Bab 42

Drama Series 2228

Dah lima bulan berlalu semenjak Jazmin meninggalkan suaminya, perutnya sudah tidak dapat disorokkan lagi, makin memboyot perutnya.

Jazmin membuka kunci skrin iPhonenya, ikon gallery ditekannya. Dia menatap gambar-gambar suaminya, rindu pula dia dengan suaminya. Agak-agak bagaimana ya keadaan suaminya? Dah makan atau belum?

Bukannya dia tidak mengambil peduli langsung tentang suaminya, tapi bagaimana dia nak menghubungi suaminya jika Faaeqa sudah membuang segala maklumat Hayqal yang terkandung di dalam telefonnya. Nasib baik dia tidak membuang gambar Hayqal lagi, kalau tidak memang Jazmin dilanda kemurungan la nanti.

Dahlah dah buang segala maklumat tentang Hayqal, boleh pula Faaeqa mematahkan kad simkadnya dan menggantikan dengan simkad baru. Jazmin mengeluh kecil.

“Ibu mengandung tak elok mengeluh.” Tegur Faaeqa yang entah sejak bila sudah duduk di sebelahnya. Mendung je wajah Jazmin dilihatnya.

“Rindu suami ke?” Teka Faaeqa, laju sahaja Jazmin menganggukkan kepalanya. Dah rindu sangat dah tu.

“Baby ni pun dah rindukan ayah dia.” Kata Jazmin sambil mengusap-usap perutnya, senyuman terukir di wajahnya.

Faaeqa menyentuh perut Jazmin, “Anak buah mak usu ni pun dah rindukan ayah dia ya?” Tanya Faaeqa, dia menggelarkan dirinya sebagai ‘mak usu’ kerana dia adalah anak terakhir di dalam keluarganya.

“Akak, tutup mata.” Arah Faaeqa. Terus Jazmin menutup matanya. Apa pulak lah yang dirancang oleh adik perempuan Fack ni. Jangan nak mengenakan dia pula, nanti dia naik tangan kang, menangis tak berlagu la Faaeqa.

Faaeqa memegang tiga keping tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia, “Dah boleh buka mata.” Jazmin membuka matanya, dia terlopong.

“Betul ke ni?” Tanya Jazmin teruja.

Faaeqa tergelak kecil, “Betul lah. Takkan akak tak nak balik pulak?” Tanya Faaeqa. Orang dah bagi balik ni, dia terkejut macam tak nak balik pulak. Macam-macamlah Jazmin ni.

“Mestilah nak!”kata Jazmin dengan teruja, terus dia bangkit dari sofa dan mengatur langkah ke kamarnya. “Akak kemas baju dulu!”

Tergeleng kepala Faaeqa dengan gelagat Jazmin, dah rindu sangat dah tu dekat suaminya tu. Faaeqa tersengih, dia pun dah rindu juga nak tengok kekasih hatinya. Bolehlah dia meluangkan masa dengan doktor kesayangannya nanti.

‘Amboi. Gatal naw Eqa!’ Dia menyindir dirinya. Dah macam tak siuman dah Faaeqa ni, tersengih sampai lupa dunia.
 
.

Rayqal menapak ke dalam bilik abangnya, “Keluar!” Hayqal mencampak bantal ke arah adik kembarnya. Dia langsung tak menoleh ke arah adiknya.

Rayqal mengutip bantal tadi lalu duduk di sebelah abang kembarnya, “Kau ni long, sampai bila nak jadi macam ni? Dah macam mati anak dah aku tengok kau ni.” Kata Rayqal. Kesian pula dia tengok abangnya, tak terurus langsung keadaannya, dah macam orang utan pun ada abang dia ni.

“Keluar jelah!” Hayqal menghalau adiknya. Serabut lah dia dengan adik dia ni, asyik-asyik ganggu dia je. Biar jelah dia melayan perasaannya seorang diri.

Rayqal mengeluh, “Bukan aku nak mengata kau tau. Kau tahu tak dekat luar sana, dah ramai mengata kau. ‘Nama je ketua mafia, tapi lepas bini hilang, dah macam orang tak siuman.’ Dah-dahlah tu bersedih.”

Hari-hari Rayqal terdengar samseng jalan mengata abang kembarnya, mana tak sakit hatinya? Itu belum dikaitkan lagi dengan staf-staf syarikat abangnya. Hari-hari bergosip pasal abangnya sampai lupa dunia. Dah banyak sangat kot pahala, sampai sanggup nak derma sikit kepada abangnya.

Hayqal masih tidak memberi sebarang respon.

Rayqal masih cuba memujuk abangnya, “Ala long, dah-dah lah tu melayan perasan kau. Cuba kau bayangkan kalau bini kau balik, pastu tengok keadaan kau yang macam orang utan ni. Kau tak malu ke?” Kalau cara ini pun tak menjadi, dia sendiri pun dah buntu nak pujuk abangnya.

Tak pasal-pasal Ed kena ambil alih tempat Hayqal buat sementara di Matteo C.O selama enam bulan. Haih, dah macam lelaki tak bertanggungjawab dah abang dia ni.

Hayqal bangkit dari tempat duduknya, “Dah berapa lama aku jadi macam ni?” Tanya Hayqal kepada Rayqal. Alhamdulillah, boleh pun berinteraksi dengan cara elok.

“Lima bulan.” Balas Rayqal ringkas. Nampaknya, cara dia tadi berkesan.

“Kau keluar lah dulu.” Kata Hayqal kepada adiknya. Adiknya mengangguk lalu berlalu keliar meninggalkan Hayqal sendirian di dalam biliknya.

Hayqal memegang bingkai gambar perkahwinannya dengan Jazmin, “Abang tak nak kecewakan sayang.” Kata Hayqal, senyuman terukir di bibirnya.

Hayqal mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi, ‘Uish, ni kalah Beast titan kalau lawan dengan aku ni.’ Komen Hayqal apabila melihat pantulan dirinya di cermin. Dengan rambutnya yang sudah mencapai paras bahu, misai dengan jambang lagi, memang kalah teruklah Zeke Yeager.

‘Eh! Ke situ pulak kau ni.’ Hayqal memarahi dirinya. Tangannya mencapai pisau cukur lalu jambang dan misainya dibuang.

“Macam mana?” Belum sempat Rayqal melabuhkan punggungnya lagi, Fack dah menanyakan soalan kepadanya.

Rayqal mengangkat ibu jarinya, “Dah selesai. Dia tengah bersiap tu rasanya.” Balas Rayqal. Dia mencapai gelas kaca di atas meja lalu air sirap yang dibancuh Luca dituangkan ke dalam gelas itu.

Semenjak Jazmin menghilang, mereka bertiga terpaksa berpindah ke sini. Si Morio tu tak pula datang, hayun betul anak malaun tu. Padahal yang merancang rancangan ini ialah Jun, Fack dan Morio. Tapi sekarang ini, dia dengan Luca pula ditarik sekali. Dasar kawan tak bertatauliah.

Fack menjengil tajam kepada Rayqal, “Kau mengata aku ke?” Tanya Fack. Sedap dia je mengutuk aku, ingat aku tak boleh dengar ke?

“Eh eh, mana ada.” Rayqal menidakkan tuduhan Fack itu, dia melepaskan tawa janggal. Waduh gawat, macam mana dia boleh lupa yang Fack boleh mendengar isi hati mereka.

Fack masih menjeling tajam kepadanya. Rayqal menelan air liurnya pahit, habislah dia kali ni.

“Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama cik abang kacak.” Rayqal memberi pickup line berserta senyuman manisnya untuk menyejukkan hati Fack.

Fack mengangkat tangan kanannya yang sedang memegang garfu, “Kau ingat aku gay?” Tanya Fack meluat. Rayqal tersengih lagi, matanya dikedip-kedipkan untuk memujuk Fack. Fack membalikkan mata putihnya, mengada!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience