Bab 8

Drama Series 2228

Jazmin merenung langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang terang. “Jauh termenung nampak.” Tegur Iris yang baru selesai membersihkan dirinya.

Setelah dirawat lukanya pagi tadi oleh lelaki yang bernama Morio, badannya sudah merasa bersemangat. Iris menyidai tualanya di kaki katil, dia duduk di sebelah Jazmin yang berada di beranda.

“Kau ada masalah ke?” Tanya Iris prihatin. Selalunya, jika Jazmin termenung, pasti dia sedang serabut memikirkan sesuatu.

Jazmin mengeluh berat, “Sampai bila kau nak jadi macam ni Min?” Tanya Iris. Kadang-kadang sedih juga dirinya melihat sahabatnya itu. Hidupnya selalu dirundung pilu.

“Diorang paksa aku kahwin dengan seseorang. Aku tak nak Iris.” Adu Jazmin. Ingin sahaja dia menghamburkan tangisannya dan menceritakan semua yang berlaku kepada Iris, termasuk juga kejadian Hayqal mencium pipinya itu. Biadab!

“Siapa yang paksa kau tu?” Tanya Iris, takkanlah sampai nak memaksa? Ibu bapa Jazmin pun tidak pernah memaksanya berkahwin dengan orang yang dicintai olehnya.

“Aku tak tahu apa nama dia. Tapi aku tak nak.” Tangisan Jazmin mula pecah.

Iris mengusap-usap rambut Jazmin, “Aku tahu kau tak nak. Jangan nangis okay? Aku akan fikirkan cara untuk kita keluar dari sini.” Pujuk Iris.

Jazmin menggelengkan kepalanya, “Lupakan je niat kau tu Iris, kita takkan dapat keluar dari sini.” Kata Jazmin. Dia tidak mahu melihat Iris dibunuh oleh mereka kerana membuat cubaan melarikan diri.

Kedengaran tombol pintu dipulas dari luar, pantas Jazmin mencapai tuala lalu menutupi rambutnya. Kelihatan Morio berdiri di pintu, “Kau mari sini kejap.” Arah Morio kepada Iris.

Iris melangkah ke arah Morio, “Ada apa yang saya boleh bantu ke?” Tanya Iris dengan formal.

Morio tidak membalas pertanyaan tersebut, sebaliknya tangan Iris ditarik olehnya lalu pintu bilik dihempas kuat olehnya. Terhenjut bahu Jazmin dek terkejut.

Jazmin kembali merenung langit malam, dia menghirup udara segar sedalam mungkin. “Bila awak nak tunaikan janji awak ni Naqib?”
Jazmin menarik rantai lehernya. Perkataan ‘Na-Qib’ yang terukir di atas rantai tersebut disentuhnya. Senyuman terukir apabila mengenangkan cinta pandang keduanya itu.

Kalau hidupnya masih seperti dulu, pasti sekarang dirinya sudah menemui Naqib yang sudah lama bertahta di hatinya.
Dan mungkin juga, tidak akan wujud manusia yang bernama Jazmin Hazryn Vinci.

“Kalau kejadian tu tak berlaku dulu, mesti arwah abah dengan umi masih ada dengan aku.” Senyuman bahagia Jazmin tadi bertukar pahit.

“Dan kalau abah dengan umi masih ada, mesti Syahida Nafisah sedang hidup bahagia menjalani kehidupan serba sederhananya.”
 
.

Jun meneguk minuman keras yang berada di hadapannya, “Hayqal akan menyesal sebab kahwinkan perempuan tu dengan Rayqal, percayalah cakap aku.” Kata Jun kepada Ed. Wajahnya sudah berona merah.

Ed merampas botol minuman tersebut dari tangan Jun, “Kau minum banyak sangat ni.” Kata Ed.

Jun menggelengkan kepalanya, “Aku minum sikit jelah!” Jun memarahi Ed.

Joshua menjongketkan keningnya, “Apa cer?” Tanya Joshua separa berbisik kepada Ed. Ed menghenjut bahu tanda tidak tahu.

Lucas menepuk bahu Ed, “Barang baru dah sampai.” Kata Lucas, Ed membetulkan kaca matanya terdahulu.

“Ramai ke?” Tanya Ed mendatar, Lucas membuat gaya ‘peace’.

“Dua puluh?” Tanya Ed. Lucas menganggukkan kepalanya. “Bawa diorang datang sini.” Arah Ed. Lucas menganggukkan kepalanya dan berlalu keluar dari ruang tersebut.

Ed menatap Jun yang separa sedar, “Aduh kau ni masalah betul la. Nanti siapa nak hantar kau balik?” Gumam Ed. Jun ni pun, nak minum banyak tak bawa peneman. Sekurang-kurangnya nanti ada orang yang boleh bantu dia jika dia memerlukan bantuan.

Lucas membuka pintu dan mengarahkan ‘barang-barang’ yang dibeli olehnya untuk masuk ke dalam. Semua menuruti kata-kata Lucas lalu duduk di atas sofa.

Ed memerhatikan wajah mereka, boleh tahan cantik la juga. Namun matanya terhenti ke arah gadis yang memakai hoodie, “Kau. Turunkan penutup hoodie kau tu.” Arah Ed.Gadis itu mengangkat wajahnya untuk memandang Ed, dia melepaskan penutup hoodienya.

“Apa nama kau?” Tanya Ed kepada gadis itu.

“A.. ana syaf.. syafiqah.” Balasnya terketar-ketar.

Ed tersenyum mesra, “Lepasni, kau ikut abang ni okey?” Ed menunding jarinya ke arah Jun yang sedang menyandar di bahu Joshua.

“Ha.. hah? Un.. untuk apa?” Tanya Syaf, dia mengkedip-kedipkan matanya berkali-kali.

“Kau tak pernah buat ke kerja-kerja macam ni?” Tanya Ed kepada Syaf. Syaf menggelengkan kepalanya tanda tak.

Ed mengerling ke arah Lucas, “Macam mana boleh tersesat sorang ni?” Tanya Ed dengan nada tidak berpuas hati.

Lucas memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya, “Bapak dia jual dia dekat aku. Katanya takde duit nak bayar hutang.” Jelas Lucas.

Ed menggaru kepalanya yang tidak gatal, “Kan aku dah cakap, kalau kes macam tu, orang tu kau letak dekat kaunter la. Yang kau jadikan ayam tu buat apa?” Ingin sahaja Ed menghentam kepala Lucas dengan buku biar cerdik sikit otak tu. Ingatan Lucas tu dah lemah macam ingatan ikan emas.

Syaf memandang Ed, “Bo.. boleh lepaskan saya balik tak? I.. ibu perlukan rawatan.” Pinta Syaf. Ed menggelengkan kepalanya, mana pernah dia lepaskan manusia yang sudah dijual kepadanya.

Jun yang separa sedar itu membuka matanya, pandangannya terhala tepat ke arah Syaf. Jun bangun dari sofa, dia menuju ke arah Ed. Bahu Ed dipegangnya untuk dijadikan tempat bergantung.

“Aku nak dia. Tiga puluh ribu, cukup?” Tanya Jun kepada Ed, jari telujuknya lurus ke arah Syaf.

“Kau nak langgan berapa malam sampai 30 ribu tu?” Tanya Ed sedikit terkejut.

“Aku beli lah. Nak buat bibik.” Balas Jun, badannya terhuyung-hayang, risau pula Ed dengan keadaannya itu.

“10 ribu dah cukup.” Ed mengurangkan harga.

Senyuman Jun mekar, dia memasukkan tangannya ke dalam poket lalu sekeping kad kredit dikeluarkan. “Dalam tu ada 15 ribu, 5 ribu tu kau ambil pergi berjoli.” Jun tersengih sehingga menampakkan giginya yang tersusun rapi.

Ed melihat Syaf, “Kau tercegat dekat situ buat apa?” Bentak Ed. Terkejut Syaf, terus dia menapak ke arah Jun dengan penuh ketakutan.

Jun memeluk bahu Syaf, “Jom balik.” Kata Jun. Syaf membantu Jun untuk berjalan, ‘Boleh tahan berat juga dia ni.’ Bisik hati Syaf.

Syaf menelan air liurnya memikirkan nasib apa yang bakal menimpa dirinya sebentar lagi. Adakah lelaki ini akan meragut kesucian dia? Atau adakah dia akan dijadikan alat pemuas nafsu bagi lelaki ni?

Sampai di tempat meletakkan kenderaan, Jun mengeluarkan kunci dan menghulurkan ia kepada Syaf, “Kau pandai memandu tak?” Tanya Jun. Syaf menganggukkan kepalanya.

“Good. Kau tahu Syah Villa?” Tanya Jun lagi, dia bersandar di kereta porsche merahnya untuk membantu dirinya berdiri.

“Rumah pemilik syarikat Perkasa Holdings tu?” Tanya Syaf untuk memastikan Syah Villa yang diberitahu oleh Jun ialah Syah Villa yang dikenalinya.

Jun menganggukkan kepalanya, “Drive pergi Syah Villa.” Jun membuka pintu dan masuk ke dalam perut kenderaannya.

Syaf menghidupkan enjin kereta dan mula menuju ke destinasi mereka. ‘Kenapa aku tak gunakan peluang ni untuk lari je?’ Tanya Syaf pada dirinya.

Dia menoleh ke arah Jun yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya, ‘Takkanlah nak tinggalkan dia sorang-sorang dekat tepi jalan?’ Kejam pula rasanya kalau tinggalkan lelaki itu berseorangan di jalan raya. Syaf mengeluh kecil, susah betul nak jadi manusia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience