Nada tergamam apabila melihat berita yang terpapar di surat khabar, wajah kacak Rayqal terpampang di muka surat pertama surat khabar tersebut.
“Kenal ke?” Tanya Ryan kepada kakaknya. Bukan main terkejutnya tu, sampai mulut pun ternganga luas. Nasib baik tiada lalat terbang ke dalamnya.
“Taklah. Ni haa, lawa kain samping dia.” Nada menunjuk ke arah kain samping yang dipakai oleh Rayqal. Ryan memandang Nada dengan hairan, entah sejak bila pula kakaknya itu berminat dengan samping.
“Ryan pergi dulu. Ada meeting.” Ryan menggalas begnya lalu menuju ke arah rak kasut yang berada di sebelah pintu, dia mencapai kasutnya lalu disautkan ke kakinya.
.
“Sial lah!” Amir mencampak surat khabar yang berada di tangannya. Dadanya berombak laju.
“Tak guna punya Nafisah!” Amir menumbuk almari kaca yang berada di sebelahnya, pecah berderai kaca itu dibuatnya. Darah mengalir dari tangan Amir yang terluka dek dimasuki oleh serpihan kaca tadi.
Amir mengeluarkan dompetnya, gambar Jazmin ditatapnya. “Tunggu ya? Nanti abang Amir bawa sayang ke puncak gunung Everest.” Kata Amir kepada gambar tersebut. Lagaknya langsung tidak ubah seperti seorang psychopath.
.
“Dah nak balik ke?” Tanya Puan Sri Psychlia dengan perasaan yang berat untuk meninggalkan anak perempuannya.
Jazmin menganggukkan kepala, “Abang ada urusan sikit, Min kena ikut dia sekali. Tempat isteri kan disamping suami.” Kata Jazmin dengan senyuman nakal.
Kata-kata Jazmin itu disambut dengan tawa kecil dari Puan Sri Psychlia, “Haa betul lah tu. Simpan elok-elok.” Puan Sri Psychlia menyerahkan sesuatu kepada Jazmin, sesuatu yang berbentuk tangkal kuning.
Fack dan Hayqal memerhatikan kelakuan Puan Sri Psychlia, mereka mula meragui Puan Sri Psychlia dari hari pertama Hayqal tiba di rumah Jazmin lagi.
Rayqal menyalami tangan ayah dan mak mertuanya sebelum bergerak ke lapangan terbang. “Min, mak kau bagi apa tadi?” Tanya Fack kepada Jazmin.
Jazmin mengeluarkan tangkal yang sudah dimasukkan ke dalam tas tangannya, “Yang ni ke yang awak maksudkan?” Tanya Jazmin, Fack menganggukkan kepala. Jazmin menyerahkan tangkal itu kepada Fack.
“Tangkal azimat?” Tanya Hayqal setelah meneliti tangkal yang berada di tangan Fack. Fack hanya menganggukkan kepalanya.
“Nak minta beg kau boleh?” Pinta Hayqal, Jazmin menganggukkan kepalanya lalu menyerahkan tas tangannya kepada Hayqal. Harraz yang berada di atas pehanya diserahkan kepada Ziqal, dia mengeluarkan segala isi dalam tas tangan Jazmin. Jazmin hanya memerhatikan sahaja Hayqal, malas nak masuk campur walaupun itu ialah beg nya.
Hayqal menyelitkan tangannya ke ruangan poket kecil yang berada di tepi, tangannya teraba sesuatu. Terus dia mengeluarkan benda itu, “Sh*t.” Carut Ziqal apabila melihat benda itu.
“Harraz tak boleh tengok.” Terus Fack menutup mata Harraz, khuatir pula jika malam nanti Harraz bermimpi ngeri.
“Kau tahu apa ni?” Tanya Hayqal kepada Jazmin, dia menunjukkan katak kering yang dijumpainya tadi di dalam tas tangan Jazmin.
“Astaughfirullahalazim! Macam mana benda tu boleh ada dalam beg saya?” Tanya Jazmin terkejut, sejak bila benda tu ada dalam begnya? Kenapa sebelum ini dia tidak pernah perasan akan kewujudan katak itu?
Tekak Jazmin teraya loya, terus dia mencapai plastik yang berada di dalam dashboard, “Uwek.” Seperti tempoh hari, dia muntah paku lagi. Cuma yang berlainannya, kali ini terdapat ulat dan cacing tanah.
Rayqal yang sedang memandu terus berhenti di bahu jalan, “O.. okay tak ni?” Tanya Rayqal cemas. Ya Allah, soalan jenis apa ni?
Jazmin muntah buat kali kedua, makin banyak pula paku yang terkeluar. “Kita kena bawa dia balik Malaysia secepat mungkin.” Kata Fack cemas.
Rayqal mengambil sebotol air mineral lalu dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran, Rayqal menyerahkan air itu kepada Jazmin. “Minum.” Arah Rayqal. Jazmin menurut sahaja. Setelah minum, dia merasa lega sedikit.
Rayqal meneruskan perjalanannya menuju ke lapangan terbang. Harap-harap Jazmin tidak meracau semasa pernerbangan mereka nanti, pinta hatinya.
.
“Tak boleh!” Puan Sri Psychlia membantah permintaan Jun.
“Kenapa?” Tanya Jun penuh kecewa.
Puan Sri Psychlia menunding jari ke arah Syaf, “Perempuan macam dia ni tak layak untuk kamu!” Kata Puan Sri Psychlia, dia memandang Syaf dengan pandangan serong.
“Ma! Mama cakap apa ni?” Tanya Jun dengan nada yang sedikit meninggi.
Tan Sri Syah Vinci memegang bahu isterinya, “Lia, restui jela diorang berdua. Bukannya Jun menyusahkan kita pun.” Nasihat suaminya. Puan Sri Psychlia menghadiahkan jelingan maut kepada suaminya.
“Abang nak ke tengok anak kita dipandang serong dengan masyarakat sekeliling sebab kahwin dengan budak kampung?” Tanya Puan Sri Psychlia dengan nada tinggi, langsung tiada rasa hormat terhadap suaminya.
“Jun tak kisah apa kata orang! Yang penting Jun bahagia!” Tegas Jun, Puan Sri Psychlia terus menampar pipinya.
“Jun Heins Vinci! Kau ikut perangai siapa ni?” Tanya Puan Sri Psychlia, dadanya berombak laju. Degil sungguh anak lelakinya ni.
“Jun tak kisah apa kata mama, Jun tetap akan kahwin dengan Syaf. Fullstop!” Jun menarik tangan Syaf dan menapak keluar dari banglo mewah milik ibu bapanya.
Puan Sri Psychlia menunding ke arah Jun, “Abang tengoklah tu! Ni semua salah abang! Manjakan sangat budak tu! Kan dah naik atas kepala!” Puan Sri Psychlia menyalahkan suaminya.
“Eh kesitu pula awak. Saya ke awak yang manjakan dia?” Soal Tan Sri Syah Vinci, isterinya terdiam.
“Bapak borek anak rintik.” Puan Sri Psychlia menghentak-hentak kakinya tanda memprotes sebelum naik ke biliknya.
Puan Sri Psychlia duduk di meja solek, pantulan dirinya dicermin ditatap olehnya. “Kau pun degil ya Jun? Kau tunggu kau. Kau ingat kau anak kandung aku, aku akan lepaskan kau ya? Tak akan, kau jangan harap!” Hilaian tawa Puan Sri Psychlia terus bergema di dalam biliknya.
Tan Sri Syah Vinci yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik itu menggelengkan kepalanya, ‘Astaughfirullahalazim.’ Dia beristghfar di dalam hatinya. Makin menjadi-jadi perangai isterinya sejak akhir-akhir ini, terutamanya semenjak Jazmin pulang.
Risau kadang-kadang dia dengan tingkah laku isterinya itu. Isterinya kelihatan terlalu taksub dengan sesuatu, namun apakah itu dirinya masih gagal menjumpai jawapan. Nampaknya, dia terpaksa membawa isterinya berjumpa pakar psikiatri untuk memeriksa keadaan mentalnya.
Share this novel