Fatihah, kakak pertama Fack berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapannya. “Kau buat apa dekat sini?” Soal Fack dengan nada tidak berpuas hati.
Soalan itu langsung tidak dihiraukan oleh kakaknya, dia mencapai gelas air yang digunakan oleh Jamzin tadi. “We gonna have a niece soon.” Dia tersenyum nakal.
Fack bingung seketika, apa yang dimaksudkan oleh kakaknya? Ouh ya! Tadi Jazmin berhalusinasi, maksudnya itu adalah angkara kakaknya la ya?
“Kau letak apa dalam air ni?” Pelbagai soalan ditujukan kepada Fatihah untuk mengorek rancangan yang sedang diatur oleh Fatihah.
Fatihah mengeluarkan 3 jenis ubat dari poketnya lalu diberikan kepada adiknya, “No side effect.” Katanya lalu tersenyum bangga. Itulah Hayqal, kahwin tak jemput dia langsung ke majlis. Sekarang, terimalah ‘hadiah’ daripadanya.
“For what?” soal Fack lagi.
Fatihah menjentik dahi Fack yang dilindungi oleh rambutnya itu, “Banyak tanya lah kau ni ngah.” Terus Fatihah berlalu pergi meninggalkan adiknya sendirian di situ.
“Khinzir betul lah dia ni.” Fack menggosok-gosok dahinya, sakitnya masih terasa lagi. Kurang asam betul kakak dia ni. ‘Nasib baik kakak aku, kalau tak memang dah lama aku balas balik.’ Kata hati Fack yang masih tidak puas hati dengan kakaknya.
.
“Lepaslah!” Nada menarik tangannya dari cengkaman Rayqal. Dia memegang pergelangan tangannya, sakit.
Rayqal menghadiahkan jelingan maut buat gadis itu, “Kau nak jalan sendiri atau aku yang seret kau?” soal Rayqal mendatar, namun kedengaran seram dan tegas bagi Nada.
“Ja.. jalan sendiri.” Balas Nada tergagap-gagap. Bulu romanya berdiri tegap kerana jelingan maut lelaki itu. Rayqal menekan butang lif, pintu lif terbuka luas. Dia menapak masuk ke dalam lalu diikuti oleh Nada.
Beberapa pasang mata milik lelaki badan Nada, mereka masing-masing menelan air liur, nafsu sudah mula membuak-buak. Rayqal terus menanggalkan blazzernya lalu disarungkan ke tubuh Nada, “Lain kali pakai sopan sikit.” Bisik Rayqal keras di telinga Nada. Wajah Nada membahang merah kerana malu ditegur oleh lelaki itu.
Lelaki-lelaki tadi masih tidak mengalihkan pandangan mereka, “Siapa yang bagi kau kebenaran untuk pandang perempuan macam tu? Cikgu tak ajar ke kau cara untuk menghormati orang perempuan?” Soal Rayqal kepada mereka, pantas mereka mengalihkan pandangan mereka ke arah pintu.
Kepala Nada masih menunduk memandang lantai, baru dia perasan tangan Rayqal sedang mengenggam erat tangannya. Tanpa dipinta, segaris senyuman terukir di wajahnya.
Rayqal menarik tangan Nada keluar dari perut lif apabila mereka sudah tiba di basement. Kakinya diaturkan ke arah BMW hitam miliknya. Pintu di sebelah penumpang di buka lalu Nada disuruhnya masuk ke dalam.
Rayqal menghidupkan enjin kenderaannya apabila dia masuk ke tempat pemandu, terus pacuan empat rodanya meluncur dengan laju meninggalkan hotel bertaraf lima bintang itu.
“Kau nak bawa aku ke mana ni?” soal Nada.
“Ada lah. Tak payah risau, aku bukan pejahat.” Balas Rayqal mendatar. Perasaan ragu-ragu menjelma di dalam hati Nada, mana ada orang jahat yang akan mengakui dirinya ialah seorang penjahat.
“Ryan tu adik kau ke?” tanya Rayqal untuk mengisi kesunyian di antara mereka berdua.
Nada menganggukkan kepalanya, “Kenapa?” Nada menyoal Rayqal kembali.
“Aku ingatkan suami kau.” Tanpa segan-silu Rayqal berterus-terang tentang perkara itu.
Nada mendengus sinis, “Mana anak kau?” tanya Nada sinis, sengaja dia nak menyindir lelaki itu. Dia masih tidak berpuas hati, terutamanya apabila lelaki itu tergamak menceraikan isterinya selepas meniduri isterinya. ‘Perangai dah macam anjing liar.’ Hati Nada mengutuk-ngutuk Rayqal. Kalau dia boleh memukul lelaki itu, sudah lama dia kerjakan lelaki itu sampai dia insaf.
“Nak ada anak macam mana kalau aku tak pernah buat anak.” Tenang air muka Rayqal, dengan selamba mulutnya mengeluarkan ayat sebegitu. Buat apa nak dimalukan? Lagipun dia sedang mengatakan perkara yang benar.
Terbeliak mata Nada apabila terdengar perkataan ‘buat anak’ tadi, terus pandangannya dicampak ke luar tingkap. Tidak selamat dirinya kalau berdua-duaan dengan si Rayqal ni.
Keadaan di antara mereka dua sepi seketika, “Kenapa senyap?” tanya Rayqal. Takkanlah dah kehabisan modal nak berdebat dengannya? Tadi masa dalam dewan bukan main lagi tunjuk hebat, kalah bapa singa kalau bertemu dengannya. Ini tiba-tiba menyepi pula, dah seperti tikus yang bertemu dengan kucing.
Akal fikiran Nada berusaha memikirkan ayat yang harus diberikan kepada Rayqal. Waduh, di saat-saat begini jugalah lidahnya nak kelu dan otaknya terbantut.
“Aku kasar sangat ke?” Tanya Rayqal apabila teringatkan ayatnya tadi. Jika difikirkan balik, perkataan ‘buat anak’ itu memang tidak baik dan tidak sopan jika digunakan untuk berbicara dengan perempuan.
Nada menggeleng kepala rakus, “Tak pun. Biasalah, kau lelaki kan? Adik aku pun macam kau juga.”
Rayqal tersenyum serong, Nada seperti terpaku seketika. Senyuman Rayqal sepertinya sedang membunuhnya dalam diam. Namun pantas dia kembali ke realiti. ‘He’s dangerous.’ Nada memberi amaran keras kepada dirinya supaya dia tidak mudah mempercayai si Rayqal ini.
“Kenapa kau bercerai?” tanya Nada apabila teringat akan tujuan sebenarnya. Perasaan ingin tahunya sudah membuak-buak, dia harus segera mendapatkan jawapan kepada setiap persoalannya.
“Dia tercipta bukan untuk aku.” Jawapan yang diberikan oleh Rayqal berbaur puitis, senyuman tipis terukir di bibir.
‘Ceh! Jiwang karat betul!’ komen hati kecil Nada. Muka je nampak macam gangster jalanan, rupa-rupanya dalam hati ada taman jua mamat ni.
“Macam mana kau tahu dia tercipta bukan untuk kau?” Tanya Nada lagi, sebenarnya banyak lagi soalan yang ingin diberikan, namun dia tidak mahu bertanya terlalu banyak kerana khuatir lelaki itu tidak mahu berikan sebarang jawapan kepada persoalannya.
Rayqal menghentikan kenderaannya di bahu jalan. Matanya tertancap di wajah manis milik Nada Arina, “Nak tahu ke kenapa?” tanya Rayqal untuk mendapat kepastian dari gadis itu.
Laju Nada menganggukkan kepalanya. Bukan selalu dia nak kepoh hal orang yang tiada kaitan dengannya, lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan rumah tangga seseorang itu. Tapi, tak salahkan jika dia nak kepoh hanya buat kali ini sahaja?
Mata Rayqal berubah jernih, “Aku suka kau.” Kata-kata itu keluar ikhlas dari lubuk hatinya, dia sudah tidak sanggup memendam perasaan itu lagi, hatinya sudah terseksa.
Cukuplah sebelum ini dia sudah salah faham dengan hubungan Nada Arina dengan Ryan. Dia tidak sanggup berselisih begitu sahaja dengan gadis itu.
Nada terpempam. Lidahnya kelu, tubuhnya kaku. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Melihatkan Nada yang tidak memberikan sebarang respon, Rayqal menganggap bahawa cintanya sudah ditolak, hotel tadi ditujuinya semula.
Share this novel