengan dia.

Ketawa Hayqal terburai, “Abang bergurau jelah. Ay dia ni.” Hayqal menggeletek perut Jazmin. Orang nak bergurau sikit pun tak boleh.
“Gelilah abang!” Terjerit kecil Jazmin, Hayqal masih tidak berhenti menyerang perutnya.

“Rasakanlah serangan daripada ultraman tiga!” jerit Hayqal sebelum meneruskan serangannya. Ultraman Tiga? Ini dah mengalahkan si Harraz dah ni!

Senak perut Jazmin kerana ketawa berlebihan. “Aduh berhenti! Min menyerah kalah!” Jazmin mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara tanda meyerah diri kepada suaminya.

Hayqal berhenti menggeletek Jazmin, “Can I get a baby from you?” Tanya Hayqal dengan senyuman nakal.

 “Esok.” Terus Jazmin membuka langkah seribu meninggalkan Hayqal keseorangan di dalam bilik mereka. Ada baiknya kalau dia cabut awal-awal lagi sebelum suaminya bertukar menjadi Colossal Titan, kalau tidak nanti nasibnya bakal berakhir seperti Carla Yeager, ibu Eren Yeager, ‘ditelan’ hidup-hidup.
 
.

“Kamu ke yang berkenan dengan anak saudara pak cik ni?” Tanya Pak Su Yusuf kepada Jun.

Jun menganggukkan kepalanya, “Iya saya.” Jawab Jun ringkas, senyuman mesra disertakan. Nak merisik anak orang kenalah jaga adab dan budi bahasa, barulah disenangi oleh keluarga pihak wanita.

Syaf menghidang air teh yang dibancuhnya tadi kepada Jun, sempat dia menghadiahkan senyuman manis buat kekasih hatinya. Mak Su Kiah mencubit lembut lengan Syaf, “Haip, jangan nak mengatai.” Bisiknya kepada Syaf, tersipu malu Syaf dibuatnya.

“Kamu ada 20 ribu?” tanya Pak Su Yusof. Allah, soalan apa ni? 20 ribu? Jual anak ke apa ni?

Membulat mata Syaf menatap bapa saudaranya, ‘Biar betik pak su aku ni?’ kata hati Syaf.

Dengan tenang Jun mengeluarkan kad kreditnya, “30 ribu boleh?” Tanya Jun. Dia tertinggal kad kreditnya yang mempunyai wang sebanyak 20 ribu di dalam keretanya, nak pergi ambil nanti takut melengahkan masa mereka pula.

Tergamam Pak Su Yusof seketika, lelaki di hadapannya ini bukan calang-calang orangnya. Namun pantas dia mengawal reaksi wajahnya, “Ada rumah?” Tanya Pak Su Yusof lagi.

Jun terdiam seketika. “Kalau takde rumah, kamu tak dibenarkan berkahwin dengan anak sedara pak cik ni.” Kata Pak Su Yusof. Dia pasti Jun tidak mempunyai kediaman sendiri kerana reaksi wajah Jun itu ketara menunjukkan dia tidak mempunyai rumah.

Jun mengeluarkan iPhone 11 merahnya, dia mencari nama syarikat perusahaannya yang berada di China. Dia selalu akan terlupa akan nama syarikat tersebut. “Kalau rumah, saya tak pasti ada berapa buah di Malaysia. Tapi kalau syarikat, di Malaysia ada dua, di China ada satu.” Jujur Jun menjawab pertanyaan Pak Su Yusof.

Pak Su Yusof menelan air liurnya, nampaknya susah untuk dia menduga adakah lelaki ini benar-benar mencintai anak saudaranya atau tidak.

Jun sepertinya sudah memahami permainan apakah yang sedang dianjurkan oleh bapa saudara Syaf. Terus dia berkata, “Pak cik jangan risau, saya memang betul-betul ikhlas nakkan anak saudara pak cik ni.”

Pak Su Yusof menghela nafas dengan lega, “Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Pak cik bukan apa, pak cik tak nak anak buah pak cik ni tersalah memilih orang je.” Terang Pak Su Yusof. Sejujurnya dia tidak mahu Syaf mendapat nasib seperti arwah adiknya, kerana tersalah memilih jodoh, merana seumur hidup.

“Saya tak akan sia-siakan Syaf. Itu janji saya kepada pak cik dan mak cik.” Dengan yakinnya, Jun menaburkan janjinya.

Pak Su Yusof menoleh ke arah isterinya, isterinya menganggukkan kepala tanda setuju. Mak Su Kiah percaya Jun bukan seorang yang mengkhianati janji dengan sewenang-wenangnya.

Mata Pak Su Yusof kembali memandang Jun, “Kalau boleh kami nak percepatkan urusan ni, boleh kan?” Pinta Pak Su Yusof.

“Eh. Mestilah boleh!” jawab Jun dengan teruja. Dia sendiri pun sudah tidak sabar nak diijab kabulkan dengan Syaf. Alang-alang orang dah bagi lampu hijau, kita jalan je lah kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience